HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, July 6, 2014

Berbuka Puasa di Padang MPK

Berbuka Puasa di Padang MPK Kuantan : Suatu Penambahbaikan !

1. Pengalaman kali ketiga saya berbuka puasa di Padang MPK Kuantan. Suatu suasana yang cukup berbeza dan diserikan dengan Tazkirah Khas oleh Penceramah Undangan sebelum berbuka puasa. Lokasinya pula sangat berhampiran dengan Masjid Sultan Ahmad Shah bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat maghrib berjamaah.

2. Sekali lagi saya ucap tahniah kepada pihak penganjur. Namun suatu penambahbaikan penting perlu dilakukan oleh semua khasnya pengunjung ke lokasi berbuka puasa di Padang MPK ini.

Pertama : bagi muslimat, tutuplah aurat anda sebagaimana yang diajar oleh syariat. Sebagaimana anda patuh syariat untuk berpuasa maka saya percaya anda juga boleh patuh syariat untuk menutup aurat. Sebab saya saksikan petang tadi, terlalu ramai muslimah yang hadir berbuka puasa ( dengan maksud mereka berpuasa ) tetapi tidak menutup aurat.

Kedua : jangan abaikan solat. Khasnya solat maghrib sedang jarak lokasi berbuka puasa dengan masjid bukanlah jauh dan menyulitkan. Saya saksikan terlalu ramai yang tidak solat dan ramai juga yang melengahkan solat sehingga hampir habis waktu maghrib. Saya ulangi, sebagaimana anda patuh syariat untuk berpuasa maka saya juga percaya bahawa anda mampu patuh syariat untuk solat sedang solat adalah tiang agama. Apalah ertinya puasa anda tanpa solat.

Ketiga : elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan pula berpegangan tangan lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Ini fenomena yang sangat mendukacitakan. Majlis berbuka puasa beramai - ramai ini bukanlah pesta keraian yang melalaikan serta mengundang murka Allah swt. Buat kesekian kalinya, saya tegaskan betapa anda sanggup patuh syariat untuk berpuasa maka saya sangat percaya bahawa anda juga sanggup patuh syariat untuk tidak bergaul bebas dan berpegangan tangan yang bukan mahram.

3. Marilah kita usahakan Ramadhan edisi ini iaitu Edisi 1435 Hijriah sebagai Ramadhan terbaik buat diri kita berbanding sebelumnya. Kita bina jiwa yang bertaqwa melalui Madrasah Ramadhan ini.

Nasrudin Hassan
Timbalan Pesuruhjaya 2
PAS Negeri Pahang Darul Makmur
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive