HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, June 30, 2014

Risalah Dakwah : Siri 042

Risalah Dakwah : Siri 042

Ramadhan Membekalkan Vitamina Pejuang

1. Ramadhan, sepadan namanya adalah bulan yang panas. Bukan sahaja panas diterik matahari pula lapar serta dahaga dek terhalang dari makan dan minum disiang hari. Lebih "panas" apabila Ramadhan adalah bulan "rebutan" dikalangan pencinta ibadah , pejuang dan pendakwah untuk mencari 1001 kelebihan yang dijanjikan oleh Allah dan RasulNya saw.

2. Tentu sahaja bagi pejuang Islam yang mendepani pelbagai mehnah dan cabaran di sepanjang jalan memerlukan energy tambahan agar stamina diri mampu dikerah sepenuhnya untuk menggalas beban amanah perjuangan serta mendepani ujian getir di sepanjang pengembaraan dan semua vitamina yang diperlukan itu terhidang di bulan Ramadhan ini.

3. Energy tambahan ini diperolehi apabila kita dekat dan hampir kepada Allah swt. Justeru Ramadhan adalah kesempatan terbaik buat para pejuang Islam mengambik posisi penting ini. Sementara pintu syurga terbuka luas dan syaithan ditambat erat, maka rebutlah detik ini agar kita senantiasa di rehal Rabbani.

Diriwayatkan daripada sahabat Nabi saw, Anas r.a bahawa Nabi saw bersabda:

عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : " هذا شهر رمضان جاءكم تفتح فيه أبواب الجنة وتغلق فيه أبواب النار وتسلسل فيه الشياطين "

Maksudnya: "Bulan Ramadhan ini telah datang kepada kamu. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka tertutup dan dibelenggu syaitan-syaitan"

Hadis riwayat Imam Nasaei dan dinilai Sahih oleh Syeikh al-Albaani

4. Nabi Muhammad saw juga telah diperintah agar dekatkan diri kepada Allah swt dengan qiamullail bagi membekalkan tenaga berkeupayaan tinggi demi memikul beban risalah dan dakwah Islam ini. Firman allah swt :

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ

Wahai orang yang berselimut!.

قُمِ اللَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا

Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam kecuali dari sedikit masa ( untuk rehat )

نِّصْفَهُ أَوِ انقُصْ مِنْهُ قَلِيلًا

Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا

sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan (Al-Quran yang mengandungi perintah dan risalah ) yang berat

Surah Al Muzammil : Ayat 1 - 5

5. Jadikan Ramadhan ini hidup sebagai Syahrul Ibadah iaitu Bulan Ibadah dengan pelbagai aktiviti Amal Islami yang boleh dilakukan untuk Taqarrub kepada Allah swt. Sebaliknya jangan biarkan Ramadhan ini menjadi Syahrul Juadah dengan menjamu nafsu makan semahunya setelah seharian berlapar. Sebaliknya puasa para pejuang Islam dan para pendakwah jauh lebih baik dan hebat dari puasa orang awam.

Nasrudin bin Hassan
Timbalan Pengerusi 1
Lajnah Dakwah PAS Pusat
Post a Comment

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 018 590 8890
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive