HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, December 3, 2011

Warga Pekerja Bukan Hamba

1. Warga pekerja adalah aset negara dan mereka juga merupakan dinamo kepada pertumbuhan ekonomi negara. Justeru itu, mereka bukan hamba abdi yang diperah kudrat mereka lalu ditindas dengan pelbagai akta yang tidak memihak apatah lagi memelihara kepentingan mereka.

2. Kerajaan tidak boleh melayan warga pekerja seperti melayan warga division dua berbanding warga korporat yang juga tidak dinafi memberi sumbangan besar kepada lonjakan ekonomi negara.

3. Setelah mengerah keringat yang menitis sampai ke tumit, wajarnya warga pekerja dijaga dan ditunaikan hak mereka selayaknya. Saya pasti, mereka bukan menuntut suatu yang melebihi kewajaran dan hak yang sepatutnya mereka miliki. Juga mereka bukan menuntut agar dimanjakan oleh kerajaan. Sebaliknya mereka mahu hak mereka dihormati dan dihargai oleh kerajaan setelah mereka mengerahkan tulang empat kerat mereka untuk masa depan negara.

4. Kerajaan mesti bersikap terbuka dan sedia mendengar setiap masaalah berbangkit daripada rakyat termasuk warga pekerja. Kedegilan kerajaan untuk tidak mendengar suara hati warga pekerja akan mengundang masaalah besar kepada negara dan tidak keterlaluan jika saya menyebut bahawa ia juga berpotensi merencatkan kitaran sihat ekonomi negara menuju kestabilan yang didambakan.

5. Kerajaan bertanggungjawab memberi Jaminan Perlindungan Pekerjaan, Hak Kebajikan, Hak Berpersatuan, Gaji minimum dan lain - lain tanpa sebarang diskriminasi yang membezakan antara Pekerja yang berstatus tetap atau pun Pekerja yang diambil secara kontrak. Menafikan hak dan meletakkan mereka setaraf buruh asing adalah satu bentuk penindasan yang tidak sewajarnya berlaku dalam negara kita.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

1 comments:

Anonymous said...

Peringatan kpd melayu Pas

Melayu boleh hilang kuasa kerana Pas yang membantu DAP untuk menyahkan Umno dari tampok kuasa.

Orang melayu sendiri tidak yakin Pas boleh menjadi pentadbir yang baik sebaik Umno jika diberi peluang ke Putra Jaya.

Orang bukan melayu, jika mereka menerima Pas, tentu lah mereka tidak melatah bila Pas nak laksana Hudud dan nak jadikan negara ini Negara Islam.

Orang melayu Pas jangan lupa. DAP, MCA, Gerakan dan MIC - semua menentang hasrat Pas nak laksanakan Hudud di Kelantan. Adakah itu masih dianggap oleh Pas bahawa bukan melayu menyokong Pas ?

Orang melayu Pas harus sedar, jika ditakdirkan melayu hilang kuasa memerintah, anda lah yang patut dipertanggung jawabkan.

Orang melayu Pas. Fikirlah dengan fikiran yang waras. Jika benar DAP menerima Pas - kenapa mereka membantah Negara Islam dan kenapa mereka membantah perlaksanaan Hukum Hudud ?

Orang melayu Pas - anda jangan membodohkan diri anda sebagai mana para pemimpin kanan Pas telah membodohkan diri mereka.

Orang melayu Pas, anda tahu bukan melayu tidak akan mengundi Pas jika tidak ada sesuatu yang menguntungkan perjuangan mereka. Matlamat perjuangan mereka ada lah untuk mengambil alih pemerintahan negara ini daripada orang melayu.

Jika Lee Kuan Yew berjaya dengan memperalatkan para ulamak islam di Singapore, sekarang Lim Kit Siang melakukan perkara yang sama dengan memperalatkan para ulamak Pas khasnya Nik Aziz dan Hadi Awang.

Nik Aziz dan Hadi Awang telah dijadikan "barua" oleh Lim Kit Siang untuk meraihkan sokongan orang melayu kepada perjuangan PR. Bukan tuduhan kosong tapi adalah andaian yang mungkin menjadi kenyataan pada PRU 13 nanti.

Melayu Pas, bertanya lah sendiri berdasarkan pemerhatian anda. Adakah selama Pas bersahabat dengan DAP, anda dapati DAP menghormati Pas ??

Musang Umno.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive