HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, October 21, 2009

Wacana Ilmiah Terbuka di UIA Kuantan


1. Program Wacana Ilmiah yang bertajuk : Sebat Kerana Arak : Adilkah ?

2. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadhir . Saya difahamkan antara yang turut diundang ialah pihak media untuk membuat liputan dan sejurus selesai majlis tersebut , satu sidang media akan diadakan .

3. Wacana tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :

Hari : Khamis
Masa : 8.30 malam
Tarikh : 22 Oktober 2009

Tempat : Auditorium KOM
UIA Kuantan Pahang .

Panel :

Dato' Safri Abdul Aziz [ Exco Agama Negeri Pahang ]
En. Najid Husin [ Peguam Syarie Negeri Pahang ]
Dato' Hamidah Marican [ Sister In Islam ]
Nasrudin Hassan at Tantawi [ Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat ]

Masuk adalah percuma .



19 comments:

Anonymous said...

Sister in Islam kan dah confirm tak datang.

myhasma@gmail.com

Anonymous said...

ana cukup risau kalau enta akan buat satu lagi blunder dan memberi bullet kepada media/bn untuk melemahkan lagi PAS.

amat penting enta baca ini di harakahdaily

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22909&Itemid=1

Anonymous said...

Kenapa? Takut ek?

Ibnu Ali said...

waa bagus ni..

al-aman said...

Alhamdulillah, program yg amat baik... mudah-mudahan program ini membuka hati dan minda yg tertutup...amiinnn..

Islam is peace!

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan..
Alhamdulillah..satu lagi peluang untuk Ustaz lebarkan dakwah..semuga dikurniakan ketabahan, kekuatan dan hikmah..Go!go!go!...fight!fight!fight!
!win!win!win!
Nak hadir ke sana ada pula hal yang x dapat nak dielakkan..tapi saya akan beritau anakanda yang bertugas di kuantan minggu ni utk hadir insyaallah..apa2 pun harap jgn lupa untuk posting berkenaannya nanti..Selamat berjuang!!

Anonymous said...

Sahabatku,
Ana harap kenyataan kita tidak merugikan Islam. Apa guna menang berdebat kalau menyebabkan madu' lari dari agama. Sangkaan kita, bahawa kita sudah menepati kehendak rasul SAW, tetapi kita mungkin menyebabkan orang lari dari Rasul. Berhati-hatilah sahabat.

Muzik utk Malaysia said...

Sya amat berseidh hati PAS telah memyebabkan konsert muzik Beyonce dibatalkan.
Inikah kemajuan?
Tolong tumpukan pada iman, bukannya muzik.

Anonymous said...

sila tuan ke http://pasakgeraham.blogspot.com Ada cengih buat sahabat tuan

Unknown said...

Penuh sgt dewan...

Unknown said...

@muzik utk malaysia

kalau malaikat tny kat kubur siapakah ikutan kamu, maka jawablah dengan tenang, BEYONCE....

@Creature

penuh sebab SB pun ramai!

enn said...

Saudara Nasarudin (Harap nama ni betul...)

Saya adalah salah seorang audience di wacana Ilmiah itu. Tahniah dia ucapkan kepada semua penalist dengan penhujaahan yang bernas dan bermutu tinggi
TETAPI
Saya sangat kecewa dengan penyokong-penyokong dari pihak saudara kerana jeritan takbir yang membingitkan teliga kami. Bukan kah pihak penganjur telah mengingatkan mengingatkan kepada semua hadirin supaya bertakbir dengan cara bersopan tapi penyokong saudara saperti tidak menghormati kehendak penganjur malahan seperti "histerical" pula. Saya amat bersetuju dengan pihak penganjur bahwa takbir boleh dilakuakn di luar dewan . Buat pengetahuan saudara kami datang bukan hendak mendengar "TAKBIR" tetapi kami datang untuk mendengar hukum-hukum di dalam ISLAM dari berbagai perspektif. Jika kami ingin mendengar takbir, tidak lah kami membuang masa malam-malam buta untuk mendegar nya , lagi baik saya ke Misjid-mesjid atau mendengar takbir hari raya di corong-corong radio/TV atau VCD.
Saudara, saya selama ini mengikuti perkembangan Parti Politic Saudara dan mengkaguminya tetapi setelah melihatkan kedaan di dewan pada malam itu saya rasa terlalu KECEWA dengan kelakuan pengikut-pengikut saudara. Mungkin bukan saya seorang sahaja yang berasa demikian ... Jika dahulunya saya amat yakin perjuangan politik sauda tetapi setelah menyaksikan apa yang terjadi menyebabkan saya hilang 80% keyakinan dengan pegangan politilk pihak saudara.
Saudara, saya berharap bagi memenangi confident dan trust dari peyokong yang medicore saperti saya ini adalah patut pihak saudara menasihatkan penyokong-penyokong saudara tidak bertakbir tidak tentu hala sehingga menakutkan kami yang kurang semangat ini.
Keduanya, jika pihak penganjur berjaya membawa masuk saudara pada kali ini mungkin ini adalah kali terakhir, di sebabkan kelakuan yang ditunjukan penyokong
-penyokong saudara. Ini kerana penyokong-penyokong saudara tidak mengindahkan permintaan pihak penganjur. Wacana ini bukan diadakan dia kaki lima Chow Kit tetapi di dewan diamana semua penghuni nya terdiri dari chendikawan-chendikawan yang medicore. Dengan kelakuan yang terlalu "Taksub" itu sungguh menakutkan kami yang daif ini.
Saya berharap sekiranya saudara dijemput sekali lagi, saudara, nasihati lah penyokong-penyokong saudara supaya "MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK dan MASUK KANDANG HARIMAU MENGAUM"

W/Salam
-Audience Kecewa-

Anonymous said...

Enn,
Lain kali Ust Tantawi tak perlu buat iklan minta orang hadir forum seperti ini. Bukan semua benda kena ada penyokong tolong support. Ini bukannya Bagan Pinang. Itupun kotroversi.
Ana tak pasti Ust Tantawi dapat mesej ni ke tidak.

Nasrudin said...

Assalamualaikum

Apalah salahnya pada iklan saya tu , kalau saya hasilkan produk kicap saje pun saya kena iklan supaya org beli dan rasa kenikmatannya . Tak kan apabila saya nak sampaikan Islam , saya tidak boleh iklan supaya org datang untuk nikmati hujjah hujjah Islam yang akan disampaikan oleh panel .

Perlu saya betulkan prasangka , sebenarnya saya hadhir malam itu tanpa membawa seorangpun penyokong . Saya datang seorang diri . Adapun mereka memberi sokongan ketika saya berhujjah , apa boleh saya buat . Mereka semua [ lebih 80 % ] hadhirin adalah mahasiswa [ org cerdik ] , so mrk tahu apa yang mereka sokong .Malah mereka juga memberi sokongan yang baik kepada panel panel yg lain ketika mereka memberi hujjah yang bernas .

Berhubung dgn penonton yang bertakbir tu , usahlah sdr kecewa . Mungkin ianya baru bagi saudara tetapi biasa bagi kebanyakkan org .

Takbir ialah melaungkan kalimah kebesaran Allah swt . Saya kira itu wajar dan lebih baik dari bertepuk tangan .

Tepuk tangan lagi membingitkan . Malam wacana tu pun tidak mudah juga bingitnya dewan kerana tepukan gemuruh mengiringi hujjah mantap yg dilontarkan oleh rakan - rakan panel terutama ketika Lawyer najid berhujjah .

Kenapa tepukan gemuruh tidak menjadi masaalah tetiba takbir utk melaungkan kalimah keagongan Allah pula menimbulkan kekecewaan ?

Insyaallah , tiada apa - apa dan usahlah risau . Keadaan malam tu pun sangat ceria dan terkawal .

adam said...

[quote]Buat pengetahuan saudara kami datang bukan hendak mendengar "TAKBIR" tetapi kami datang untuk mendengar hukum-hukum di dalam ISLAM dari berbagai perspektif. Jika kami ingin mendengar takbir, tidak lah kami membuang masa malam-malam buta untuk mendegar nya , lagi baik saya ke Misjid-mesjid atau mendengar takbir hari raya di corong-corong radio/TV atau VCD.[unquote]

enn,
bodoh agaknya kamu!! dtg bukan nk dgr takbir?? makna takbir kamu tahu tak?? dgr takbir pun gerun???

tahniah audience yg bertakbir! kamu berjaya menggetarkan hati syaitan2 pd malam itu..

salam ustaz,
tahniah! satu wacana yg berjaya!


TAKBIR! Allahuakbar!! (bisa bergetar hati syaitan ni..:))

izzah said...

enn:itu ialah budaya biasa.tidak menakutkan.tapi bagus jgk kalau hari bergetar mendengar kalimat2 Allah. =)

Abdul Fattah said...

Assalamu'alaikum.
Saya juga merupakan orang yang hadir pada malam itu.

1. Sepatutnya orang Islam, ketika kalimah Allahuakbar (takbir) dilaungkan, terpacu semangatnya, tertumpu fokusnya dan tergetar hatinya dek yakinnya dia akan kehebatn Allah subhanahu wata'ala.Bukanlah terasa bingit, terasa terganggu atau sakit ....

siapakah yang bila dilaungkan takbir, seperti dilaungkan ketika azan akan lari bertempiaran? siapa...anda jawab!

2. Saya antara orang yang berada di awal program, dan menunggu sehingga ke akhirnya, jujur saya katakan keadaan sungguh terkawal, tiada pula seperti yang saudara katakan tidak menghormati kehendak penganjur malahan seperti "histerical" pula..

3. Jika kami ingin dengar takbir, kami boleh mendengar melalui radio2 atau Tv dan sebagainya--betul! tetapi jika anda datang ke sini anda dapat dua sekali, anda dapat dengar takbir, anda juga dapat ikuti forum, nah dua dalam satu, mana lagi baik...takbirnya tidak mengganggu forum, forumnya dapat diikuti dengan penuh tumpuan :)

-Audience bersyukur -

Anonymous said...

kpd enn..ko kata "Keduanya, jika pihak penganjur berjaya membawa masuk saudara pada kali ini mungkin ini adalah kali terakhir, di sebabkan kelakuan yang ditunjukan penyokong
-penyokong saudara. Ini kerana penyokong-penyokong saudara tidak mengindahkan permintaan pihak penganjur" sape ko? penganjur?...penganjur tak bodoh mcm ko le...otak sempit..aku akan buktikan ust din akan dipanggil lagi. wslm

Anonymous said...

Assalamualaikum...
sy merujuk kpd komen enn dan reply2 kpd komen beliau. sy juga slh seorg hadirin awal hgga akhir pd mlm tersebut.
pd sy, ape yg enn katakan ada yg benar dan ada yg tidak.

tak benar:
-suasana mlm itu sy kira terkawal dan tiada 'hysterical' spt dakwaan beliau, atau mgkn perasaan beliau saja.
-sy tak rase pihak penganjur mnyesal memanggil ust sbg panel, dan jika tiada pun slps ini, mknanya ia 'tidak dibenarkan' oleh pihak atasan, bkn penganjur (penganjur adlh persatuan student).

benar:
-hujah2 dr semua panel mmg bernas
-wujud golongan mediocre spt beliau yg mgkin perlu lebih pendedahan dlm kesederhanaan. sy hrp beliau tidak mudah 'shock' dan terus lari, sebaliknya perhatikan dan pantau lebih lama, kmudian barulah boleh faham nature org pas.

kpd adam & anonymous yg reply kpd enn:
jika anda mngaku anda nk tegakkan Islam, sy fikir itu bkn akhlaknya. perkataan 'bodoh' dsb utk org spt enn yg baru hendak mngenal, sgt lah tidak patut. beliau patut diberi sokongan & tjuk ajar dgn cara yg baik, bkn maki hamun. itu cuma menjauhkan lagi dan merugikan Islam sdri.

sy meminta maaf enn bg pihak2 tersebut. sy betul2 hrp enn tidak mudah kecewa & terus perhatikan & buat kajian, analisis... bkn skdr memandang apa yg tersurat shj.

-student UIA-

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive