Sunday, November 16, 2014

Risalah Dakwah. Siri 070

Risalah Dakwah. Siri 070

Nilai Agama

1. Perjalanan hidup ini bagai sebuah permusafiran di alam buana. Bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi mencari sesuatu yang menjadi keperluan diri. Kadangkala perlu bergelut, berjuang dan bertempur bagi mendapatkan keperluan tersebut. Nelayan di laut bersabung nyawa dengan badai dan gelombang  kerana mahu mendapatkan ikan. Petani berselut lumpur di terik mentari  kerana mahu mendapatkan padi. Begitulah resam hidup yang juga merupakan sebuah perjuangan.

2. Suatu yang lebih bernilai dari segalanya ialah agama. Jauh lebih nilai berbanding ikan dan padi. Jika kerana ikan dan padi kita sanggup bersabung, bergelut dan berjuang untuk mendapatkannya, kenapa tidak kepada agama. Justeru agama memiliki nilai yang tiada tarikh luput malah terpakai hingga hari akhirat, satu destinasi yang pasti kita akan sampai padanya. Tanpa agama hidup terumbang ambing dan masa depan musnah binasa.

3. Bangkitlah rakan semua untuk tindakan sekurang - kurangnya 2 perkara :

i ~ Luaskan wilayah dakwah Islam
ii ~ Pertahankan syariat Islam & syiarnya

انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Surah At Taubah : 41

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat

#risalahdakwah

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang budiman. Saya gembira dengan komentar para pengunjung blog kerdil ini meskipun dalam bentuk kritikan. Namun, biarlah kritikan tersebut membina, berakhlak dan beradab. Saya alu-alukan perbezaan pandangan mahupun pendapat tetapi saya kecewa dengan kebiadaban dan keceluparan. Maafkan saya jika saya tidak menyiarkan komentar yang tiada nilai etika. Selamat membaca dan berjuang demi agama Allah Taala!