HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, November 17, 2011

ISA : Kerajaan BN Keras Kepala

1. Sebelum ini, dengan yakinnya YAB Perdana Menteri Datuk Seri Hj. Najib Tun Abd Razak mengisytiharkan bahawa Kerajaan UMNO dan BN akan memansukhkan ISA sekaligus memberi sinar harapan kepada rakyat yang menanti sejak sekian lama untuk bebas dari belenggu akta drakonian ISA yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan telah banyak membawa kesengsaraan kepada rakyat sendiri.

2. Tangkapan terbaru ke atas saudara Nazri Dollah di bawah akta ISA adalah bukti bahawa Kerajaan UMNO dan BN terus mempermainkan kesabaran rakyat dan terus mendera perasaan mereka. Ia bukan sahaja satu bukti bahawa kerajaan UMNO dan BN tidak serius dan jujur menghapuskan akta zalim itu tetapi juga terus mendera dan membuli rakyat sendiri.

3. Selayaknya kerajaan tidak lagi menggunakan ISA setelah komitmen untuk memansukhkannya telah dipertegaskan oleh YAB Perdana Menteri sendiri. Tetapi malang, ia sungguh meragukan. Tidak mustahil komitmen kerajaan UMNO dan BN dalam perkara - perkara lain seperti mahu memansukhkan PPSMI dan melakukan reformasi pilihanraya juga hanya satu retorik yang memperdayakan rakyat.

4. Sebelum ini berlaku flip - flop kerajaan dalam memutuskan kedudukan PPSMI dan kini kelihatan sikap yang sama akan berulang pada ISA. Jika benar Kerajaan UMNO dan BN konsisten untuk memansukhkan ISA, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa supaya saudara Nazri Dollah dibebaskan dari ISA dan jika ada pertuduhan ke atas beliau maka hendaklah di dakwa ke mahkamah, bukan dikurung tanpa sebarang perbicaraan.

5. Jika kerajaan UMNO dan BN terus berdegil dan keras kepala, enggan untuk membebaskan saudara Nazri Dollah, saya mengharapkan seluruh rakyat bangkit membantah dan menolak kerajaan flip - flop ini khasnya anak - anak muda demi masa depan rakyat dan negara yang lebih baik, aman dan sejahtera dari kezaliman yang dihasilkan oleh kerajaannya sendiri.

6. Sekiranya rakyat tidak bangkit membantah sebaliknya membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan BN ini, tidak mustahil selepas ini PSC pula akan menjadi mangsa manipulasi kerajaan flip - flop ini. Melalui perkembangan ini setelah PPSMI dan ISA, saya jangka langkah untuk reformasi sistem pengurusan pilihanraya juga akan mengalami nasib yang sama. Akan cair dipertengahan jalan. Hanya kejujuran dan dilihat jujur dalam usaha melakukan perubahan ini sahajalah yang akan memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan UMNO dan BN kali ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

5 comments:

Anonymous said...

Hai Bro Din

Apa ni lu cakap Umno flip flop. Pas tak flip flop kah ? Sekejab nak bentuk Negara Islam, sekejab nak bentuk Negara Berkebajikan pula.

Nik Aziz baru2 ni riuh nak laksana Hudud di Kelantan. Gua ingat dah nak buat sangat dah. Rupa2nya baru nak kaji sesuai atau tidak. Tak flip flop kah macam tu ?

Bro Din

Gua ada tengok video dlm blog. Pemimpin DAP kata cina yang kerja dengan NFC adalah anjing melayu.

Gua nak tanya, apa gelaran pulak kepada pemimpin islam yang berkerjasama dengan pemimpin DAP untuk menghancurkan melayu ???

Kalau tak dapat bagi fatwa bagi paktua pun tak apa. Janji ada backing dengan hadis dan ayat kuran.

Anonymous said...

Iraq punah ranah. Afghanistan lingkup. Mesir terumbang ambing. Libya tak menentu. Syria duk tunggu hari saja.

Negri2 arab islam yang lain pun bukannya aman sangat. Iran walau pun ngaku islam, tapi islam dia sorang2 saja, orang lain tak boleh nak ikut islam cara dia.

Pas sepatutnya menggunakan islam untuk menyelamatkan islam. Tapi Pas menggunakan islam untuk menghancurkan melayu yang secara tak langsung akan menghancurkan islam.

Di Malaysia, selamat melayu maka selamat lah islam. Hancur melayu, islam tak terbela. Lihat saja Singapura, melayu tak berkuasa, maka islam setakat menjadi agama kepada orang melayu saja.

Pas sedang berusaha kuat membantu DAP untuk menjadikan melayu di negara ini sama dengan melayu Singapore. Pas juga sedang membantu DAP untuk jadi islam di negara ini setakat agama kepada orang melayu sahaja.

Melayu wajib mengakui " Pas tolong DAP, dan bukan DAP tolong Pas "

Allahuakbar.

UstazNamawee.

Anonymous said...

Iklan : Anda teringin nak bergelar Ustaz ?

Caranya : Jadi lah ahli Pas, berani naik atas pentas ceramah maki orang, hukum orang Murtad. Anda kini dah layak memakai gelaran Ustaz.

Mereka yang telah berjaya : Ustaz Bob Lokman. Dulu seorang pelakon, kini sudah bergelar Ustaz.

Ciri2 diri yang diperlukan : Sanggup pakai serban dan jubah pada setiap masa. Ada memiliki tanda hitam (kematu) di dahi sebagai simbol orang kuat sembahyang.

Jangan lepas kan peluang keemasan ini. Bilangan yang diperlukan adalah terbatas. Siapa cepat dia dapat.

Yang berminat sila hadir diri di mana2 Ibu Pejabat Pas yang berdekatan dengan rumah anda.

Anonymous said...

Iklan : Anda teringin nak bergelar Ustaz ?

Caranya : Jadi lah ahli Pas, berani naik atas pentas ceramah maki orang, hukum orang Murtad. Anda kini dah layak memakai gelaran Ustaz.

Mereka yang telah berjaya : Ustaz Bob Lokman. Dulu seorang pelakon, kini sudah bergelar Ustaz.

Ciri2 diri yang diperlukan : Sanggup pakai serban dan jubah pada setiap masa. Ada memiliki tanda hitam (kematu) di dahi sebagai simbol orang kuat sembahyang.

Jangan lepas kan peluang keemasan ini. Bilangan yang diperlukan adalah terbatas. Siapa cepat dia dapat.

Yang berminat sila hadir diri di mana2 Ibu Pejabat Pas yang berdekatan dengan rumah anda.

fidza said...

Terima kasih ustaz dan PAS yang konsisten di dalam perjuangan nasib-nasib tahanan akta droconian ISA ini. Kami sebagai ahli keluarga Ustaz Nazri amat berbesar hati jika PAS dan semua NGO yang sealiran didalam perjuangan memansuhkan ISA ni dapat memgenengahkan akan penderitaaan keluarga-keluarga tahanan ISA.
Hari ni kami sekeluarga berpeluang melawat Ustaz Nazri di Bukit Aman. Jauh dalam hati kami kami amat terkilan dan sedih bila melihat keadaan Ustaz Nazri yang letih dan seperti dalam keadaan yang mamai akibat proses soalsiasat SB. Apa yang kami kesalkan ialah penderaan fizikal yang dialami oleh Uztaz Nazri sejak dari Tawau lagi sehinggalah sesi soalsiasat di Bukit Aman.
Harap PAS dan semua pihak yang menentang ISA ini konsisten di dalam perjuangan ini.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive