HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, October 23, 2009

Suburkan Budaya Wacana Ilmiah

1. Alfun Mabruk saya ucapkan kepada IIUM Kuantan dan seluruh warganya kerana berjaya menganjurkan " Intellectual Discourse " bagi mencari ruang cerah dan jelas buat Islam yang suci ini .

2. Tajuk wacana ilmiah yang dibincang semalam ialah [ Sebat Kerana Arak : Adilkah ? ] .

3. Wacana yang sepatutnya membariskan panel dari UMNO [ Yb. Dato' Safri Abdul Aziz - Exco Agama Negeri Pahang ] , SIS [ Dr. Hamidah Merican ] , Peguam Syarie [ En. najid Husin ] dan PAS [ Nasrudin Hassan ] .

4. Malangnya , wakil UMNO dan SIS tidak hadhir dan wacana semalam hanya membariskan saya , peguam syarie dan seorang tokoh akademi al Fadhil Ustaz Zaharudin Mohd . Tentunya ketidakhadhiran wakil UMNO dan SIS dilihat tidak membantu untuk mencapai objektif penganjuran program wacana tersebut . [ Antara objektif mereka ialah memberi penjelasan sebenar dari sudut syariat , undang - undang dan kesan - kesan sosial atau politik dari perlaksanaan hukum sebat ke atas pesalah arak .]

5. Sebelum ini isu berkait sebat arak telah ditimbulkan oleh SIS dengan kritikan terbuka mereka kepada mahkamah syariah dan hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah disamping menyifatkan undang - undang sebat ke atas pesalah arak adalah kejam dan zalim .

6. Sepatutnya mereka hadhir bagi mengemukakan hujjah yang menjadi asas tindakan mereka sehingga mencetuskan keresahan dikalangan ummat Islam . Malah saya percaya sebahagian besar hadhirin semalam hadhir untuk mendengar hujjah SIS yang begitu lantang mengkritik hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah syariah tersebut .

7. Kegagalan mereka untuk hadhir termasuklah Exco Agama Negeri Pahang sangat dikesali kerana langkah murni pihak IIUM Kuantan untuk mencari noktah penyelesaian dan pencerahan dalam isu ini akhirnya menjadi perbincangan satu hala tanpa perbahasan dan dialog ilmiah yang kritis .

8. Sebelum ini saya sendiri telah mengemukakan tawaran terbuka kepada SIS agar tampil dalam apa jua bentuk forum bagi membahaskan isu ini atau mana - mana isu agama yang mereka cetuskan kontraversinya sebelum ini . Nyata mereka sering tidak bertanggungjawab keatas kekeliruan yang mereka cetuskan seperti sengaja mereka mahu meletakkan masyarakat dalam keliru terhadap Islam dan syariatnya .

9. Saya sekali lagi mengucapkan syabas kepada IIUM dan seluruh jawatan kuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan wacana ilmiah yang bersejarah ini . Saya difahamkan inilah kali pertama program seumpama ini dianjurkan oleh mereka dan mendapat sambutan diluar jangkaan mereka . Semoga program seperti ini menjadi kelaziman atau aktiviti rutin bersifat bulanan atau dwi bulanan dengan mengundang tokoh - tokoh dari pelbagai latar belakang untuk berhujjah menjernihkan kekeliruan dan menegakkan kebenaran .

10. Saya juga mengharapkan institusi - institusi lain mengambil langkah yang sama untuk menyuburkan budaya intelek dikalangan masyarakat agar tidak lagi menerima dan menolak sesuatu hanya berpijak di atas palang emosi yang sering mencetus sengketa . Sebaliknya terima dan tolak sesuatu mestilah bersandarkan hujjah dan nas yang jelas .

16 comments:

Anonymous said...

salam..ustaz..saya warga kuantan tak sempat nk hadir coz lmbt dapat info..diharapkan ustaz memaklumkan telebih awal skit sebarang program yg akan dijalankan pada akan dtg..tq

Anonymous said...

Ustaz,
Nasihat saya, jangan syok sendiri. Itu saja.

razuha said...

Assalamualaikum Ustaz. Tahniah & syabas kepada ustaz dalam meneruskan perjuangan Islam yang kian hari semakin mencabar. Namun, syukur alhamdulilah kerana kasih-Nya telah meletakkan Pas sebagai wadah di bumi Malaysia ini dalam menjaga dan sentiasa memperjuang serta membela Islam dan umatnya daripada dakyah-dakyah golongan munafiq dan yg menentang Islam baik secara tersembunyi maupun terang-terangan seperti golongan SIS ini. Apa yg penting, usaha dakwah dan penerangan mengenai Islam ini dengan niat dan tujuan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada arus kebathilan dunia dan neraka Allah swt yg ustaz perjuangkan, amatlah disokong sepenuhnya. Semoga Allah swt terima amalan Ustaz dan sesiapa sahaja yg menolong dan menyokongnya. Amin. Wallahua'lam.

Rajab.
Tawau, Sabah.

student uiam kuantan said...

salam,ustz..
tahniah sy ucapkan kpd ust. n ahli2 panel krna b'jaye m'beri penjelasan yg jelas ttg isu sebenarnye yg berlaku n tlh m'buka fikran msyrkt umum ttg isu ini..-warga kuantan.

sketsa sebuah perjuangan said...

sayang seribu kali sayang ustaz..
rupa2nya singa yg selalu dok 'gege' selama ini tak datang. what a shame!

Shahibul Afzan Wahab said...

salam ustaz...
saya dan sahabat2 sgt kagum dengan penyampaian ustaz malam tadi...alhamdulillah.

malangnya,saya hny dapat mendengar ketika pusingan kedua shj,kerana menjadi 'org dapur' untuk wacana tersebut.

apa2pun, tahniah buat ustaz...jemput datang lagi ke uia kuantan ya ust :)

Admin said...

Salam ustadz, ramainya manusia lebih-lebih lagi yang membenci syariat/hukum Allah ini apabila diajak untuk duduk sebentar dan berdiskusi, mereka memlih untuk meminggir. Teruskan jihad ustadz untuk memberikan penerangan terhadap kebaikan syariat kepada semua rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Salam Ust... Alhamdulillah kami berbangga dg ucapan ust mlm td.. Kami pelajar-pelajar Kipsas sentiasa menyokong ustaz dari belakang.. InsyaAllah.. Takbir!!!! Teruskan perjuangan...

Anonymous said...

Tahniah. ana ada beberapa kesimpulan:
1) umno dan sis memang takut nak berwacana sebab dia sendiri dah tahu kesesatannya, kerana kebenaran x akan kalah dengan hujjah walaupun kadang2 kalah dlm peperangan atau pilihanraya dll.
2) alasan ketidak hadiran wakil umno adalah satu yang amat memalukan (pergi tahlil), kalau ia penting sekalipun kenapa x hantar org lain mewakili umno?
3)

Unknown said...

Tahniah buat penganjur, dan tahniah buat panel yang Berani hadir.

Ada tak sape2 yang rakam Wacana Ilmiah ini? Jika ada boleh sertakan link ? JKK. ^__^

enn said...

Encik Adam
Quote:
enn,
bodoh agaknya kamu!! dtg bukan nk dgr takbir?? makna takbir kamu tahu tak?? dgr takbir pun gerun???
Saudara , Nasurdin, lihat ler ayat di atas. Cuba saudara comment....
Setahu saya Islam tidak akan menghina saudara sendiri dengan perkataan yang "MENGUSIK JIWA". Tapi saya Hairan bin Ajaib Saudara Adam ini yang saya PASTI dilahirkan dari kalangan Islam se Islam-islamnya boleh pula menghina sesama manusia dengan perkataan yang PELIK2 ini.
Setahu saya Islam adalah Ugama yang murni lagi bersih ,dimana penganut-penganut nya pasti megamalkan nilai-nilai murni dah jiwa-jiwa BERSIH... tetapi tidak pula apa yang saya anticipated. Sebagai seorang Islam yang kedua-dua Datuk dan nenek adalah mubligh christian saya terasa TERUJA dengan ayat-ayat yang disampaikan oleh Saudara Adam yang namanya pon alah\-ala Nabi Adam tapi sayangnya otak nya macam TERPADAM ....
Adakah ini gaya nya seorang pejuang ISLAM, BERJUANG???
Saya BUKAN NYA Gerun dengan takbir tetapi saya rasa PELIK kenapa permintaan penjangur tidak diindahkan...
Saya harap saudara Adam memahami comment saya dan saya amat respect penganut Islam yang pandai dan cerdik "MENARIK RAMBUT DALAM TEPONG"

Nasrudin said...

Tenang , jgn gaduh dan selisih faham antara enn dan adam . Kita bersaudara . Adalah sebahagian mungkin cara mereka melahirkan sokongan dengan bertakbir sementara sebahagian pula pilih untuk bertepuk tangan . dua dua saya terima .

Saya mohon maaf jika situasi itu tidak menyenangkan enn .

Saya teringat cerita Hijrah pasal kisah nabi saw . Bila sahabat rhm dengan nabi berpidato dan semangat mereka meneriakkan kalimah Allahuakbar .

Semangat mengagungkan Allah swt berkumandangan diserata dunia islam akhirnya . Termasuk di dalam dewan KOM IIUM . Berbanggalah dengan kalimah Allah itu .

Ulwan said...

Salam..satu lg ust ana cdgkn pd DPPP tuk DPPP pnjgkn cdgn nie pd pusat spya adkn semula Munaqasyah Ulama' Sdunia sbgmana yg pernh dibuat dimsa dlu..sprti mna yg dibuat di Qanada..sekadar cdngan

Anonymous said...

Salam..enta ni suka sangat syok sendiri...jangan marah tapi tu le hakiki

Anonymous said...

Ustaz Nasa,

Teruskan perjuangan anda,
biarlah apa kata manusia

yang hanya meng komen entah tidak pernah turun ke kancah keserabutan ummah, kalau pernah alhamdulillah

Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Allahu akbar!

besarkanlah Allah!

Unknown said...

Assalamualaimum ustaz.Teruskan berjuang smpai menghembuskan nafas.Jgn dikisah dgn kritikan mereka-mereka yg sudah pedas.

Saya tahu ustaz tahu ayat ini,cuma saya nak juga sebut..'sesungguhnya org yg paling mulia di sisi Allah ialah org yg bertaqwa'

Jgn risau ustaz,takkan mulia kita kalau org puji dan takkan hina kita ni kalau org kritik dan fitnah.Ustaz bukan syok sendiri..kerana seorang pejuang takkan ada perkataan syok sendiri dlm kamus hidup mereka...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive