HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, April 5, 2011

Video Tulen ? ... Pelakon ?

1. Ketua Polis Negara berkata bahawa pakar tempatan telah meneliti video seks yang menjadi bahan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru adalah tulen bukannya palsu. Persoalannya , apakah manafaatnya membuat pengesahan demikian ? Tulen atau tidak video itu bukan asas dan pokok dalam isu ini. Kerana jika ia disahkan tulen sekalipun, ia kekal sebagai bahan yang tidak menepati piawai untuk membuat tuduhan zina malah ia turut terdedah kepada ruang manipulasi yang ketara.

2. Tuduhan zina mestilah [sama hukumnya terhadap tuduhan liwat] melibatkan 4 orang saksi.
وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka  sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah  An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

3. Datuk T yang kononnya dikatakan saksi hanya melibatkan 3 orang, ertinya belum mencukupi bilangan 4 orang saksi yang dikehendaki oleh Islam. Tambahan pula syarat saksi itu, selain dari mereka mestilah saksi yang adil [ tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil ], mereka juga mestilah menyaksikan perlakuan zina itu sebagaimana masuknya batang celak ke dalam botol celak.

4. Jika hanya menyaksikan melalui rakaman video, ia tidak menepati kehendak syariat dalam membuat tuduhan. Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakunnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih.

5. Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya. Walaupun itu hanyalah watak dalam sebuah lakonan tetapi apa yang saya mahu sebut bahawa filem dan lakonan boleh menghasilkan apa saja yang dikehendaki oleh skripnya. Filem yang saya tonton itu pula adalah filem original \ tulen dan sharp pula gambarnya.


[Kecanggihan teknologi di dalam industri perfilem hari ini memungkinkan directornya menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang ia mahukan. Bukan sahaja mahu menjadikan seorang pelakon itu berupa Anwar, malah untuk berupa seekor serigala juga boleh, pontianak pun boleh sehingga kita bisa sahaja menganggap pelakon itu benar - benar telah menjadi serigala atau pontianak seperti dalam filem Van Hestling, Under World, Wolf dan lain - lain dan semua filem itu di cop original.]


6. Justeru itu, saya tegaskan di sini, isunya bukan pada ketulenan video tersebut tetapi kepada kaedah membuat tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

[Saya bimbang berlaku sebagaimana yang pernah saya alami seketika dulu. Apabila saya membuat report polis mengenai kecurian harta awam yang dilakukan oleh seorang manusia yang saya kenal malah saya namakannya kepada pihak berkuasa, malangnya, saya yang membuat report terpaksa terperok di dalam balai polis  hampir 6 jam kerana di soal siasat oleh pihak polis sementara pihak pencuri iitu sehingga hari ini lepas dan bebas.]

7. Sepatutnya pihak polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan menyebarkan video lucah tersebut. Bukan hanya berusaha meneliti ketulenan videonya sahaja. Kalaupun benar video itu tulen, pelakun tidak semestinya sama dengan individu yang difitnah. Boleh jadi dua serupa, boleh jadi ia mengenakan topeng berteknologi tinggi, atau ... atau ... 1001 kekeliruan dan kemungkinan yang mencetus kesangsian. Pastinya kita tidak boleh menuduh seseorang dalam keadaan tidak pasti, keliru dan sangsi.

8. Ummat Islam sewajar menjadikan kaedah dan format Islam sebagai asas untuk proceed sesuatu tuduhan dan menerima prosuder tersebut. Jelas Islam adalah agama yang sangat memelihara maruah manusia agar tidak mudah dieksploit untuk menjayakan misi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila tuduhan itu tidak menepati piawaian Islam, maka tuduhan itu mesti digugurkan jika tidak ia menjadi fitnah.

9. Saya juga teringat satu kisah yang berlaku kepada seorang tokoh pejuang Islam sewaktu saya belajar di Syria sekitar tahun awal 90an. Ia bermula apabila pihak Special Branch [SB] cuba meletakkan dadah dalam handbag tokoh pejuang Islam tersebut yang telah ditahan lebih 10 jam di Airport Damascus. Percubaan itu adalah menghasilkan bukti bagi menjayakan misi mereka menangkap tokoh pejuang Islam tersebut setelah segala soal siasat awalnya gagal untuk mensabitkan beliau bersalah bagi membolehkan beliau ditahan. Alhamdulillah, percubaan itu digagalkan oleh Allah swt apabila ada hamba Allah ternampak perbuatan jahat pihak SB tersebut.

10. Ada orang tanya saya, ustaz ! kenapa ada manusia tergamak berbuat demikian ? tiada hati perutkah mereka ? bagaimana kalau ayah mereka atau ibu, isteri dan anak mereka difitnah sedemikian rupa, apa perasaan mereka ? kenapa mereka tergamak ? Apa yang boleh saya jawab ? melainkan saya hanya berkata : " kalau manusia ini tidak ada gamak, nescaya aman lah dunia ini. Lantaran mereka ada gamak lah, macam - macam berlaku di atas muka bumi ini yang kadangkala terkeluar dari rasional aqal yang waras."

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan

12 comments:

jkkklangkap said...

kalau kena kepada puak yg kamu sokong maka melalaklah cari ayat2 alquran nak menyatakan sokongan ... andai kata terkena kepada pemimpin kerajaan kenapa tak melalak juga mempetahankan .... dan kenapa masa penceramah pas yg mencaci tanpa bukti2 di benarkan oleh puak2 kamu... mana hukum2 yang menyatakan boleh... menatang ustaz2 kamu ni banyak yg fasiq.

cahaya_solehah said...

Penjelasan yg sangat baik!

~MEMBURU CINTA HAQIQI~

Anonymous said...

assalamualaikum

Ustaz , saya hanyalah pemerhati politik tempatan yang hanya memerhati gaya politik semasa .

persoalan saya apakah pendirian tuan jika siasatan mendapati pelakon itu sebagai mana yang yang di dakwa . apakah tuan akan terus mempertahankan tertuduh atau sebaliknya ??

Anonymous said...

Salam Ustaz...

Saya bersama-sama rakan dalam Pemuda PAS berasa amat keliru dengan kes ini.

Adakah kita di Malaysia ini sudah ketandusan pemimpin? Tiada orang lain ke selain daripada Anuar yang boleh kita jadikan sebagai Ketua Pembangkang? Adakah Ustaz Hadi tidak layak? Adakah Ustaz Nashar juga tidak layak?

Kenapa mesti kita terlalu berharap kepada Anuar? Orang yang mempunyai pelbagai masalah peribadi.

Dari satu segi sekiranya Anuar ikhlas dalam perjuangan, beliau sepatutnya bersedia untuk berundur. Tidak kira beliau salah atau betul. Berundur demi perjuangan dan menjaga nama baik parti dan Pakatan rakyat.

Kalau beliau berundur, ramai lagi pemimpin pakatan rakyat yang boleh dan layak menggantikan beliau.

Di samping itu, kalau saya jadi Anuar, sudah lama saya berundur demi perjuangan dan nama baik parti. Biarlah saya sendiri yang berurusan dengan isu ini tanpa melibatkan perjuangan dan parti. Kalau kita tidak bersalah apa nak takut.. Biarlah apa orang nak buat, nak berkonspirasi, nak fitnah atau masuk penjara sekali pun saya tak kisah.. kerana saya tahu saya betul dan biarlah mereka yang menginayai saya menjawab kepada Allah swt.

Tapi kenapa Anuar tidak berbuat begitu??

Anonymous said...

Sambungan...

Selain daripada itu, selian perjuangan PAS, saya dan rakan-rakan juga tidak nampak dan kurang jelas apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh Anuar dan PKR.

Adakah perjuangan untuk mengatasi masalah rasuah? Perjuangan mengatasi masalah penyalahgunaan kuasa? Nepotisma? Kronisma?

Kalau itu perjuang mereka, adakah Anuar dan pemimpin PKR malaikat atau robot? Adakah apabila mereka memerintah nanti perkara-perkara seperti itu tidak berlaku? Adakah Anuar, Azmin, Thian Chua, Kit Siang, Karpal Singh itu malaikat atau robot?

Mustahil.. bagi kami selagi yang mmerintah itu manusia, kita makhluk yang lemah. Kita tidak lari daripada melakukan kesilapan.

Apa yang penting sekali di sini ialah organisasi yang kukuh dan perjuangan berasaskan islam ... dan adakah kita nak biarkan

"Kit Siang jadi pemimpin kita daripada Zahid Hamidi. Karpal Singh daripada Mustapha Muhammad, Tian Chua daripada Shafie Afdhal?

Dan yang paling penting sekali ... Adakah asas perjuangan Anuar dan pemimpin PKR yang lain berasaskan Islam?????

Anonymous said...

Sambungan........

Bagi saya PAS sepatutnya berjuang atas kapasiti sendiri? Kita tidak memerlukan PKR atau DAP. kena kita hendak tunduk dan merayu kepada PKR dan DAP?

Saya dan rakan-rakan nampak jelas di sini bahawa perjuangan kita dalam PAS ini telah lari daripada prinsip asal.

Saya dan rakan-rakan respect perjuangan DAP. DAP dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah prinsip mereka..

Kenapa saya kata begitu...

Bila Karpal Singh kata langkah mayat saya dulu dalam soal humkum hudud dan negara islam... ada pemimpin DAP lain yang menidakkannya.. Tiada. Kit Siang diam. Guang Eng diam dan pemimpin-pempin DAP yang lain diam. Tak semena-mena ada pemimpin PAS yang meredakan keadaan yang menyatakan kenyataan itu adalah kenyataan peribadi Karpal.

Kenapa mesti Pas yang kena kata begitu. Kenapa tak Kit Siang atau Guan Eng?

Begitu juga apabila sorang ADUN DAP Selangr yang mencadangkan supaya kuota 30% Melayu dihapuskan. Ada Kit Siang kata apa? Ada Karpal Singh kata apa? Tapi sekali lagi pihak PAS juga yang mengelaurkan kenyataan bahawa itu adalah kenyataan peribadi bukan kenyataan DAP? Agak kelakar kan...

Sebenarnya bagi saya dan rakan-rakan kita dalam PAS perlu belajar dan pandai bermain politik. Tidak semestinya orang yang mempunyai asas agama yang kukuh dan ulama layak untuk menjadi pemimpin dan ahli politik.RUJUK KISAH ABU DZHAR.

Anonymous said...

Sambungan...

Kami lihat orang Cina dan pemimpin mereka memang mahir dalam politik. Konsep perjuangn mereka ialah:

"Apa yang mereka boleh dapat melalui Kerajaan, mereka akan pinta melalui MCA dab Gerakan. Manakala apa yang mereka tidak boleh dapat melalui MCA atau Gerakan, mereka akan pinta melalui DAP."

Apa yang dipinta oleh MCA atau Gerakan tidak pernah dipertikaikan oleh DAP. Begitu juga apa yang dipinta oleh DAP tidak pernah dipertikaikan malahan sesetengahnya disokong oleh MCA dan Gerakan. Itu yang menyebabkan mereka dapat apa sahaja yang dipinta.

Tetapi malang bagi orang Melayu.. Apa yang dibuat oleh UMNO untuk orang Melayu ditentang dan tidak disokong oleh PAS. Manakala apa yang diperjuangkan dan dipinta oleh PAS untuk orang Melayu tidak disokong oleh UMNO. Jadi kesudahannya orang melayu juga yang rugi...

Jadi kami mencadangkan supaya PAS mengekalkan perjuangan asal... Jadilah pembangkang yang berwibawa dan berintegriti yang tinggi. Kita mestilah mnejadi pengimbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Aapa yang betul dilaksanakan oleh Kerajaan kita kena sokong dan apa yang tidak betul kita kena betulkan.. Bukan hentam semuanya tidak betul...

Akhbar Harakah juga kena berubah.. kalau kami baca semuanya tidak betul berkaitan Kerajaan. Yang betul pun diputarbelit jadi tidak betul... Apa ni...Semua hendak dipolitikkan. Zaman telah berubah.. Manusia makin pandai..Kita memperjuangkan islam

Akhir sekali... Kami berpendapat selagi kita memperjuangkan islam, selagi itulah orang-orang kafir tidak akan menyokong kita...
PAS tidak mungkin akan mendapat sokongan orang bukan Melayu. Cuba rujuk statistik sokongan mereka melalui PETI Undi sebelum ini. Senarai boleh dirujuk di SPR. Berapa ramai orang Cina dan India yang sokong PAS? Ada 5%? Tiada sebenarnya...

Jadi sebenarnya kita kena kekalkan perjuangan PAS bersama-sama orang Melayu Islam..

Anonymous said...

Salam untuk semua...

Sebagai seorang islam kita wajib untuk menyiasat sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan....

KIta tidak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Apa kata video itu benar melibatkan orang yang dinyatakan?

Adakah kita mahu pemimpin sebegitu?
Jadi biarlah pihak yang berwajib menyiasat perkara tersebut. Cuma kita sebagai umat islam dicadangkan berdoa dan memohon kepada Allah swt supaya ditunjukkan kebenaran. Saya bersetuju dengan cadangan supaya kita bersama-sama berdoa seperti berikut:

"Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Pengasih dan Penyayang, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Kau berilah kami petunjuk sipaya yang benar dan siapa yang salah dalam kes liwat dan Video Anuar Ibrahim. Kami mohon supaya kau menurunkan bala yang sehebat-hebatnya kepada mereka yang bersalah supaya ianya menjadi pengajaran dan tauladan kepada umat islam khasnya dan rakyat Malaysia amnya. Namun kami juga memohon supaya kau selamatkanlah Pemimpin dan Rakyat Malaysia yang tidak bersalah"... Amin

Anonymous said...

Dengan pengesahan tentang ketulenan video sex oleh pihak PDRM tanpa mengenalpasti 'pelakon' di dlm video itu, adalah amat perlu demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi mengenalpasti 'pelakon' yg terlibat di dalam video berkaitan.


Usaha ini menjadi lebih penting dan mustahak kerana jika kegawatan akhlak seseorang pemimpin yang senantiasa bercita-cita tinggi menjadi seorang pemimpin utama di negara ini cuba disembunyikan, bukan saja rakyat Malaysia akan disogokkan dengan tokoh yang lemah, tidak Islamik, hipokrit, korap moral malah jika perilaku atau tabiat seperti yang dirakam itu terlepas ke tangan musuh seperti negara-negara yang tidak senang dengan kepentingan-kepentingan negara kita atau agensi-agensi perisikan luar yang senantiasa bergerak untuk menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat di negara ini, apa akan jadi kepada masa depan rakyat dan Malaysiasatu hari nanti?


Amat menyedihkan kepada seluruh rakyat Malaysia pemimpin yang dikaitkan dengan video ini masih ingin mempertahankan diri walaupun pendedahan membawa keaiban dan penghinaan kepada dirinya, keluarganya, partinya, Malaysia, Ummah dan Islam itu sendiri.


Kita suka memberi pujian atas sikap “gentleman” Dato’ Seri Dr Chua Soi Lek apabila beliau mengaku melakukan sex haram dan melepaskan jawatannya supaya tidak menyusahkan orang lain. Malah Dr Chua sendiri telah menasihatkan Anwar supaya letak jawatan saperti yang telah lakukannya. Bagaimana pun, Chua sekarang telah dipilih sebagai Presiden MCA semasa pemilihan parti.


Pendirian PAS dalam kondisi sekarang amat tidak menentu dan menghadapi satu dilema yang mungkin menjadi 'laughing stock' kepada rakyat Malaysia apabila ia bernaung di bawah seorang tokoh yang mungkin didapati tidak bermoral.


Dato Seri Nik Aziz yang sedang dikepong kuat dan erat oleh kuncu-kuncu Anwar yang telah 'disemai' di dalam PAS sejak beliau menubuhkan PKR masih khayal dengan kenyataan bahawa beliau tidak mahu terlibat dengan kerja-kerja yang mengaibkan sesama Islam.

Beliau mungkin lupa bahawa perjuangan menegakkan kebenaran adalah satu dari perjuangan Islam yg amat unggul dan abadi sejak Islam diwahyukan Allah kepada Nabi Muhammad saw!

Berbalik kepada penubuhan Suruhanjaya Diraja, saya berpendapat keanggotaannya hendaklah terdiri, demi meneggakkan kebenaran dan demi kepentingan negara, dari pemimpin-pemimpin utama pembangkang seperti presiden PKR, PAS, DAP, wakil-wakil dari NGO, media, wakil negara asing dan lain-lain pihak yang dianggap berwibawa.

Ini perlu dilakukan kerana setiap inisiatif penyiasatan yang dibuat oleh kerajaan untuk mencari kebenaran akan senantiasa ditohmah satu konspirasi, dinafi dan diputarbelitkan di kaca mata rakyat.


Terma rujukan kepada Suruhanjaya Diraja ini hendaklah tertumpu kepada pemerhatian rapi terhadap teknik-teknik dan metodologi forensik yang munasabah, tepat dan boleh diterima pada standard yang ada, serta proses pengenalpastian yang eksklusif bagi menentukan siapakah pelakun didalam video sex ini.

Siasatan suruhanjaya mesti menjurus ke arah kesahihan video dan identiti lelaki di dalam video tersebut, itu sahaja yang hendak diketahui oleh rakyat Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah.


Sebagai rakan seperjuangan dalam team Wawasan tahun 1993, nasihat saya pada Anwar:

"Hai sahabat, undur diri sajalah, apa nak tunggu lagi? Lakonan pun dah tepu, dah tak laku ! Takkan seluruh rakyat Malaysia asyik nak bercerita tentang aksi depan, aksi belakang saja. Jagalah hati dan maruah Kak Wan dan anak-anak ... Carilah kerjaya lain dan carilah keredhaan Allah!"

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz...

izinkan sy qoute pendapat ustaz. untuk dikongsikan dgn shbt2 lain.jazakallah hu khairan jaza'.

kita pernah bergambar di hadapan kilang al-quran di madinah :)

Anonymous said...

macamana pula kalau betul pelakun itu adalah orang yang disyaki sekarang. agak2 dimana kedudukan ustaz masa itu??

Anonymous said...

Saudara,

Saya amat sedih jika saudara mengaitkan video tersebut ada unsur teknologi canggih seperti filem lakonan Nicholas Cage dan John Travolta.

Tahukah saudara walaupun watak dlm filem tersebut yg bertukar rupa di antara Travolta dan Cage, hakikatnya lakunan mereka adalah diri mereka sendiri. Maksudnya Tiada teknologi canggih apa yg berlaku di mana muka Travolta tetap dilakunkan oleh Travolta juga, dan muka Cage tetap dilakunkan oleh Cage juga. Bukannya muka Travolta tersebut diberi kesan special effect untuk menyerupai Cage.

Jika ini dimaksudkan , bermakna saudara menganggap video tersebut dilakunkan oleh Anwar untuk membawa seorang watak bernama Anwar Ibrahim sendiri!

Hati2 saudara, kita menulis biar dengan ilmu masing2...

Kenyataan saudara ini akan ditertawakan oleh mereka yg arif mengenai filem sahaja, dan tau seperti kita hendak memperbodohkan rakyat sebagaimana alasan perut buncit...

Harap maaf komen saya...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive