HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, July 4, 2014

Risalah Dakwah. Siri 046

Risalah Dakwah. Siri 046.

Ramadhan Membina Akhlak Mulia

1. Sebagai insan yang diamanahkan untuk mengurus kehidupan di dunia serba mencabar ini , pastinya nilai murni yang mantap adalah pengaruh utama dalam membentuk kualiti dan standard value diri ini di dunia bahkan melewati sempadan akhirat.

2. Tanpa syak pula , Nilai Murni tersebut dengan segala ciri dan sifatnya adalah bertunjangkan Akhlak Islami yang tulen .

~ Dari Abi Darda’ Rha. bahawa Rasulullah saw bersabda :

مَا مِنْ شَئٍ أَثْقَلَ فِيْ مِيْزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلْقِ وَ أَنَّ اللهَ تَعالى لَيَبْغَضُ اْلفَاحِشَ اْلبَذِئ

Sebahagian dari suatu yang memberatkan timbangan amal seorang mukmin di akhirat kelak ialah Akhlak yang Murni dan Allah swt. sangat murka terhadap kekejian ( penyelewengan ) yang menjijikkan.

Diriwayatkan oleh At Tarmizi

~ Dari Abi Hurairah Rha. telah berkata : Rasulullah saw. bersabda :

مِنْ حُسْنِ اْلإِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

Sebahagian daripada keelokkan Islam seseorang ialah “meninggalkan suatu yang tidak mendatangkan faedah kepada dirinya”

Hadith Hasan di riwayatkan oleh At Tarmizi dan lainnya dan
berkata Az Zarqani dalam Syarah Muwatta’ :
Sanadnya Hasan bahkan Shohih.

3. Akhlak Islami atau keperibadian Islam adalah nilai watak dan perilaku yang berasaskan prinsip “ Sifat Mahmudah” dan “Uswatun Hasanah” . Nilai ini tidak hanya lahir dari bakat dan tuah seseorang tetapi ianya perlu dibentuk dan dibina melalui system pendidikan dan penghayatan .

4. Rujukan rasmi untuk mencula setiap perilaku dan watak yang dimiliki oleh setiap individu agar ia menepati piawaian akhlak yang ditetapkan oleh syara’ ialah Tokoh bertaraf Rasul yang ma’sum . ( Baginda saw. ) Firman Allah swt :

5. Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah saw. itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Al Ahzab : 21

Sabda Rasulullah saw :

إِنَّمَا بُعِثْتُ ِلأُتَمِّمَ مَكَارِمَ اْلأَخْلاَقِ

Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan Kemuliaan Akhlak.

Sistem Nilai dalam Akhlak Islami .

6. Penampilan watak dan penonjolan perilaku yang kelihatan baik pada mata kasar dan juga pandangan umum bukan merupakan indeks yang menarafkan kemurnian dan kemulian .

7. Sebaliknya prinsip “Sifat Mahmudah[1]” yang direalisasi dan dihayati bersama dengan watak dan perilaku yang baik itulah menepati nilai murni dan mulia . Itulah Akhlak Islami .

Cth.1 : Seorang pekerja yang mempunyai rekod “punch card” yang baik tetapi ia datang dan pulang tanpa keikhlasan dan Itqan ( kerja bersungguh dan teliti ) dalam bekerja , ia tidak dianggap berakhlak dengan nilai Akhlak Islami .

Cth. 2 : Seorang pekerja yang berupaya membukti kerajinan dan kesungguhan bekerja tetapi segalanya dilakukan tanpa tawadhu’ dan Istiqamah , ia juga tidak dianggap berakhlak dengan nilai Akhlak Islami.

Cth. 3 : Seorang yang mendapat hasil lumayan dari kerjanya yang bermutu ( gaji dan bonus ) tetapi diurus pendapatannya tanpa qanaah dan taqwa , ia juga tidak dianggap berakhlak dengan nilai Akhlak Islami .

bersambung ....

Nasrudin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive