HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, October 31, 2011

Pendekatan Dakwah : Kami Sedia Dialog

1. Dakwah adalah sebahagian dari jalur perjuangan PAS selain siasah [politik] dan tarbiah [pengkaderan] untuk meninggikan Islam mengatasi kebathilan. Ia juga sebahagian daripada makenisme perjuangan Islam bagi memastikan risalahnya dapat disampaikan kepada seluruh ummat manusia.

2. Asas dakwah ialah hikmah [kebijaksanaan], nasihat yang baik dan dialog untuk mencari kebaikan. Berpaksi kepada kebenaran yang diperjuangkan, gerakkerja dakwah tidak terhenti di atas satu kaedah pendekatan atau satu cara penampilan. Malah kebijaksanaan dalam gerekkerja dakwah juga tidak statik.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah melangkah ke pelbagai sudut ruang dakwah sepanjang tempoh perjuangannya dan senantiasa sedia untuk menerokai pelbagai pendekatan baru pula jika ia memberi kebaikan dan memulangkan keberkesanan dalam gerakkerja dakwah Islam. Justeru itu, kita positif menerima pandangan dan cadangan ke arah penambahbaikan kualiti dakwah pemuda PAS ke arah membawa masyarakat khasnya anak - anak muda agar memahami Islam dan memilih Islam sebagai cara hidup mereka.

4. Saya dan rakan - rakan  exco malah seluruh warga Dewan Pemuda PAS senantiasa lapang dada dan bersikap terbuka untuk berbincang dan berdialog dengan semua pihak. Saya mengalu - alukan semua pihak termasuk tokoh akademi yang kini kebanyakkan mereka sedang memantau dan memberi perhatian mereka kepada kehadiran dan penampilan Dewan Pemuda PAS Malaysia di pentas politik dan dakwah Islamiyah negara ini, termasuklah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin yang baru - baru ni melalui twitternya telah mengkritik Dewan Pemuda PAS  yang disifatkan oleh beliau sebagai diresapi unsur toliban yang kuat apabila pemuda PAS tidak bersetuju dengan Konsert Elthon John.

5. Sungguhpun kritikan itu agak keterlaluan dan saya percaya bagi mereka yang mengikuti  perjuangan PAS dari dekat,  khasnya setelah melalui apa yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS menganjak masa dan sejarah perjuangannya sejak awal penubuhan sehingga kini, mereka tidak mungkin menerima tohmahan yang mengatakan pemuda PAS telah diresapi unsur Toliban. Jika tohmahan sedemikian bermaksud untuk mengaitkan Pemuda PAS sebagai eksterim, maka ia semakin jauh tersasar dan tohmahan itu semakin keterlaluan.

6. Hanya kerana tidak sependapat dengan kaedah dan pendekatan dakwah yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS, tidak bermakna pemuda PAS boleh ditohmah begitu sahaja dan sesedap rasa untuk menanggapi kononnya pemuda PAS telah diresapi unsur Toliban. Telah banyak perkara baru dan bidang dakwah yang telah diterokai oleh Dewan Pemuda PAS malah ia berkembang mengikut keperluan semasa disamping mengekalkan apa jua bentuk pendekatan tradisi yang masih bermanafaat.

7. Kini kita  tidak lagi hanya bergantung kepada ceramah umum untuk menyampaikan maklumat dan mesej perjuangan kita. Malah Pemuda PAS telah turun ke tengah masyarakat dengan pelbagai aktiviti dan gerakkerja untuk mendekati mereka khasnya anak muda, agar mereka dekat dengan perjuangan Islam yang diperjuangkan lalu memahami dan menerimanya. Saya juga yakin dan optimis, bagi mereka yang positif dan tidak "sceptical" terhadap Dewan Pemuda PAS, mereka akan nampak dengan jelas apa yang telah dilakukan oleh pemuda PAS di arena dakwah dan juga pentas politik tanahair.

8. Biarpun masih banyak kelemahan yang perlu ditegur dan dikritik, malah kita juga tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian sendiri justeru masih banyak perkara yang perlu diperbaiki namun, untuk menganggap pemuda PAS telah diresapi unsur Taliban adalah suatu yang tidak masuk akal dan keterlaluan.

9. Justeru itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia sedia berdialog dengan siapa sahaja termasuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, samaada secara terbuka atau secara tertutup untuk menilai dan mencari pendekatan dakwah yang terbaik ke arah menyelamatkan ummah yang kini sedang tenggelam timbul dalam arus jahiliyah moden dan alpa dengan budaya hedonismenya. Saya harap benar tawaran ini bersahut.

10. Dialog ini penting untuk masa depan perjuangan Islam justeru dakwah dan Islam ini bukan ekslusif milik satu -satu pihak tetapi ia adalah milik semua dan semua berhak untuk memberi pandangan serta cadangan. Namun sikap saling sinis menyinis tidak membawa sebarang kebaikan. Sebaliknya saya menyeru semua pihak agar turut sama menyampaikan mesej dakwah kepada "penganjur mungkar" agar sang penganjur juga sedar implikasi penganjuran aktiviti mungkar, jangan hanya sekadar menempelak golongan yang mahu membasmi kemungkaran tersebut semata - mata langkah yang diambil tidak serupa dengan kehendak kita.

11. Sebagai seorang muslim, kita tidak boleh membiarkan kemungkaran atau aktiviti yang meruntuhkan moral berlaku begitu sahaja di atas tanahair kita dengan membuat tanggapan bahawa kemungkaran itu hanya untuk non muslim terutama yang dianjur secara terbuka. Bahkan saya percaya bahawa non muslim juga tidak suka aktiviti yang meruntuhkan moral anak bangsa mereka.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

8 comments:

Anonymous said...

PAS Taliban hahahahaha

Anonymous said...

mesti tak lulus punya komen ni hahaha PAS yang tak leh terima kritikan hahaha Taliban2.

Admiral Zheng He said...

Assalamualaikum. Tahniah atas usaha dan keterbukaan Dewan Pemuda PAS. Kerja-kerja dakwah Dewan Pemuda telah lama menjalar ke segenap ruang masyarakat. Saya yakin apabila PAS mengambil pendekatan tahalluf siyasi, mencegah kemungkaran juga perlu dilaksanakan dengan bijaksana. Norma masyarakat, hak-hak bukan Islam perlu diambil kira. Sedang orang yang berzina juga tidak sepatutnya diintip atau diterjah. L
Adalah ebih bijak jika PAS menggesa pihak penganjur KOnsert mengadakan peraturan khas menghalang Muslim daripada menghadiri konsert. Bagi saya bersikap reaktif setiap kali ada Konsert bukan sikap yang baik menunjukkan toleransi PAS kepada bukan muslim. Dan Saya menghormati pandangan Dr MAZA, sebagai pandangan akademik yang apolitikal. Saya rasa bukan niat Dr MAZA ingin menyamakan PAS dengan Taliban. Beliau ingin melihat hala tuju PAS yang lebih baik. Membetulkan pandangan rakyat MUSLIM dan BUKAN MUSLIM terhadap PAS. Bukankah kita melaung-laungkan slogan PAS FOR ALL?

محمد حذوان بن حميدان said...

dialog secara terbuka yg brsft ilmiah bg mmbncgkn srta mrungkai2 ssuatu prsoalan amt2 wjar dlksanakan. ia jls dpt mmbuka cra msyrkt brfkir..antre kate lain sumber alternatif mcm ni amt2 sukar utk rkyat lihat n nilai..

msyrkt malaysia kian mngkat mtg pmikirnnye ssuai dgn kmajuan ngare yg smakin pesat mmbangun, jsteru biarknlah pmikirn mreke trus brkmbang ssuai dgn lndasan Islam, xprlu utk dsumbat dan trus dprbdohkan.. (^_^)

norman fernandez said...

Sebelum beriaya-iya nak mencegah kemungkaran yang dikatakan dibawa oleh budaya barat, eloklah siasat mengapa insiden merogol anak atau cucu begitu berleluasa hanya dalam satu komuniti.
Pasal Elton John.orang minat dia untuk muzik dia bukan untuk gaya hidup dia. Jangan merendahkan intelek orang Melayu. Mustahil akan ada yang akan menjadi songsang akibat menghadiri konsert Elton John.

AKUANAKBERSIH said...

Alhamdulillah..DPPP teruskan perjuangan antum..

Anonymous said...

Namun, rakyat jangan terkejut seandainya kerajaan BN akan membuat U-turn lagi dalam hal ini kerana kerajaan yang ada sangat lemah dan menunggu untuk tumbang.(Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat)

Kenyataan ini aku petik dari laman web resmi Pas.

Kan betul aku dah kata sebelum ini. Pas sokong pun tidak bantah pun tidak PPSMI. Sebaliknya dia bantai Umno pula.

Adakah Pas bersetuju dengan PPSMI ? Takut sangat pemimpin Pas nak buat kenyataan yang tegas .. takut kepada DAP. Ada siapa2 yang berani menafikan kenyataan aku ini ?

Tak habis2 nk menyalahkan Umno. Memang lah benda tu terjadi masa Najib pegang Kementerian Pendidikan, masa tu Mahathir jadi PM. Sepatutnya Mahathir tegur Najib, "ko nak buat PPSMI ni ko nak bagi lingkup anak2 melayu ker ?". Tapi memang kita keciwa kerana Mahathir pun ikut rentak Najib. Sejarah Najib kita tahu .. dia lah yang cadangkan pindaan sampai Menteri Pendidikan tak ada kuasa nak tutup sekolah vernakular, dia jugalah yang berkeras nak buat PPSMI sampai pencapaian anak2 melayu di luar bandar jatuh merudum.

Tapi hari ini Muhyidin cuba nak betulkan balik keadaan, Muhyidin cuba nak letakan bahasa melayu ditempat yang sepatutnya, sepatutnya kita semua orang melayu bagi sokongan penuh, ini tidak tak habis2 nak salahkan Umno, apa punya bingai punya ulamak lah, sejahat2 yahudi pun kalau yang buat silap tu orang dia dia tetap akan pertahankan. Bingai sungguh orang islam nih, tak habis2 duk nak cari peluang untuk mereka berpecah.

Sebab tu lah aku tak rasa ralat mengatakan orang melayu nih berpecah belah kerana islam. Islam itu baik sebaik2 agama. Tapi puak2 bingai ni telah ambil islam untuk membanding2kan sesama mereka ... "puak aku lebih islam daripada puak sebelah sana" ... di balas pula oleh puak sebelah sini ... "puak tu islam tapi sesat"

Maaf aku nak kata .. sampai kiamat pun umat islam tak akan berhenti bercakaran sesama sendiri ... believe it or not, you just wait and see.

Mungkin akan ada orang yang marah dekat aku. Well you have the rightest right to do so. I am very sick hearing and seeing the never ending conflict amongst muslim community locally as well as globally. It is really bingai as well as kaldai you know.

To Ustaz Nasrudin. I am very sorry. I failed to keep myself calm and cool. As the non partisan malays have hundreds of time2 call upon Umno and Pas to unite .. but what to do bcause they are created by the mighty god to be "bingai and kaldai".

Anonymous said...

Ustaz Nasrudin

Terima kasih kerana sudi menerima dan menyiarkan posting saya pada 2 November 2011 5:42 PTG.

Tanpa Nama.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive