HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, July 25, 2014

Syawal Bulan Kemenangan


KHUTBAH ‘IDULFITRI 1435H
Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi

(KHUTBAH PERTAMA)

اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ اللَّهُ أَكْبَرُ

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ ِللهِ الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ

وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ .

أَمَّا بَعْدُ …. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْن

Firman Allah S.W.T. di dalam surah an-Nahl ayat 112 :

وَضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا قَريَةً كانَت ءامِنَةً مُطمَئِنَّةً يَأتيها رِزقُها رَغَدًا مِن كُلِّ مَكانٍ فَكَفَرَت بِأَنعُمِ اللَّهِ فَأَذٰقَهَا اللَّهُ لِباسَ الجوعِ وَالخَوفِ بِما كانوا يَصنَعونَ

Maksudnya :
Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberikan satu contoh : sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, kemudian penduduknya kufur akan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yang meliputi keseluruhannya disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dirahmati sekalian,

Sesungguhnya umat Islam dituntut untuk sentiasa mentaati segala perintah Allah swt, dan menjauhi segala laranganNya sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi :

اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ، وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ ، وَصُومُوا شَهْرَكُمْ ، وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ ، وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ

Maksudnya :
Hendaklah kamu takut kepada Allah Tuhanmu, dan hendaklah kamu menunaikan sembahyang lima waktu yang difardukan ke atas kamu, melaksanakan puasa pada bulan Ramadhan yang diwajibkan ke atas kamu, mengeluarkan zakat hartamu, mentaati pimpinan kamu nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga Tuhanmu.

Kamu juga diingatkan agar sentiasa berada dalam jamaah, menjauhi perpecahan, menjaga waktu sembahyang tepat pada waktunya sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu, seterusnya mengimarahkan rumah-rumah Allah pada setiap waktu sebagaimana kamu mengimarahkannya pada bulan Ramadhan.

الله أكبر ، الله أكبر ، الله أكبر
لا إله إلا الله ، الله أكبر ،
الله أكبر ولله الحمد

Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dirahmati sekalian,

Hari ini umat Islam menyambut Hari Raya ‘Idul Fitri. Ia adalah hari kemenangan umat Islam melawan hawa nafsu dan kejayaan melaksanakan segala suruhan Allah S.W.T. di dalam bulan Ramadhan.

Sesungguhnya manifestasi Ramadhan mengajar kepada kita umat Islam agar melaksanakan segala arahan dan meninggalkan larangan-Nya walaupun ia tidak tercapai dek akal kita selaku hamba-Nya yang lemah.

Apabila kita keluar daripada madrasah Ramadhan, maka inilah falsafah yang ingin kita bawa keluar agar setiap detik kehidupan kita mengikut petunjuk daripada Allah S.W.T..

Sebagaimana kita melaksanakan arahan ibadat berpuasa, maka begitu jugalah kita mesti mematuhi segala arahan Allah S.W.T. di dalam kehidupan seharian kita. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara yang berkaitan pemerintahan negara. Oleh kerana itulah Sheikh Yusuf Al Qaradhawi pernah menyebut:

كُنْ رَبَّانِيًا وَلَا تَكُنْ رَمَضَانِيًا

Maksudnya :
Jadilah hamba kepada Allah bukannya hamba kepada Ramadhan semata-mata.

Maka sudah pasti jika sekiranya umat Islam sanggup berlapar di siang hari ketika bulan Ramadhan hanya untuk mengikuti dan patuh terhadap arahan Allah, sangat malang jika sekiranya keluar daripada Ramadhan mereka menjadi golongan yang ragu-ragu terhadap hukum dan undang-undang Allah S.W.T..

Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian,

Ketika tibanya Hari Raya ‘Idulfitri, Allah S.W.T. memerintahkan kepada hamba-Nya agar memperbanyakkan laungan takbir membesarkan Allah. Berhimpun di surau, masjid dan tempat lapang serta terbuka untuk mengagongkan Allah. Ini adalah kerana, hari raya merupakan hari kemenangan, hari ini merupakan hari kebesaran Islam. Ia memberi gambaran yang jelas kepada konsep kepatuhan manusia dan pengabdian manusia kepada Alllah Taala.

Mereka yang benar-benar meneliti setiap kalimah lafaz takbir raya ini pastinya memahami rahsia disebalik lafaz tersebut, di mana ia menjelaskan bahawa Allah Yang Maha Besar dari segala yang menyanggahi manhaj-Nya, Allah Yang Maha Besar dari segala yang mengingkari syariah-Nya. Allah Yang Maha Besar dari segala manusia yang menentang perintah dan kekuasaan-Nya. Allah Yang Maha Besar dari sesiapa yang memperkecil-kecilkan syariah dan perundangan-Nya.

Inilah tunjang aqidah yang perlu difahami oleh umat Islam dalam kita melayari saki-baki kehidupan kita di atas muka bumi ini. Segala aturan kehidupan kita telah ditetapkan oleh Allah, maka barangsiapa yang mengingkari peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah, maka falsafah ibadah Ramadhan hakikatnya tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka.

Tidak memberi apa-apa pengertian jika sekiranya hanya mengakui diri Islam tanpa akidah yang suci bersih, tunduk patuh kepada segala perintah-Nya. Sebagaimana juga tidak bererti segala bentuk amal ibadah tanpa tauhid dan aqidah yang benar kepada Allah Taala. Kerana kesyirikan tidak boleh berada bersama-sama dengan ketauhidan, amal-ibadat yang disertakan dengan kesyirikan hanya akan menjadi debu-debu yang berterbangan sebagaimana firman Allah Taala :

وَقَدِمنا إِلىٰ ما عَمِلوا مِن عَمَلٍ فَجَعَلنٰهُ هَباءً مَنثورًا

Maksudnya :
Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.

الله أكبر الله أكبر الله أكبر
الله أكبر و لله الحمد

Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dikasihi sekalian,

Gembira menyambut Hari Raya tidak bermakna kita melupakan saudara-saudara kita yang sedang diuji oleh Allah S.W.T. di bumi Palestin, Syria, Iraq dan seluruh dunia Islam. Dalam keadaan kita bergembira, kesengsaraan mereka jangan langsung dipandang sepi oleh kita semua.

Semua mereka adalah sanak saudara kita, yang perlu kita ambil cakna, sebagaimana caknanya kita terhadap saudara sedarah bila tibanya Syawal. Mereka disana adalah saudara seakidah kita. Walau kita tiada pertalian darah, walau tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi kita punya talian persaudaraan, yang diikat dengan hubungan ukhuwwah Islamiyyah.

Firman Allah S.W.T. :

إِنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَينَ أَخَوَيْكُم

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara saudaramu.

Perlu diketahui bahawa mengasihi mereka adalah bukti keimanan kita kepada Allah dan rasul-Nya.

Sabda Rasulullah S.A.W. :

لَا يُؤمِنُ أَحَدُكُم حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya :
Tidak beriman seseorang itu sehinggalah mereka mengasihi saudaranya seperti mereka mengasihi diri sendiri.

Hampir saban hari kita melihat umat Islam di Palestin dibom dan diserang oleh peluru berpandu rejim penjajah, Zionis laknatullah. Bermula Ramadhan, hampir ratusan jiwa umat Islam diratah dengan rakusnya tanpa sebarang pembelaan. Sebagaimana yang dilaporkan di dalam media massa, angka telah mencecah 632 orang terkorban di Gaza. 161 darinya adalah kanak-kanak. 66 darinya perempuan. Manakala 35 darinya adalah orang tua. Tentu sahaja angka ini meningkat dari masa kesemasa.

Manakala jumlah yang tercedera pula meningkat sehingga 4030 orang. 1213 darinya adalah kanak-kanak. 698 darinya perempuan. Manakala 161 darinya adalah orang tua.

Jiwa-jiwa yang tidak bersalah ini terus menjadi mangsa akibat kelemahan umat Islam sendiri yang masih lagi lena dan tidur akibat leka dengan kesenangan dunia. Benarlah sabda Nabi S.A.W. :

يُوشِكُ الْأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا، فَقَالَ قَائِلٌ : وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ ؟ قَالَ : بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ، وَلَيَنْزَعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمْ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ، فَقَالَ قَائِلٌ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَا الْوَهْنُ ؟ قَالَ : حُبُّ الدُّنْيَا، وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ


Maksudnya :
Akan hampir seluruh umat manusia menyeru kamu sebagaimana diseru makanan ke bekasnya. Maka seorang berkata : Dan adakah disebabkan jumlah kami pada waktu itu menjadi sedikit?. Jawab baginda : Bahkan jumlah kamu pada hari itu begitu ramai tetapi kami seperti buih seumpama buih air banjir. Dan akan dicabut daripada sanubari musuh kamu perasaan kagum terhadap kehebatanmu disamping Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke dalam hati kamu. Maka seorang berkata : Wahai Rasulullah! Apakah penyakit wahan itu. Lalu sabda baginda : Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.

Riwayat Abu Dawud
Jika dikira nisbah umat Islam pada hari ini, jumlah kita jauh lebih ramai daripada rejim Zionis laknatullah. Akan tetapi, oleh kerana jiwa-jiwa umat Islam pada hari ini kering kontang dari dibasahi oleh iman, nasib umat Islam di Palestin terus dipandang sepi. Mereka saban hari menempah syurga Allah dengan gugur syahid di medan jihad, kita pula terus dibuai mimpi dunia yang tidak berkesudahan.

Firman Allah S.W.T. :

وَلَا تَقُولُوا لِمَنْ يُقْتَلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتٌ ۚ بَلْ أَحْيَاءٌ وَلَٰكِنْ لَا تَشْعُرُونَ

Maksudnya :
Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.

Ayat ini diturunkan oleh Allah S.W.T. ketika mana ada dalam kalangan para sahabat yang gugur syahid di dalam medan Badar. Mereka para sahabat walaupun bilangan umat Islam ketika itu hanya 313 orang, akan tetapi mereka tetap teguh bersama Rasulullah di medan jihad sehingga mereka gugur syahid. Keteguhan mereka itu dikurniakan kemenangan oleh Allah kepada umat Islam dan kehinaan kepada kaum musyrikin.

Ini jugalah yang boleh dilihat di bumi Palestin kini. Walaupun saban hari mereka diserang dan dibom, akan tetapi kemaraan Briged Al-Qassam yang merupakan sayap tentera kepada HAMAS memberi tekanan hebat kepada rejim penjajah, Zionis laknatullah. Melalui roket-roket pejuang yang dilancarkan oleh Al-Qassam, ia menyebabkan kehancuran di pihak Zionis.

Baru-baru ini juga, mujahidin Al-Qassam telah melancarkan teknologi pesawat canggih tanpa juruterbang yang mereka namakan sebagai ‘Ababil’ menjadikan Zionis semakin tidak selesa dengan perkembangan terbaru ini.

Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dikasihi sekalian,

Oleh kerana itulah, Hari Raya yang kita sambut pada hari ini perlu untuk kita sematkan di dalam jiwa bahawa Islam pasti akan mencapai kemenangan suatu hari nanti. Ini adalah janji daripada Allah. Dan Allah tidak memungkiri janjinya. Firman Allah S.W.T. :

وَعَدَ اللهُ الَّذينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَ عَمِلُوا الصَّالِحاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَ لَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دينَهُمُ الَّذِي ارْتَضى لَهُمْ وَ لَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً

Maksudnya :
Allah telah berjanji pada orang-orang yang beriman dan beramal saleh di antara kalian bahwa mereka akan menjadi penguasa di muka bumi sebagaimana Allah telah memberi kekuasaan (khilafah) pada orang-orang sebelumnya, dan Allah akan mengokohkan agama dan ajaran yang mereka ridhai dan akan mengganti ketakutan mereka dengan keamanan dan ketenangan.

Marilah kita renungi dan insafi perkara ini. Bangkitlah membela saudara seIslam kita. Percayalah bahawa di Malaysia kita juga bakal menerima nasib seperti mereka andai kita tidak bersatu di bawah akidah yang sama. Kuffar tidak pernah tidur dari memastikan Islam tidak bergerak walau selangkah.

Marilah kita bangkit berjuang untuk memastikan kemenangan Islam mengambil alih tampuk pemerintahan di negara tercinta ini. Percayalah bahawa tiada jalan lain untuk membela umat Islam, selain dari memiliki kuasa politik.

Jika diteliti, jumlah negara yang diperintah oleh orang Islam tidak sedikit jumlahnya. Indonesia, Malaysia, Kuwait, Saudi, Brunei, Bahrain, UAE, adalah contoh negara berharta milik umat Islam. Ditambah dengan pertubuhan seperti OIC, Liga Arab, Rabithah Ulama, Majlis Fatwa Antarabangsa dan bermacam-macam lagi institusi umat Islam yang wujud, tapi masih belum membela kedaulatan umat Islam walau seinci.

Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dikasihi sekalian,

Oleh yang demikian, disamping kegembiraan kita menyambut hari raya janganlah kita leka dan abaikan saudara-saudara kita yang berhajat kepada pertolongan kita.

Mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna seperti kita lalui sekarang, bantulah mereka dengan sedaya upaya kita sama ada pertolongan kita itu berbentuk harta benda, kewangan dan yang paling penting jikalau kita tidak mampu membantu mereka secara zahiriyah maka bantulah dengan mendoakan mereka agar mereka diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menentang musuh Allah laknatullahi alaihim dan seterusnya menghancurkan rejim Zionis dan mengembalikan semula bumi Palestin sebagai bumi Isra' Nabi s.a.w dan kiblat pertama umat Islam. Firman Allah S.W.T. :

إِنَّمَاo الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).

بارك الله لي ولكم في الكتاب والسنة، ونفعني وإياكم بالآيات والحكمة. أقول قولي هذا وأستغفر الله لي ولكم ولجميع المسلمين و المسلمات إنه هو الغفور الرحيم.

~ KHUTBAH KEDUA ~

اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .

أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ

Firman Allah S.W.T. di dalam ayat 166 dan 167 surah al-Baqarah :

إذ تبرأ الذين اتبعوا من الذين اتبعوا ورأو العذاب وتقطعت بهم الأسباب وقال الذين اتبعوا لو أن لنا كرة فنتبرأ منهم كما تبرءوا منا كذلك يريهم الله أعمــلهم حسرت عليهم وماهم بخـــرجين من النار

Maksudnya :
Ketika orang-orang yang diikuti (pemimpin) itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutinya dan mereka melihat siksa dan (ketika) segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah para pengikut : ” Sekiranya kami dapat kembali (ke dunia) sudah pasti kami akan berlepas diri daripada mereka (pemimpin) sebagaimana mereka (pemimpin) berlepas diri daripada kami”. Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka yang menjadi kesesalan bagi mereka dan mereka tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripada api neraka.

Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dikasihi sekalian,

Laungan kalimah
وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده

yang bermaksud :
“Dan Dialah (Allah) yang telah memenangkan tentera-Nya serta mengalahkan tentera Ahzab” di mana kalimah ini menyemarakkan semangat jihad dan keyakinan bahawa Islam pasti menang walau pun diserang dan dimusuhi musuh dari segenap penjuru.

Islam pada hari ini terus diserang dari segenap penjuru, mereka cuba untuk melarikan umat Islam daripada dua sumber kekuatan kita iaitu; al-Quran dan Sunnah, sebagaimana Sabda Nabi S.A.W. :

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya :
Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah.

Maka sayugianya umat Islam pada hari ini menggenggam teguh dua pusaka peninggalan Baginda Nabi S.A.W ini kerana ia adalah penyelesai terhadap segala krisis yang berlaku pada hari ini. Umat Islam menjadi dihina bukan kerana beragama Islam, akan tetapi kerana meninggalkan dua pusaka penting ini.

Muslimin dan muslimat sidang jemaah yang dikasihi sekalian,

Marilah pada hari raya ini kita merasakan besarnya nikmat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Taala. Hanya kematian di dalam iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firman-Nya :

يَا أَيُّهَا الذين آمَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَ أَنتُم مُسلِمُون

Maksudnya :
Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati melainkan mati di dalam keadaan beragama Islam.

Allah S.W.T. juga masih tidak lupa untuk mengurniakan ganjaran kepada kita walaupun Ramadhan telahpun menutup tirai. Menerusi lidah Nabi S.A.W. yang bersabda :

مَن صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتبَعَهُ بِسِتٍّ مِن شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ"

Maksudnya :
Barangsiapa yang berpuasa bulan Ramadhan, kemudian diikuti 6 hari bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun!

Bagi yang tidak sempat untuk melaksanakan segala ibadat khusus bulan Ramadhan, mereka masih lagi berpeluang untuk mendapat ganjaran yang tinggi. Sabda Rasulullah S.A.W. :

رِبَاطُ يَومٍ فِي سَبِيلِ اللهِ خَيرٌ مِن صِيَامِ شَهْرٍ وَقِيَامِهِ، وَإِنْ مَاتَ جَرَى عَلَيهِ عَمَلُهُ الذِي كَانَ يَعْمَلُهُ، وَأَجْرَى عَلَيهِ رِزْقُهُ، وَأَمِنَ الفَتَّانِ

Maksudnya :
Jihad menjaga sempadan (tempat pertembungan antara Islam dan musuh) di jalan Allah lebih baik dari puasa sebulan beserta dengan Qiamullailnya. Jika mereka mati dalam keadaan sedang melakukan amalan itu, akan terus berjalan pahala amalan itu, dan terus diperjalankan rezekinya, dan aman daripada fitnah kubur.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما صليت على سيدنا إبراهيم وعاى آل
سيدنا إبراهيم، وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد، كما باركت على سيدنا إبراهيم
وعلى آل سيدنا إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد.

اللهم اغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الأحياء منهم و الأموات. ربنا اغفرلنا ذنوبنا
وذنوب والدينا ورحمهم كما ربونا صغيرا. ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقون بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم.

اللهم أعز الإسلام و المسلمين، وأذل الشرك والمشركين، و النفاق والمنافقين و الظلم و الظالمين،
اللهم إنا نجعلك في نحور أعدآئنا ونعوذ بك من شرورهم، اللهم رد كيدهم على نحورهم. اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وشتت كلمتهم وزلزل أقدامهم، و سلط عليهم كلبا من كلابك.

اللهم انصر إخواننا المجاهدبن و المستضعفين في فلسطين، وفي غزة، وفي العراق, وفي كشمير، وفي شيشان، وفي جنوب تايلند،وفي بورما، وفي سوريا و في كل مكان. اللهم قو عزائمهم، واجمع كلمتهم، وثبت أقدامهم، وانصرهم على أعدآئهم.

اللهم آت أنفسنا تقواها،وزكيها أنت خير من زكاها، أنت وليها ومولاها. اللهم أرنا الحق حقا ورزقنا اتباعه، وأرنا الباطل باطلا ورزقنا اجتنابه. اللهم أصلح سلطاننا، وأئمتنا وولاة أمورنا،واجعل ولايتنا في من خافك واتقاك يا رب العالمين.ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا و ترحمنا لنكونن من الخاسرين. ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين إماما، ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار، و صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله و صحبه وسلم، والحمدلله رب العالمين.

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد

Nasrudin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive