HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Thursday, October 21, 2010

Memo Taubat Buat Rosmah

1. Astaghfirullah .... satu tindakan yang cukup memalukan , jahil lagi berniat jahat terhadap ajaran Islam yang suci ini. Lebih  - lebih lagi penganjurannya dinaungi oleh orang besar negara .
 
2.  Islamic Fashion Show atau Islamic Fashion FestiVal [ IFF ] ini memang berasal dari Malaysia  dan ianya diasaskan oleh Dato'  Raja Rezza  Shah  sementara Datin Rosmah Mansur bertindak sebagai penaungnya [ founding patron ] .

3. Bukan sahaja pakaian yang diperagakan ini bertentangan dengan prinsip pakaian Islam , lebih malang mereka berani menghina Rasulullah saw dengan melakarkan nama baginda di pakaian yang sedemikian .

4. Jika bukan niat menghina Islam , tindakan apakah seperti ini ? sungguh memalukan . Saya tidak jangka mereka sejahil itu , sehingga tidak mengetahui bagaimanakah bentuk pakaian Islam yang sebenarnya , sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah swt . Firman Allah swt di dalam surah an Nuur ayat : 31

[ Katakan kepada orang - orang perempuan yang beriman , supaya mereka merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatannya dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka melabuhkan tudung hingga ke bawah dadanya . 
 
Janganlah mereka memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada  suaminya , bapanya , bapa suaminya , anaknya , anak suaminya , saudaranya , anak saudaranya yang lelaki , anak saudaranya yang perempuan , perempuan muslimah , hamba sahayanya , orang - orang yang mengikutnya dari kalangan lelaki yang tiada syahwah kepada perempuan , atau kanak - kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan .
 
Jangan mereka berjalan sambil menggoyangkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi . Bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah wahai orang - orang yang beriman mudah - mudahan kamu beroleh kejayaan . ]

5. Datin Seri Rosmah telah diberikan peluang oleh Allah swt menjadi orang penting dan berpengaruh dalam negara ini . Suami Datin Seri adalah orang bertanggungjawab memimpin negara sebagai Perdana Menteri . Malang jika kedudukan yang dimiliki itu membawa  Datin Seri jauh daripada Allah swt . apalagi secara terbuka menentang syariat Allah swt.

6. Baru - baru ini Datin Seri Rosmah berjaya mempengaruhi suami untuk menganugerahkan RM 111 juta  bajet negara kepada PERMATA sebagai satu badan yang dipimpin oleh Datin Seri . Kini Datin Seri  memiliki segalanya selain suami , iaitu harta dan takhta . Kemungkinan juga ia menjadikan Datin Seri Rosmah sebagai orang paling berkuasa di negara ini .

7. Namun kuasa bukanlah tiket untuk Datin Seri  berbuat sesuka hati terutama terhadap agama Islam yang suci ini kerana ia adalah agama milik Allah swt Tuhan yang Maha Berkuasa . Tuhan yang memberi sedikit harta dan takhta kepada Datin Seri   . Allah swt berhak dan mampu pada bila - bila masa sahaja menarik kembali segala nikmat yang dikurniakan justeru segala nikmat itu hanya ujian untuk melihatnya hambaNya bersyukur kepadaNya atau kufur .

8. Datin Seri Rosmah boleh memilih untuk bersyukur kepada Allah swt disamping segala keistemewaan dan kemewahan yang dimiliki , tetapi kenapa Datin Seri memilih untuk ingkar dan mempersenda Nabinya saw melalui tindakan Datin Seri menaungi Islamic Fashion Show yang jelas bertentangan dengan Islam  ? dan pula menghina Rasulullah saw melalui satu khat nama Rasul yang ditulis secara terbalik pada pakaian murahan sebagaimana yang terdapat di dalam gambar di atas .

9. Tindakan Datin Seri Rosmah cukup meninggalkan kesan jengkel dan kesal dalam jiwa ummat Islam yang perihatin . Memandangkan Datin Seri Rosmah cukup berkuasa dalam negara ini , kenapalah tidak dijadikan kuasa yang dimiliki itu benar - benar memartabatkan Islam. Islamic Fashion Show adalah satu idea yang bijak tetapi malang salah pakaian yang di peragakan. Bukan begitu pakaian Islam . Jika Datin Seri keliru , bagaimanalah pakaian Islam yang sebenarnya , Datin Seri boleh merujuk kepada para mufti yang ramai dalam negara kita atau paling tidak Datin Seri boleh merujuk kepada 40 ulama' Muda yang  baru - baru telah dirai dengan hebat lagi berprestij dikala mereka menyertai parti  yang dipimpin oleh suami Datin Seri .

10. Justeru itu saya melihat jahil bukan alasan dan isunya di sini . Saya bimbang benar Datin Seri bersekongkol dengan pihak musuh - musuh Islam untuk menghina dan mempersendakan Islam lalu menjadikan Datin Seri sebagai boneka . Namun saya harap tidak begitu , sebaliknya apa yang saya harap ialah Datin Seri kembali kepangkal jalan dan bertaubat kepada Allah Azza wa Jalla  terutama saat usia kita telah hampir ke penghujung .

11. Biarpun Datin Seri kelihatan masih sihat , muda , kaya dan berharta , namun suka saya mengingatkan kata - kata hikmah yang selalu dilafazkan oleh Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa mati tidak syarat sakit dan mati juga tidak syarat tua . Sementelah jika kita selalu sakit dan usia pula telah meningkat tua .

12. Datin Seri berdepan dengan amanah ummah . Datin Seri masih ada ruang dan peluang untuk berbakti kepada ummah dan mentaati Allah Azza wa Jalla. 
 
Pertama , janganlah diulang lagi kesilapan serupa. Tarik diri dari terus menaungi program mungkar seperti penganjuran islamic Fashion Show yang menghina Islam dan mengelirukan ummah .

Kedua , melalui PERMATA yang dipimpin oleh Datin Seri , setelah memiliki peruntukan sedemikian banyak dari bajet negara [ RM 111 juta ] , mengatasi peruntukkan Sekolah Agama Rakyat [ RM 95 juta ] dan peruntukan rakyat marhain , Datin Seri sewajarnya manafaat kan anugerah tersebut untuk berbakti kepada agama , negara dan bangsa seperti mempertingkatkan bantuan pendidikan kepada pelajar luar bandar yang rata - ratanya tidak bernasib baik kerana faktor kemiskinan .

Juga membantu ibu tunggal dan anak - anak yatim di seluruh negara tanpa mengira dari parti manakah mereka warisi kemiskinan itu . Jadilah ibu kepada semua rakyat bukan hanya ibu kepada golongan bangsawan dan kenamaan . Rendahkan sayap untuk turun bersama rakyat , bukan hanya singgah dan berpaut di istana hinggap .

13.  Andai Datin Seri terbaca atau membaca Memo Taubat yang  saya hantar buat tatapan Datin Seri di alam cyber lalu ini , saya harap Datin Seri tidak marah kepada saya . Justeru saya hanya menyeru agar Datin Seri kembali kepangkuan Islam  dengan melaksanakan suruhan Allah swt seperti menutup aurat lalu bertaubat kepada Allah swt atas kesalahan lsilam. Lantas pimpinlah tangan suami Datin Seri ke arah jalan yang betul agar ia menjadi Perdana Menteri yang juga taat kepada Allah swt .

14. Bicara atau Memo Taubat yang saya nukilkan ini memang tidak sedap di dengar oleh Datin Seri berbanding bisikan - bisikan para penasihat istana Datin Seri yang senantiasa mengampu dan memuji . Percayalah , kata - kata itu bukan kerana mereka kasihkan Datin Seri tetapi menjadikan Datin Seri lupa diri dan semakin angkuh di puncak bumi .

15. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bahkan seluruh ummat Islam yang terkilan dengan tindakan yang diambil oleh Datin Seri dalam menaungi program mungkar ini sangat berharap agar Datin Seri kembali menyusur pulang ke pangkal jalan dan insyaalah tidak hilang bisa ular dek kerana menyusur akar  sebaliknya tawar ilmu sang pendita dek kerana menyusup laku .
 

32 comments:

Muhammad Amirul Baharti said...

dia tidak belajar alif ba ta saya rasa. ;)

Patek said...

Salam...
Patek dah renung dari awal lagi bila kononnya Islamic Fashion Show dianjurkan. Bagi patek yg hina ini, apa kejadahnya fashion show yang sedemikian rupa.??? Ada ke "fashion show" dalam Islam.? Lebih2 lagi yang melibatkan wanita Islam. Contohi la tauladan yang baik dari ibu mertua (Toh Hajjah Rahah). Belajar lah dengan beliau bagaimana beliau sebagai isteri PM satu ketika dahulu. Patek percaya banyak boleh dipelajari dari beliau. Dan satu lagi tolong jangan bagi ruang kepada pihak lawan memperlekehkan kredibiliti diri anda. Ingat... bukan semua yang dicanangkan oleh pihak lawan itu adalah tidak betol.! Lebih2 lagi waktu PRU yag telah hampir. Perlu diingat, benda2 karut marut seperti Islamic Fashion Show, yang membazirkan wang rakyat (entah berapa juta dibelanjakan dan dihabiskan.!) Maybe Raja Shah punya idea bijak dengan proposal yang berapi2.?? Sepatutya rujuk lah dengan pakar dalam bidang agama terlebih dahulu. Kenapa harus memperbodohkan diri sendiri dengan benda2 yang tak masuk akal.? Patek percaya Dr Fatma lebih arif tentang hal ini atau Dr Fatma pun dah kena sindrom angguk jugak.? Harap Dr Fatma dapat memberi penjelasan tentang bab ini. Jangan diam Doc. Sekiranya diam anda pun bersubahat juga dan didalam hal ini.
Wallahualam.

Anonymous said...

adakah anda pasti pereka fesyen itu berniat menghina Muhammad?

saya berpendapat ia hanya lakaran fesyen, yg secara kebetulan menyerupai tulisan Muhammad dalam bahasa arab.

sepatutnya, anda menentang idea peragaan muslimah yang bertentangan syara', bukan melihat isu titik bengik yang tiada asas.

sbb itu umat Islam hari ini melihat PAS hanya parti opportunist. isu besar tidak diutarakan. tapi bab cari salah orang lain cukup pandai.

lihat Kelantan, keadaan sosio-ekonomi cukup parah. kemiskinan tegar berleluasa. taraf hidup rakyat tidak berubah sejak puluhan tahun lalu. keperluan asas rakyat kepada air bersih tidak diselesaikan. kes haruan makan anak juga dilaporkan kerap berlaku di negeri tokguru. keadaan infrastuktur asas, termasuk jalanraya, sangat daif. itu belum cakap soal kebersihan bandaraya Islam tokguru, boleh termuntah jika memikirkan.

Apakah bentuk Islam yg ingin ditonjolkan di Kelantan? Saya pasti jika bukan Islam melawat Kelantan, mereka akan menganggap Islam agama 3rd-class, berdasarkan apa yg mereka lihat di negeri tokguru. dan kalau mereka bernasib baik, boleh lihat "tokguru and geng" maki hamun setiap malam atas pentas ceramah parti Islam. Inikah Islam yg PAS ingin tonjolkan?

dari segi politik, PAS tidak mampu memimpin. halatuju PR ditentukan PKR dan DAP. PAS hanya keldai tunggangan. apa jaminan PAS tidak akan terikut rentak PKR dan DAP jika ditakdirkan Allah memerintah negara?

saya bukanlah favor UMNO. tetapi setakat ini, itulah platform terbaik umat Islam bernaung, biarpun banyak kekurangan. walaupun kurang, tetapi lebih baik drpd PAS.

Anonymous said...

salam.. ustaz, kalo dh smpai mnghina Islam dlm keadaan dia waras dn sedar, apa hukumnya?

mas said...

satu artikel yg perfect!

Bagi mereka yang tidak tahu pangkal hujung, sila lihat artikel di bawah...TQ

1. ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/islamic-fashion-via-1malaysia-kerajaan.html

2. Bukti 'Festival Fesyen Islam' hina Islam: Penaung FFI Rosmah Mansor harus bertanggungjawab!
http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/10/bukti-festival-fesyen-islam-hina-islam.html

Ku ingat Taqwa said...

Astagfhfirullah hal a'zim. bertaubatlah rosmah oiiiii!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Style Council IFF pun semuanya tak menutup aurat.. tapi ada lagi yang mengharap panduan dan tunjuk ajar mereka. Sesungguhnya amat rugi kalau sekadar merancang untuk dunia, tapi lupa untuk merancang kehidupan akhirat..

MAIZATUL AKMA said...

Allahuakbar!!

fuad asri said...

minta izin nak link kan post ini

THELaksamana said...

Moga Allah memberi hidayah kepada Rosmah

Anonymous said...

alhamdulillah...nasihat yang baik ust, moga Datin seri sedar..aminn

Wan Hanif said...

Belum sahih kebenaran tulisan ini. Ia tidak seharusnya dipolitikkan. Pemimpin Politik yang bagus berdiskusi tentang perkara dasar membasmi kemiskinan, menaik-taraf tahap kesihatan, ekonomi, sistem pendidikan, pertahanan dsb. Semuanya mesti berdasarkan fakta. Tanpa fakta, tiada beza antara tulisan ini dan fitnah. Bukankah fitnah & mengadu-domba (ghiba') sama seperti memakan daging saudara-saudari se-Islam sendiri?

Anonymous said...

Salam,

Sayangnya gambar tersebut telah di doctored. Banding baju tersebut dgn yg asal http://www.femefashions.com/gallery/25/12164?PAGE_NAME=detail&SECTION_ID=25&ELEMENT_ID=21452

Saya juga tidak menyokong festival ini kerana tidak mencerminkan pakaian muslimah.





-shams-

pis said...

nasarudin memang dajal tahap tertinggi bila menyebarkan fitnah tanpa membuat kajian atau hadir difestival itu. saya harap saudara minta maaf secara terbuka kepada rosmah dan jangan sebarkan fitnah. jangan cerita lagi pasal ialam jika sudara menjadi mesin penyebar fitnah tahap dajal ini. sila layarihttp://www.islamicfashionfestival.com.

Anonymous said...

lelaki yang dayus...membiarkan isterinya berpakaian tetapi telanjang.adakah Malaysia di pimpin oleh lelaki yang dayus?.

Anonymous said...

Masya Allah...
Tapi tuan perlu bertaubat nasuha dan mohon maaf kpd Rosmah.

Itu gambar di Jakarta. Di Malaysia bukan macam tu...

Nampak sangat puak-puak kita jahil betul..
Banyak sungguh dosa kita , sehingga sanggup memfitnah orang.

Perjuangan untuk ke neraka?

Anonymous said...

Ustaz Ding tantawi memang pandai dan suka cari peluang nak hentam UMNO heheheheh

Anonymous said...

salam lagi bukti rosmah hina ulama dan nabi muhamad.
http://www.youtube.com/watch?v=nhW34J0cwno&feature=player_embedded

* tok janggut

kem aman said...

die tambi... kalu gambar di Jakarta, camna Pn Rosmah yang rasmi pulak. kan ke first lady indonesia dah ade...

kat Jakarta ke, kat KL ke, Kat Arab Saudi ke, klu dah dedah nampak tulang belakang, nampak yang tak sepatutnya nampak, ia tetap haram syeikh... kitab mana ante mengaji kat Jakarta tak pe pakai camtu.

Anonymous said...

salam ...anonymous dkt bwh yg tulis macam gini..
aiiisshhh ..apa nk jadi..??
tak nampak lagi kah??????
skrng nih,.. hang pi bukak Al-Quran dan baca...
kalau tak nmpak..
mmg surah Al-Baqarah; ayat 6 & 7 ...hang nih?????
..kalo hang respect Najib.. boleh...tapi bila dia langgar hukum Allah.. boleh kah???
dulu aku pun pandang dan hormat UMNO..
tapi skrng tidak lagi.... BIARLAH PAS memerintah dengan apa pun kekurangan sebab aku tahu... kurangnya di dunia itu tidak apa krn Allah menjanjikan Akhirat... dan bukannya berada DIBAWAH NERAKA UMNO.....ataupun kesenangan yg hang maksudkan bersama kerajaan skrng.....
semoga hang taubat! aku pun taubat sbb sokong krjaan macm nih!??!!


"21 October 2010 04:24
anonymous said...
adakah anda pasti pereka fesyen itu berniat menghina Muhammad?

saya berpendapat ia hanya lakaran fesyen, yg secara kebetulan menyerupai tulisan Muhammad dalam bahasa arab.

sepatutnya, anda menentang idea peragaan muslimah yang bertentangan syara', bukan melihat isu titik bengik yang tiada asas.

..................

saya bukanlah favor UMNO. tetapi setakat ini, itulah platform terbaik umat Islam bernaung, biarpun banyak kekurangan. walaupun kurang, tetapi lebih baik drpd PAS."

Anonymous said...

eli bogel telanjang tu boleh plak bangang pas peluk sambil menangis nangis....

Anonymous said...

klu geng2 umno bila ditegur terus cari kesalahan Pas. Terima teguran tu lagi penting.tak perlu bela orang yg terang2 melakukan maksiat mcm ni.. doakan yg terbaik

eden said...

Ustaz bawak Rosmah tu jumpa Allah taala. Kalau ustaz nak dia bertaubat.

Anonymous said...

Jom kita sama sama selamatkan jiwa rakyaat Msia.

http://www.raudhatussakinah.com/himpunan-1000-jiwa/pendaftaran-fasilitator-himpunan-1000-jiwa/

AnA ImTiYaZ.. said...

to pengomen2 skalian..
berani krn benar, takut krana salah..

Mohammad Aiman said...

lihatlah pula apa yang suaminya buat?
jadikan Malaysia sebagai pusat kelab malam... 'bagus' betul

semoga mereka berdua diberi hidayah..

mdsaf_kyo said...

T/jawab kite lepas ni jgn biar die terus berkuasa!!! kepada mereka yg telah mengangkat org mcm dia tu, patut sedar...& buatlah pilihan yg lebih baik!!!


...aku tak sanggup lg nk tgk tv,akhbar arus perdana...

aku nk masuk gua seperti surah Al-Kahfi...maksudnya aku nk memencilkan diri dr dunia luar yg penuh maksiat & bergelumang dgn dosa,....inilah maksud surah Al-Kahfi yg menjamin kita dr penipuan dajjal....

bukannya hanya baca & baca tanpa menghayati isi kandungannya...

Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yg benar yg Engkau redhai...

Wallahua'am...

Anonymous said...

pemimpin yang jahil tu salah satu tanda kiamat dah dekat. sedarlah semua.

Anonymous said...

pemimpin jahil adalah salah satu tanda kiamat dah dekat.

Anonymous said...

KUTUK JE PANDAI EK,, KADANG2 TAK LEH TERIMA BULAT2 GAK,, AKU PUN SOKONG PAS GAK.. TP TANG NI AKU X BERKENAN,, CUBE CEK/SEMAK DULU PIC TU BETUL KE TAK.. PIC TD TU BUKAN KAT MALAYSIA BRO.. APA LAH LU NIE.. BT MALU JAH... TGK R LATAR BELAKANG LU MAK OI... X PUN COPY PIC TU N SEARCH KAT TERNET...

Anonymous said...

PIMPINAN NAJIB MEMANG HEBAT.DIA AKAN BAWA KITA SEMUA BERSAMANYA KE NERAKA.SOKONGLAH UMNO UNTUK BERSAMA-SAMA KE NERAKA JAHANAM...NAUZUBILLAH.....

Shakirin Al-Ikram said...

Maasalam, harap Ustaz update penulisan memuatkan perjalanan baru YB di Temerloh kerana arwah Abah dan Mak saya orang Pekan! Tapi ramai keluarga kami berkampung di Taman Semantan Temerloh!
Tahniah dan syukur alhamdulillah darah dan bangkai Ayam tidak mematahkan semangat!
Kunjungi juga sepupu saya di Raub! Saya yakin gandingan anda angkatan Muda PAS dan DAO boleh memacu masa depan yang lebih bermakna dan visi Islamik untuk Melayu2 dalam Pakatan Rakyat dan kawasan yang diwakili!
Masih ramai Melayu dan Muslim yang butatuli mata dan hati!
Terima kasih, selamat Berkhidmat!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive