Friday, January 22, 2016

Umat Islam Jangan Leka dan Alpa Terhadap Agenda Musuh

Umat Islam tidak boleh leka. Terutama saat ancaman dan tekanan dilipat ganda oleh musuh yang tidak pernah tinggal diam. Mereka mahu melemahkan setiap saraf dan sendi ummat Islam dengan aneka serangan termasuklah serangan pemikiran yang mampu melumpuh fikrah ummah dan meliberalkan pemikiran mereka.

Bangkitlah dari segenap penjuru di mana sahaja anda berada. Pastikan Islam tidak diceroboh dari arah mana anda berada demikianlah pesan Nabi sallallahu’alaihi wasallam;
كُلُّ رَجُلٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ عَلَى ثَغْرَةٍ مِنْ ثُغَرِ الإِسْلامِ، اللَّهَ لا يُؤْتَى الإِسْلامُ مِنْ قِبَلِكَ
“Setiap orang dari umat Islam diberi tanggungjawab menjaga perbatasan daripada batasan-batasan Islam, Allah akan sentiasa melindungi batasan Islam tidak membiarkan perbatasannya dikalahkan.”

Manfaatkan setiap ruang yang anda miliki., untuk mempertahankan Islam dan syariatnya dari fitnah musuh. Sempurnakan setiap peluang yang anda perolehi, untuk menjulang kalimah Allah Ta’ala sehingga ia lebih tinggi daripada ideologi yang direka cipta oleh manusia. Jangan lengah dan alpa. Dakwah Islam ini adalah tanggungjawab anda semua.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang budiman. Saya gembira dengan komentar para pengunjung blog kerdil ini meskipun dalam bentuk kritikan. Namun, biarlah kritikan tersebut membina, berakhlak dan beradab. Saya alu-alukan perbezaan pandangan mahupun pendapat tetapi saya kecewa dengan kebiadaban dan keceluparan. Maafkan saya jika saya tidak menyiarkan komentar yang tiada nilai etika. Selamat membaca dan berjuang demi agama Allah Taala!