HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, March 11, 2011

Kerjasama PAS dan DAP : Satu Penjelasan. Vol 2

1. Maklum balas saya terima dari beberapa orang rakan dan sebahagiannya dari UMNO yang cuba mencilok penjelasan saya sebelum ini mengenai kerjasama PAS dan DAP.

Menggunakan hujjah dan alasan yang sama lalu mereka mengatakan bahawa UMNO lebih cerdas dari PAS kerana terlebih dahulu membuat kerjasama dengan MCA dan MIC. Sempat juga mereka menempelak PAS dengan nada sinis, kononnya pada waktu itu, PAS mengharamkan kerjasama dengan non muslim.

2. Pertama : Suka saya nyatakan di sini bahawa sesuatu kerjasama itu tidak selamanya dibolehkan. Adakalanya ia dibenarkan dan adakalanya ia tidak dibenarkan sama sekali. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam pastinya melandasi tindakan mereka berasaskan nas  [ Al Quran dan As Sunnah ] ataupun ijtihad  [ penelitian dan kesungguhan mengeluarkan pendapat atau hukum tanpa bercanggah dengan prinsip nas yang sedia ada ] para ulamaknya apabila berhadapan dengan sesuatu kes yang tidak mempunyai nas yang jelas.

Firman Allah swt :

وتعاونوا على البر و التقوى و لا تعاونوا على الإثم و العدوان و اتقوا الله إن الله شديد العقاب

dan berkerjasamalah kamu atas perkara yang membawa kebaikan dan taqwa kepada Allah dan jangan sekali - kali kamu berkerjasama atas perkara yang mengundang dosa dan permusuhan.

Surah al Maaidah : Ayat 2

[ Al Imam Nawawi Rhm berpendapat bahawa apa yang dilarang ialah mengadakan kerjasama [ Tahaaluf  ] untuk memberikan hak perwarisan dan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam . Adapun kerjasama  [ tahaaluf  ] yang berasaskan ketaatan kepada Allah , menolong orang yang dizalimi dan jalinan persaudaraan kerana Allah merupakan perkara yang dibenar dan dianjurkan oleh Agama .]

Fathul Baari : Karya  Syeikh Ibn al Hajar : Maktabah Salafiah : Jil: 10 hal : 502 

3. Ayat dari surah al Maaidah di atas jelas menunjukkan  2  keadaan iaitu kerjasama yang dibenarkan dan kerjasama yang tidak dibenarkan. Ayat ini mudah semudah memahami perkara yang di halalkan dan perkara yang diharamkan. Kecualilah sang juhala'  [ jahil ]  yang tidak tahu membezakan antara yang haq  [ kebenaran ] dan bathil  [ kepalsuan ], selamanya mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu benar dan betul.

4. Persoalan kita di sini , apakah kerjasama UMNO dan MCA atau MIC bertolak dari tuntutan agama dan seerah perjuangan Rasulullah saw atau kerjasama yang hanya didorong oleh keinginan untuk berkuasa ? Lebih mudah dan tepat jika saya ajukan pertanyaan " Apakah kerjasama UMNO dan MCA \ MIC berasaskan kebaikan dan taqwa ?" atau sebaliknya "kerjasama yang menghasilkan dosa dan permusuhan" ?

5. Kerjasama  UMNO dengan MCA \ MIC dan lainnya membentuk Barisan Nasional. Barisan Nasional pula telah berpeluang memerintah lebih 50 tahun negara ini. Kononnya UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional, tetapi :
  • apakah Islam menjadi lebih baik sepanjang mereka memerintah ?
  • apakah sistem pentadbiran negara bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa ?
  • apakah sistem demokrasi yang diamal benar - benar telus, saksama dan adil ?
  • apakah negara menjadi lebih aman dan sejahtera dari jenayah ?
  • apakah pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh seluruh rakyat ?
6. Persoalan yang saya kemukakan ini mesti dijawab dengan jujur. Jangan hanya kerana mahu menegakkan benang yang basah atau membasahkan benang yang tegak lalu mengemukakan 1001 dalih.  Cuba kita lirik sebentar anak mata kita untuk melihat keadaan atau kedudukan Islam di kiri dan kanan kita. Usahkan hendak melihat usaha Barisan Nasional mempertahankan agama, pemimpin mereka mempersenda agama , dibiarkan begitu sahaja.

7. Terbaru sebagai contoh yang mudah, apabila Presiden MCA Chua Soi Lek memperlekeh tindakan Cikgu Normala Shamsudin yang tidak bersalam dengan lelaki ajnabi  [asing - sah nikah] dalam pilihanraya kecil Tenang, saya lihat pemimpinan UMNO hanya mampu senyum seperti saling redha meredhai apa yang dilakukan oleh Chua Soi Lek. Mungkin mereka berkata , aah ! ini perkara kecil ! Lalu bagaimana pula tindakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Muhyidin Yassin yang menempelak Kerajaan Kelantan kerana mengharamkan industri judi di negeri itu ? Chua Soi Lek pula sokong .

8. Memanglah mereka bekerjasama antara UMNO dan MCA malah kerjasama mereka lebih awal dari kerjasama PAS dan DAP. Namun apa ertinya kerjasama sedemikian ? Ini kerjasama yang berasaskan dosa dan kerjasama seperti ini ditolak oleh Islam. Sudah sekian lama mereka bekerjasama tetapi nampaknya MCA dan MIC sehingga hari ini tidak memahami Islam. Macam mana MCA dan MIC boleh faham Islam jika pemimpin UMNO sendiri pun rabun agama.

9. Ini berbeza dengan kerjasama PAS dan DAP serta PKR. PAS tetap dengan dasar perjuangan Islamnya dan tegas dengan prinsip - prinsip Islam. Malah kita membawa Islam yang tulen sebagaimana Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Iaitu Islam yang sangat toleransi, menghormati kebebasan beragama, tidak memaksa orang lain menganut Islam, menyambung tali persaudaraan, menegakkan keadilan, menentang kebhatilan dan memelihara nyawa, aqal, harta, maruah dan keturunan. PAS konsisten memperjuangkan Islam. Tohmahan yang mengatakan PAS menggadai prinsip perjuangan mestilah disertakan bukti, bukan membebel tidak menentu arah.

 10. Jauhlah bezanya dengan UMNO dalam Barisan Nasional. Bukan sahaja MCA dan MIC tidak memahami Islam, malah UMNO sendiri saya lihat sejak dulu lagi keliru tentang Islam. Tun Dr Mahathir bawa Islamisasi sebagai Islamnya. Mari Tun Abdullah Badawi pula membawa Islam Hadhari sebagai mazhabnya. Kini Datuk Seri Najib pula mengendong Islam Sederhana sebagai anutan barunya. Selepas ini, jika UMNO lagi yang memerintah negara, saya tidak tahu, Islam apa pula yang akan diperkenalkan oleh UMNO .... kawan - kawan rockers saya kata,  berapa banyak Islam daaaa !

ermmm, agak - agak nak kena sambung lagi ke ni ! cuba anda perhatikan , kena sambung ke tidak :)

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

11 comments:

tungkaran hati said...

apa peranan PAS di Selangor dan Pulau Pinang terhadap Islam dan orang Melayu? kami rakyat marhein melihat PAS seolah-olah DAYUS bila berhadapan dengan DAP dan PKR. tak percaya..? tolonglah jangan menyalahkan pihak lain diatas kegagalan sendiri!

Yuseri Yusoff said...

Assalamualaikum Ustaz..

Blog Ustaz saya selalu ikuti untuk mendapatkan sedikit ilmu.

Blog Ustaz diletakkan link di blog saya walaupun berbeza ideologi politik.

http://yuseriyusoff.blogspot.com/

drrita said...

aku masih tidak lupa..
suatu ketika dulu ulama-ulama PAS pernah berkata...
"haram berkerjasama dengan orang-orang kapir...."

Kabus Pagi said...

•apakah Islam menjadi lebih baik sepanjang mereka memerintah ?

Seperti mana yang kita ketahui dalam perlembagaan islam adalah kuasa negeri so bagai mana islam di Selangor dan Kedah.. saya nampak sama jer tiada perubahan.. Di kelantan situasinya berbeza.. sebab mejoritinya adalh islam.. tetapi tidak juga banyak bezanya dari segi dasar dan perlaksanaan di negeri lain..

•apakah sistem pentadbiran negara bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa ?

Adakah pasti PR memerintah perkara ini tidak timbul.. bagai mana di Negeri selangor, Pulaupinag, kedang, dan kelantan... banyak persolan yang boleh di timbulkan...

•apakah sistem demokrasi yang diamal benar - benar telus, saksama dan adil?

Adakah negara ini tidak cukup demokrasi.. bagaimana PR boleh memerintah di 4 buah negeri.. sedangkan negara kita tiada demokrasi...

•apakah negara menjadi lebih aman dan sejahtera dari jenayah ?

adakah negara sekarang tak aman.. berbanding dengan thailand dan indonesia.. dan sebagainya.. saya rasa negara kita cukup aman...

•apakah pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh seluruh rakyat ?

Yer.. pertumbuhan ekonomi telah dirasai oleh seluruh rakyat.. dalam pelbagai bentuk dan kalau dicerita sampai esok puntak habis,, pendidik, kesihatan, infrastruktur dan elaun imam, jkkk, dan banyak lagi lah.. bantuan kebajikan masyarakat.... dan sentiasa terbela.. warga asing yang berkerja di negara kita pun mendapat tempiasnya..

Anonymous said...

Soalan yang patut ditanya PAS adalah: adakah Islam di Msia akan jadi lebih baik jika DAP-PKR-PAS memerintah?

Contoh sedia ada, di Selangor, adakah kedudukan Islam bertambah tinggi selepas PR memerintah?

Secara kasar, pusat maksiat/urut/judi/pelacuran/hiburan tumbuh bagai cendawan selepas hujan selepas PR memerintah.

Sebelum berkuasa, PAS bermaki-makian mahu tutup Carlsberg di Shah Alam. Tapi selepas berkuasa, PAS bertakebeer.

Bahkan polisi PR ditentukan oleh DAP-PKR. PAS ibarat melukut di tepi gantang. PAS tidak berupaya memacu / lead PR. PAS sekadar menurut seperti Pak Turut.

Muhasabah diri sendiri. Jangan tanya penyokong tegar kerana mereka sentiasa menyokong membuta tuli. Tanyalah pada pengundi atas pagar kerana hanya mereka mampu menilai secara objektif.

Anonymous said...

Melihat DAP menganiaya peniaga Melayu (semestinya beragama Islam walaupun sebahagian ahli PAS menganggap Melayu UMNO kafir dan golongan jahiliah) tanpa pembelaan PAS, menguatkan lagi sangkaan PAS hanya puppet DAP-PKR.

Cth: selesai ceramah PR, berduyun-duyun anak muda PAS dikerah mengutip sampah sarap, membersihkan padang sedangkan, menyusun semula kerusi dan menanggalkan bendera.

Di mana ahli PKR-DAP?

Mungkin mereka sedang berbincang halatuju negara jika PR memerintah. Apa peranan PAS? Mungkin kerana daya intelektual PAS rendah, maka PAS hanya layak untuk kerja mengutip sampah seterusnya membiarkan PKR-DAP menentukan dasar penting PR.

Alahai PAS...

aaaa2 said...

saya nak tanya...bukankah mempertahankan bangsa@keluarga juga sebahagian darpd tuntutan islam?begitu juga harta dan akal?.....masaaalahnya sekarang DAP sedang menginjak-injak maruah melayu ngan memutar belit sejarah asal-usul orangg melayu.......dilakukan oleh Lim Kit Siang sendiri di blognya......DAP memutar belit sejarah kata melayu pendatang.........x ubah cam zionis putar sejarah utk menjustifikasikan segala perbuatan mereka kat palestin

http://halamansrikandi.blogspot.com/2011/01/adakah-kita-perlu-melayan-ngomelan.html

jawapan pakar sejarah terhadap dakwaaan putar belit sejarah LKS....

Kabus Pagi said...

Tuan mintak tolong komen ulasan saya email ker saya pun tak per.. sab_uitm@yahoo.com

Anonymous said...

assalammualaikum..
hampa igat nk hidopkn negara betol2 amalkan islam semudah2 tu ke?? bak kate sammy vellu " u all igat senang ke nk baiki RNR, u igat mcm bomoh, tiup2 sudah siap" huhu..

mcm nih la, kite ni rakyat yg memerhati dan meyokong. aku nk tnye kat hampa, hampa ade masok meeting dalam majlis syura ulama'??
xde kn?? dah tu xyah la komen dok tujah pimpinan PAS..
aku yakin, ulama'2 telah buat keputusan yng terbaik demi mendekatkan islam..

hidop ISLAM..

Patriot said...

Saya hormati setiap nukilan ustaz berkaitan dengan PAS yang kini telah bergabung bersama DAP.Tetapi saya masih keliru mengenai tujuan mengapa dua parti ini berada di bawah payung yang sama tetapi berbeza tujuan.Seperti kita sedia maklum PAS mengimpikan kerajaan berlandaskan syariah tetapi berbeza pula dengan DAP.DAP mengatakan bahawa mereka mempunyai prinsip dan terus berkeras untuk mewujudkan 'MALAYSIAN MALAYSIA'.Apa sebenarnya yang mereka impikan bagi mentadbir negara kita ini.

abid5503 said...

kerjasama pas dan dap adalah bertentangan dengan Allah dan rasulyang tak pernah dilakukan oleh nabi yang nabi lakukan ialah perjanjian hudaibiyah yang mana nabi mengadakan perjanjian itu kerana nabi masuk kampung mereka dan dalam perjanjian itu adalah tiada serang meyerang dan tidak hendak melantik orang2 yahudi menjadi pendana menteri atau tbm serta tidak hendak meyerang kaum ansar dan muhajirin dan tidak hendak menbahagikan bumi madinah dengan orang2 yahudi 50_50 berbeza dengan pas maka pas kerja sama dengan dap untok menjatuhkan dan meyerang orang2 islam serta hendak melantik orang dap menjawat jawatan pendana menteri atau timbalan pendana menteri serta hendak menbahagikan bumi malayu ini 50_50 sedangkan umno berkerjasama dengan mca dan mic kerana darurah disebabkan sewartu menuntuk kemerdekaan. Pihak britis telah mensyaratkan supaya menerima cina dan india.Setelah menerima cina dan india barulah britis menberi kemerdekaan dan mengesahkan keistimewaan orang2 malayu dan ugama islam sebagai ugama persekutuan maka pas telah menhalalkan yang haram dengan mengambil orang bukan islam sebagai teman<sahabat dan sebagai rakan perjuangan untuk menhancurkan kuasa orang2 malayu islam untuk digantikan dengan orang2 bukan islam tanpa darurah yang mana lebih islam DAP atau UMNO jangan tafsir megikut nafsu tafsillah dengan ilmu sekian dari minda pondok

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive