HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, April 11, 2011

Sarawak di Persimpangan

1. Berkampung di DUN Sadong Jaya dan DUN Tanjung Datu serta beberapa tinjauan dibuat sekitar DUN Muara Tuang bermula sehari sebelum tarikh penamaan calon sehingga kelmarin [9 hb April] memberi pengalaman baru dan sangat bernilai dalam mencongak masa depan PAS khasnya pemuda PAS di Sarawak. Insyaallah 14 hb - 16 hb April ini, saya dan rakan - rakan exco DPP Malaysia akan ke DUN Beting Maro sebagai DUN yang paling berpotensi untuk dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum Sarawak bagi edisi ke 10 ini.

2. Masih saya ingat sekitar lebih 10 tahun yang lalu, bersama Yb. Datuk Wan Rahim dan rakan - rakan yang lain memulakan gerakan dakwah dan membawa risalah perjuangan Islam dengan wadah Parti Islam Se Malaysia [PAS] ke Beting Maro, kini benih yang telah ditanam telah mula berbunga dan dijangka tidak lama lagi akan membuahkan hasilnya Insyaallah. Begitu juga beberapa kawasan lain seperti Sadong Jaya dan Sebuyau. Jika sesuai dengan iklimnya, saya percaya benih yang ditanam kian subur dan bakal membuahkan hasil pada suatu masa kelak. Handsome Boy adalah antara bunga yang sedang mekar di Beting Maro.

3. Biarpun bergerak agak perlahan berbanding perubahan politik yang digerakkan oleh rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain di Sarawak dewasa kini, saya positif malah optimis bahawa PAS jua akan diterima dengan baik pada suatu masa kelak oleh rakyat di negeri Sarawak. Wajar diinsafi bahawa perjuangan PAS tidak sekadar menatang perubahan politik dan mengapung isu semasa sebaliknya PAS hadhir dengan cita - cita perjuangan Islam untuk :
  • membetulkan aqidah,
  • memurnikan akhlak dan
  • menjernihkan pemikiran ummat manusia .
4. Kekuatan PAS terletak kepada sejauh mana anggota dan penyokongnya memahami dasar perjuangannya iaitu Islam. Tanpa memahami Islam, agak sukar untuk mereka menyertai dan mendokong perjuangan PAS. Keadaan ini hanya memungkinkan PAS meraih simpati dari mereka yang mengikuti jatuh bangun dan suka duka perjuangan PAS lalu dinyatakan kebersamaan mereka dengan penuh simpati sementara mereka juga turut menentang musuh yang sama.

5. Justeru itu, agar PAS tidak hanya disertai oleh simpatisan maka pemimpin dan anggota PAS selayaknya bekerja keras untuk menyampaikan risalah Islam dan memahamkan masyarakat kenapa mereka wajar menerima perjuangan Islam. Menyedari kemajmukan masyarakat di Sarawak yang tentunya terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, pemimpin dan anggota PAS sekali lagi mesti hadhir dengan :
  • hikmah yang tinggi,
  • pendekatan yang unik dan
  • kegigihan yang maksimum.
6. Bermula dengan kebajikan, menyantuni kemajmukan mereka serta memperjuangkan hak mereka seperti hak pemilikan tanah yang sememangnya menjadi sebahagian dari agenda Islam, mungkin menjadi pintu masuk utama ke laman hati nurani mereka agar mereka sedia menerima perjuangan PAS. Sementara penyertaan PAS di beberapa DUN dalam pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak, [sekalipun berdepan dengan kekalahan teruk] lebih memperkenalkan PAS kepada masyarakat tempatan mengenai simbol, lambang, bendera, pemimpin, pejuang, aktivis, budaya kerja dan segalanya berkait dengan PAS.

7. Sepuluh atau lima belas tahun yang lalu, mereka sinis dengan lambang PAS. Ada yang kata PAS adalah parti ping pong dengan menganggap lambang bulan purnama itu adalah bola ping pong. Malah ada yang mengatakan PAS adalah parti Jepang Hijau sehingga mereka benci untuk menjulangnya. Tidak kurang juga pemimpin kita dikejar dengan parang, diherdik dan dimaki hamun. Jika lambang PAS pun mereka keliru, bagaimana mereka mahu memahami prinsip dan dasar perjuangan PAS. Begitulah realiti sebuah pengalaman yang dilalui oleh PAS di Sarawak. Namun keadaan kini semakin baik dan memberangsangkan.

8. Saya tidak jangka secepat itu masyarakat Sarawak menerima PAS memandangkan sejarah panjang dan getir yang dilalui oleh PAS di semenanjung dan juga Gerakan Islam di seluruh dunia sememangnya menjadi bukti bahawa tabiat perjuangan Islam ini terhenti sekurang - kurang di atas 5 nokhtah :
  • jauh destinasi
  • sukar pergerakkan
  • diancam penjara
  • dibunuh syahid
  • dibuang daerah
9.  Nokhtah - nokhtah inilah yang terpaksa ditempuh oleh pejuang - pejuang Islam sebagai tribulasi disepanjang jalan sebelum mereka benar - benar teruji dan layak menerima anugerah kemenangan. Tiada short cut untuk menggapai kemenangan sebagaimana tiada jalan mudah untuk meraihkan kejayaan. Kesabaran yang mantap, keyakinan yang tinggi dan munajat yang berterusan akan mendorong nusrah [pertolongan] dari Allah Azza wa Jalla.

10. Sarawak kini dipersimpangan. Ke kanan adalah jalan yang lurus dan benar. Menuju perubahan yang total melibatkan dasar dan sistem. Bukan sahaja berkait dasar dan sistem pentadbiran atau pemerintahan, tetapi jauh lebih penting ialah dasar dan sistem kehidupan sebagai hamba Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta segala makhlukNya. Sementara ke kiri adalah jalan buntu dan keliru. Menjerumuskan rakyat ke lembah yang serba mundur. Bukan sahaja mundur dari sudut taraf hidup dan sosio budaya tetapi juga mundur perkembangan spiritual dan minda. Situasi ini dinilai setelah lebih 40 tahun rakyat memberi mandat kepada BN di Sarawak. Kini Masa Untuk Berubah.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

13 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum... Ustaz

Saya mewakili rakan-rakan di dalam Pemuda PAS amat bersetuju sangat dengan komen di bawah berkaitan dengan para pemimpin PAS.. Harap Ustaz dapat berfikir panjang dan bermuhasabah diri dan memperbetulkan asas perjuangan kita...... Amin..

"HAQ DAN KEBENARAN"

Salam 2 all.


Arakian tersebut satu kisah, seorang Pak Yangoat yang terkenal dengan 'abidnya. Dahinya hitam, janggutnya Bin Laden pun bisa nangis dong. Tiap masalah pasti akan disolathajatkan..alhamdulillah. Satu ketika, banjir datang melanda, hingga mencecah bumbung rumah. Berlarilah Pak Yangoat keatas bumbong sambil menadah tangan mohon bantuan. Tiba-tiba lalu Pak Taming mendayung sampan. "Jom naik Pak Yangoat, kita ke pusat pemindahan". Pak Yangot sambil tersenyum berkata, "timaseh Pak Taming, insyallah ana dah buat hajat, nanti ALLAH akan tolong ana". Lalu Pak Yangoat terus menadah mohon pertolongan, sambil air makin naik.

Tiba-tiba lalu bot penyelamat bomba, "cepat naik Pak Yangoat, air makin naik". "Takpa, kejap lagi ALLAH akan tolong", sambil mulut Pak Yangoat berkomat kamit mohon bantuan. Akhirnya air sudah keparas dada, tiba-tiba datang helikopter TUDM sambil mencampakkan tangga penyelamat, "cepat naik Pak, air besar akan naik kejap lagi". "Takpa encik, ALLAH akan bantu saya", lalu Pak Yangoat terus menadah sambil kumat-kamit mohon bantuan. Dan datanglah air besar, hanyut dan mati lemaslah Pak Yangoat.

Dihadapan ALLAH, Pak Yangoat komplen, "ya Robb, aku hambaMu yang tunduk pada Mu. Tiap masalah aku pasti aku solathajatkan, hingga lebam dahiku. Kenapa Kau tidak menolong aku dikala aku kesukaran menghadapi banjir, hingga aku mati kelemasan, mengapa ya ALLAH!". Lalu ALLA Yang Maha Esa menjawab, "Aku dah hantar sampan, Aku dah hantar bomba, dan Aku hantar helikopter TUDM lagi, kenapa mike tak naik yop!!!".

Teman saja bawak cerita diatas yop, bila terkenangkan dah berkenjah solat hajat dibuat untuk mendapatkan kebenaran dalam isu membabitkan manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan. Seingat teman, solat hajat dah dibuat merata tempat. Malah malam pertama Anwar dipecat Tun Mahathir, solat hajat dibuat diBukit Damansara, diimamkan oleh Ustad Razali Nawawi. Segala macam imam sudah mengetuai solat hajat. Termasuk ke segala pesantren dan pondok di Selatan Thai, Indonesia, Filipina, sampailah ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menganjurkan solat hajat untuk ALLAH tunjukkan kebenaran dalam isu manusia anugerah tuhan ini!

Anonymous said...

Sambungan.......

Malah mangsa liwat Anwar iaitu stafnya sendiri Saiful Bukhori Azlan pun pernah buat solat hajat di hadapan Ka'bah dan di Masjid Nabawi memohon kebenaran di tunjukkan oleh ALLAH. Bukan sahaja solat hajat, sumpah la'nat pun Saiful dah buat. Paling akhir Rabu Jamadil Awal 1432 bersamaan 06 Apr 2011, sekali lagi solat hajat dibuat secara besar-besaran untuk mendapatkan petunjuk haq dan kebenaran. Tetapi sehingga kini mereka yang taksub masih tidak dapat melihat kebenaran.

Persoalannya, adakah ALLAH sudah tunjukkan kebenaran itu? Bagi mereka yang taksub dengan manusia anugerah tuhan ini, kebenaran itu bagi mereka hanya jika mereka lihat Saiful muncul berkudis sopak, ataupun Tun Mahathir jadi sewel, ataupun manusia taksuban mereka bersemayam di Putrajaya. Sebab itu jika ada isyarat lain mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu & Buta. Sebagaimana kaum Yahudi & Nasara dahulu, mereka menunggu-nunggu kebenaran kenabian datang, tetapi dalam kepala mereka sudah diindoktirnasikan bahawa Nabi akan datang itu ialah Yahudi. Bila Nabi Muhammad saw, seorang 'Arab Makkiyun datang, dengan segala isyarat haq dan kebenaran kitabiah, Yahudi & Nasara menolaknya, kerana Rasulullah saw bukan Yahudi! Itu sahaja!

Bagi para penaksub ini, cuba renung-renungkan apa isyarat, bukti dan keterangan yang ALLAH telah hantar setakat ini:

1. Anwar terbukti seorang pembohong. Satu bukti jelas ialah pembohongan 16 Sept. Satu dunia dia temberang dan kelentongnya. Ini semua orang, satu duniawi tahu, kecuali yang PBB aje yang buat tak tahu. Tidak ada yang jelas melainkan jelasnya pembohongan Anwar dalam konspirasi 16 Sept ini! Kalau satu dunia Anwar boleh auta dan kelentong, dan masih juga ada yang PBB terus menyokong, bayangkan apa lagi pembohongan & penipuan yang manusia "anugerah tuhan" ni boleh buat!!

Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 Sept, dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta ma'af, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal-hal lain!! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

2. Saiful yang mengadu menjadi mangsa liwat Anwar adalah staf dia sendiri. Anwar yang temuduga Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja, Anwar yang bayar gaji Saiful, Anwar yang bawak Saiful makan angin ke Hong Kong, Bangkok & Singapura (walaupun baru beberapa minggu bekerja sebagai "errand staff"), tau-tau Anwar kata Dato' Sri Najib yang bersalah!!! Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Saiful. Sampai ada yang mintak biar Saiful cacat, gila, kena sopak, jadi sewel dan macam-macam lagi. Sebaliknya Saiful bukan sahaja bersumpah dalam Masjid mengadu Anwar meliwat dia, malah berangkat mengerjakan haji bersama ibu tercinta dan berdoa di Gua Hira' dan dihadapan Baitullah & Masjid Nabawi! Yang dok kelam kabut, dengan macam-macam caca merba & pasembor, dengan macam-macam pembongkaran dimunculkan, ialah Anwar, bukan Saiful!

Tidakkah pernah mike nak bertanya dalam hati kecil mike yop, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah la'nat. Mengapa yang kelihatan semakin "dila'nat" bukannya Saiful tapi dia? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar yop!!

Anonymous said...

Sambungan....

3. dalam kes tuduhan meliwat Saiful Bukhori, pihak pendakwaraya mengemukakan pelbagai keterangan dan bukti, saksi, doktor, pakar kimia, pakar forensik, pakar DNA dan macam-macam lagi! Dan yang paling terang bukti & keterangan ialah adanya baki sperma seseorang dikenali sebagai Jantan-Y dalam karung kunyit Saiful. Dan Anwar hanya perlu berikan sampel DNA dia (darah, air liur, peluh, rambut, kuku dll, anything yop). Jika benar dakwaan Anwar bukan dia yang mengunyit Saiful, pasti DNA Anwar dan DNA Jantan-Y tidak akan "matching". Dan jika itu betul, bukan sahaja Anwar akan terlepas bebas, silap-silap mahkota Putrajaya pun dia boleh dapat.

Tidak pernah ke mike nak bertanya dalam hati kecil mike tu yop, kenapa Anwar liat sangat nak bagi sampel DNA tu yop; sedangkan dia tidak rugi satu habuk pun jika menyerahkan sampel DNA tu kepada Mahkamah jika dia yakin benar! Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

4. dalam kes videoklip terbaru, tak pasal-pasal manusia anugerah tuhan melenting kata itu bukan dia; walaupun tidak ada sesiapa pun yang tuduh dia, apatah lagi nak tuduh dia "menyudu" pelacur Cina tu. Anwar kata pada masa kejadian dia sedang sibuk bertweet, dan jam Omega yang dijumpai Datuk Eskay sebenarnya ada dengan isteri tercinta. Maka habislah keluar segala agamawan dan ustadwan, dengan macam-macam patwa qazaf dan lain-lain., siap memfasikkan dan mengkapiorkan orang lain yang memberi pendapat berbeza. Isunya bukan kita menuduh Anwar berlacur atai berzina, tetapi isunya ialah adakah videoklip itu tulin, dan siapa watak-watak didalam video tu. Tak timbul langsung tuduhan zina, rogol, atau melacur.

Tidak pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa twitter Anwar kosong daripada jam 09.30mlm-11.30mlm? Kenapa Anwar & Azizah liat sangat nak tunjukkan jam Omega spesial edition tu kalau betul ada dengan mereka? Kenapa Datuk Eskay rakan baik Anwar sendiri dedahkan videoklip ini? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

5. Karpal Singh beriya-iya nak jadi peguam Anwar dalam kes pertuduhan meliwat stafnya Saiful, dan Anwar beriya-iya mahukan Karpal membelanya. Tetapi Karpal Singh inilah orang yang sama yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar pada 22.10.1997 dalam Parlimen & dalam ceramah DAP di Hotel Federal KL. Dia yang ceritakan kepada pimpinan PAS sehingga mereka pangill dia "Anwar Al-Juburi". Dia yang jadi loyer Azizan & Umi Hafilda. Dia yang desak Anwar bertaubat & letak jawatan setelah pembohongan 16 Sept terbongkar. Dan inilah Karpal yang sama yang mengisytiharkan "perang" terhadap Islam apabila menentang cita-cita PAS nak mendirikan sebuah negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam dengan perisytiharan "over my dead body". Dan mentor mereka Lee Kuan Yew pernah mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Singapura & Australia mempunyai bukti teknikal Anwar terlibat dengan kegiatan tidak bermoral!!!

Tidak pernah ke mike semua nak bertanya dalam hati kecil mike tu, kenapa Karpal penentang negara Islam ni beriya-iya nak jadi loyer Anwar? Adakah dia & sekutu DAPnya ada agenda tersendiri? Adakah Anwar sudah berada dibawah cengkaman mereka? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu untuk ALLAH hantar lagi yop!

Anonymous said...

Sambungan....

6. Sejak daripada awal lagi, seorang-demi seorang sahabat baik dan rakan karib serta orang kepercayaan Anwar meninggalkan beliau, dan semuanya atas sebab yang sama - tidak percaya kepada Anwar, politikus yang rakus, cakap tak serupa bikin, hanya berminat nak jadi Perdana Menteri, punya masalah moral yang serius, dikhianati Anwar, pembohong dan lain-lain. Sejak Professor Dr. Chandra Muzaffar, Zainur Zakaria, Ezam Mohd. Nor, Datin Saidatul, Anuar Shaari, Hajjah Aminah, Datuk Jefrey Kitingan, Roslan Kassim, Ng Lum Yong, YB Gobalakrishnan, YB Wee Choo Keong, YB Mohsin, YB Datuk Seri Zahrain, YB Dominique, Professor Dr. Uthman Muhammady, Dr. Mohd. Yusri, Datuk Syazryl Eskay, rakan-rakan pengasas ABIM, dan ramai lagi mereka yang terkenal dengan kewibawaan dan integriti yang baik. Dan kesemua mereka tidak duduk diam selepas meninggalkan Anwar, malahan sebaliknya hampir semua memilih untuk mendedahkan topeng sebenar Anwar, bak kata Datuk Seri Zahrain, "bagai raksaksa pelbagai wajah". Dan sebaliknya yang masih merapati manusia anugerah tuhan ini ialah Michael Danby (MP pejuang gay Australia), Paul Wolfowitz (Yahudi yang menjadi akitek serangan Iraq/Afghanistan), Martin Indyk (Yahudi bekas Duta US ke Israel), James Wolfehnson (Yahudi bekas Presiden Bank Dunia), Al Gore (Yahudi bekas Naib Presiden US), William Cohen (Yahudi bekas Setiausaha Pertahanan US), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan ramai lagi!

Tidakkah pernah mike semua nak bertanya didalam hati kecil mike tu, kenapa ramai rakan baik dan kepercayaan Anwar lari dan kini menentang dia secara terbuka? Mengapa para gay, pejuang homoseks & lesbian, para Yahudi & kafirun harbi kekal menyokong manusia anugerah tuhan ni yop? Kebenaran apa lagi yang mike tunggu ALLAH hantar yop?

Sebenarnya yop, banyak lagi isyarat-isyarat dan petanda-petanda yang telah ALLAH hantar. Persoalannya ialah mengapa kita tidak mahu melihat dengan 'ainul-yaqeen-mata keimanan berdasarkan Al Quran & Sunnah. Mengapa kita tidak mahu menggunakan aqal yang ALLAH anugerahkan untuk berfikir. Otak itu ALLAH anugerahkan bukan untuk buat sup yop, tetapi untuk berpikior!!! Maka berfikirlah yop!

Nanti bila sampai depan ALLAH, kelak kita ditanya mengapa kita tidak mahu berfikir dan menggunakan aqal; jangan kita jawab "teman udah buat solat hajat berkajang-kajang nunggu kebenaran, tetapi mike tak hantar-hantar wahai ALLAH. Tak pasal-pasal ALLAH akan tempelak kita dengan berfirman:

"Aku dah hantar 16 Sept, Aku dah hantar Saiful, Aku dah hantar DNA, Aku dah hantar videoklip, Aku dah hantar rekod twitter, Aku dah hantar jam Omega, Aku dah hantar Eskay, Aku dah hantar Karpal Singh dan macam-macam lagi petanda, bukti dan isyarat telah Aku hantar! Ate, ngape mike tak nampak kebenaran tu lagi ke yop? Apa yang mike nak ALLAH hantar lagi yop?

Anonymous said...

Sambungan....

Teman menutup tulisan ini dengan satu firman ALLAH dalam satu surah yang cukup terkenal dikalangan orang Melayu, iaitu surah Yaasin (ayat 7-10). Ingatan ini adalah untuk diri teman, dan mereka yang masih punya sedikit kelumit keimanan:

"Sesungguhnya telah pasti berlaku ketetapan siksaan ALLAH terhadap kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman (mempercayai). Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu dileher mereka, lalu tangan mereka terangkat ke dagu, maka kerana itu mereka menjadi terdongak. Dan kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada pangkat dan hartabenda sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) dihadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) dibelakang mereka (pada hari kiamat). Lalu kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar). Maka (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka; samada engkau beri amaran (peringatan) kepada mereka, atau engkau tidak memberi amaran (peringatan) kepada mereka mereka tetap tidak akan beriman (mempercayainya)" (rujukan kepada Tafsir pimpinan Ar-Rahman & Al Quran & Terjemahan (Khadaamun Haramain Sa'udi).

Jadi persoalan besar yang teman nak tanya diri teman dan mike semua yop, tidakkah terpikior yang ALLAH mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk dan kebenaran tu yop! Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH menjadikan tulisan dan peringatan ini kebaikan untuk diri teman dan mereka yang masih beriman, dan semoga ALLAH memberikan keberkatan dan menjauhkan teman dari segala sifat dengki, dendam dan takabbur, dan menjadikan tulisan ini sebagai suatu 'ibadah guna untuk mendekatkan diri lebih kepada ALLAH. Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali. Astaghfirullah hal 'azheem.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Isnin
07 Jamadil Awal 1432
11 April 2011

Anonymous said...

Salam.....

Diharapkan kita semua para penyokong PAS dapat melihat video di bawah ini sehingga ke akhirnya... berkaitan pengakuan Dato' Eskay..

http://www.youtube.com/watch?v=EDKNSwW_V-8&feature=player_embedded

Anonymous said...

Salam....

Di bawah dilinkkan sumpah Laknat Yang Dibuat oleh Saiful Bukhari Yang Beliau Diliwat Oleh Anuar...

Mohon kita semua melihat dan mengkajinya....

http://www.youtube.com/watch?v=a4Ea-LA222c&feature=player_embedded

Semoga kita semua diberikan petunjuk dan rahmat daripada Allah swt. Amin....

Anonymous said...

Salam....

Saya amat bersetuju dengan komen di bawah ni terutamanya berkaitan dengan para agamawan di negara kita...

Salam 2 all.


Kebetulan teman singgah solat disebuah Masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustad kawan teman yang juga aktivitis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada disitu. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita (agaknya yang lain ke Sarawak kot).

Ustad kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al Hujurat ayat 6 dan An Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Dato' Sri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya "insan suci" (ni perkataan Ustad tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustad ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk betanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustad kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah ustad kawan teman itu saperti tidak selesa menyedari teman ada disitu. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustad kawan teman ni:

ZN : Salam Ustad, ana nak tanya adakah Ustad sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

Anonymous said...

Sambungan....

ZN: bagaimana Ustad tahu haram sedangkan Ustad tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/ perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu dimedia cetak, elektronik dan cyber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti dimana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustad dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan dizaman kegemilangannyaa Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: dimana lainnya Ustadz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi kesebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada didalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan sumainya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: isunya sekarang Ustad, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak didalamnya, bukan membuktikan perbuatan didalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

Ust: tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustad kata tidak tengok lagi, mana Ustad tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustad tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustad tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

Ust: Tetapi video itu mendedahkan 'aib seseorang, dan mendedahkan 'aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al quran).

Anonymous said...

Sambungan....

ZN: kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustad, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karektor peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustad dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

Ust: itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: tapi Anwar Ibrahim mahu "meminang" seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karektor sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan samada mahu menerima "pinangan" Anwar Ibrahim atau tidak?

Ust: bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: bagaimana cara lain itu Ustad?

Ust: (tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, "takpa Ustad, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustad perjelaskan").

ZN: ana nak sentuh isu qazaf yang Ustad sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

Ust: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi didalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulinan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

Ust: soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mengujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustad ni video tu pun tak tengok lagi!)

Anonymous said...

Sambungan....

ZN: Adakah pendirian Ustad kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

Ust: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks samada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (teman agak terkejut dengan jawapan Ustad ni) Tidakkah Ustad rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat lapuran polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

Ust: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu ALLAH mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustad membaca sepotong ayat Al Quran & satu hadis) (kemudian Ustad menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina 'Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustad kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustad menuduh Dato' Sri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustad ada?

Ust: (langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu'alaikum.

Begitulah secara ringkas dialog diantara teman dengan kawan teman Ustad lulusan 'pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustadz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustad ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakkannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab. Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
08 Jamadil Awal 1432
12 Apr 2011

*Kepada sahabat teman Ustad tersebut, teman memohon ma'af jika dialog tersebut diatas mengguriskan perasaan beliau. Pada teman ianya penting demi membuktikan kebenaran. Moga ALLAH mengampunkan kita semua. Sekiranya teman ada melakukan kesilapan dalam dialog itu, samada dari segi isinya ataupun adabnya, teman memohon kemaafan daripada Ustad kawan teman itu, dan para jemaah yang kebetulan ada masa itu, serta keampunan daripada ALLAH. Amin.

Abu Akram said...

TERUSKAN PERJUANGAN....

Anonymous said...

http://adukataruna.blogspot.com/2011/04/tantawi-layak-kp-pas-jika.html

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive