Sunday, 29 November 2009

Takutlah Doa Mangsa Kezaliman

1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

2. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب

[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]

ibnu Hibban

3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]

7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq


9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .

10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

Untuk Siapa Pembangunan Sebegini ?

1. Saya tidak tahu apakah Utusan Malaysia atau mana - mana akhbar berbahsa melayu berminat dengan apa yang mahu saya paparkan di sini setelah isu ini sebenarnya telah berlegar dalam akhbar berbahasa Inggeris dan Cina .

2. Harap saya akan ada lah mana - mana akhbar berbahasa melayu sudi menyiarkannya . Paling tidak Utusan Malaysia , memandangkan Utusan Malaysia mempunyai minat tinggi untuk menyiarkan artikel saya mutaakhir ini .

3. Isu yang saya mahu bawa ke tengah ini ialah berkait dengan pembinaan sebuah lagi Pusat Konvensyen [ MATRADE ] dengan keluasan lebih kurang 90.000 meter persegi di atas sebidang tanah seluas 13.1 ekar yang terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur . Projek ini melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 20 bilion tanpa tender terbuka .

4. Entah apa keperluannya Pusat Konvensyen mewah ini yang sememangnya telah mencetus kesangsian umum , sedang negara telah memiliki beberapa buah pusat yang serupa bertaraf antarabangsa sebelum ini iaitu KL Convention Centre , MINES , Putrajaya [ PICC ] dan juga di Langkawi . Lebih malang saya difahamkan semua pusat konvensyen ini gagal mencapai objektif dan menepati sasaran malah kerajaan pula terpaksa menanggung kerugian .

5. Contoh mudah untuk dilihat ialah bagaimana PICC yang tamat dibina tahun2003 dengan kos RM 600 juta telah menjadi beban kepada kerajaan apabila terpaksa menanggung kos penyelenggaraannya yang mencecah jutaan ringgit lantaran ia amat jarang digunakan . Hanya RM 2.5 juta setahun berjaya dipungut sedang sasarannya RM 3 juta setahun . Saya rasa 200 tahun lagi pun belum tentu kerajaan dapat pulangan modal membina PICC tersebut .

6. Ini sebenarnya satu lagi episod pembaziran dan salah urus kerajaan UMNO dan BN . Ini satu lagi projek kerajaan UMNO dan BN yang memperbodohkan rakyat dengan slogan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan .

7. Pusat Konvensyen dan Pameran milik MATRADE [ sebuah agensi kerajaan di bawah MITI ] telah dianugerahkan kepada kumpulan NAZA dan ianya telah diumumkan baru - baru ini . Projek ini [ Pusat Konvensyen di Jalan Duta ] jangka siap pada tahun 2013 . Ianya dianugerahkan kepada TTDI KL Metropolis yang juga merupakan anak syarikat kepada NAZA Group .

8. Persoalan yang timbul ialah :

a ] Kerajaan tidak membayar sesen pun kepada NAZA kerana satu deal telah dilakukan antara kerajaan dengan NAZA , dimana NAZA mesti membina Pusat konvensyen bernilai lebih kurang RM 628 juta untuk kerajaan dan sebagai balasannya tanpa perlu kerajaan membayar wang tetapi memberi sebidang tanah yang bernilai tinggi seluas 65.5 ekar pada kadar RM 72 per kaki persegi sama jumlah keseluruhannya ialah RM 197 juta . [ di sini kelihatan seolah - olah NAZA "memberi" kepada kerajaan sebanyak RM 341 juta . Munasabahnya , mana ada syarikat yang sanggup rugi sebanyak itu jika tiada pulangan yang lumayan kepada mereka ? Apakah di sana ada sesuatu yang cuba dirahsiakan dari pengetahuan umum ?

b ] Benarkah kerajaan perolehi untung sebannyak RM 341 juta apabila Pusat Konvensyen ini dibina ? benarkah NAZA hanya mendapat sebidang tanah dengan harga RM 197 juta [ RM 72 sekaki persegi ] ?

c ] Yb. Tony Phua mendedahkan bahawa tanah yang terletak di kawasan Mont Kiara dan Jalan Duta itu terlalu rendah jika dinilai dengan RM 72 sekaki persegi . Anggaran sebenar nilainya ialah RM 350 sekaki persegi dan harga keseluruhannya ialah RM 970 juta bagi tanah seluas 62.5 ekar tersebut . [ bahkan ada penilai yang menilai dengan kadar RM 500 sekaki persegi ]

d ] Ertinya Kerajaan membayar RM 970 juta kepada NAZA untuk projek bina Pusat Konvensyen yang bernilai RM 628 juta itu bukannya RM 197 juta . Ini bermakna NAZA untung RM 342 juta . Sekaligus menjelaskan bahawa Dato' Mustapha Mohamed berbohong apabila menyatakan bahawa kerajaan membina Pusat Konvensyen itu secara percuma . Walhal kerajaan rugi sebanyak RM 342 juta !

9. Ketelusan apakah yang dijanjikan oleh pemerintahan Dato' Najib jika projek sebesar ini dibuat tanpa tender terbuka ? atau di sana terdapat permainan atau skandal sumbang melibatkan kerajaan dengan NAZA yang sebelum ini telahpun mengaut keuntungan puluhan juta melalui penganugerahan AP yang diberi oleh MITI ???

10. Saat negara mengalami iklim ekonomi yang lembab basah , apakah rasionalnya sebuah lagi Pusat Konvensyen mewah dibina dengan kos yang sedemikian tinggi dan kelihatan jelas merugikan kerajaan dan rakyat ? persoalan besar dalam isu yang saya bangkit ini ialah dimana kedudukan rakyat yang didahulukan itu ? atau rakyat yang dikenakan dulu oleh kerajaan UMNO dan BN ??

apakah ada ruang yang memadai untuk artikel ini diakhbar berbahasa melayu ?

Wednesday, 25 November 2009

Perkukuhkan Parti ....


Perkukuhkan Parti
Perkasakan Tarbiyyah

1. Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam [ Harakah Islamiyyah ] yang mengambil pendekatan menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang berdaftar .

2. Politik adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangan Islam yang wajib dilunas sebaik mungkin . Ianya menjadi alat atau wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan syariat Islam sebagai satu perundangan atau peraturan yang adil , telus , saksama dan bestari .

3. Namun begitu menang dan kuasa hanyalah wasilah perjuangan bagi mencapai matlamatnya iaitu redha Allah swt . [ الله غايتنا ] . Mutaakhir ini saya lihat ada beberapa perkara yang memerlukan allignment dan balancing di dalam PAS agar perjalanan atau pergerakkan PAS menuju destinasi [ matlamat ] tidak makan sebelah dan bergegar sepanjang jalan .

4. Ucapan dasar Presiden PAS telah menegaskan bahawa PAS mesti bergerak seimbang [ tidak makan sebelah ] dan tenang [ tidak bergegar ] dengan 3 fungsi utamanya iaitu :

a] Harakatut Tarbiyyah ,
b] Harakatud Dakwah dan
c] Harakatus Siyasiah .

5. Pada pengamatan saya , kini ramai [ sebahagian ] pimpinan dan anggota PAS agak berlebihan dalam menumpukan gerakkerja politik [ harakatus siyasiah ] sementara sangat tidak mengambil berat terhadap gerakkerja tarbiyyah . Mereka sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi mereka bahkan sanggup jua bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik . Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihanraya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam PAS .

6. Amal tarbawi seperti tiada lagi tempat dan ruang . Ukhuwwah sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis . Mudah bertengkar dan bermasam muka . Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain . Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog . Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa . Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh .

7. Bukan sahaja parti bergerak secara tidak seimbang [ makan sebelah ] tetapi juga tidak tenang [ bergegar ] sepanjang jalan . Suara luar boleh masuk dan mempengaruhi sebahagian pimpinan PAS dengan mudah . Tahap thiqah [ kepercayaan ] kepada pucuk pimpinan parti semakin berkurangan . Budaya menghentam pimpinan secara terbuka semakin menjadi trend . Rahsia parti dan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah . Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri .

8. Saya lihat perlunya kedudukan dan perjalanan parti kita ditimbang dan dibetulkan semula . Semua pihak sewajarnya ambil peranan ini dengan penuh insaf dan sedar . Kembalikan izzah berjamaah dengan semarak amal tarbawi . Bina semula wehdatul fikri dan wehdatul amal . Jaga kerahsiaan jamaah dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah . Fikrah Islam mesti jelas ! jangan biarkan ia kabur disebalik jerebu kemenangan .

9. Semua pihak mesti merendahkan sayap . Kembalikan suasana lazat dan seronok bekerja dalam jamaah . Pastikan berjuang untuk menambah pahala bukan berjuang untuk memperbanyakkan dosa dek kerana fitnah dan pertelingkahan sesama sendiri . Berlapang dada dan bersedia untuk dinasihati dan ditegur . Hidupkan semula amal tarbawi biarpun dengan gaya moden atau paling tidak , kekalkan warisan tradisi yang soleh seperti usrah , tamrin qiadi , mukhayyam tarbawi , liqa fikri , ijtima' tarbawi dan lain - lain .

10. Perkukuhkan parti kita [ PAS ] sebelum kita nak perkukuhkan parti orang lain . Fokus pada potfolio yang diamanahkan kepada kita . Usahlah kita ambil kerja orang lain atau dalam bahasa lain menggali tanah kebun orang lain . Menuding dan menilai kerja orang lain bagaikan nak rak tetapi malang kerja sendiri entah kemana failnya . Pada masa yang sama , perkasakan amal tarbawi . Jangan culas untuk hadhir program yang membina diri , aqidah dan fikrah . Usah berlagak pandai dan bijak . Rendahkan sayap demi amal jamaei . Kurangkan alasan atau jangan banyak sangat bermain alasan untuk tidak melibatkan diri dengan program amal tarbawi , kerana kelak menjadikan kita tidak seimbang [ makan sebelah ] .

Saturday, 21 November 2009

Mukhayyam Tarbawi DPP Pusat

Senaman Tajarrud : Fokus kepada Ghayah dan Hadaf perjuangan serta membebaskan minda dari sebarang elemen yang boleh merombak ikatan ukhuwwah sesama EXCO DPP Pusat .

Senaman Isti'dad : Bersiap siaga mendepani cabaran dan serangan musuh guna membentengi perjuangan dari sebarang anasir yang merosakkannya.


Senaman Infiru : Terus mara meskipun bertongkat siku mengheret dada demi menggapai matlamat dan objektif perjuangan . Sukar , namun itulah sunnatullah yang menuntut pengorbanan dan kesungguhan .

Rapatkan Saff dan Mantapkan Ukhuwwah . Asas pengukuhan jamaah ialah sikap terbuka , bertolak ansur , saling memahami , berbaik sangka , mengelak spekulasi , lapang dada dan saling maaf bermaafan antara satu sama lain

Renjer : Menunjuk ajar kehidupan di hutan dan memanafaatkan khazanah hutan buat kebahagiaan manusia terutama saat berdepan dengan kesukaran . Interaksi yang sungguh hebat .


Biar setitis air , bumi gersang tetap diharungi demi membasahkannya dengan titisan dakwah dan tarbiyah . Nilainya seperti setitis air saat kepayahan di hutan belantara .

Melangkah gagah memikul amanah perjuangan . Terus mara ke puncak sambil memerhati waktu lantaran kewajipan lebih banyak dari masa yang ada .
Check Point Pertama : Hayatilah kehebatan Allah swt melalui pengamatan
tulus [ Basirah ] . Insaf betapa diri adalah insan kerdil yang tidak berhak mengabaikan tanggungjawab perjuangan sedang ia adalah perintah Allah swt .

Hazar : Waspada pada setiap langkah agar tidak tersadung lalu melambatkan tempo perjuangan . Namun terus melangkah biar sukar , terus berfikir biar getir dan terus berjuang biar dihalang .


Atasi halangan yang melintang walau bagaimana cara dan gaya , selama mana ia tidak bertentangan dengan syara' kerana matlamat tidaklah Menghalalkan cara . Kepantasan , kepintaran dan kekuatan adalah pakej yang diperlukan saat sebegini .


Tenang dan jangan gopoh dalam mencongak strategi dan bekerja dalam satu kolektif tanpa sebarang prejudis terhadap pandangan membina pihak luar . Pula janganlah kerana pengaruh pandangan dari luar kita menghambat dan merembat sahabat atau saudara seperjuangan kita sendiri . Awas !
Kesungguhan dan keikhlasan akan membekalkan kekuatan luar biasa dalam melaksanakan suatu tanggungjawab yang sukar . Tiada benteng yang tidak boleh diatasi asal sahaja Ikhlas , Tajarrud dan Juhud [ bersungguh - sungguh ] .
Permukaan yang licin memerlukan daya tumpu yang tinggi dan waspada . Salah langkah dan mengmabil perkiraan yang salah membuatkan kita gagal mempersadakan perjuangan . Peluang begini dinanti musuh luar dan dalam untuk "mencipta kemalangan" agar kita tewas dan mereka berlepas tangan kerana itu hanyalah sebuah tragedi atau kemalangan .
Hutan belantara menawarkan penawar dan racun . Bijaklah memilih untuk selamat dan selesa berinteraksi dengannya . Hanya yang berilmu mampu menilai antara penawar dan racun . lantaran itu , jangan sombong dan angkuh untuk menerima ilmu dari orang lain semata - mata kerana kita alim dan bijak .
Dakilah dari alif kemudian Ba' dan Ta' sehingga tamat hairaki jamaah . Usah gelojoh sebaliknya kawal disiplin diri dan akhlak berjamaah tanpa perlu mencantas . Ramaikan kawan dan sikitkan musuh ! . Pelihara jamaah bukan datangkan masaalah kepada jamaah .
Tafakkur : Mencongak masa depan perjuangan yang memerlukan sentuhan berbisa seorang pejuang . Meneliti pelan bertindak yang strategik serta menilai gambarajah besar hala tuju perjuangan suci ini . Namun apa yang pasti , perjuangan ini memerlukan gandingan mantap dari seluruh kepimpinan yang memegang amanah dan anggota yang setia .
Kami hadhir wahai ummah ! sebagai bahtera penyelamat yang membawa misi dan visi sebuah perjuangan agong . Mendaulatkan syariat dan memartabatkan Ummah . Kami sedia mengambil apa jua risiko perjuangan ini .
Halangan biarpun kecil jangan dipandang rendah . Tingkatkan kewaspadaan dan pelihara kemurnian perjuangan yang didokong justeru ia amanah yang wajib disandang . halangan kecil ini sering mengelirukan kita kerana sikap kita memandang remeh kepadanya . Hati - hati melangkah wahai pejuang !


Jangan ganggu perjuangan ini . Aku pasti senantiasa mengawasinya . Tiada takut pada jumlah musuh yang ramai . Justeru Islam menang dengan kebenaran yang diperjuangkan bukan dengan ramai orang yang menyokongnya . Menang kalah juga bukan dinilai melalui kekalahan nilai mata dalam game yang kita ambil tetapi melihat sejauh mana kita istiqamah dan thabat meneruskan cita - cita perjuangan .


Thursday, 19 November 2009

Ulangtahun Syuhada' MEMALI kali 24

1. Biarpun 24 tahun telah berlalu , tragedi Memali yang menyaksikan kekejaman UMNO dan BN masih segar dalam ingatan ummat Islam khasnya keluarga syuhada' Memali .

2. Insyaallah , saya dan Ustaz Azman Syafawi [ Timbalan Ketua DPPP ] akan menziarahi maqam syuhada' Memali hari ini bersama Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah .

3. Perginya asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan rakan - rakan adalah kehilangan besar buat perjuangan Islam di Malaysia amnya dan Kedah khasnya .

4. Malangnya ada pihak yang cuba untuk mempalit persepsi negatif kononnya perjuangan syuhada' Memali adalah pelampau agama dan lebih jahat apabila syuhada' dikaitkan sebagai ajaran sesat sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo tempohari .

5. Namun saya yakin , firman Allah swt di dalam surah ali Imran ayat : 169 :

dan janganlah engkau menyangka orang yang mati terbunuh di jalan Allah swt itu mati , akan tetapi mereka hidup dan di sisi Allah swt mereka senantiasa mendapat rezeki .

Biarpun 24 tahun telah berlalu , perjuangan mereka masih hidup di hati ummat Islam . Al Faatihah buat semua para syuhada' Memali .

Wednesday, 18 November 2009

Mat Black Bermaharajalela

1. Indeks Jenayah dan Gejala Sosial dalam negara kita semakin meningkat . Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan indeks jenayah dan gejala sosial yang kian mengundang resah dikalangan masyarakat hari ini ialah Mat Black .
2. Kebanjiran Mat Black dalam negara kita telah disahkan oleh Jabatan Imigresen Negara . Tempoh 6 bulan pertama [ Jan - Jun ] tahun ini , negara telah menerima kemasukan 56,240 orang Mat Black .

3. Sepanjang tahun lepas pula direkodkan kemasukan seramai 110,805 orang Mat Black sedang aliran keluar hanya mencatatkan 81% sahaja sementara yang lain dipercayai masih menetap di dalam negara ini .

4. Usahkan masyarakat awam yang dirundung resah dan diserang gelisah menyaksikan komuniti mereka yang kelihatan ganas dan sering terjebak dalam vandalisme serta pelbagai bentuk jenayah , bahkan pihak keselamatan turut melahirkan rasa kebimbangannya . Menjadi habit golongan ini ialah bertemu dalam satu kumpulan di khalayak ramai dan mencetuskan suasana yang agak bebas dan mengjengkelkan masyarakat .

5. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin juga menyatakan kebimbangannya dengan kehadhiran Mat Black yang begitu ramai jumlah mereka kebelakangan ini dan menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah . Lokasi biasa mereka seperti Puchong , Sri Kembangan , Kepong dan Pandan Indah .

6. Beberapa hari lalu saya sendiri meninjau di Cyber Jaya antara waktu Maghrib ke jam 9 malam . Satu fenomena yang cukup menyenakkan mata di mana Mat Black secara berkumpulan dan berpeleseran menguasai suasana di beberapa lokasi di Cyber Jaya . [ Seperti saya tidak berada di Malaysia sebaliknya di Cape Town .]

7. Kerajaan sewajarnya mengambil satu langkah wajar bagi membendung peningkatan kadar jenayah termasuklah mengawal kemasukkan bangsa asing yang tidak memberi keuntungan kepada pertumbuhan sosial negara .

8. Dasar pelancongan negara mesti disusun dan dikaji semula agar tidak hanya berorientasikan keuntungan tetapi mesti juga melihat kepada aspek sosial dan keselamatan negara . Sementara Jabatan Imigresen Negara perlu lebih serius untuk melihat kemasukan bangsa asing melalui lubang tikus dan pasport palsu yang didalangi oleh sindiket antarabangsa .

9. Termasuklah tindakan tegas perlu diambil kepada pelancong yang tinggal lebih masa berbanding tempoh permit pelancongan mereka . Sebahagian mereka memasuki negara dengan alasan untuk menduduki pengajian di IPT di dalam negara ini . Namun mereka sering menyalah gunakan pass kebenaran yang diberikan .

10. Apa yang saya mahu timbulkan di sini ialah tahap penguatkuasaan dan kawalan keselamatan negara perlu dipertingkatkan . Janganlah sampai sektor pelancongan dan lainnya , bertukar menjadi ancaman kepada keselamatan rakyat dalam negara ini .

Tuesday, 17 November 2009

Pemuda UMNO Salah Teropong

Pemuda UMNO
Hanya Meneropong
Kuman di Seberang Laut

1. Kesungguhan Pemuda UMNO mendesak supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan ekoran isu penajaan Ibadah haji baru - baru ini adalah usaha mereka untuk melihat kuman di seberang laut sementara gajah dihadapan mata mereka sengaja mereka lindungkan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri sudah hampir naik bosan dan jemu dalam membuat laporan dan mendedahkan penyalahgunaan kuasa juga rasuah para pemimpin UMNO dan BN sejak sekian lama , tetapi malang bukan sahaja mereka yang dilaporkan ini tidak disiasat atau diambil tindakan , bahkan selama ini Pemuda UMNO dan BN hanya memejamkan mata serta memekakkan telinga .

3. Tidak pernah kelihatan Pemuda UMNO dan BN sebelum ini peka dengan rasuah . Setiap kali kita bercakap soal rasuah dan integriti , entah dimana pemuda UMNO dan BN ini berada . Malah setiap kali isu rasuah muncul dan diperbahaskan kepada umum nyata jelas kelihatan pemuda UMNO dan BN seperti kebimbangan untuk turut menyatakan pendirian .

4. Lebih malang , ketika mana Ketua mereka disabitkan bersalah kerana terlibat dengan rasuah oleh jawatankuasa disiplin UMNO sendiri , tidak pula kedengaran suara pemuda UMNO khasnya pemuda UMNO Kelantan untuk mendesak supaya khairy meletakkan jawatan .

5. Saya melihat pemuda UMNO hanyalah bersikap opurtunis . Tindakan mereka bukan lahir dari peribadi yang konsisten mempertahankan nilai integriti berbanding individu atau tokoh yang mereka serang hari ini [ YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz ] sebagai tokoh yang telah berjaya mempertahankan nilai integriti dalam kepimpinan jua dirinya selama 19 tahun mentadbir negeri Kelantan . Bahkan akan terus dipertahankan sampai bila - bila justeru beliau adalah seorang tokoh yang sangat arif mengenai dosa dan pahala serta tekun menghayatinya berbanding UMNO dan BN yang sering lupa aspek dosa dan pahala .

6. Saya tidaklah memaksumkan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Aam PAS tetapi apa yang jelas Tuan Guru jauh lebih baik dan mulia dari sikap pemuda UMNO yang hipokrit .

7. Kenapa tidak pemuda UMNO dan BN bangkit secara konsisten menentang amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terutama yang melibatkan pemimpin UMNO dan BN sendiri . Sementara apa yang berlaku kepada Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sangat mudah isunya . YAB Tuan Guru telah bersedia untuk disiasat oleh SPRM jika benar ada dakwaan rasuah . [ Saya percaya SPRM akan terjun tidak bertangga untuk mengambil kes yang melibatkan pemimpin PAS setelah mereka terlalu berat punggung untuk bangun bertindak dalam kes yang melibatkan pemimpin besar UMNO dan BN . ]

8. Malah suka saya ulang buat kesekian kalinya kenyataan Tuan guru bahawa beliau senantiasa membuka pintu rumah dan pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat oleh SPRM . Cuma saya harap , janganlah nanti Tuan Guru masuk kamar SPRM untuk menjalani siasatan dalam keadaan hidup dan sihat tiba - tiba keluar mayat ! waliyazubillah .

9. Apakah pemuda UMNO sudah kehabisan idea dan peranan untuk menyelesaikan masaalah dalaman mereka yang semakin parah , kini mereka cuba beralih pula untuk mencampuri urusan PAS . Serahkan kepada pihak yang berwajib . Buat laporan jika ada kes dan jangan ganggu proses pengadilan dengan desakan atau tindakan yang berbau [ hamis ] politik kotor .

10. Apakah pemuda UMNO juga telah tidak mempercayai keupayaan dan kemampuan SPRM dalam menangani kes rasuah ? atau sengaja mereka mahu mengambil kesempatan politik bagi menjatuhkan kepimpinan YAB Tuan Guru ? atau mereka telah tidak sabar menunggu pilihanraya untuk mengambil alih kerajaan negeri kelantan ? atau paling mudah untuk difahami tindakan mereka ialah untuk melindungi kelemahan mereka sendiri yang sering dipertikai selama ini ?

Monday, 16 November 2009

PMRAM Terus dizalimi

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia
[ MSD ] Kaherah Mesir ..
TIDAK PROFESIONAL

Menggagalkan Program Pelajar
[ Pembacaan Hadis Bukhari ]

1. Program Pembacaan Hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang sepatutnya berlangsung pada 16 hingga 19 oktober 2009 lalu telah digagalkan oleh pihak MSD Kaherah . Pengarahnya ialah Prof Dr. Jamil Hashim .

2. Program julung kali dianjurkan oleh PMRAM itu dijangka berlangsung di Al Azhar Confrence Center [ ACC ] yang mampu menampung sekitar 700 orang peserta .

3. Antara ulama' yang diundang bagi menyampaikan ucapan ialah Al A'llaamah al Muhaddis Syeikh Muhammad Ibrahim al kattani , Syeikh Jamal Farouk , Syeikh Toha Dusuqi al Hubaisy , Syeikh Dr. Yusri Rushdi Saiyyid al Hasani , Syaikh Ahmad Hajain , Syeikh Dr. Da'ad Jawish , Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober , Syeikh Usamah Mahmud al Azhari dan paling istemewa ialah al A'llamah Syeikh Dr. Ali Jumuah Mufti Mesir .

4. Pengarah MSD Kaherah telah menghantar surat rasmi kepada Syeikhul Al Azhar Dr. Sayyid Tantawi meminta agar pihak al Azhar membatalkan program tersebut di saat - saat akhir . Apa yang paling malang , alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah Agent Parti Pembangkang Malaysia .

5. Saya melihat ini sebagai taktik usang pihak MSD untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan .

6. Saya juga melihat MSD mempunyai agenda tertentu sekaligus berniat jahat terhadap PMRAM dengan tindakan mereka mengganggu urusan dan aktiviti mahasiswa . Apa hak mereka untuk mengganggu aktiviti PMRAM sedang PMRAM adalah sebuah badan kebajikan yang sah malah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir . PMRAM juga mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pihak kerajaan Mesir , pengurusan universiti al Azhar dan pihak keamanan Mesir .

7. Tiada alasan yang munasabah mengapa MSD mesti bertindak untuk membatalkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari yang kelak akan berakhir dengan anugerah Ijazah Sanad Hadis oleh Mufti Mesir asy Syeikh Dr. Ali Jumuah sebagaimana yang telah dijadualkan .

8. Tindakan kurang ajar dan di luar bidang kuasa mereka itu menyebabkan Program Pembacaan Hadis Imam Bukhari ini terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5 Dewan Rumah negeri Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta sahaja . Peserta terpaksa menuntut ilmu di tangga dan kaki lima bangunan .

9. Sementara acara Majlis perasmian penutup program ini terpaksa di adakan di sebuah gelanggang bola keranjang oleh Mufti Mesir Dr. Ali Jumuah . Sebelumnya , program yang berlangsung selama 4 hari ini menyaksikan kesungguhan para ulama' sebagai tetamu undangan dan tenaga pembimbing . Ianya cukup berkesan di hati mahasiswa sementara rasa hormat mahasiswa kepada Pengarah MSD semakin luntur akibat tindakannya yang tidak profesional .

10. Mahasiswa al Azhar telah menubuhkan satu jawatankuasa khas DESAK untuk membantah tindakan MSD yang jelas tidak profesional dan menjatuhkan maruah MSD pada pandangan mahasiswa . DESAK juga menuntut agar MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM yang telah dicemarkan oleh mereka .

11. Sementara itu , kami Dewan Pemuda PAS Pusat selain menyokong jawatankuasa khas DESAK terhadap beberapa tuntutan mereka , turut mendesak supaya Pengarah MSD Kaherah Prof Dr. Jamil Hashim dipanggil balik dan ditukarkan kerana gagal memainkan peranan sebagai Pengarah MSD yang sepatutnya memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada mahasiswa bukan mengganggu dan menghalang mereka menuntut ilmu .

12. Paling ringan , Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak supaya Prof Dr. Jamil Hashim di beri amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa .

13. Menuduh PMRAM sebagai Agent Parti Pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi mengganggu emosi mahasiswa yang menuntut di Mesir dengan penuh pengorbanan mencari sekalung ijazah . Mereka ke Mesir untuk menuntut ilmu bukan untuk MELIBATKAN DIRI DENGAN POLITIK KEPARTIAN dan ianya sesuai dengan dasar kerajaan agar pelajar tidak terlibat dengan politik kepartian apalagi di tuduh sebagi agent pembangkang .

14. Saya melihat perkara ini telah berlarutan sejak sekian lama . Sejak tahun 1991 PMRAM sering diganggu oleh MSD . PMRAM selalu dituduh sebagai agent pembangkang tanpa sebarang bukti . Persoalannya PMRAM agent Parti Pembangkang atau MSD menjadi alat UMNO dan BN ? . Mengutamakan pencapaian yang menjadi slogan kepimpinan baru kerajaan Dato' Seri Najib dituntut agar kerajaan segera bertindak menangani isu ini dengan bijak dan memberi keselesaan kepada mahasiswa untuk mereka menumpukan perhatian kepada ilmu .

15. Kepada seluruh warga PMRAM , saya mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan selamat menuntut ilmu di bumi Kinanah dan kelak pulang membawa ilmu guna membasmi kejahilan yang kini sedang membelenggu masyarakat negara kita .

Sunday, 15 November 2009

Tok Guru Nik Aziz Jadi Mangsa

Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz
Pula Cuba di "bunuh"
oleh Politik Persepsi.


1. Setelah mereka [ musuh ] berhempas pulas untuk membunuh karektor dan kewibawaan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang melalui senjata baru yang diberi nama persepsi , kini Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz pula menjadi mangsa mereka .

2. Mereka melihat keutuhan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sejak sekian lama adalah ditunjangi oleh ketokohan luar biasa 2 Tok Guru [ Nik Abd Aziz dan Hj. Abdul hadi ] yang bertaraf mursyid biarpun mereka berdua tidak maksum .

3. Keutuhan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara selama ini tiada siapa yang boleh menafikannya , sehinggalah akhir - akhir ini terdapat percubaan yang sangat ekstrim untuk melumpuhkannya dengan terlebih dahulu menjadikan kedua - dua Tok Guru sebagai sasaran awal direbahkan .

4. Sebelum ini kepimpinan Tok Guru Hj Abdul Hadi dipertikai teruk dengan membentuk satu persepsi yang buruk bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang lemah dan tidak berkeupayaan memimpin parti dengan menonjolkan beberapa kelemahan , sementara mereka menyembunyikan kelebihan dan kejayaan yang telah dicapai sepanjang kepimpinan beliau .

5. Tidak puas mereka mengkeronyok Tuan guru Hj. Abdul Hadi sebagai Presiden PAS dengan persepsi buruk yang mereka bentuk , kini mereka cuba pula untuk membentuk persepsi negatif guna membelasah Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz kononnya mengamalkan nepotisme dan rasuah dalam kepimpinannya .

6. Matlamat mereka hanyalah satu , iaitu membentuk persepsi buruk terhadap kedua - dua Tok Guru ini dan kemudiannya menjadikan ia sebagai liabiliti kepada parti , maka secara hormat atau biadab , kedua - dua Tok Guru ini mahu disingkirkan dari pengaruh dan kerusi kepimpinan mereka . Mereka mahu PAS bergolak dan lemah sejurus itu mereka boleh menarik nafas lega .

7. Terbaru mereka masih menyerang Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz setelah Tuan Guru menyatakan pendirian tegasnya bahawa beliau membenarkan SPRM menyiasat diri dan menantunya demikian juga satu tindakan tegas , bijak dan berhemah Tuan guru apabila membatalkan hasrat mengerjakan ibadah haji ekoran isu penajaan ibadah haji beliau menjadi polemik di media .

8. Integriti yang dipertahankan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sejak 20 tahun memimpin negeri Kelantan meletakkan beliau senantiasa bersedia membuka pintu rumahnya 25 jam sehari bagi SPRM menyiasat kes rasuah jika ada . Juga sungguh besar pengorbanan Tuan guru yang sanggup membatalkan ibadah haji beliau di saat semua orang menaruh harapan tinggi untuk ke tanah suci , semata - mata kerana mahu menjaga nilai integriti yang dipertahankan selama ini . Bijak sungguh Tuan Guru mengurus persepsi buruk yang sengaja dicipta untuk menjatuhkan maruah [ air muka ] beliau sekaligus membuat tekanan untuk menyingkirkan beliau dan melemahkan parti yang dipimpinnya .

9. Hari ini mereka masih menyerang dan melebarkan ruang persepsi buruk yang sengaja mereka cipta dengan mengambil peluang atas keadaan yang ada , setelah mereka juga tahu bahawa Tuan Guru adalah seorang insan yang bertaqwa dan tidak mungkin mengamalkan rasuah . Tidak mudah mereka mahu melumpuhkan kewibawaan Tuan Guru dengan persepsi yang mereka bentuk kerana rakyat yakin Tuan Guru juga adalah seorang yang ikhlas memimpin negeri dan rakyat ke arah membangun bersama Islam .

10. Tegas saya nyatakan disini , bahawa kami pemuda - pemuda PAS seluruh negara , senantiasa bersama dengan kedua - dua Tok Guru [ Hj. Nik Abdul Aziz dan Hj. Abdul Hadi ] sekaligus menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan mereka sambil mengutuk sekeras - kerasnya sebarang percubaan untuk menjatuhkan mereka dengan cara yang tidak berhemah dan berakhlak .

Wednesday, 11 November 2009

Mengurus Persepsi . vol 3

Politik Persepsi
VS
Politik Islami


1. Sebagaimana perbahasan terdahulu [ dalam Mengurus Persepsi vol 1 dan 2 ] telah ditegaskan bahawa persepsi terbahagi kepada 2 .

Pertama : Persepsi Positif
Kedua : Persepsi Negatif

2. Menerima atau menolak kedua - dua kategori persepsi ini banyak bergantung kepada implikasi atau kesan langsung dari menerima atau menolak persepsi tersebut .

3. Pun begitu , telah saya tegaskan sebelum ini [ vol 1 & 2 ] bahawa persepsi bukanlah suatu yang besifat mutlak kerana ia dinilai melalui " bagaimana persepsi itu dihasilkan " , " persepsi itu dari mana" dan sebagainya .

4. Sebagai contoh mudah 1 : seorang insan yang baik budi pekertinya tetapi mendapat persepsi buruk dari masyarakat ekoran fitnah yang lemparkan oleh seseorang yang lain kerana hasad dan seumpamanya . Tentunya persepsi ini tidak boleh diterima [ atau mesti diabaikan ] sebab ianya dihasilkan atau terhasil melalui cara yang salah .

Sebagai contoh mudah 2 : seorang insan yang sememangnya nakal atau jahat tetapi ia mendapat persepsi yang baik dari masyarakat ekoran kelicikannya menyembunyikan kejahatan yang dilaku dan keupayaannya mempengaruhi pemikiran masyarakat [ etc ; melalui penguasaan media ] . Tentunya persepsi ini tidak boleh diterima [ atau mesti diabaikan ] sebab ianya dihasilkan atau terhasil melalui cara yang salah .

Sebagai contoh mudah 3 : seorang insan yang baik budi pekertinya lalu mendapat persepsi yang baik dan positif dari masyarakat . Tentunya persepsi ini mesti diterima kerana ia berasas dan terhasil secara benar .

Sebagai contoh mudah 4 : seorang insan yang sememangnya nakal atau jahat lalu ia menerima persepsi buruk dari masyarakat akibat perlakuannya . Tentunya persepsi ini mesti diterima kerana ia berasas dan terhasil secara benar .

5. Begitu juga dengan politik dan tindakan - tindakannya terdedah kepada persepsi dan bagaimana persepsi itu terhasil . PAS adalah sebuah gerkan Islam yang memperjuangkan cita - cita Islam agar ianya tertegak di atas tanahair ini . Kerana Islam yang diperjuangkannya lah saya dan orang lain menyertai PAS . Usaha memperjuangkan Islam meletakkan PAS berdepan dengan musuh sementara musuh pula bertindak menyerang dari luar termasuklah menyusup masuk ke dalam saff perjuangan Islam ini untuk melancarkan serangan dan fitnah dari dalam pula .

6. Justeru itu PAS juga tidak terlepas dari pengaruh persepsi bahkan bukan sekarang sebaliknya sejak awal penubuhannya , PAS telah berdepan dengan persepsi yang berbagai . Karenah persepsi ini sebahagiannya dilayan bahkan mesti diambil kira sementaranya sebahagiannya tidak mampu dilayan bahkan mesti diabaikan begitu sahaja .

7. Biasanya persepsi ini terbentuk melalui apa yang dilihat dan apa yang orang kata . Sesekali persepsi dibentuk melalui satu hasil penelitian dan kajian mendalam . Justeru itu persepsi juga ada asasnya untuk diterima dan di tolak . Namun begitu , perjuangan mesti diteruskan dan jangan izinkan perjuangan suci untuk menegakkan agama Allah swt ini terganggu hanya kerana kesibukkan kita melayan persepsi . Saya menegaskan demikian kerana musuh tidak akan berhenti untuk mecipta persepsi buruk ke atas perjuangan yang kita dokong sementelah mereka menguasai media dan jentera kerajaan .

[ selalu di ceritakan oleh Tok Guru saya [ Allahyarham Tuan guru Atiqullah ] semasa belajar di Pondok Pasir Tumboh dulu sewaktu menegaskan bahawa kita mesti yakin dan berani hadapi cabaran untuk menjadi pelajar pondok yang pada waktu sangat dipandang hina oleh masyarakat [ yang jahil ] . Tok Guru kata : " Kamu jangan peduli apa orang nak kata ! Orang nak kata lekeh , miskin , ketinggalan zaman , serebeh , lebai malang dan apa - apa lagi lah ... peduli giii lah ! - yang penting kamu ikhlas dan lakukan kerana Allah swt dan agamaNya " ]

Lalu Tok Guru kisahkan cerita dua beranak [ ayah dan anak ] naik seekor kaldai . Lalu orang kata alangkah zalimnya mereka berdua kerana membebankan seekor kaldai , maka si anak turun meninggalkan ayahnya di atas kaldai , lalu orang berkata pula alangkah tergamaknya si ayah , dia rileks berada di atas kaldai sedang anaknya yang masih kecil berpeluh berjalan kaki .

Mereka tukar posisi , si anak naik kaldai dan ayahnya pula berjalan kaki demi memastikan persepsi orang ramai tidak negatif terhadap mereka , lalu orang berkata alangkah zalimnya si anak yang masih muda tergamak membiarkan si ayah yang telah tua berpeluh berjalan kaki .

Mereka ambil keputusan dua - dua turun jalan kaki dan mereka mengheret kaldai mereka . yang penting tiada lagi persepsi yang negatif terhadap mereka . Ternyata mereka silap kerana masih ada orang kata , alangkah bodohnya mereka berdua , ada kaldai tetapi tidak menggunakannya sebagai kenderaan .

Akhirnya mereka berdua [ ayah dan anak ] mengatakan , kita tidak ada pilihan lain untuk mengelak persepsi negatif orang terhadap kita , melainkan satu cara lagi iaitu mereka ikat kaldai
lalu mereka pikul kaldai menuju destinasi mereka . malangnya orang berkata : " apakah mereka berdua ini gila ? ada kaldai , sudahlah tidak menaikinya tetapi mereka yang memikul kaldai . Mereka ini lebih bodoh dari kaldai yang bodoh itu " .


Tok Guru buat kesimpulan : " kamu jangan peduli apa orang nak kata , tapi yang penting kamu mesti benar dan ikhlas . "


8. Saya melihat sewaktu kita berpolitik untuk menegakkan Islam , kita sering berdepan dengan situasi serupa . Apa yang kita buat serba tak kena . Kalau kita kata kita nak tegakkan negara Islam , mereka kata tidak boleh sebab perlembagaan tidak membenarkan , kelak orang non muslim tidak sokong kita , orang masih belum faham lagi fasal negara Islam , kita kena hikmah so jangan cakap negara Islam dulu dan sebagainya .......

Tetapi , apabila kita tidak bercakap negara Islam sebaliknya kita bercakap pasal negara kebajikan , negara bangsa dan lainnya , mereka kata kita telah menggadaikan prinsip perjuangan , kita sudah lari dari perjuangan sebenar dan macam - macam lagi .... sedang ini semua persepsi .

9. Situasi ini meletakkan kita serba tidak kena dan sememangnya itulah strategi musuh untuk meletakkan kita dalam dilema dan serba - serbi salah . Sebab itu saya sebut persepsi juga menjadi senjata musuh untuk melemahkan perjuangan kita terutama apabila kita terperangkap dalam politik persepsi ini . Justeru itu pandangan saya , kita teliti terlebih dahulu apa bentuk persepsi masyarakat terhadap kita dan kita juga kena nilai dan kaji , apakah persepsi itu perlu dilayan atau tidak . Apa yang penting ialah perjuangan kita tidak lari dari manhajnya yang asal berasaskan prinsip dan dasarnya yang tulen .

10. Saya ada seorang kawan yang selalu diperlekeh kerana pakaiannya yang agak kekampungan. Beliau selalu di tuding sebagai selekeh , tak ada class , serebeh , kolot , primitif dan sebagainya . Akhirnya beliau tukar imej dengan memakai pakaian moden dan agak kebandaran sedikit . Malang beliau akhirnya di katakan mengada - ngada , sombong , berlagak , tak sedar diri dan macam - macam lagi .....dia mengadu kepada saya , macam mana ni ? saya kata : " peduli apa orang nak kata [ persepsi ] tetapi pastikan awak menutup aurat dan tidak langgar etika berpakaian . Susah kalau awak nak cari redha manusia nih ! tapi ... awak kena pastikan awak dapat redha Allah , walaupun susah !"

Sabda Rasulullah saw :


من التمس رضى الله بسخط الناس رضى الله عنه و أرضى عنه الناس
و من التمس رضى الناس بسخط الله سخط الله عليه و أسخط عليه الناس

Sesiapa yang mendapatkan redha Allah swt sementara manusia membencinya , nescaya Allah swt meredhainya dan dan menjadikan manusia juga meredhainya . sebaliknya sesiapa yang mencari keredhaan manusia sedang Allah swt membencinya , nescaya Allah swt memurkainya dan menjadikan manusia juga memurkainya .

Riwayat Ibnu Hibban di dalam shohihnya .

Hadis ini menunjukkan keredhaan Allah swt adalah segala - galanya . Akhirnya marilah kita renungi kata - kata Syeikh Ibnu A'toillah as Sakandari :

من علامات النجح في النهايات
الرجوع إلى الله في البدايات

Sebahagian tanda kejayaan yang bakal dicapai pada akhir sesuatu pekerjaan ialah kembali kepada Allah pada mula pekerjaannya .


Tuesday, 10 November 2009

Ya Allah ! Selamatkan Perjuangan Islam

1. Kelihatan fitnah terus menyelubungi Parti Islam Se Malaysia PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang berjuang untuk memartabatkan Agama Allah swt di atas tanahair ini .

2. Musuh tanpa jemu merancang dan mengatur strategi untuk menggagalkan perjuangan suci ini dengan percubaan untuk memecah belahkan kesatuan anggota jamaah , melempar fitnah kepada pimpinan dan jamaah serta membina persepsi buruk masyarakat kepada jamaah yang perjuangkan Islam ini .

3. Selain dari tindakan pro aktif diambil oleh jamaah dan pimpinannya untuk melakukan pelbagai langkah mengatasi segala kemelut dan masaalah yang menghambat perjuangan ini ,

4. Dewan Pemuda PAS Pusat mengambil satu lagi langkah wajar iaitu menganjurkan Solat Hajat & Munajat Perdana dengan tema : " Ya Allah ! Selamatkan lah Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] " sebagai sebuah wadah yang memperjuangkan Islam di negara ini .

5. Solat Hajat dan Munajat Perdana ini akan diadakan pada Malam ini - 10 nov.[ selasa ] jam 8.15 di Dewan Dato' Fadzil Noor Taman Melewar . Insyaallah ianya akan diimamkan oleh Sohibus Samahah Tuan Guru Dato' Hj. Harun Din Timbalan Mursyidul Aam PAS .

6. Alim ulama' , pimpinan PAS di semua peringkat , aktivis dan ahli - ahli PAS serta penyokong dan seluruh ummat Islam prihatin [ muslimin dan muslimat ] dijemput hadhir untuk sama - sama kita bermunajat kepada Allah swt agar perjuangan Islam ini dipelihara dan wadah perjuangannya diperkasa .

7. Menyedari fitnah dan tekanan bertali arus yang melingkari PAS mutaakhir ini , memerlukan pertolongan dan bimbingan Allah swt agar PAS terus gah menggalas tanggungjawab perjuangan Islam di negara ini dan sekaligus memberi nur hidayahnya kepada setiap individu yang cuba untuk menggagalkan perjuangan ini .

8. Saya sekali lagi dengan segala kerendahan diri mengharapkan agar seluruh ummat Islam [ muslimin dan muslimat ] dapat hadhir bersama pada malam ini untuk kita bermunajat kepada Allah swt . Semoga Allah swt merestui perjuangan kita dan mengurniakan kekuatan serta ketabahan yang tinggi kepada pimpinan , aktivis , anggota dan penyokong jamaah ini untuk terus berjuang menyahut segala cabaran dan menyerap segala tekanan samaada yang datang dari luar atau dalam .

Sekian

Mengurus Persepsi . vol 2

Iktibar dari Sirah

1. Saya setuju betapa sebahagian persepsi mesti diambil kira , terutama apabila dilihat kepada kesan atau implikasi yang mengundang mudharat lebih umum .

2. Nabi kita Muhammad saw pernah menghalang Saidina Umar rha membunuh Abdullah bin Ubai [ sang munafiq ] kerana bimbang timbul satu persepsi bahawa Muhammad membunuh ummatnya sendiri ekoran Abdullah bin Ubai mengaku muslim malah solat di belakang Nabi saw.

3. Nabi saw tidak bertindak biarpun Abdullah bin Ubai layak dibunuh kerana menjadi musuh dalam selimut dan sering melancarkan gerakan sabotaj terhadap perjuangan baginda saw. Ini satu dari bentuk pengurusan persepsi yang telah dipraktis oleh Rasulullah saw untuk mengelak fitnah yang lebih mudharat berbanding membiarkan sang munafiq itu terus hidup .

4. Hidupnya sang munafiq itu satu mudharat besar kepada perjuangan Rasulullah tetapi persepsi yang bakal tercetus bahawa Muhammad membunuhnya ummatnya [ jika Abdullah bin Ubai dibunuh ] adalah fitnah yang bakal merentasi berpuluh generasi bahkan mungkin sampai kiamat persepsi negatif ini akan dimainkan oleh musuh - musuh Islam .

5. Saidina Umar rha juga pernah memarahi sepasang suami isteri yang berdua - duaan ditempat sunyi bimbang timbulnya persepsi negatif [ fitnah ] terhadap mereka sedang fitnah itu adalah suatu yang sungguh dahsyat akibatnya . الفتنة أشد من القتل

6. Peristiwa seperti ini menjadi contoh bagaimana sebahagian persepsi wajib diambil kira oleh kita , terutama apabila kesan dari persepsi itu mengundang mudharat yang lebih besar [ dan mungkin kekal ] berbanding mudharat yang terhasil dari perkara atau isu yang sedang dihadapi .

7. Namun dalam keadaan tertentu , persepsi diabaikan begitu sahaja terutama apabila persepsi itu negatif terhadap suatu yang bersifat prinsipal [ yang tiada tolak ansur ] . Sebagai contoh apabila Nabi saw pulang dari Isra' dan Mikraj , Baginda telah dinasihatkan oleh Ummu Hani [ sepupu baginda saw ] agar tidak menceritakan pengalaman baginda melalui Isra' dan Mikraj . Ummu Hani bimbang timbul satu persepsi negatif bahawa Muhammad saw adalah gila dan pembohong jika diceritakan kisah luar biasa itu .

8. Namun prinsip Rasulullah saw ialah tabligh [ menyampaikan ] , tidak mungkin Baginda saw menyembunyikan apa yang telah menjadi wahyu Allah untuk disampaikan kepada ummah . Peristiwa sepanjang Isra' dan Mikraj sebahagian dari wahyu Allah swt untuk mendidik manusia agar taat dan tunduk kepada Allah swt . Nabi saw akhirnya tidak memperdulikan apakah persepsi yang bakal terbentuk dikalangan masyarakat arab pada waktu itu lalu terus bertemu masyarakat dan menceritakan segala - galanya .

9. Ternyata persepsi buruk tercetus malah fitnah melanda ummat Islam pada waktu itu yang mula terpengaruh dengan persepsi yang dibentuk oleh Abu Jahal kononnya Muhammad adalah pembohong dan gila . Ianya bermula apabila Nabi saw menceritakan bahawa baginda naik ke langit dan pulang semula ke Makkah dalam tempoh satu malam . Nabi saw adalah pesuruh Allah dan mustahil nabi bersikap bodoh untuk sengaja menceritakan perkara luar biasa yang pastinya mengundang persepsi buruk masyarakat terhadap baginda saw. Tetapi ini prinsip ! biarpun bakal berdepan dengan persepsi yang negatif , Nabi saw tetap menjalankan tugasnya sebagai seorang rasul iaitu menyampaikan wahyu Allah swt .

10. Mungkin sebahagian ahli politik hari ini tidak akan bertindak sebagaimana tindakan Nabi saw sekalipun ia berkait dengan prinsip kerana bimbangkan persepsi . Persepsi telah menjadi senjata yang paling tajam untuk membunuh . Membunuh sebuah perjuangan . Persepsilah yang melumpuhkan perjuangan Islam diseluruh dunia mutaakhir ini apabila pejuang - pejuangnya dilabelkan Taliban , al Qaedah , KMM , ekstrim , terorrist dan lainnya .

11. Sebagaimana Rasulullah saw yang sangat dipercayai oleh Kaum Quraisy sehingga digelar al Amin , tiba - tiba menerima persepsi yang sangat buruk yang akhirnya baginda digelar tukang sihir , gila dan pemecah belah masyarakat semata - mata kerana baginda saw konsisten menentang jahiliyyah dan memerangi kebathilan .

12. Malah hari pertama baginda membawa ajaran tauhid ini kepada masyarakat quraisy di atas bukit safa , baginda telah di ancam :

يا محمد هذا الأمر تكرهه الملوك و تحاربك العرب و العجم

Wahai Muhammad , apa yang kamu bawa ini adalah suatu yang sangat dibenci oleh para pembesar dan kelak kamu akan diperangi oleh orang - orang Arab dan bukan arab .

13. Biarpun persepsi masyarakat telah berubah terhadap baginda , namun demi prinsip perjuangan Islam ini , Nabi saw terus istiqamah dan thabat [ konsisten ] memacunya sehingga Nabi saw pernah bersabda kepada bapa saudaranya Abu Talib :

يا عمي و الله لو وضعوا الشمس في يميني و القمر في يساري على أن أترك هذا الأمر ما تركته أو أهلك دونه

Wahai bapa saudaraku , Demi Allah jika sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan ditangan kiriku supaya aku meninggalkan perjuangan ini , nescaya tidak akan ku tinggalkan [ sehingga Islam ini menang ] atau aku binasa kerananya [ syahid ] .


14. Ertinya Nabi saw tidak pragmatik untuk menukar haluan perjuangan atau memperlahankan rentak perjuangan semata - mata kerana mengambil kira persepsi masyarakat jahiliyyah pada waktu itu . Sebaliknya Nabi saw tegas dan berani mengambil risiko demi membawa misi menyelamatkan aqidah ummah .

15. Demikian persepsi diurus oleh nabi saw apabila berdepan prinsip perjuangan . Bukan sahaja Nabi saw mengabaikan persepsi tersebut tetapi Baginda saw tidak langsung terkesan dengan apa yang orang lain nak kata , apa yang penting ialah dasar dan prinsip perjuangan diteruskan malah digerakkan dengan lebih aktif.

Monday, 9 November 2009

Mengurus Persepsi . vol 1

1. Akhir - akhir ini selalu kedengaran orang bercakap soal politik itu adalah persepsi . Baru - baru ini isu persepsi jua menjadi perbahasan penting dalam Seminar Pemerkasaan Parti [ PAS ] di Taman Melewar . [ 7 Nov 2009 ]

2. Paling ekstrim apabila Dr Abu Hassan menegaskan bahawa , barangsiapa menolak persepsi maka ia adalah primitif . Justeru persepsi pada abad ini mesti diterima sebagai informasi .

3. Ramai juga sahabat bertanya saya mengenainya sekaligus meminta saya komen berkait Seminar Pemerkasaan Parti [ PAS ] baru - baru ini .

4. Terus terang saya nyatakan , bahawa saya sangat berpuas hati dengan seminar tersebut dan mengharapkan agar segala kemelut yang berlaku juga telah berakhir dengan berakhirnya seminar itu . Perbahasan telah dilakukan , luahan perasaan juga telah dihamburkan , jawab balas juga telah diterima , emosi turut dilepaskan , majlis telah digulung dan resolusi telah diwarta , maka apa lagi yang tertinggal ? saya secara peribadi benar - benar puas hati biarpun agak teruk juga menjadi sasaran kritik . Entah dari mana datangnya rasa seronok di kritik sedemikian . Mungkin kerana ini pengalaman pertama dikrtitik secara terbuka untuk seluruh dunia menyaksikannya .

5. Selepas ini bergantung kepada sikap kita semua . Kita mahu buat perubahan atau tidak ? Pada saya , seminar ini menjadi titik nokhtah untuk kita [ pemimpin dan anggota ] muhasabah diri dan sekaligus menjadi motivasi guna meningkatkan prestasi daya juang dan menjadi lebih pro aktif menyahut cabaran .

6. Lemah kita perteguhkan , silap kita baiki dan kurang kita tambah . Malah kita belajar dari pengalaman semalam untuk menyusun strategi pada hari ini demi mencapai matlamat di hari esok . Insyaallah inilah yang saya dan rakan - rakan exco DPPP akan lakukan secepat mungkin . Kita ambil langkah positif demi memastikan segala misi dan visi perjuangan kita dapat dicapai . Setidak - tidaknya kita meneruskan langkah menyambung nafas perjuangan suci ini .

7. Terlebih dahulu mewakili DPPP , saya rakam setinggi - tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah mengkritik dan memberi in put bermakna buat DPPP . Usah risau mengenai sikap kami . Kami kejap berpegang kepada apa yang diajar oleh Allah swt bahawa , sebagai seorang mukmin sewajarnya kami mendengar semua kritikan , semua persepsi , semua informasi serta semua cadangan dan kemudiannya kami nilai , teliti serta halusi lalu kami akan ambil , terima , kutip dan pakai apa yang terbaik daripadanya .

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة

8. Sebahagian dari pengurusan persepsi ialah tabaiyyun [ nilai , teliti , halusi dan siasat kebenarannya ] justeru persepsi tidaklah bersifat mutlak atau mesti terima . Malah selain tabaiyyun , pengurusan persepsi jua mesti melihat kepada bagaimana persepsi dihasilkan dan apakah kesan langsung berkait persepsi tersebut . Lantaran persepsi itu mungkin salah tetapi jika diabaikan membawa mudharat demikian juga sebaliknya persepsi itu mungkin benar tetapi jika diterima , ia akan memberi pulangan yang negatif .

9. Bahkan sebahagian daripada persepsi itu memang salah dan berdosa sementara sebahagian yang lain itu benar . Firman Allah swt : [ al Hujurat : 12 ]

يا يها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم
و لا تجسسوا و لا يغتب بعضكم بعضا
أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه و اتقوا الله إن الله تواب رحيم

Wahai orang - orang yang beriman , jauhilah akan kebanyakan dari sangkaan [ persepsi ] sesungguhnya sebahagian sangkaan [ persepsi ] itu adalah dosa [ salah ] . Janganlah kamu mencari kesalahan orang dan jangan kamu mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain . Apakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati ? tentunya kamu enggan [ jijik ] melakukannya ! justeru itu takutlah [ taqwa ] kepada Allah swt , sesungguhnya Allah swt Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang .

10. Ayat diatas menunjukkan sebahagian besar dari persepsi itu adalah salah dan dosa kecuali pada keadaan - keadaan tertentu yang umum dan mudah dilihat kebenarannya , maka persepsi itu diambil kira . Ini adalah kerana Islam sangat mementingkan ketepatan , kebenaran , bukti , suatu yang nyata dan jelas sekaligus menolak kesamaran , andaian , agak - agak dan sangkaan bimbang tersalah langkah dan tersasar dalam bertindak .

Sebelum kita bercakap soal persepsi atau politik persepsi pada hari ini , al Quran terlebih awal telah mendedahkan perkara ini dan meletakkan kaedah bagaimana mahu mengurus persepsi . Insyaallah , saya akan sambung selepas ini perbicaraan berkait pengurusan persepsi ...

to be continue

Sunday, 8 November 2009

AMAL : Sedia Berbakti

1. Jabatan AMAL Malaysia diletakkan dalam keadaan bersedia untuk turun melaksanakan tanggungjawab menyelamat dan menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir .

2. Banjir kini telah melanda beberapa buah negeri di utara dan pantai timur . Laporan yang saya terima petang tadi menggambarkan keadaan banjir makin serius di pantai timur khasnya di Kelantan .

3. Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri diharapkan dapat mengumpul dana kemanusiaan untuk disumbangkan kepada mangsa yang memerlukan . Sementara anggota AMAL cepat mengenal pasti lokasi yang memerlukan mereka turun segera bagi misi menyelamat dan membantu insan yang memerlukan .

4. Seperti biasa Dewan Pemuda PAS Negeri atau kawasan terlibat akan segera membuka Bilik Gerakan Banjir di markaz atau lokasi tertentu bagi menyelaras dan mengurus gerakan menyelamat dan membantu . Insyaallah , dengan segala keupayaan dan kemampuan yang ada meskipun terhad , DPP bersama skuad AMALnya akan terus berbakti tanpa mengira penat dan lelah .

5. Bantuan AMAL ini juga boleh diperolehi dengan menghubungi Dewan Pemuda PAS negeri atau Kawasan terdekat untuk pertolongan cemas dan tindakan segera . Semoga Allah swt menyelamatkan kita semua dari sebarang musibah yang tidak diingini dan saya ucapkan selamat berkhidmat dan bertugas dengan ikhlas dan tabah buat semua anggota AMAL .

Saturday, 7 November 2009

Berakhirnya Sebuah Kemelut

1. Hari ini antara hari - hari bahagia dalam sejarah hidup saya semenjak saya mewaqafkan diri buat perjuangan Islam bersama Parti Islam Se Malaysia [ PAS ]

2. Sungguh bahagia dan cukup gembira menyaksikan komitmen seluruh perwakilan bersama pimpinan parti untuk menamatkan segala konflik dan persengketaan demi memperkasakan parti dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat .

3. Berlabuhnya tirai Seminar Pemerkasaan Parti yang berlangsung di Taman Melewar pada hari ini bermakna tamatlah sebuah kemelut yang agak panjang melanda parti . Insyaallah , selepas ini PAS akan mengorak langkah dengan gagah bersama gandingan mantap saff pimpinan yang telah bersetuju untuk menjadikan seminar ini penamat kepada segala konflik yang melanda parti .

4. Apa pun syabas saya ucapkan kepada al Fadhil Prof Dr. Abd Aziz Bari dan Dr. Abu Hassan Hasbullah [ Dr. Google ] , dua tetamu yang diundang untuk melontarkan idea mereka . Biar pun pedas dan keras , ianya diterima dengan penuh lapang dada dan sikap terbuka . Alhamdulillah , saya sendiri menerima teguran yang cukup pedas bukan sahaja dari pembentang [ Dr. Abu Hassan Hasbullah ] tetapi juga dari rakan - rakan , antaranya dari sahabat saya Dr. Rosli Alani Exco DPPN Kelantan .

5. Saya sebenarnya sangat terbuka malah gemar di kritik jika kritikan itu membina berbanding orang memuji justeru pujian itu melekakan saya . Adapun bidasan saya terhadap Dr Aziz Bari bukan bermakna saya tidak menerima kritikan beliau .

6. Dr Abdul Aziz Bari telah mengkritik PAS dan pimpinan tertingginya secara konsisten melalui Sinar Harian dalam beberapa artikel [ 5 artikel ] beliau yang keras . Saya tidak respon sebaliknya tekun membaca baris demi baris untuk memahami dan meneliti apakah sebenarnya yang mahu diserlahkan oleh beliau . Sementara PAS membuka ruang dan memberi peluang kepada beliau untuk memberi pandangan dalam Seminar yang dianjurkan .

7. Malangnya , dalam tempoh beberapa jam sahaja sebelum seminar politik PAS berlangsung , kelihatan Dr Aziz tidak sabar dan masih menggunakan ruang di media untuk menghentam pimpinan PAS sehingga membuatkan saya hilang kepercayaan kepada beliau , apakah beliau ikhlas mengkritik atau ada sesuatu yang ingin beliau capai dengan mencipta kemelut ini .

8. Saya beritahu kepada Dr Abdul Aziz Bari tengahari tadi , sebagaimana beliau menuduh Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Pro UMNO tanpa sebarang bukti , maka saya pula menuduh Dr Abdul Aziz Bari sebagai Agent UMNO dan sememangnya saya tidak mempunyai apa - apa bukti . Dr Abdul Aziz hanya ketawa kecil mendengar penjelasan saya . Sebenarnya saya juga tidak bermaksud mahu melempar tuduhan sedemikian kepada beliau , tetapi sekadar memberi isyarat kepada beliau agar beliau tidak lagi menuduh pimpinan PAS sebagai pro UMNO .

9. Seperti mana marahnya sahabat saya Dr Rosli Alani [ Exco DPPNK ] kerana saya menuduh Dr Aziz Bari sebagai Agent UMNO , begitulah jua marahnya saya dan seluruh ahli PAS kepada Dr Abdul Aziz Bari kerana menuduh Tuan Guru Presiden PAS sebagai Pro UMNO .

10. Alhamdulillah , segalanya telah saya settle dengan Dr Abdul Aziz Bari dan insyaallah pada hari rabu ini , harian DPPP akan mengunjungi Prof Dr Agus dan saya sedang mengusahakan satu tarikh dari Dr Abdul Aziz bari untuk satu sessi diskusi tertutup antara harian DPPP dengan beliau . Begitu juga Dr Abu Hassan Hasbullah . Dewan Pemuda PAS [ DPPP ] akan terus mencari ruang dan bertemu dengan pelbagai pihak yang boleh memberi in put kepada pemuda untuk terus memacu perjuangan ini .

Friday, 6 November 2009

Dr. Aziz Bari Keterlaluan

1. Dr. Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama malaysiakini .
2. Semakin lantang dan celupar kenyataannya . Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab [ tiada adab ] menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok .

3. Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau . Biarpun pedas dan keras , namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya , Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok .

4. Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya . Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi , apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS .

5. Sebagai tokoh akademi , beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan . Bukan sewenang - wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh . PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik [ dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS ] , tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai .

6. Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO .

7. Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli - ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan ? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok ? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum ?

8. Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang agen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak . Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan .

9. Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan - kenyataan beliau . Saya berlapang dada . Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan . Alhamdulillah , perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan - tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik . Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS , pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah .

10. Tetapi beliau masih tidak berpuas hati . Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah . Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma . Ramai orang tertanya - tanya , apa sebenarnya yang beliau mahu ?

11. Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti , mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak . Akhirnya beliau [ Dr. Aziz Bari ] dan puak - puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya .

12. Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak - puaknya .

13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .

14. Saya menyesal kerana hampir - hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau . Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka . Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadhir berseminar nanti . Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS , beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum ?

15. Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS . Realiti itu tiada masaalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut . Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan , beliau mestilah tampil dengan hujjah dan bukti yang kukuh . Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah .

16. Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok , Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti - bukti kukuh beliau . PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau .

17. Kelak , jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak - puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu , pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh agen - agen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah .

18. Sebaliknya , jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan , PAS janganlah teragak - agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti .

19. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak . Kerana apabila PAS teguh dan bersatu , maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda - agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini .

20. Marilah kita cantumkan semula pecahan - pecahan hati dan rasa dikalangan kita , agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah . Biarlah orang lain bercakap , mengkritik , menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan . Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh agen musuh .


1 Malaysia Rakyat dipersenda

1 Malaysia :
Perlembagaan diPersenda
Rakyat Merana


1. Pemerintahan Umno dan BN amnya dan kepimpinan Datuk Seri Najib khasnya , jelas menunjuk mereka masih gagal untuk keluar daripada retorik silam .

2. Terbaru apabila Datuk Najib mengisytiharkan Wang Ehsan menggantikan royalti yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat negeri Kelantan Darul naim .

3. Sebelum ini Tun Mahathir telah menzalimi rakyat negeri Terengganu apabila membatalkan royalti petroleum yang telah dinikmati sejak dulu semata - mata kerana kerajaan Terengganu pada waktu itu jatuh ke tangan PAS . Kemudiannya royalti itu digantikan dengan wang ehsan .

4. Justeru itu , apa istemewanya 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Datuk Najib dan seluruh warga UMNO dan BN jika kezaliman dan penderaan ke atas rakyat terus menjadi trade mark kepimpinan dan pemerintahan mereka .

5. Rakyat bagaikan tertipu dengan slogan 1 Malaysia : Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan setelah mereka menunggu penuh debaran agar royalti di kembalikan kepada kerajaan dan rakyat negeri Terengganu dan Kelantan . Datuk Najib sememangnya menjadi sandaran dan harapan mereka dengan slogan yang cukup memukau itu . Tetapi kini harapan bertukar menjadi realiti ngeri apabila mereka [ rakyat dan kerajaan negeri ] terus didera dan dianiaya oleh UMNO dan BN .

6. Wang ehsan meletakkan rakyat Kelantan seperti peminta sedekah sedang wang itu adalah hak mereka yang telah termaktub dalam perjanjian untuk dinikmati sebagai royalti di atas hasil minyak yang dikurniakan Allah swt kepada mereka . Malang ianya dirampas oleh UMNO dan BN dan kini menambahkan penderitaan rakyat Kelantan melalui persendaan yang cukup menghiris perasaan .

7. Jelasnya wang ehsan tidak akan sampai kepada rakyat secara adil dan telus sebagaimana ianya pernah berlaku kepada rakyat di negeri Terengganu malah ianya jelas dibongkar oleh perwakilan UMNO dari Kelantan dalam Perhimpunan Agong UMNO baru - baru ini bagaimana wang ehsan hanya menjadi umpan untuk menggula - gulakan rakyat agar mengundi mereka di dalam pilihanraya .

8. Dewan Pemuda PAS Pusat [ DPPP ] mengecam tindakan Datuk Najib yang terus menyambung tradisi UMNO dan BN untuk mendera dan memperbodohkan rakyat dengan slogan dan tindakan yang tidak berintegriti dan bermaruah .

9. Slogan yang wajar bagi UMNO dan BN untuk terus dilaungkan secara konsisten ialah 1 Malaysia : Perlembagaan di persenda dan Rakyat Merana . Ianya wajar agar rakyat tidak tertipu lagi dan mudah mereka membuat nilaian terhadap pencapai UMNO dan BN .

10. UMNO dan BN bertanggungjawab dan mereka mesti membayar harga yang tinggi di atas penyalahagunaan kuasa dan penipuan mereka ke atas rakyat . DPPP menyeru agar rakyat tegas menghukum UMNO dan BN melalui pilihanraya kelak agar mereka tidak lagi sewanang - wenangnya mempersenda undang - undang dan perlembagaan negara serta rakyat tidak lagi derita dan merana dengan penderaan mereka .



Tuesday, 3 November 2009

Tangani Isu dengan Solat & Munajat

1. Selangor terus dihimpit pelbagai isu dan kontraversi yang mencetus rasa resah dan gelisah dikalangan rakyat khasnya muslim .

2. Keadaan terus bergolak dan panas dengan pelbagai isu termasuk Arak , kepala lembu , selcat , kuil dan terkini Dr Asri . Sedikit sebanyak meletakkan kerajaan negeri Selangor dalam keadaan tertekan .

3. Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertekad ingin mengambil semula Kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat , sekali - kali tidak boleh dipandang ringan .

4. Sebelum ini Kerajaan Kelantan di bawah Kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat telah di dera dan dibuli oleh kerajaan pusat [ UMNO dan BN ] . Seluruh penumpuan dan tekanan di jurus kepada kerajaan Kelantan yang bersendirian berdepan karenah kerajaan persekutuan .

5. Namun apa yang menarik ialah cara Kelantan menangani tekanan dan melayan gangguan musuh tidak sahaja bergantung kepada kelicikan politik dan kemahiran berunding tetapi sangat bergantung kepada Allah Azza wa Jalla melalui siri solat hajat dan munajat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan .

6. Solat hajat dan munajat ini sangat tinggi nilai dan sungguh dalam kesannya kepada kerajaan dan rakyat negeri Kelantan . Paling minima kesan segera yang boleh dirasai melalui kaedah ini [ solat dan munajat ] ialah ketenangan kerajaan dan rakyat dalam menangani sebarang kemelut yang berlaku .

7. Ketenangan itu pula menghasilkan aqal yang bestari dan jiwa yang budiman . Ianya adalah antara nusrah [ pertolongan Allah ] yang dianugerahkan oleh Allah swt buat hambaNya yang senantiasa mengharapkan pertolongan dariNya .

8. Saya lihat , apa yang berlaku di Selangor mutaakhir ini juga perlu kepada seluruh pemimpin dan rakyat Selangor kembali kepada Allah swt . Sujud dan bermunajat mengharapkan kekuatan , petunjuk dan pertolongan Allah swt .

9. Bukan sahaja di Selangor tetapi sangat wajar bagi semua pendokong dan aktivis PAS di seluruh negara menganjurkan himpunan solat dan munajat memohon pertolongan dari Allah swt agar kerajaan rakyat ini dapat dipertahankan sekaligus melumpuhkan segala perancangan musuh untuk menggagalkan hasrat kita menegakkan syari'at , keadilan dan sekaligus melahirkan sebuah kerajaan yang telus dan amanah .

10. Saya cadangkan kepada Dewan pemuda PAS di semua negeri dapat menganjurkan satu himpunan besar di peringkat negeri masing - masing untuk solat dan munajat agar Allah swt memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah rakyat bukan sahaja di Selangor tetapi juga seluruh negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat termasuk Kedah dan Kelantan .

Monday, 2 November 2009

JAIS Tidak Profesional

1. Ketenangan dan kedamaian malam benar - benar terganggu apabila saya yang baru sahaja merebah badan untuk isterehat setelah 4 hari travel dihujani panggilan telefon berkait tangkapan JAIS ke atas Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas Mufti Perlis .

2. Saya ke Terengganu untuk merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu [ HIMPIT 2009 ] , ke Kelantan untuk menghadhiri perasmian penutup Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia dan kemudiannya ke Sabak Bernam untuk meraikan perasmian penutup Jambori AMAL Kebangsaan bagi kali ke 17 .

3. Saya difahamkan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin [ Dr Maza ] ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah .

4. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu .

5. Saya sangat kesal dengan tindakan JAIS yang menggunakan kuasa sewenang - wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama' semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah sewaktu menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor , sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor .

6. Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama , pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA , MA dan Phd .

7. Pihak JAIS boleh memanggil para penceramah agama ini untuk sessi temuduga bagi menganugerahkan tauliah jika itu merupakan satu prosuder yang mesti diambil , bukannya dengan menggunakan kuasa menghalang dan menangkap sedang penceramah - penceramah ini berbakti kepada agama dan masyarakat untuk membasmi kejahilan .

8. Terbaru Dr Mohd Asri menjadi mangsa tangkapan JAIS atas alasan beliau tidak memiliki tauliah . Dr. Mohd Asri adalah merupakan bekas Mufti dan kini beliau mengendalikan sebuah rancangan agama di Astro . Selain university , masyarakat juga mengiktiraf ilmu yang dimiliki oleh beliau . Tindakan JAIS merupaka satu lagi episod malang bagi perkembangan agama di negara ini .

9. Sebelum ini beliau selalu dikaitkan dengan wahabi biarpun beribu kali beliau menafikan bahawa beliau bukan penganut faham wahabi . Saya faham terkadang kenyataan dan pendekatan Dr. Mohd Asri sering mencetus kontraversi dalam negara kita . Tetapi saya lihat kontraversi itu masih dalam lingkaran perbahasan agama yang boleh ditangani secara ilmiah . Malah saya sendiri mempunyai banyak perbezaan pendekatan dengan beliau dalam isu - isu tertentu sebelum ini , namun itu tidak bermakna peranan beliau dalam memberi ilmu kepada masyarakat tidak disokong .

10. Jika terdapat ajaran salah atau sesat yang dibawa oleh Dr Mohd Asri , pihak JAIS wajar bertindak . Tetapi jika hanya kerana tidak memiliki tauliah atau sekadar tuduhan beliau menyebarkan fahaman wahabi sedang beliau bukanlah seorang wahabi bahkan pernah menafikannya berulang kali , maka saya kira JAIS telah bertindak keterlaluan dalam perkara ini .

11. Penyampaian kuliah di masjid surau sering dikekang oleh penguatkuasa yang memantau tauliah bukannya kesahihan ilmu yang disampaikan . Sementara maksiat dan mungkar berleluasa di sekitar masjid dan surau tanpa pemantauan berkesan dari pihak berkuasa agama .

12. Kini Selangor berada dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat . Secara umumnya , keadaan di Selangor banyak berubah terutama kebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah berbanding di zaman pemerintahan UMNO dulu .
13. Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor , rasanya inilah kes pertama tangkapan kerana isu tauliah yang mendapat liputan media .

14. Dewan Pemuda PAS Pusat turut melahirkan rasa kesal atas tindakan JAIS dengan menganggap isu seperti ini boleh diselesaikan secara lebih hikmah tanpa perlu membuat sebarang tangkapan yang boleh mencetus polemik dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap JAIS .

15. Dewan Pemuda PAS Pusat juga bersedia untuk mengadakan dialog dengan pihak mufti negeri Selangor atau Pengarah JAIS bagi menangani isu seperti ini [ pentauliahan ] demi masa depan dakwah Islamiyyah di negeri Selangor . Insyaallah , DPPP akan membuat temujanji dengan Pengarah JAIS dalam masa terdekat untuk tujuan tersebut .

Sunday, 1 November 2009

Perteguh Pakatan Rakyat

Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5 K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo .