Tuesday, December 21, 2010

Buat Seluruh Pimpinan dan Anggota PR

Pakatan Rakyat
Namanya hebat
Gelombangnya dahsyat

Pakatan Rakyat
Pemimpinnya berbakat
Pendokongnya sepakat
Berjuang membawa berkat

Pakatan Rakyat
Mendokong negara berdaulat
Menentang pemimpin yang jahat
Agar generasi kita selamat

Pakatan Rakyat
Perjalanannya tidak dekat
Walau mereka halang dan sekat
Namun pejuangnya tidak pernah penat

Pakatan Rakyat
Pemimpinnya bijak dan handal bersilat
Sekalipun difitnah dan diumpat
Mereka mendada bisa menyengat



Pakatan Rakyat
Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat
Saf - saf kita mesti rapat
Sedikit berkhilaf segera tangan berjabat
Jangan dibiarkan masaalah busuk berulat

Pakatan Rakyat
Betulkan Niat
Kepada tuhan yang Maha Kudrat
Menjelang pilihanraya yang semakin dekat
Kerja kuat dan senantiasa munajat

Pakatan Rakyat
PRu13 mendapat tempat
Ingat ! bila dipilih jangan melompat
Senang di dunia parah di akhirat

Pakatan Rakyat
Bersatu kita kerana hormat menghormat
Gagah kita kerana muafakat
Wibawa kita kerana tolak maksiat

Pakatan Rakyat
Kini menjadi harapan masyarakat
bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat

bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
Jangan sampai rakyat meluat .

sekian.

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Dewan Millenium
Kepala batas Pulau Pinang
19 dec 2010

10 comments:

  1. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete
  2. Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....! juga jauh dihati saya.
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah negara Islam yang berdaulat!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ustaz.
    sy kecewa dengan orang-orang politik sekarang.
    masih mahu menjatuhkan antara satu sama lain.
    sy tidak pandai soal agama tp
    sy mahu bagi idea dekat ustz.ape kate ustaz kupas tentang 'the arrivals'
    lebih bermanfaat sy rasa untuk umat Islam

    ReplyDelete
  4. rakyat meluat melihat DAP dan PKR menunggang PAS.

    Jika PAS kental pertahan Islam, inshaallah rakyat boleh terima PR.

    ReplyDelete
  5. tahniah...sajak yang bagus sehingga bendahari PAS Pusat pun membuat ulasan..

    Hebat tuh..

    Teruskan Perjuangan

    ReplyDelete
  6. Pakatan Rakyat
    Namanya konon hebat
    Gelombangnya konon dahsyat
    Pakatan Rakyat
    Pemimpinnya berbakat (memaki, memfitnah, meliwat dll)
    Pendokongnya ramai dah syirik hingga ada yang kata "kalau berani pijak poster Nik Aziz, nanti mu dapat bala"
    Berjuang membawa khianat

    Pakatan Rakyat
    Mendokong negara kafir harbi
    Bersekongkol dengan pemimpin yang jahat (anwar, LGE, LKS, Karpal dll)
    Agar generasi Islam tak selamat

    Pakatan Rakyat
    Perjalanan mengelirukan rakyat tidak dekat
    Walau sakratul maut halang dan sekat
    Namun pejuangnya memfitnah tidak pernah penat

    Pakatan Rakyat
    Pemimpinnya tidak bijak dan hanya handal ber'silat'
    Sekalipun suka memfitnah dan mengumpat
    Menabik dada kononnya bisa menyengat

    Pakatan Rakyat
    Untuk sampai ke Putrajaya dengan cepat
    Agama tolak tepi, Islam dikelirukan
    Sap-sap kita mesti rapat
    Sedikit(?) berkhilaf segera tangan berjabat
    Biarkan kita berhati busuk dan berulat

    Pakatan Rakyat
    Betulkan Niat (Niat nak lantik Anwar peliwat agung jadi PM tu betul ka?)
    Kepada tuhan (Tuhan? Bukan Allah?) yang Maha Kudrat
    Menjelang pilihanraya yang semakin dekat
    Kerja kuat dan senantiasa munajat

    Pakatan Rakyat
    PRu13 mendapat tempat
    Ingat! bila dipilih jangan melompat
    Mesti bersama kita bersumpah
    walau pertaruhkan isteri atau anak2
    Senang di dunia parah di akhirat

    Pakatan Rakyat
    Bersatu sesama Islam membuat demonstrasi
    walaupun cina DAP kata "bodoh punya orang, tido lagi sedap"
    Gagah kita kerana muafakat
    Untuk jatuhkan pemimpin Islam dan naikan Kafir harbi

    Pakatan Rakyat
    Kini menjadi harapan DAP
    bangkitlah sebelum terlambat
    Jangan sampai rakyat meluat

    bangkitlah , bangkitlah , bangkitlah sebelum terlambat
    Jangan sampai rakyat meluat .

    SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBERI HIDAYAH DAN MEMBUKA PINTU KEPADA PEMIMPIN YANG BERPENGETAHUAN AGAMA UNTUK MEMBEZAKAN YANG BATIL DAN YANG MANA BENAR!
    TETAPI YANG PASTINYA JANJI ALLAH ITU BENAR! NISTA DAN DUSTA KEPADA PEMIMPIN, PASTI KAMU JAWAB DI PADANG MAHSYAR!

    ReplyDelete
  7. BANGKANG BUKAN BANGANG, TIDAK MEMBANGKANG BELUM TENTU BANGANG, TAPI KALAU SEMUA BENDA BANGKANG ITU DAH PASTI DAN SAHIH BANGANG!

    ReplyDelete
  8. Sesungguhnya Allah suka orang yang berjuang didalam keadaan bersaf seperti binaan yang kukuh..maju bersama pakatan rakyat..^_^

    ReplyDelete
  9. TAHNIAH ATAS SAJAK SAUDARA. ELOKLAH BERSAJAK KERANA ITU JE TAHAP PAS SEKARANG. BERETORIK.

    SELEPAS INI TERUSLAH MEMPERJUANGKAN IDEALISME DAP.

    BAGAIMANAPUN SEBAGAI ORANG BERILMU, INGATLAH KITA AKAN DIPERTANGGUNGJAWAB DI HADAPAN ALLAH

    ReplyDelete
  10. salam ustaz,saya mahasiswa UIAM cwgan kuantan.saya sgt syg umat islam dan parti yg berjuang utk islam. saya sedih krana pmimpin islam enggan sepakat dan bekerjasama.. saya memohon agar ustaz blh utarakan ke TGNA, agar mengutamakan pmimpin islam slagi kita mampu. PAS mampu berdiri sendiri krana kesyumulan islam itu sndiri..usahlah hilgkan berkat di medan jihad dgn mushrik2 menjadi pmimpin org beriman yg ragu2 dgn islam dlm saf jihad kita.. biar lmbat ustaz,saya sggup mati utk parti islam.tp saya sggup ludahi pngkhianat islam yg berselimut bersama2 org yg mensyirikkan Allah,krana perjuangan kita ialah mngajak manusia kpd Allah,bkn mngejar putrajaya yg smentara dan tipu daya.

    jika mca guna cina kafir, PAS wajib guna cina muslim. jika MIC guna india kafir, Pas guna india muslim. azillatin a'lal mukminin,ai'zzatin alal kafirin,yujahiduna fisabilillah wala yakhafuna laumata laim

    la yattakhizil mu'minunal kafirina auliya min dunil mukminin

    ReplyDelete

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang budiman. Saya gembira dengan komentar para pengunjung blog kerdil ini meskipun dalam bentuk kritikan. Namun, biarlah kritikan tersebut membina, berakhlak dan beradab. Saya alu-alukan perbezaan pandangan mahupun pendapat tetapi saya kecewa dengan kebiadaban dan keceluparan. Maafkan saya jika saya tidak menyiarkan komentar yang tiada nilai etika. Selamat membaca dan berjuang demi agama Allah Taala!