HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, December 6, 2011

Pemutihan Daftar Pemilih

1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui Timbalan Pengerusinya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar telah memberi jaminan bahawa daftar pemilih yang akan digunakan oleh suruhanjaya itu dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang adalah daftar pilihan raya yang bersih. Malah mereka akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] untuk membersihkan nama mereka yang sudah meninggal dunia.

2. Saya rakamkan terima kasih atas komitmen yang diberikan dan selayaknya begitulah tanggungjawab SPR menyediakan Daftar Pemilih yang bersih bagi mengelakkan berlakunya sebarang manipulasi atau penyelewengan undi. Namun perlu saya tegaskan di sini bahawa pembersihan atau pemutihan daftar pemilih tidak sekadar membersihkannya dari senarai nama pengundi yang telah meninggal dunia. Sebaliknya masih banyak perkara yang perlu dilakukan termasuklah 

a] membersihkan daftar pemilih dari nama yang bertindan atau yang memiliki nama dan nombor kad pengenalan hampir serupa dan mencurigakan.

b] membersihkan senarai nama yang berkod 71 dimana jumlahnya yang terlalu ramai dan mencurigakan tanpa klasifikasi yang jelas menunjukan maklumat pemilih yang tepat.

c] membersihkan senarai nama pemilih yang terdapat di dalam dua daftar iaitu daftar pemilih biasa dan satu lagi tersenarai sebagai pengundi pos.

3. SPR mestilah turut sama memberi jaminan mereka untuk melakukan pembersihan pada sistem dan kaedah pengendalian pilihanraya agar tidak menimbulkan kesangsian dan kecurigaan ketara. Ianya sekaligus menjamin ketelusan dan keadilan dalam pengurusan pilihanraya. Antaranya :

a] penggunaan dakwat kekal yang dituntut oleh rakyat bagi memastikan pengundian berlangsung dengan telus dan meyakinkan.

b] pemansuhan undi pos 

4. Tanggungjawab memastikan berlangsung satu pilihanraya yang baik, adil dan telus tidak sahaja terletak pada bahu SPR atau JPN tetapi juga kerajaan yang memerintah mesti mempunyai komitmen yang tinggi dan meyakinkan dengan satu tindakan yang benar - benar berkesan seperti membenarkan semua parti politik yang menyertai pilihanraya berkempen menggunakan televisyen sebagaimana yang dinikmati hanya oleh UMNO dan BN sebelum ini.

5. Pilihanraya bukan sekadar daftar pemilih. Pilihanraya yang adil dan telus bermula dengan kebebasan parti politik untuk berkempen tanpa dikekang oleh peraturan yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan semangat demokrasi yang dianut oleh UMNO dan BN sendiri seperti RUU Perhimpunan Aman, AUKU bagi golongan mahasiswa, [walaupun telah dipinda beberapa perkara tetapi masih terdapat beberapa perkara yang masih ditakuk lama.] Akta Polis, Akta Rahsia Rasmi, Akta Cetak dan lain - lain yang tidak menepati semangat demokrasi apatah lagi perkara yang bertentangan dan bercanggah dengan syariat Islamiah seperti penipuan, sogokan, ugutan, tekanan dan 1001 perkara yang negatif.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive