Sunday, February 14, 2016

Katakan Tidak Pada Fitnah!

Zaman ini kita menyaksikan fitnah makin menggila. Sukar untuk dikesan siapa pencetusnya. Apa yang pasti, kesannya sangat parah. Bukan sahaja mangsa fitnah tetapi juga membarah sampai ke urat nadi jamaah itu sendiri. Sementara usaha memulihkannya tentu sahaja mengambil masa bertahun lamanya.

Teman seperjuangan! Marilah kita berjuang tanpa fitnah. Jangan sekali-kali memfitnah dan elakkan diri dari posisi yang mencetuskan fitnah. Tentu sahaja, kita juga perlu memohon perlindungan daripada Allah agar tidak menjadi mangsa fitnah. Sememangnya fitnah adalah senjata tertua di dunia untuk menentang perjuangan Islam yang di bawa oleh Para Anbiya’ termasuk Nabi kita Muhammad sallallahu‘alaihi wasallam dan para pewarisnya dari kalangan alim ulama’ mujahidin al-mukhlisin di sepanjang zaman.

Firman Allah;
لَقَدِ ابْتَغَوُا الْفِتْنَةَ مِن قَبْلُ وَقَلَّبُوا لَكَ الْأُمُورَ حَتَّىٰ جَاءَ الْحَقُّ وَظَهَرَ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ كَارِهُونَ
“Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) agama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya.” (surah al-Taubah ayat 48)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum buat semua pengunjung yang budiman. Saya gembira dengan komentar para pengunjung blog kerdil ini meskipun dalam bentuk kritikan. Namun, biarlah kritikan tersebut membina, berakhlak dan beradab. Saya alu-alukan perbezaan pandangan mahupun pendapat tetapi saya kecewa dengan kebiadaban dan keceluparan. Maafkan saya jika saya tidak menyiarkan komentar yang tiada nilai etika. Selamat membaca dan berjuang demi agama Allah Taala!