HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, March 10, 2011

Kerjasama PAS dan DAP : Satu Penjelasan

1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untuk menanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa  "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.

4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.

6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].

7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:
  • Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :
 شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم

Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .

Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193

Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .
  • Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah .  Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .
Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .

Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .

8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :

Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab :

ضربني و بكى شتمني واشتكى

Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu .

Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.

10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO  menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal  ? :
  • Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.
  • UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.
  • Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semuala kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain ?

rasa macam nak sambung siri penjelasan ini.... tengoklah macam mana ...

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

10 comments:

limaumasam said...

adakah jika PR berkuasa nanti di Putrajaya, media kebebasan akan diberikan kepada BN untuk turut sama berkempen?

umairah said...

Assalamualaikum.
saya setuju dengan penjelasan ni. jelas ketidakadilan kerajaan dalam isu media massa.tiap2 kali berita,keluar pasal kerajaan BN.berita berkenaan pihak pembangkang selalunya berita yang negatif hinggakn saya rasa tak ada guna menonton berita sebegitu dan saya jadi muak dengan isu2 politik kerajaan yang tidak adil.

tungkaran hati said...

apa peranan PAS di Selangor dan Pulau Pinang terhadap Islam dan orang Melayu? kami rakyat marhein melihat PAS seolah-olah DAYUS bila berhadapan dengan DAP dan PKR. tak percaya..? tolonglah jangan menyalahkan pihak lain diatas kegagalan sendiri!

inksensei said...

Salam ust.

Harap dpt disambung & dilengkapkan artikel ni supaya dpt menjadi penjelasan kpd org awam terutamanya Melayu yg sering ditipu umno berkaitan isu ini.

Azhar Wan Abdullah said...

Syabas atas penerangannya ustaz, moga2 lebih ramai yang paham dan mendokong perjuangan PAS...Insya Allah...

Admin KMKP said...

Harap Ustaz perbanyakkan lagi artikel untuk penjelasan demi penjelasan sebab ramai ahli yang masih kurang faham. Kurang faham bukan sebab kurang informasi dari bahagian/cawangan tapi kurang faham sebab malas datang usrah dan ceramah.

Sifat kebanyakkan ahli "lebih banyak meminta tetapi kurang memberi". tidak salah ingin nampak jemaah Pas semakin aktif dengan berbagai program namun ahli perlu aktif di dalam menghulur tenaga.

Harap nanti ustaz kupas berkaitan "Banyakkan memberi dan bukannya meminta" untuk ahli faham tanggungjawab mereka.

Wallahua'lam.

Kabus Pagi said...

Salam..

saya suka dengan penjelasan ini.. tetapi dengan penjelasan ini saya masih lagi tidak berganjak dengan kepercayaan saya terhadap barisan nasional.. sebab saya rasa sekarang apa yang dibuat oleh UMNO telah adalah sama apa yang PAS buat sekarang.. malah UMNo telah banyak pengalaman berhadapan dengan sebarang tuntutan daripada pihak MCA dan MIC.. dan telah pecah kepala bagai mana nak memuaskan hati semua orang dalam barisan nasional.. tetapi bagaimana dengan PAS.. buat kata orang baru nak mula berkahwin memang semunya elok tapi dah kahwin nanti macam-macam cerita.. so takut PAS nanti menyesal tak sudah...

saya lebih suka kalau kerja sama PAS dan DAP dan PKR adalah berbeza sedikit apa yang ada dalam barisan nasional.. yang mana menjadikan ISlam sebagai tunjang kepada perjuangan.. kerana Islam adalah baik untuk semua.. itu sebenarnya yang kita lihat kegagalan yang ada pada BN.. tetapi jika kerjasama PAS dan DAP ini hendak menjurus sama macam BN so tiada bezanya.. buat masa ini mungkin kita boleh kata kita nak menentang kezaliman semab banyak perkara yang di buat oleh BN adalah zalim... seperti rasuah, ISA dan Media.. tetapi pasti ker kalau PR memerintah nanti perkara ini tidak berlaku.. alangkan di singapura perkara ini lebih teruk lagi...

cuba PAS berfikir, buat senarai semak.. antara kerja sama dengan DAP dan UMNO mana yang lebih mendatangkan kebaikkan dan mudah untuk dilaksanakan tanpa melibatkan kerugian kepada Agama dan bangsa kita...

dan satu lagi kita kena terima hakikat bahawa PAS adalah salah sebuah parti politik di malaysia.. so.. politik nih susah kita nak cakap perkara yang betul dan benar dan mesti nak jaga hati dan perasaan sahabat kita.. kalau tak ia akan memberi kesan kepada jumlah sokongan kepada parti.. tetapi PAS sepatutnya berbeza... akan berkata benar walaupun pahit untuk ditelan oleh sahabat dalam politik.. kerana yang benar itu sebenarnya adalah penawar.. janganlah kerana kita nak bersahabat dengan DAP kita dah kurangkan nada bersuara berkenaan dengan Hukum HUDUD.. dan janganlah kerana kita nak berkawan ngan DAP kita dah lupakan apa yang PAS fitna pada UMNO dulu kerana berkawan dengan MCA dan MIC...

banyak lagi sebenarnya.. tapi cukuplah dulu..

tapi yang penting tak kiralah PAS atau UMNo jika dia dapat memenangi hati rakyat maka dialah yang juara.. so buatlah kerja untuk membela rakyat.. jangan buat pelbagai alasan menyebabkan wakil rakyat daripada PAS sekarang yang ada nih tak buat kerja.. buatlah kerja kerana amanah dan tanggungjawab. walaupun tempat itu adalah negeri dikuasai oleh barisan nasional.. dan kurangkanlah memandang rendah pada mereka yang tak sepahaman dengan PAS.. kalau boleh bantu mereka.. banyak cara kita boleh buat kerja tanpa peruntukan kewangan.. dan liputan media.. kalau ini berjaya kaedah ini lebih dekat dihati.. rakyat..

Kabus Pagi said...

tuan mintak tolong ulas komen saya.. email ke saya pun tak per.. sab_uitm@yahoo.com

Anonymous said...

jgn takut. 5 tahun tidak sepanjang 55 tahun. kita tak rugi apa kalau bagi peluang pd diri sendiri utk lihat dan kaji kebenaran samada benar atau tidak pr boleh menyelamatkan rakyat malaysia. Seteruk2 pr pun pr tetap tidak akan mampu meneruskan keterukkan bn sebab ketika bn jatuh, bn telah bawa lari semua wang negara, jadi di manakah pr nak berjoli lagi selain memecahkan kepala menyelamatkan rakyat dan rizab negara?



pr perlu dilantik utk menyelamatkan negara, kalau membiarkan bn terus berkuasa, mereka akan semakin angkuh dear.. jgn takut akan sesuatu yg belum pasti. yang terang2 jahat [bn] kita kena tolak sebab kita sudah nampak kebinasaan mereka membawa kebinasaan kpd kita, tetapi yang tidak nampak jahatnya [pr] selagi belum terbukti usahlah kita menuduh2..



bagi masa, bagi peluang, bagi harapan, bagi kepercayaan, bukan pada siapa2, bukan pada dsai, bukan pada pr, tp pada diri kita sendiri. kita pangkah pr kali ini, kita tgk perubahan mereka, jika mereka gagal dear, kita cari yang lain, tolak bn, tolak pr, tolak corrupt, insya-Allah, Allah swt bersama2 dengan kita asalkan kita berani berjuang dan menolak kemungkaran.

COPY PASTE DARI LINK NI
http://www.facebook.com/home.php?ref=hp#!/note.php?note_id=204259476277636

Anonymous said...

Aku cuma akan kembali meyokong Pas apabila :
a) Pas kembali bertegas dengan DAP. Tidak salah bekerjasama sptmana yang dilakukan rasulallah. Tapi adalah salah apabila tunduk kepada desakan kafir apabila melibatkan prinsip Islam. Apa dah jadi di Kedah sekarang?
b) Singkirkan Anwar Ibrahim dari pakatan rakyat. Da terang lagi bersuluh dia bukanlah pemimpin yang ikhlas. Saudara sendiri ragu2 terhadapnya bukan? Ingatlah, orang yang sedang lemas sanggup berpaut pd apa sahaja hatta seketul batu.
c) Gantikan presiden PAS yang lebih berkrisma dari Hj hadi. Dia bukanlah seorang pemimpin. Dia tidak berkarisma, tidak ada daya fikiran yang tajam, dan kelihatan masih tergigil2 dlm dunia politik, Masih jauh nak dibandingkan dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Noor.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive