HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, October 19, 2012

TRW vs ATM


The Red Warriors Vs ATM

 
1.     Menjelang Final Piala Malaysia edisi 2012 malam esok di Stadium Shah Alam yang mempertemukan pasukan Kelantan Darul Naim dan Angkatan Tentera Malaysia, membuatkan  iklim bolasepak tanahair semakin membara ledaknya. Pastinya Stadium Shah Alam akan menjadi tumpuan semua peminat bolasepak tanahair yang akan menyaksikan pertarungan sengit antara dua pasukan merebut gelaran juara dikejohanan paling berprestij Negara itu.

2.     Kelantan yang lebih dikenali sebagai The Red Warriors turun dengan reputasi sebagai pemegang Piala Malaysia edisi 2010 dan aksi malam esok adalah penampilan keempat The Red Warriors di pentas perlawanan akhir. Pasukan kendalian Bojan Hodak itu turun ke gelanggang final apabila berjaya menumpaskan pasukan Selangor diperingkat separuh akhir dengan agreget 3 – 0.

3.     Sementara Angkatan Tentera Malaysia mengesahkan laluan mereka ke Final dibawah tunjuk ajar sifu B Sathianathan setelah berjaya menidakkan Lions XII menerusi sepakan penalty  5 – 4 selepas terikat dengan kedudukan jaringan 2 – 2. ATM hanya tinggal selangkah untuk menamatkan kemarau 46 tahun sebelum pulang menjulang Piala Malaysia.

4.  Pasukan ATM tentunya turun dengan semangat yang tinggi diperkuat pula oleh Marlon Alex James dan Bruno Marteloto. Gandingan mantap Hai-O dan Aidil juga dijangka menjadi cabaran besar kepada The Red Warriors yang terpaksa berentap memburu juara tanpa ayam tambatan mereka Mohamed Ghaddar dan Mohd Norfarhan Muhammad yang terlepas peluang beraksi dipentas final kerana menjalani proses penggantungan ekoran menerima dua kad kuning.

5.     Apakah misi The Red Woariors untuk merangkul kejuaraan treble musim ini menjadi kenyataan dan kemarau panjang 46 tahun ATM bakal berakhir, sama – samalah kita saksikan malam esok jam 8.45 malam sejurus selesai kuliah maghrib dan solat Isyak.

6.     Saya memilih The Red Warriors untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia edisi ini berasaskan  reputasi dan prestasi mereka disepanjang musim. Sungguhpun ketiadaan Mohamed Ghaddar dan Mohd Norfarhan,  pertahanan TRW semakin berkualiti dan mantap. Sementara pemain tengah seperti Badri Radzi, Norshahrul dibantu Chanturu dan Obinna Nwaneri masih berkeupayaan tinggi untuk meledakkan idea sekaligus menghasilkan karya gol kemenangan.

7.     Sungguhpun begitu, prestasi mendadak ATM tidak boleh diperkecilkan. Mereka mara dengan semangat juang yang tinggi. Memandang rendah pada kemampuan ATM bakal mengundang padah. Rentak permainan mereka agak kaya dengan taktikal .

8.     Paling penting kepada saya dan Dewan Pemuda PAS Malaysia malah semua peminat sukan bolasepak tanahair dalam menyaksikan kemeriahan Final Piala Malaysia malam esok ialah mutu penganjuran, perlawanan dan permainannya. Malaysia semestinya keluar dari kelompok terendah kualiti penganjuran, perlawanan dan permainan bolasepak ini. Bukan sahaja merujuk kepada skil individu dan berpasukan mengawal rentak permainan tetapi juga pada disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Termasuklah system kawalan keselamatan yang baik dan berkesan.

9.     Penonton yang terdiri dari penyokong kedua – dua pasukan juga selayaknya mempamerkan kematangan yang hebat dan disiplin yang tinggi dengan mematuhi segala arahan, peraturan dan undang – undang tanpa didorong oleh elemen ganas, emosional dan keterlaluan dalam tindakan. Sebaliknya menjadikan sukan ini meriah dan menguntum nama baik negara di persada antarabangsa kerana saya percaya bukan sahaja seluruh rakyat Negara kita menonton kejohanan ini tetapi tidak terlepas peminat bolasepak antarabangsa turut memberi perhatian kepada perlawanan final nanti.
 
10.  Justeru itu, pesanan saya khasnya kepada anak – anak muda biarpun pasukan mana yang mereka sokong agar:  

a] menjaga akhlak,
b] jangan tinggalkan solat,
c] tidak berpeleseran,
d] elakkan berkelakuan tidak sopan serta ganas.   

Sebaliknya ……. cool man cooool !

Salam dari saya :
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

 

 

 

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive