HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, April 27, 2011

Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan [JOM UBAH]

Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan 
[JOM UBAH]

Projek : Jelajah Orang Muda Untuk Perubahan [ JOM UBAH ] siri 1
Tapak projek : Seluruh Negara [  8 check point ] kecuali 3 negeri
Anjuran  : Lajnah Politik DPPM dengan kerjasama DACS Pusat dan DPP Negeri.

Tarikh : 19, 20, 21 dan 22 hb Mei 2011
Hari : khamis - ahad
Masa : 4.30 pm [ khamis ] - 7.00 pm [ ahad ]

Matlamat :

Menyemarak kebangkitan anak muda ke arah menuntut perubahan dan menolak kerajaan korupsi demi masa depan rakyat serta negara yang sejahtera.

Objektif :

1. Menggerakkan jentera DPP dIpelbagai peringkat [ kawasan dan negeri ] bagi menghadapi gelombang kebangkitan anak muda dan siap menghadapi pilihanraya.

2. Mengembeling tenaga "pemacu gelombang" kebangkitan anak muda Malaysia untuk mengurus dan memimpin kebangkitan mereka. [ exco DPP kawasan dan negeri ]

3. Menyemarak gelombang kebangkitan anak muda agar bersama dengan DPP menggerakkan agenda perubahan.

4. Membekalkan motivasi dan amanah perjuangan  serta bimbingan maklumat dari pucuk pimpinan.

5. Memasyarakatkan DPP serta membawanya dekat dengan sentimen dan aspirasi anak muda masakini.

Tentatif :

 [ Khamis. 19 hb Mei 2011 - khamis ]

02.30 pm  - Pelancaran JOM UBAH di Pantai Teluk Chempedak
                       [ Hi tea bersama DPP Negeri Pahang ]
                       Pelancaran Oleh : Ybhg. Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
                       Naib Presiden PAS. - 04.30 pm

05.10 pm - Jelajah Orang Muda bergerak ke Check Point 1 - 
                        Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu.

09.00 pm - Solat, Makan malam dan Himpunan JOM UBAH 1 :
                      BBQ dan  edar Risalah Tawaran PAS kepada Anak Muda 
                      Amanah Perjuangan oleh :
                      Ybhg Ketua DPP Malaysia.
                      Yb. Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS.

11.30 pm - isterehat [ 20 hb Mei 2011 - Jumaat ]

05.00 am - Bergerak ke Kota Bharu

05.30 am - Solat subuh berjamaah, sarapan dan bergerak ke 
                          Check Point 2 . KB Mall di Kota Bharu

11.00 am - Amanah Perjuangan di KB Mall oleh :
                      YAB Datuk Bentara Setia Tuan Guru Mursyidul Am PAS
                      [ edar risalah sinopsis Buku Jingga ]

12.00 pm - Makan tengahari dan solat jumaat

02.00 pm - JOM UBAH Bergerak ke Check Point 3 - Alor Star

[ singgah di Baling Kedah : ziarah maqam syuhada' Memali ]

08.30 pm - Solat Isyak - jamak Ta'khir - dan bergerak ke Alor Star

[ BBQ dan Cit Cat JOM UBAH bersama Pak Long dan beberapa selebiriti  di Alor Star ]

12.00 pm - isterehat  [ 21 hb Mei 2011 - sabtu ]

05.30 am - Solat Subuh berjamaah, kuliah subuh, sarapan dan bergerak
                          Ke Check Point 4. - Perlis.

[ ziarah maqam Al Marhum Dato' Tuan Guru Hj Fadhil Mohd Noor ]

09.30 am - Himpunan JOM UBAH 2 di Markaz Tarbiyah PAS Perlis

[ sukan ilmiah : pertandingan kuiz dan debat spontan ]

12.00 pm - Makan Tengahari, solat Jama' Taqdim dan bergerak ke
                       Check Point 5. - Penang

02.30 pm - Santai JOM UBAH di Pantai BERSIH Penang

[ Hi tea, Teater Musical Alternatif, Islamic Boria Pulau Pinang, pidato kanak - kanak, taaruf santai, sessi foto dll ]

05.30 pm - Bergerak ke Check Point 6 . Perak

08.30 pm - Solat Isyak  jama' Ta'khir dan makan malam

09.30 pm - Malam Kebudayaan JOM UBAH
                          Di Pantai Lumut.
                          [ cit cat, artis undangan, nasyid, sajak perjuangan, 
                          Pentomin, BBQ  dan Mat Sabu ]

12.00 am - Isterehat [ 22 hb Mei 2011 - ahad ]

05.30 am - Solat subuh, kuliah subuh, senaman dan sarapan

08.00 am - Bergerak ke Check Point 7. Selangor

09.30 am - Karnival JOM UBAH di Sabak Bernam

[ bersama Bob Lokman. Pertandingan  Paint Ball, Memanah, Carrom, Guli, Motor lambat, Motor Cantik, Yb Salahudin Ayub dsbnya. ]

01.20 pm - Makan Tengahari, solat zuhur Jamak Taqdim dan bergerak ke
                       Check Point 8. Wilayah Persekutuan.

03.30 pm - Labuh Tirai JOM UBAH

[ Hi tea, ramah mesra bersama anak muda, sessi beri dan terima pandangan dan Taujihat penutup oleh Yb Timbalan Presiden Ust Nasharudin ]

07.00 pm - Bersurai

nota :

[ Jelajah Orang Muda untuk Perubahan - JOM UBAH ] 

JOM UBAH siri 2 
Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor pada 30 dan 31 Julai 2011 ]

JOM UBAH siri 3
Negeri Sabah pada 26, 27 dan 28 August 2011

JOM UBAH siri 4
Negeri Sarawak pada 23, 24 dan 25 September 2011

Daftar segera melalui DPP Negeri masing - masing atau terus ke lokasi untuk penyertaan anda. Terbuka kepada semua.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Pengarah JOM UBAH

4 comments:

Anonymous said...

untuk pemuda je ke..yg remaja prempuan?

semarakkan semgat anak muda!!

kami penentu masa depan negara.!

Anonymous said...

Salam Ustaz...

Saya merasa sungguh keliru dan malu dengan umat islam di Malaysia sekarang. Keadaan ini disebabkan ramai rakan-rakan saya yang bukan islam tergelak dan mempertikaikan beberapa isu yang menunjukkan betapa lemahnya dan berteraburnya undang-undang dan hukum islam. Lemah dan berterabur ini buykan disebabkan oleh undang-undang itu sendiri tetapi disebabkan oleh kurangnya pemahaman umat islam iru sendiri.

Adakah DNA dan video tidak boleh dijadikan bukti dalam Islam? Adakah islam terlalu jumud? Adakah kita kena sediakan juga 4 orang saksi?

Maknanya sekarang di Malaysia, para perogol bebas untuk merogol sesiapa sahaja kerana mereka tahu mereka tidak akan disabitkan kesalahan kalau tiada 4 orang saksi? Begitukah cara islam?

Satu lagi, apa masalahnya kalau orang nak Bersumpah Laknat.Adakah berdosa besar bersumpah Laknat? Setahu saya ianya tiada dalam Islam, bukannya tidak dibenarkan dalam islam. Kenapa kita cuba untuk mempertikaikan perkara tersebut sehinggakan " KITA MELAKUKAN FITNAH KEPADA DATO' ESKAY' BAHAWA SUMPAH ITU ADALAH FITNAH". Apakah kita tahu Anuar tidak bersalah? Bagaimana kalau Beliau bersalah?

Mengapa kita terlalu jumud dalam hal ini??

Anonymous said...

Assalammualaikum Ustaz..

Saya mewakili ahli-ahli PAS amat bersetuju dengan saran PM supaya PAS keluar dari Pakatan. Peranan PAS dalam pakatan sememangnya menguntungkan DAP.

Kami heran bagaimana PAS boleh seiring dengan DAP yang secara terang-terang memusuhi islam dan menentang orang Melayu islam.
Ada kemungkinan para pemimpin kita tidak terdedah dengan [elbagai sumber maklumat kerana kebanyakan daripada kita tidak melihat TV dan membaca akhbar. Itu yang mungkin menyebabkan kita tidak tahu banyak perkara.

Anonymous said...

Belum pun Baru Bian mengangkat sumpah sebagai YB, sudah kedengaran beliau menyesali tindakan nya bertanding dalam pilihan raya lalu. Mulanya Baru Bian acah-acah saja dan tidak pernah terfikir untuk menang! Tiba-tiba beliau menang dan kini terpaksa menanggung semua keperluan penduduk Ba Kelalan.

Masa berkempen dulu, Baru Bian sudah berjanji akan memberi RM400.00 kepada semua warga Ba Kelalan yang berusia 60 tahun ke atas setiap tahun! Sudah ada orang orang tua di Ba Kelalan jumpa dengan Baru Bian untuk tuntut janji tersebut! Lagi memeningkan kepala Baru Bian ialah bagaimana nak tunaikan tuntutan penduduk Ba Kelalan tentang pembinaan jalan raya! Projek Jiwa Murni terpaksa ditangguhkan oleh askar-askar sebab orang Ba Kelalan tak suka dengan apa yang kerajaan BN buat! Ini kerana nak bina jalan raya terpaksa ambil tanah NCR. Kalau tanah NCR kerajaan ambil untuk buat jalan nanti orang Ba Kelalan tidak ada tanah nak berhuma, berkebun atau nak buat ladang! Baru Bian ialah jaguh untuk orang Ba Kelalan mempertahankan tanah adat mereka!

Baru Bian juga pening macam mana nak dapatkan duit untuk beri biasiswa kepada anak-anak pengundi-pengundi yang mengundi beliau. Sekarang musim anak-anak nak masuk universiti kerajaan, bila keluar nanti boleh lawan kerajaan balik sebab tidak puashati! Orang-orang Ba Kelalan juga sudah mahu tagih subsidi baja nak tanam padi. Padi sudah hampir untuk dituai dan perlu tanam semula, jadi Baru Bian kena dapatkan bantuan subsidi untuk orang-orang yang mengundi nya! Takut nanti bila tak ada subsidi, kerajaan juga yang dipersalahkan kerana tidak bantu rakyat! Tapi bila di bantu rakyat tuduh pulak kerajaan tidak adil, yang adil hanya Keadilan Baru Bian!

Jadi kita kongsi lah mesej ini 'undilah Baru Bian untuk memperjuangkan hak asasi dan kebebasan beragama di DUN. Kita perlu wakil yang kuat di DUN. Di Parlimen kita tetap bersama BN dan kita juga ada Datuk Idris Jala. Undilah Baru Bian demi maruah dan agama dan masa depan Lun Bawang'

Seperti kata Nabil 'Lu Pikir La Sendiri'!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive