HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, October 19, 2010

Media Baru Pemuda PAS

1. Memanafaatkan keperluan IT dan mendepani cabaran era globalisasi , Dewan Pemuda PAS Malaysia kini memiliki " Media Baru "nya yang tersendiri apabila mengambil satu ruang di tengah - tengah persaingan laman sosial facebook yang semakin popular mutaakhir ini .

2. [ Harakah Muda ] yang menjadi salah satu media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia insyaallah akan dilancarkan secara rasmi sedikit masa kelak .

3. Media ini akan dimanafaatkan sepenuhnya untuk menyampaikan maklumat , berita mengenai gerakkerja DPP di semua peringkat , artikel politik , bicara agama , nota tarbiyyah serta peraturan dan arahan  tindakan semasa .

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia mensasarkan 100 ribu pengunjung tetap menjelang 30 December ini. Insyaallah , tidak mustahil Harakah Muda akan menerima kunjungan dan pembaca tetap lebih dari sejuta dalam tempoh setahun ini . Ia bergantung kepada keupayaan admin dan krew Harakah Muda untuk memastikan Harakah Muda menjadi satu lagi Media Alternatif untuk menyebarkan maklumat dan fikrah Islami yang tulen ke tengah  - tengah masyarakat .

5. Harakah Muda boleh dikunjungi dan disertai di jalur  [ http://www.facebook.com/HarakahMuda ]  dan  sebarang maklumat dan perkongsian berita , artikel dan lainnya boleh terus ke e mailnya [ harakahmuda@yahoo.com ]  .

6. Sokongan dari semua anggota dan penyokong Dewan Pemuda PAS Malaysia sangat di alu - alukan agar Harakah Muda dengan slogannya [ Harakah Muda : Informasi untuk Semua ] akan terus aktif sebagai media alternatif khususnya dalam usaha membina minda mendekati generasi muda negara .

7. Dengan lafaz Bismillahirrahmaanirrahim , saya lepaskan bahtera Media Baru Dewan Pemuda PAS yang bernama " Harakah Muda " ke tengah - tengah persaingan dunia maklumat agar mampu membawa agenda perubahan " menjernihkan fikrah dan mensucikan minda ummah " sehingga tegaklah kebenaran dan tumbanglah kebathilan .
9. Tentunya orientasi Harakah Muda mengutamakan "ketepatan maklumat dan menjauhi fitnah" . Ianya turut akan menyiarkan gerakkerja Dewan Pemuda PAS  negeri , kawasan  dan cawangan . Sementara itu , Harakah Muda dengan ini turut diisytihar sebagai menjadi lidah rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia .

10. Nota Tambahan : Buat masa ini Harakah Muda memerlukan 2 orang wartawan sukarelawan dan 2 orang juru gambar sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk memantapkan media rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia . Kepada siapa yang berminat dan ingin mengorbankan sedikit masa , tenaga dan mungkin kewangannya bagi menjayakan hasrat ini boleh hubungi saya atau setiausaha Dewan pemuda Malaysia sdr Khairil Faizi Ahmad Kamil .

4 comments:

Anonymous said...

"Sediakanlah utk berhadapan dgn mereka sebanyak mana kekuatan yang kamu mampu..." Al Anfal 60.
Tahniah DPPP teruskan bergerak, pacu pemuda Rabbaniyyin dgn pelbagai senjata baru dalam menghadapi pelbagai sasaran....
Abu Ashraf Al Batawie

Anonymous said...

Ustaz,
Alhamdullilah dengan kemenangan PR., banyak masjid yang boleh mengadakan tazkirah dan menyedarkan orang ramai kepada Islam. Seharusnya semua pendakwah mengambil kesempatan sebaik yang mungkin dengan platform yang ada untuk menyatukan ummah, balik kepada sunnah, menguatkan ukhwah secara tak langsung menguatkan sokongan pada perjuangan Islam.
Oleh itu saya mencadangkan satu perkara yang mungkin kita nampak remeh, jika dilakukan secara ISTIQOMAH dan BERSEPADU, objektif tersebut akan tercapai dan akan rasa kemanisan iman pada majlis ilmu tersebut.
Yang dimaksudkan adalah “PARA PENCERAMAH MEMANGGIL SEMUA PENDENGAR AGAR DATANG KEDEPAN DAN DUDUK SECARA RAPAT” sebelum ceramah/tazkirah bermula
Semoga ia dijadikan tradisi dan dokong oleh semua penceramah/pendakwah, terutama dari kalangan PENCERAMAH PAS. Kalau boleh; ia dijadikan “new S.O.P (Standard Operating Procedure)” pada semua pendakwah / penceramah.
Insyallah

Azwan Affendy said...

Salam Ustaz. Tahniah kepada Dewan Pemuda Parti Islam SeMalaysia Malaysia kerana dah wujudkan Harakah Muda untuk golongan muda .

Anonymous said...

Ustad..Mengapa sekarang ini ramai pulak orang-orang kafir telah menjadi sahabat pas dan menyampaikan ceramah-ceramah diMesjid dan surau.....adakah ini sebagai daripada strategi PAS nak mengIslamkan mereka...atau ianya menghina kesucian rumah Allah....dan adakah mendoakan LIM GUAM ENG di mimbar khutubah jumaat juga adalah sebahagian strategi PAS baru.....Bagaimana pula dengan isu wang ehsan hasil judi yang diberikan diPulau Pinang adakah ianya juga sebahagian daripada strategi Pemuda Pas untuk menang...mohon jawapan.....wasalam

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive