Friday, December 23, 2011

Latih Tubi Bakat Terpendam

1. Afif Syairazi  bin Nasrudin ~ 12 th dan adiknya Afif Syaibani bin Nasrudin ~ 10 th sedang dipersiapkan untuk memiliki beberapa keupayaan dan kemahiran seusia awalnya untuk menggalas tugas dakwah yang mencabar pada masa hadapan.

2. Masih terlalu banyak kelemahan dan kekurangan, namun dalam proses praktikal, mereka akan senantiasa diperbaiki mutu penyampaian, skil dan penguasaan bahasa kebangsaan dan dialek tempatan.

3. Asas paling penting ialah penyediaan ilmu dan minat serta kesungguhan ke arah melayakkan diri sebagai Pendakwah berkaliber pada suatu masa kelak.

4. Manafaat masa terluang di musim cuti persekolahan ini untuk mengasah bakat terpendam disamping menyediakan tahap penguasaan bidang dalam pelbagai aspek yang bersangkutan dengan latihan kemahiran secara praktikal. Semoga Allah swt memberi petunjuk dan kekuatan kepada mereka bagi menepati objektif.

5. Turunkan komen membina anda untuk tujuan peningkatan. 
Saksikan Afif Syairazi di :  http://www.youtube.com/watch?v=DcnoDBWTl4A
Afif Syaibani di : http://www.youtube.com/watch?v=JKyGXfFInXM&feature=related

1 comment:

  1. Comel anak-anak ustaz. Moga jadi mujahid Islam sejati deh :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang budiman. Saya gembira dengan komentar para pengunjung blog kerdil ini meskipun dalam bentuk kritikan. Namun, biarlah kritikan tersebut membina, berakhlak dan beradab. Saya alu-alukan perbezaan pandangan mahupun pendapat tetapi saya kecewa dengan kebiadaban dan keceluparan. Maafkan saya jika saya tidak menyiarkan komentar yang tiada nilai etika. Selamat membaca dan berjuang demi agama Allah Taala!