HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, October 27, 2010

Economic Tranformation "Pumping"

1. Negara sedang deras menuju kehancuran dan kebinasaan dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib apabila satu lagi tindakan drastik dalam ETP diambil tanpa melihat kesan jangka panjang kepada negara , rakyat dan tamaddunnya.

2. Setelah Bajet 2011 tempohari menerima kecaman hebat dari semua pihak ekoran langkah kerajaan mengemuka satu strategi kewangan yang tidak banyak memihak kepada rakyat terbanyak, sebaliknya dilihat lebih kepada berlakunya pemusatan kuasa ekonomi dikalangan pihak elit [atasan] dan kroni pemerintah. Ianya termasuklah agihan peruntukan serta anugerah projek.

3. Peruntukan tinggi RM 111 juta kepada PERMATA dan pengisytiharan projek raksasa seperti pembinaan Menara Warisan 100 tingkat antara subjek yang diperkata umum bagaimana Bajet 2011 ini dilihat pincang. Sementelah pula saat negara berdepan dengan kadar hutang RM 362.39 billion [ kadar yang paling tinggi dalam tempoh 5 tahun ] sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang . Lebih tenat apabila indeks rasuah negara masih tersangkut di tangga ke 56 diperingkat antarabangsa.

4. Melalui ETP pula kerajaan yang ditadbir oleh Datuk Seri Najib pula mahu meluaskan industri maksiat dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan , iaitu menambah kelulusan dan pembinaan pusat - pusat hiburan seperti kelab malam dan melonggarkan syarat bagi persembahan konsert artis antarabangsa ke negara ini .

5. Saya melihat ini adalah satu langkah yang tidak bertanggungjawab terhadap negara dan rakyat sedang ia adalah langkah mundur kebelakang serta dilihat sebagai usaha untuk menjahiliyyahkan negara .

6. Tidak cukup dengan keadaan iklim sosial yang parah mutaakhir ini , kerajaan seperti mahu menularkan barah sosial yang sukar ditangani sekarang . Memacu pertumbuhan ekonomi kononnya tetapi seakan kerajaan mengalami sindrom Rabun Ekonomi untuk melihat lebih jauh kesan kepada ekonomi negara bahkan kesan pada sosial dan tamadun negara dengan menjadikan Malaysia sebagai Hub Hiburan .

7. Pertambahan pusat hiburan dan konsert artis yang sedia ada jelas tidak terkawal dan ia antara penyumbang besar kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi kita . Justeru di situlah berpusatnya segala aktiviti mungkar dan gaya hidup yang tidak sihat seperti pergaulan bebas , seks bebas , pil ectasy , khayal , mabuk  dan sebagainya . Implikasi dari fenomena ini lahirlah jenayah samun , ragut , rompak , rogol , buang bayi , bunuh dan sebagainya .

8. Akhirnya kerajaan terpaksa pula membelanjakan ratusan juta ringgit untuk mempromosi gaya hidup sihat , menangani penyakit aids dan hiv , kos merawat pesakit , belanja tahanan dan sebagainya . Inilah yang saya sifatkan sebagai economy pumping . Melompat seketika tahap perolehan kasar negara dengan projek Hub Hiburan ini dan kemudiannya ia akan terhentak ke bawah dengan mengeluarkan kos yang banyak untuk menangani kesan langsung dan tidak  langsung dari industri nafsu itu sedang ia boleh di elak sejak awal lagi.

9. Lebih malang langkah kerajaan ini dilihat sia - sia kerana membangunkan material kemudiannya meruntuhkan pembangunan modal insan . Sementara negara memerlukan modal insan yang berkualiti untuk meletakkan negara sebaris dengan negara maju pada masa hadapan. Kos membangunkan semula modal insan yang diruntuhkan ini tentu sahaja memerlukan kadar yang tinggi pula . Akhirnya kerajaan hanya buat kerja - kerja bodoh dan sia - sia iaitu korek lubang kemudian timbusnya kembali .

10.  Selayaknya kerajaan memiliki acuan sendiri dalam membangunkan negara dan menjana pertumbuhan ekonominya tanpa meniru dan terpengaruh dengan negara - negara barat. Justeru Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi maka wajarlah syariat Islam dijadikan asas dan acuan pembangunan iaitu membangun bersama Islam . Masih banyak sektor dan industri lain yang boleh memacu ekonomi negara ,kenapa industri mungkar juga yang dipilih ?

5 comments:

Anonymous said...

terang lagi bersuluh... apa lagi yg rakyat malaysia nak tunggu...
memmang sepatutnya wajib tukar kerajaan...

BlisteringBarnacles said...

Assalamualaikum Ustaz

Saya cadangkan kita turun berdemonstrasi untuk nyatakan bantahan..

Dah banyak sangat perbuatan yang dilakukan yang melambangkan penghinaan dan pengkhianatan besar kepada Islam. Malahan saya rasa tindakan-tindakan ini lebih teruk dari meluluskan judi dalam negara!

Jadi saya cadangkan gerakkan Pemuda seluruh negara untuk turun demonstrasi aman untuk membantah penghinaan terhadap Islam. Biar ia jadi isu besar dan buka mata rakyat kepada kekurangajaran mereka-mereka ini!

syahrul said...

" membangunkan meterial, meninggalkan modal insan"

itulah yang kebanyakkan berlaku di tanah arab sejak akhir-akhir ini. berkejar2 tuju kemajuan, manusia ditinggalkan tanpa ilmu...menyedihkan jika malaysia yang dipandang tinggi turut mengikut jejak

Anonymous said...

ulasan point
#1 kesan ETP pada tamadun? sila huraikan. terlalu umum.
#2 sama spt komen #1
#3 RM111 juta utk permata salah? tidakkah program ini memberi manfaat kepada perkembangan kanak2 3-5 tahun? di mana salahnya? sertakan bukti jika ada penyelewengan.
#4 hub hiburan di msia? amat tidak wajar. teruskan usaha menentang. DAP bagaimana? akan turut serta bersama PAS menentang hub ini? hub hiburan di Sgor juga perlu ditentang. hukum haram bukan bergantung pada siapa pelaku i.e. jika UMNO buat haram. jika DAP buat halal.

summary: di negeri tokguru bagaimana? adakah keadaan sosial lebih baik? keadaan ekonomi? kemiskinan? kebersihan? pengurusan kewangan?

kayz said...

salam ustaz...dengar la puisi perjuangan hamba...

kalah tak mesti kita kecewa,
kalah tak mesti kita mundur,
kalah tak mesti berulang lagi,
kalah tak mesti dalam semua perkara,
kalah tak mesti lemah semangat,
kalah tak mesti untuk selamanya,

perjuangan betul kerana ALLAH,
perjuangan betul tak ada kalah,
perjuangan betul tak ada sudah,
perjuangan betul untuk ummah,
perjuangan betul jaga maruah,
perjuangan betul pertahan aqidah,
perjuangan betul kena tabah,
perjuangan betul lawan nafsu serakah,
perjuangan betul berperang dengan syaitan laknatullah,
perjuangan betul biar berdarah,
perjuangan betul hingga bertemu ALLAH.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive