HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, November 3, 2011

Hudud : Kaji Jangan Hina

1. Hudud adalah sebahagian dari hukum Allah swt Tuhan yang mencipta manusia. Dia bukan ciptaan manusia atau mana - mana parti politik. Hukumnya terkandung di dalam kitab suci Al Quranul Kareem. Bagi mereka yang beriman kepada Allah swt. , mereka bukan sahaja wajib beriman kepada apa yang telah diwahyukan Allah tetapi juga diwajibkan melaksanakannya.

2. Tidak memahaminya perlu kepada penelitian dan pengkajian. Bukan menolaknya mentah - mentah apatah lagi menghinanya. Langkah yang terbaik ialah menyertai wacana dan dialog mengenainya. Mutaakhir ini banyak penganjuran dari pelbagai pihak termasuk Kerajaan negeri Kelantan menganjurkannya. Insyaallah, sedikit masa lagi, DPPM juga telah merancang untuk mengadakan roadshow bagi membuat penjelasan mengenai hudud ke seluruh negara. Chua Soi Lek dan pimpinan MCA bolehlah menyertainya dengan dada yang lapang untuk mempelajarinya sebelum membuat apa - apa tindakan.

3. Tindakan Chua Soi Lek yang agerasif menunjuk sikapnya menentang hudud adalah suatu yang sangat dikesali. Selayaknya bagi beliau sebagai pemimpin sebuah parti besar seperti MCA ialah mendapatkan penjelasan lanjut dari pihak kerajaan negeri Kelantan mengenai hudud. Bukan bertindak melulu seperti seorang anak muda yang baru menyertai parti politik. Tindakan Chua Soi Lek langsung tidak menggambarkan peribadinya sebagai seorang pemimpin yang berpengalaman jauh sekali bersifat negarawan.

4. Chua Soi Lek tidak perlu melatah keterlaluan diusianya yang sedemikian, kecuali beliau mengidap penyakit Islamophobia tahap kritikal dan parah. Bukan sahaja Chua Soi Lek, siapa pun jua di luar sana yang tidak bersetuju dengan hukum hudud mestilah terlebih dahulu memahami hukum tersebut sebelum bertindak lanjut kerana kelak memalukan diri sendiri. Saya menggesa Chua Soi Lek memohon maaf secara terbuka kepada seluruh ummat Islam sebelum ia mencetus kemarahan ummat Islam.

5. Kenapa hilang rasional sehingga sengaja tidak mahu melihat kebaikan dari hukum hudud ini setelah semua mengakui kegagalan sistem yang ada pada hari ini menangani peningkatan gejala sosial dan jenayah. Paling tidak memberi peluang kepadanya sebagai alternatif. Apa yang lebih saya kesalkan apabila mereka konsisten menentang hukum Islam dengan pelbagai andaian negatif sedang mereka belum lagi melalui pengalaman berada di bawah pemerintahan yang melaksanakan hukum Syariat Islam ini. Sekali lagi saya menyeru agar mereka sertai terlebih dahulu wacana atau diskusi mengenai perlaksanaan Hukum Syariat Islam.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

Blog Nik Abdoh telah diteliti untuk mengetahui kenapa Pas tak nak join Himpunan Sejuta Umat. Hasilnya :

Sekarang baru lah saya faham. Pas tak nak join Himpunan Sejuta Umat kerana ada ura2 Umno nak turut serta dalam himpunan itu.

Saya tak nak komen apa2. Kalau Allah dah tutup pintu hati untuk perpaduan sesama islam, tak ada apa lagi dah yang boleh di buat.

Tapi saya masih menaruh harapan kepada Allah swt agar menggerakan hati Karpal Singh atau Lim Kit Siang untuk menyeru pemimpin Pas supaya melihat perpaduan melayu itu sebagai suatu asas penting untuk kesinambungan kuasa politik umat islam dinegara ini.

Saya percaya jika Karpal dan Lim KS minta kepada Hadi Awang dan Nik Aziz supya melapangkan masa untuk berdamai dengan Umno .. insyallah akan terjadilah perpaduan yang kita harap2kan.

Sudah terbukti bahawa hanya Karpal Singh yang boleh menjinakkan Nik Aziz melalui kalimah “over my dead body”.

Anonymous said...

Saya sokong Tanpa Nama 3.11.11/135ptg

Sama2 lah kita berdoa supaya Allah swt buka hati Karpal Singh untuk menjinakkan Nik Aziz kearah perpaduan melayu pula.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive