HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, September 1, 2010

Sajak : Pesaka Merdeka

PESAKA MERDEKA

Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah

Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan
Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka

Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah



Tanahairku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu

Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !

Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka

Amanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita

Merdekalah Jiwa
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Suara dipasung Media disuaka
Puaka diusung Jelata disita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Usah Bercanda Gurindam Sendu
Lupa Sengsara Semalam ditipu


Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Lambaian Merdeka buat seluruh anak bangsa yang turun ke I City Shah Alam 30 August menanti detik 12 tengah malam meraikan ulangtahun kemerdekaan negara ke 53 . Alhamdulillah dihadapan ribuan hadhirin , saya diberi kepercayaan untuk mendeklamasikan sajak berjudul Merdeka : Sebenarnya Untuk Siapa ? secara berduet dengan Sdr Shamsul Iskandar [ Ketua AMK Pusat] , sdr Jonah [ Ketua AMK Selangor ] dan Ustaz Hasbullah [ Ketua DPP Negeri Selangor ] . Sementara secara solo saya mendeklamasikan sajak bertajuk Pesaka Merdeka yang saya cipta Khas buat seluruh warga Malaysia terutama buat anak - anak muda.

Ustaz Asyraf [ Imam Muda Realiti T 9 ] mengimamkan solat Isyak dan Terawih di tapak sambutan Penghayatan Ramadhan dan Kemerdekaan Negara [ i city Seksyen 7 Shah Alam ]. Sungguh merdu suara dan lunak tertib bacaan imam muda ini .

Anak - anak muda yang mula memisahkan diri dari sambutan kemerdekaan yang bergelumang dengan maksiat dan mungkar . Nyata kini jiwa yang kosong mula mencari sentuhan ruhani yang mampu membahagiakan mereka di dunia dan akhirat .

Biarpun disambut dengan nilai spiritual dan hiburan sederhana yang dibenarkan oleh syara' , ia tetap meriah dengan semangat patriotik anak - anak muda yang beralih kepada bentuk sambutan alternatif . Syabas Kerajaan Negeri Selangor dan syabas kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor .

Ramli Sarip yang juga dikenali dengan Papa Rock tidak canggung menyapa saya dibilik persalinan selebriti [ di belakang pentas ] biarpun datang dari benua atau planet [ pinjam kata - kata Aqil Hayy ] yang berbeza . kami mula berkenalan dan kini berputik satu jalinan 2 hala antara kami .

Orang ramai yang teruja menyertai program alternatif Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Negara bagi kali ke 57 dan Penghayatan Ramadhan . Tiada peleseran dan pergaulan bebas kecuali mereka yang berada di luar tapak persembahan . Sejurus selesai persembahan sambutan ulangtahun kemerdekaan , Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meneruskan aktiiti dengan dakwah dan kempen Anti Zina [ edar risalah ] , qiamulail dan kuliah subuh di I City Shah Alam.

A Samad Said turut mendeklamasikan sajaknya


Mawi menyampaikan beberapa buah lagu terbarunya

Ustaz Asyraf Imam Muda mengibarkan Jalur Gemilang .


10 comments:

jasmin said...

salam ustaz..
sajak yang ditulis.. penuh makna.. sgt terkesan & menyetak
dan saya percaya mungkin anak muda spt saya yg tidak terfikir pun semua tuh sebelum ini.
tahniah ustaz....

Anonymous said...

salam ust
syabas untuk DPP pusat atas kolaborasi ini

menunjukkan islam itu bukan alternatif dan pilihan,tapi itulah penyelesaian~!

cuma....err..ust,merdeka yang ke 53 rasanya =)

blueCITY® said...

salam,

tahniah!! rugi tak pergi
semoga aktiviti ini terus diadakan. fikirkan lagi aktiviti2 sebegini dan lebih kreatif untuk menarik minat muda mudi dan terapkan dakwah .

Anonymous said...

salam ust,

nak bertanye, ape agaknye stragegi yg pas boleh ambil utk tambah jumlah daftar pemilih dalam pas?

bende ni penting utk hadapi pru13 akan datang.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28456:daftar-pemilih-dap-dan-umno-terus-dahului-pas-&catid=1:utama&Itemid=50

Anonymous said...

Tahniah atas usaha yang dilakukan DPP.
Semoga sambutan kemerdekaan yang lebih berisi dengan pengisian kerohanian sebegini dapat diteruskan lagi di masa-masa akan datang.
Majulah PAS untuk negara.

Anonymous said...

hebat sajak ustaz tantawi..hidup perpaduang kite

joegrimjow said...

WOWWW!
kalau sambutan macam ni kita buat tiap-tiap tahun, baru orang tahu islam tu macam mana. tak sekat hiburan, tak sekat nyanyian! cuma semua kena dengan syara'

gud job bro!

joegrimjow said...

eh, tak perasan yang ni blog seorang ustaz. sorry-sorry
=)

good job ustaz!

Ahmad Tajuddin Abdullah said...

salam ziarah ustaz...
ana cadangkan agar DPPP membangkitkan isu tentang Sport Toto menganjurkan majlis berbuka puasa dengan rumah anak2 yatim disekitar selangor semalam...

kenapa lansung tiada suara membantah perkara ini??
cukup terkilan saya melihat gambar anak2 yatim dan ibu tunggal dijamu oleh sport toto...

baca dalam The Star online semalam,
http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2010/9/3/central/6943790&sec=central

harap DPPP boleh mengeluarkan kenyataan bertegas akan perkara ini kerana ini pun satu proksi yang menghina islam....

Syahida Majid said...

Salam ustaz.

Boleh saya dapatkan sajak A. Samad Said pada malam tersebut?

Terima kasih

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive