HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, October 21, 2011

Maruah Universiti Negara Terus Menjunam

1. Negara kita sekali lagi gagal dicerminkan sebagai membangun dan maju, sebaliknya kian mundur, kelam dan gelap. Terbaru pelanggaran "demokrasi ilmu" yang sungguh sadis, apabila Prof. Dr Abdul Aziz Bari digantung tugas oleh University Islam Antarabangsa [UIA] hanya kerana pengaruh kontraversi yang dicetus oleh media.

2. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari bukanlah melakukan jenayah melainkan beliau hanya mengeluarkan pandangan dan kritikan berasaskan ilmu dan kepakaran beliau. Sungguhpun kenyataan beliau menyentuh pihak tertentu seperti Sultan dan pihak pemerintah seperti kerajaan, ternyata kenyataan beliau masih dalam disiplin ilmu

3. Disiplin ilmu sememangnya lurus berbanding "disiplin ampu". Ilmuan atau pakar yang melandaskan pandangan dan pendapat dalam bidangnya secara jujur dan amanah adalah satu langkah yang bijak dan menepati disiplin ilmu sekalipun pandangan dan pendapat tersebut masih terbuka kepada perbahasan cendikiawan.

4. Kaedah umum "persilatan ilmu" di mana - mana universiti dalam dunia ini ialah "hujjah lawan hujjah" atau "fakta lawan fakta" bukan "hujjah lawan maki hamun" dan "fakta lawan gantung tugas".  Malang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, masih belum mampu menepati kualiti sebuah gedung ilmu apabila pantas mengambil tindakan gantung tugas Prof Dr. Aziz Bari. Patutlah universiti Malaysia belum ada yang tersenarai dalam kelompok 400 buah universiti terbaik dunia.

5. Kami warga Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup tersinggung dengan perkembangan ini. Sudahlah mahasiswa mereka belenggu dengan pelbagai peraturan seperti AUKU, kini pensyarahnya pula berdepan dengan tindakan yang tidak bertamadun oleh sebuah pusat pengajian yang kononnya bertaraf antarabangsa.

6. Kami mendesak agar Prof. Dr. Abdul Aziz Bari segera dibebaskan dari pegantungan yang telah mencemar dunia ilmu dan merosakkan reputasi universiti sebagai menara ilmu dalam negara ini. Kalaupun gagal menaikkan prestasi universiti diperingkat antarabangsa maka janganlah pula dirosakkan lagi pencapaian sedia ada kerana ia sangat memalukan.

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive