HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, November 3, 2011

Seksualiti Merdeka 2011 : Kembalilah Kepada Fitrah

1. Negara kita gempar lagi dengan satu program yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya " Queer Without Fear" yang berlangsung pada 2 Nov 2011 hingga 13 Nov 2011 di The Annaxe Gallery.

2. Program ini kononnya berteraskan perjuangan "Human Right", menuntut hak dan kebebasan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual [LGBT] untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. Sekilas pandang, mereka sedang memperjuangkan hak dan kebebasan dengan gaya hidup pilihan mereka dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia. Justeru itu, mereka tidak lagi teragak - agak untuk mengiklan, memperjuang dan menganjurkan programnya secara terbuka

3. Sungguhpun mereka tampil dengan prinsip perjuangan Human Right, Islam mempunyai pandangannya yang tersendiri mengenai perkara ini, sementara Dewan Pemuda PAS Malaysia berpaksi teguh kepada ajaran Islam, justeru Islam adalah agama petunjuk dari Allah swt Tuhan yang mencipta manusia.

4. Islam adalah agama fitrah sementara fitrah manusia ialah hidup berpasang - pasangan lelaki dan perempuan. Justeru itu, perkahwinan yang sah di sisi Islam hanyalah perkahwinan yang melibatkan lelaki dengan pasanganya perempuan yang bukan mahramnya. Sementara perkahwinan atau hubungan sesama jenis adalah suatu noda yang dilarang oleh Islam ke atas penganutnya kerana ia jelas bertentangan dengan fitrah kejadian atau ciptaan manusia di atas muka bumi.

Firman Allah swt:

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Surah ar Ruum : ayat 21

5. Asas larangan tersebut adalah untuk memelihara fitrah manusia sekaligus mempertahankan tamaddun ummah dari kepincangan sosial dan malapetaka yang bakal menimpa ekoran tercetusnya kemurkaan Allah swt. sebagaimana murkanya Allah swt ke atas kaum Nabi Luth as. yang mengamalkan gaya hidup homoseksual.

6. Budaya gay dan lesbian adalah budaya songsang yang tidak sewajarnya diperjuangkan dan diamalkan oleh ummat manusia amnya dan ummat Islam khasnya. Malah ia sangat bertentangan dengan nilai moral dan fitrah kemanusiaan serta tamaddunnya. Jika budaya ini menjadi amalan bagi manusia selaku penduduk di bumi ini, nescaya suatu ketika kelak akan pupuslah generasi ummat manusia sedang Nabi saw berbangga dengan lahir ummatnya yang ramai.

Sabda Rasulullah saw

تزوجوا الودود الولود فإني مكاثر بكم الأمم يوم القيامة

Kahwinilah olehmu akan perempuan yang penyayang dan mampu melahirkan anak kerana sesungguhnya aku sangat berbangga dengan ramainya ummatku diakhirat kelak.

Riwayat Imam Ahmad

7. Kecenderungan mengamalkan kehidupan gay, lesbian dan biseksual ini adalah bertolak dari nafsu yang tidak dikawal. Sedang Islam telah menganjurkan ummat manusia supaya berkahwin secara normal dan menggariskan kaedah kawalan nafsu bagi mereka yang tidak mampu melakukannya. Seperti sabda Rasulullah saw dari Ibnu Masuud Rha.

يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ، ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء

Wahai sekelian anak muda ! barangsiapa yang mampu [dan bersedia untuk berkahwin] dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, sesungguhnya perkahwinan itu membantu menundukkan pandangan, memelihara kemaluan dan barangsiapa yang tidak mampu melakukannya, maka berpuasalah kerana sesungguhnya puasa itu adalah perisai [dirinya agar tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan sosial]

Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

8. Dewan Pemuda PAS Malaysia menyeru penganjur dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 agar tidak meneruskan perjuangan dan kempen mereka ke arah menuntut kebebasan pada gaya dan cara hidup barat yang salah dengan norma, tatasusila, budaya dan agama. Sedarlah bahawa gaya hidup seperti ini akan berdepan dengan kemurkaan Allah swt selain ia membuka pintu kepincangan sosial dan budaya negara kita.

9. Ia adalah satu bentuk kemungkaran yang tidak wajar diperjuang dan diamalkan, bahkan ia sangat menyentuh sensitiviti ummat manusia yang menjalani kehidupan normal. Dewan Pemuda PAS yakin, jika mereka mendapat bimbingan wajar dari pihak berkuasa agama dan lainnya yang berkaitan, perkara ini dapat dibendung dengan baik daripada terus menular lalu membentuk satu budaya.

10. Inilah rasionalnya Dewan Pemuda PAS menasihati dan menegur pemerintah agar tidak meluluskan penganjuran konsert icon gay Elthon John di negara ini sebagai langkah menutup pintu - pintu mungkar yang mengundang kemurkaan Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta. Walaupun dikatakan Elthon John tidak akan menyeru rakyat Malaysia meniru gaya hidup gaynya, tetapi sudah cukup pengiktirafan yang diberikan kepada beliau menyuburkan budaya gay di Malaysia yang semakin hari semakin menular.

11. Kebebasan bukan bermakna manusia bebas melakukan apa sahaja sehingga bertentangan dengan fitrah dan agama. Kalaupun seseorang tidak beragama sekalipun, aqal yang masih dimiliki tidak mungkin membenarkan manusia melakukan apa sahaja di atas ticket kebebasan. Sebaliknya manusia mesti hidup berasaskan peraturan - peraturan tertentu yang mengikat komitmen dirinya agar tidak terbabas dari kebaikan dan kemuliaan.

12. Secara analoginya boleh saya contohkan seperti memandu kereta. Sungguh pun kereta itu milik kita yang sah, pula kita telah membayar road tax dan insuransnya, maka atas nama kebebasan lalu kita bebas untuk memandu laju tanpa menghirau peraturan lalulintas. Ini sangat merbahaya terutama pemanduan dengan had kelajuan melampau seperti 160 kmj di selekoh tajam yang bertanda 20 kmj. Awas ! Ini bukan lagi bebas tetapi babas.

13. Dewan Pemuda PAS merayu agar mereka kembali menjalani kehidupan normal berasaskan petunjuk Allah swt Tuhan yang Mencipta manusia. Formula kehidupan Islam sungguh indah dan damai malah membawa ketenangan yang dicari dalam hidup. Sebagaimana firman Allah swt di dalam surah Ar Ruum ayat 21. Dewan Pemuda PAS sedia berdialog ke arah itu bagi menangani perkara ini.

14. Usah lari dari fitrah dan meninggalkan kehidupan beragama kerana jiwa tidak tenteram dan tidak pun boleh menyelesaikan masaalah. Sebagai contoh pengalaman hidup yang dialami oleh Elthon John sendiri selepas beliau berkahwin dengan kaum sejenis atau pasangan gaynya, keinginan atau naluri mahu memiliki anak tetap menguasai dirinya lalu mendorong beliau mendapatkan anak melalui ibu tumpang.

15. Terdapat 2 perkara yang tidak boleh menyelesaikan masaalah dan konflik jiwa mereka .

Pertama : perkahwinan sejenis yang mereka amalkan tidak boleh memenuhi kehendak mereka untuk memiliki seorang anak.

Kedua : biarpun mereka boleh mendapatkan anak melalui proses ibu tumpang, mereka tetap tidak boleh memenuhi hasrat naluri mereka untuk memiliki anak kandung yang tentunya hadhir secara fitrah.

16. Sedangkan dua perkara inilah antara pelengkap kebahagian dan kasih sayang dalam kehidupan berumahtangga bersama pasangan hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Rumahtangga yang dibina melalui perkahwinan sejenis ini hanya mungkin boleh mencapai kepuasan dari sudut melampiaskan nafsu seksual tetapi jiwa mereka meronta mencari sebuah ketenangan hakiki.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

4 comments:

Anonymous said...

A'kum Ustaz

Syabash kepada tuan. Anda merupakan pemimpin kanan Pas yang pertama bangun menentang Seksualiti Merdeka. Laporan ini saya baca dalam Utusan. Mungkin anda tak baca Utusan, tidak mengapa itu.

Teringat saya. Baru2 ini anda bangun menyatakan sokongan kepada Himpunan Sejuta Umat dan anda berhasrat membawa pemuda Pas menyertainya. Tapi big bos anda Hadi Awang berkata Pas secara resmi tidak menyokong dan tidak akan menyertai Himpunan Sejuta Umat kerana himpunan itu ada agenda politik Umno yang tersembunyi. Akibatnya hanya 8000 saja yang berjaya di kumpulkan. Memalukan seluruh umat islam di malaysia ... sangat memalukan. Maka bertitik tolak dari situ musuh islam dah mula nampak keberkatan usaha mereka menyekat perpaduan umat islam hingga kepada himpunan untuk membantah pemurtadan umat islam pun tidak mendapat sambutan daripada umat islam sendiri .. pokok yang mereka (musuh islam) semai telah mula berbunga.

Dari situ mereka ingin menguji sekali lagi kepaduan umat islam melalui Seksuliti Merdeka.

Saya percaya akhirnya anda akan bersendirian menentang Ambiga dalam isu Seksualiti Merdeka. Big bos anda Hadi Awang tidak akan support anda sebagai mana yang anda alami dalam hal Himpunan Sejuta Umat.

Saya berkeyakinan penoh Big bos anda Hadi Awang akan menyokong usaha Ambiga kerana pada pandangan Hadi Awang, Ambiga ikhlas dalam segala tindakannya tanpa mempunyai agenda tersemunyi terhadap melayu atau islam melainkan agenda negara sahaja.

Pendapat saya. Hadi Awang tidak ada asas untuk mengatakan "Tidak" kepada Seksualiti Merdeka kerana pergerakan ini tidak ada agenda politik, ia hanya menuntut kebebasan sebagai mana yang Ambiga tuntut dalam Bersih 2.0.

Pendapat saya lagi. Pas juga tidak ada asas yang kuat untuk menentang Seksualiti Merdeka kerana ini bukan sama dengan Himpunan Sejuta Umat yang ada agenda politik Umno disebaliknya (seperti yang didakwa oleh Pas).

Ustaz Nasrudin. Yes ! take my word, at the end of the day, you find yourself alone fighting against the Seksualiti Merdeka movement.

I would be very much obligated and appreciated if you are kind enough to publish my posting.

wan_jtk said...

Salam Ustaz Din, Bro...
Saya mencadangkan agar PEmuda PAS Malaysia tampil ke program itu dan meminta satu slot agar kita sebagai pendakwah membentangkan satu pandangan dari Islam terhadap Hubungan sexuality oleh manusia..
Disamping itu menerangkan dari sudut kebudayaan, dan aspek nilai moral kepada mereka.. Terangkan pada mereka dengan hikmah...

Anonymous said...

Innalillahi wa innailaihirajiun

Ambiga merupakan satu figura khalayak (public figure) yang sinnonim dengan perjuangan "bebas".
Bermula dengan perjuangan untuk "Pilihanraya Bebas" yang mendapat sambutan daripada semua pihak yang tidak senang dengan kerajaan yang ada pada hari ini. Beliau berjaya menghimpunkan lautan manusia memenuhi bandaraya KL tanpa mengira bangsa dan agama, tanpa mengira pangkat dan darjat, tanpa mengira yang jahil atau yang bergelar ulamak. Bersih 2.0 telah menjaya menyatukan saparuh rakyat malaysia tanpa sempadan agama dan bangsa. Alhamdulilah, jika tidak dengan izin Allah swt tak mungkin Ambiga mampu berbuat demikian.

Terkini Ambiga mengorak langkah ke depan lagi dalam perjuangan untuk "bebas" juga. Pada kali ini Ambiga berjuang untuk Seksualiti Bebas pula. Insyallah, jika Allah mahu sekali lagi dia akan beri kejayaan kepada Ambiga untuk menyatu padukan manusia tanpa mengira bangsa dan agama, tanpa mengira jahil atau ulamak.

Ambiga adalah seorang insan yang diutuskan oleh Allah swt untuk menyampaikan mesej "bersih" dan "bebas" kepada manusia. Jika Ambiga bukan diutuskan oleh Allah mana mungkin Hadi Awang, Nik Aziz dan beberapa pemimpin kanan Pas sanggup berpanas berhujan berarak keliling bandaraya KL untuk menyatakan kepada pemerintah bahawa mereka mahu "pilihanraya yang bersih dan bebas".

Dan kali ini kita ingin melihat Hadi Awang, Nik Aziz dan pemimpin kanan Pas sekali lagi bersama dengan Ambiga berarakan di bandar raya KL untuk menyatakan kepada pemerintah bahawa mereka mahu "seksualiti yang merdeka" (merdeka = bersih dan bebas).

Dari Allah dia datang, dan kepada Allah juga dia akan kembali. Ambiga seorang insan yang bersih dan bebas yang wajar di sokong.

Anonymous said...

Ustaz Nas

Saya sokong pendapat wan_jtk. Bergeliga otak ko wan_jtk. Jika kita terus membenci mereka Seksualiti Merdeka sampai bila pun mereka tak akan insaf, mereka akan rasa mereka sentiasa betul.

Tapi kalau kita ada bersama, ambil bahagian dalam program mereka, beri penerangan dari sudut islam, mungkin mereka akan fikirkan balik atas apa yang mereka sedang usahakan.

Ustaz Nas. Apa pendapat anda ?

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive