HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, October 2, 2009

SIS Kian Melampau

1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini .

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .

6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil .

7. Sebatan mengikut cara Islam :

a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.

8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula :

a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam .

10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?

11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .

12. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?

13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ?

14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?

15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpretasi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .

sebelum ini saya telah mengulas isu Kartika . sila klik di sini
dan juga isu berkait dengan Arak dan hukumannya . sila klik di sini

18 comments:

Bekas Pelajar Tanta said...

40 sebatan adalah sebatan yang paling maksimum dibuat oleh Rasulullah dan beliau pernah menyebat peminum arak kurang daripada jumlah 40. Lantaran itu, Umar menganjurkan 80 sebatan bagi kesalahan tersebut. ertinya 6 sebatan itupun sudah menepati hukum Islam. CUma Malaysia masih lagi tidak mengamalkan perundangan Islam secara syumul.

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Assalamualaikum. SIS memang sudah melampau. Yang peliknya kenapa tidak ada sebarang tindakan 'keras' diambil oleh kumpulan berkenaan.

Jom kita bersama menubuhkan satu gerakan menjahanamkan SIS..

ALLAHUAKBAR!!!!!

Unknown said...

sis laknatullah dan jag laknatulla, tali barut yahudi, barua yahudi. ya Allah jika benar mreka jahil, insafkan mereka tunjukan mereka, sebaliknya jika mereka benar musuh mu ya Allah, demi mu wahai Tuhan ku, aku bermohon HANCURKAN munafik ini..amin

Anonymous said...

Salam ustaz,

Bukankah SIS penyokong tegar PKR dan PR dan Nik Aziz?

Mengapa harus menjadi sesumpah utk mempertahankan Islam?

-Bekas penyokong PAS-

Anonymous said...

Askum.
Tolong bagi emel peribadi ust utk ana update beberapa perkembangan berkaitan SIS.

myhasma@gmail.com

PondokDungunTerengganu said...

Ambe harap ning bukang kenyataang politik saje. Semok-semoklah rangkaiang jentere yang dok jadi tukang promosi SIS ning. Bukangnye dok tahu. Buat-buat dok tahu je... Kalu tidok nampok dok sunggoh. Kalu dok sunggoh orang dok caye. Malu kite jike ustaz-ustaz orang dok caye. Jatuh maruoh.

Kalu sunggoh hati dan mulut selaras buatlah bersunggoh-sunggoh. Allah ta'ala jadi saksi.

PondokDungunTerengganu

merong said...

Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia

apakah ugama SIS ini, tak de sebut pun Islam. Seolah olah HAK ASASI MANUSIA lebih besar dari ISLAM. sedangkan hak asasai manusia ad dilam Islam.

Mungkin tidak salah kalau saya kata ugama SIS adalah Hak Asasi Manusia. Hak Asasi Manusia telah semakin menjadi satu anutan diseluruh dunia yang tidak boleh disangkal atau ditidakkan.

ibnibrahim said...

Salam ustaz, sekiranya di ikutkn nafsu. Pasti lama sudah SIS ini dijahanamkan, tetapi kita b'juang dgn Iman & Ilmu yg kukuh, yg mne dtgnya dr Allah jalla jalaluhu. Saya tetap dibelakang Pemuda ustaz, untuk turut sme2 membela Islam...Inilah dia bahana 1 M'sia, rosak aqidah disebabkn menganggap semuanya sme.

ntah laaa..... said...

gempa dtg pon x sedar2 lagi...opsss br tempias je...hehehe

Anonymous said...

Benar dengan perjuangan SIS. Mereka membela wanita yang selama ini dihina statusnya.Masuk akal kah kesalahan minum arak disebat hingga 40 sebatan? Undang2 daripada hutan cerang mana?Undang2 hawa napsu akan terjelma jika Malaysia di perintah PAS.Orang2 kolot terdiri daripada Ustaz memang tidak akan diterima Melayu apalagi bangsa lain.Untuk ustaz,Cukuplah dengan membaca doa dalam sesuatu majlis atau kematian.

watasikadi said...

SIS memang jahil agama. jika UMNO/Kerajaan benar-benar parti islam tangkaplah SIS kerana menggunakan islam sebagai nama persatuan tetapi cuba menentang pulak. manalah mereka mau tangkap mereka pun jahil agama..hehe..

qutbism follower said...

to ananymous yg jumud dan confirm dh dilaknat ALLAh, tiket ambik kat mahsyar nnti g nerake jhanam undang2 cerang mane? undang2 islam la, hudud. tu pun x tahu? mlas nk pnjang2 ngan org cetek ilmu n jahil sesangat sangat. ;p

abiumar said...

Salam ustaz,
Sebetulnya SIS ini adalah salah satu ajaran sesat di Malaysia seperti juga ajaran Ayah Pin dan Rasul Kahar dan di sokong oleh ketua ajaran sesat 1Malaysia iaitulah UMNOOOOoooooooo.......
Teruskan perjuangan menentang puak-puak niiii......

Kembara Politik said...

Assalamualaikum Nasrudin,

Apa pendapat Nasrudin berkenaan isu Forum Peluk Islam & keceluparan para aktivis Pakatan Rakyat yang mempertikai keputusan mahkamah Syariah dalam isu ini?

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/01/mengimbau-penulisan-blog-kembara.html

Apa pula kata pendapat Nasrudin selaku Ketua Pemuda Pas berhubung isu laman web pro Pakatan Rakyat (yang dikaitkan dengan ADUN DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Foke) yang menghina Islam dan Raja Melayu?

http://kembarapolitik.blogspot.com/2009/08/bukti-kebiadapan-blog-might-of-pen-blog.html

Harap dapat diberi penjelasan dan menyatakan pendirian.

Terima kasih.

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

kepada mereka yg kata"Masuk akal kah kesalahan minum arak disebat hingga 40 sebatan? Undang2 daripada hutan cerang mana"

anda nak pukul pas,nak hina pas ,nak ugut pas x pa.. silakan
TP DIINGATKAN ANDA SUPAYA JGN SEKALI2 MENGHINA MANHAJ ALQURAN SUNNAH YG PAS BAWA,ISU MENEGUR SIS ADALAH ATAS DASAR nasihat,MEMPERBETULKAN DAN SALING MENGINGATKAN.
Kepada mereka yg berkata sedemikian rupa,sila istigfar dikhuatiri akan merosakkan/membatalkan syahadah anda .
hanya akal org yg kurang serta meletakkan awal gambaran negatif yg akhirnya mengatakan bahawa tidak masuk akal kerana anda baca beza antara hukuman undang sivil dgn syariah mana yg masuk akal atau x masuk akal sedang anda sendiri gagal membeza yang antara yg masuk akal atau tidak masuk akal,yang merisaukan ,kita yg membeza adalah org2 yg kurang akalnya.
ni bukan undang2 pas tp undang2 yg pas ingin laksanakan dari pembawakan/dasar pas itu.

Assiddiq said...

Berilmu tanpa beramal adalah sia-sia,
Beramal tanpa ilmu adalah gila!

Ni la bile sebut ISLAM gok,smayang,zakat,pose dan haji.. AKIDAH,Kalimah tauhid x ambik penting.. Rosak abih hok lain..

HUKUM tu Hukum ALLAH,Hak penting terima dulu. Ni buat xlagi dah tolak.. Mung mengucap kalimah syahadah tu bermakna mung terima/mung serah diri dah ke ALLAH. Beriman pada Rukun Iman,islam dah ihsan. Jeng sungguh. Nauzubillah..

Kembalilah kepada ALLAH(ISLAM sebenar) Sebelum kita dikembali kan dalam keadaan maksiat/derhaka..Nauzubillah..

Muhd Syafiq Mat Jap said...

Ayuh bersama kita dedahkan apakah konspirasi sebenar SIS ini. Saya sarankan ustaz keluarkan kenyataan.. minta mereka jawab beberapa persoalan kita...Antaranya, Apakah agenda sebenar kamu wahai SIS? adakah kamu sebenarnya menentang ketidak adilan atau ditubuhkan untuk menentang Islam? kerana hujah-hujah penentangan kamu sangat negatif terhadap perlaksaan syariat...hukuman lain yang lebih zalim kamu tak tentang...adakah SIS merupakan salah satu proksi "kesesatan" yang saya yakin,ada tanzim yang bersembunyi di belakangnya...yang berniat jahat terhadap islam...

kem aman said...

Poorahhh.. hak asasi konon. kalu gitu Jangan sekat hak asasi Mahkamah Shariah menjatuhkan hukuman sebat..
bodoh.. ingat dia jer ade hak asasi..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive