HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, May 22, 2014

Hak Manusia Malam Islam

Islam adalah “Rahmat Untuk Semua”. Ia adalah cara hidup yang sempurna dan ajaran yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan ummat manusia. Menyelamatkan umat manusia daripada bahaya kegelapan jahiliyyah kepada nikmat cahaya hidayah.
Islam datang membebaskan perhambaan dan penyelewengan atau penyimpangan akhlak, pemikiran dan sosial lalu mengembalikan ummah kepada fitrah. Membentuk masyarakat yang sejahtera dan harmoni dengan segala ciri-ciri kedamaian dan keamanan.
Malah, Islam telah menegakkan “Hak Asasi Manusia” sejak ia diwahyukan oleh Allah : -
  1. Haqqul Hayah (Hak Kehidupan)
  2. Haqqul Hurriyah (Hak Kebebasan)
  3. Haqqul Masaawah (Hak Persamaan)
Justeru itu, usah curiga terhadap Islam sebagai sebuah manhaj kehidupan yang selayaknya diterima dan diamalkan bagi membentuk sebuah tamadun dan masyarakat yang bermaruah, berintegriti dan bebas penginayaan. Sebelum Bill Of Rights 1689 atau Universal Declaration Of Human Right dari U.N.O diperkenalkan, Islam telah datang membawa hak asasi yang telah dimuktamadkan oleh Tuhan Yang Maha Pencipta. Ia merentasi sempadan geografi mukabumi, warna kulit dan lisan anak watan.

0 comments:

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive