HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, October 20, 2009

Selamat Ulangtahun ke 62 Tuan Guru Presiden

1. Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS , Al Fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya .

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat. Antaranya :-


a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 62 buat Al Fadhil Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendoakan agar al Fadhil Tuan Guru senantiasa dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk memimpin sebuah parti yang besar pula mencabar ujiannya.

9. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .

10. Kepada sahabat yang turut ingin memberikan ucapan selamat ulangtahun , bolehlah dimuatkan ke ruangan komen dan insyaallah ianya akan menjadi kata - kata semangat buat al Fadhil Tuan Guru untuk terus thabat memikul amanah berat ini seterusnya mendapat ganjaran setimpal daripada Allah swt .

21 comments:

Anonymous said...

Semoga Tok Guru terus tabah & sabar membimbing PAS dlm menghadapi cabaran & fitnah dlm perjuangan.

Allahuakhbar!!!

fzy

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan..
tahniah syabas dan jutaan terimakasih atas info tentang Tuan President TGHAHadi Awang..semoga info yang sangat bermakna dan berharga ini dapat memacu semangat kita para pendokong perjuangan Rasulullah saw untuk terus melangkah membuktikan Cinta tanpa syarat kepada ALLAH dan Rasul Nya.

Khas buat ayahanda TGURU..sempena menyambut ulangtahun hari kelahiran..semuga dikurniakan Allah kesabaran, ketabahan , kekuatan dan hikmah dalam memimpin kami semua..tunjukajar, bimbingan , teguran TGuru pada saya sejak saya belasan tahun hingga kini, secara langsung atau tidak.. tetap tersemat di nurani saya..mengikuti kelas di Damansara awal tahun 80an hingga mengikuti usrah DMPPusat di Rusila bersama TG membincangkan kitab BERIMAN KEPADA ALLAH DAN RASUL meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada diri saya hingga kini..Semuga Allah mengurniakan yang terbaik buat TG dan keluarga...Syukran Jazilan..

tajamkannuraniku said...

Salam perjuangan...
Ustaz..saya mohon untuk copy dan paste beberapa posting di blog ustaz ke blog saya untuk tatapan anak2 dan kenalan saya...syukran

RajaMuhammad Suffian Ibnu Rahman said...

semoga tuan guru presiden panjang umur dan diberi kekuatan utk terus memimpin gerakan islam pas

Anonymous said...

Salam buat ayahnda yang dihormati.

Buat Ayahnda Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang kusayangi seperti bapaku, kuhormati sebagai pemimpinku,pada setiap siang malam jerih payah ketidakcukupan rehat penat lelah kata-kata amal ibadahmu, moga Allah memberimu kekuatan, moga Allah membalas amal ikhlasmu dengan kebaikan.

Allahuakbar!
Saya sayang Ayah Chik =)

Anonymous said...

slm.selamat menyambut ulang tahun ke-62 tghh..smoga tuan guru sentiasa di dalam keberkatan Allah s.w.t..

Abu Faqihah 74 said...

Moga Tuan Guru Terus Istiqamah Dalam Perjuangan Islam .. Allahu Akbar

Anonymous said...

saya adalah antara anak muda di malaysia yg banyak terkesan dengan perjuangan dakwah tok guru presiden. jasa tok guru presiden dlm mendidik kami tak mampu kami hitung. hanya doa yg mampu kami pohonkan pd allah agar tok guru terus sihat dan diberi kekuatan serta petunjuk dari allah dlm memimpin jamaah pas ini.
setiap kali saya menatap wajah tok guru saya sentiasa hiba dan banyak kali saya menitiskan air mata melihat kegigihan beliau dan susah payah beliau dlm meneruskan perjuangan para nabi ini. saya tahu tok guru juga manusia biasa yg perlu rehat dan masa untuk bersama keluarga tercinta. akan tetapi puluhan tahun sudah tok guru mengorbankan itu semua semata-mata kerana dakwah islam.
Awasss!!!! kepada penentang tok guru dan org yg biadap dgn tok guru tak kira siapa...ajk pas pusat ke, sapa ke..selagi tok guru istiqamah dgn islam, kami anak muda akan sentiasa bersama tok guru.
Terima kasih tok guru atas pengorbananmu kepada islam dan kami semua.....

Allah akbar !!!!!

Amrullah said...

Selamat hari lahir ayah chik!!!
Semoga Allah sentiasa melindungi ayah chik dan merahmati perjuangan beliau.
Saya sayang ayah chik !!
[ sayang ustaz nasrudin juga :) ]

PondokDungunTerengganu said...

Salam,

Ade baiknye kalu nok sambut harijadi ning jugok tamboh-tamboh lah orghang pati Islam pulok sambutlah ikut bulang dan tahung Islam. Jadi, bulang zulhijjoh tu bukang oktober.

Paham dok...

Sempene hari jadi kelenda kristian ning kite harap lebih teguh pendiriang dang tegokkang Islam tu sunggoh-sunggoh. Jangang dok bui muke gok ke makhluk-makhluk haching phogat hok dok paka tu.

You are the boss, act like a boss.

Salaam,
PondokDungunTerengganu

Anonymous said...

Tuan Guru,

Saya membesar mendengar kaset-kaset ceramah tuan guru di tahun 80an dan 90an. Saya dan sahabat-sahabat semasa di kampus USM pernah mendapat input terus daripada tuan guru semasa tamrin qiadi kami di Markas PAS Kubang Lembek Terengganu. Ketahanan tuan guru menghadapi cabaran, ketaatan beragama, keikhlasan dalam perjuangan, dekat dengan agama, sentiasa berqiamullail sentiasa menjadi contoh dan ikutan kami. Teruslah memimpin kami, kami akan bersama tuan guru. Kami akan mempertahankan tuan guru daripada dedalu dalam jemaah yang sentiasa cuba menjadi ejen musuh. Awas! orang-orang yang biadap dengan tuan guru, diam kami bukan bermakna takut, kami akan pertahankan pemimpin kami walau dengan apa cara sekalipun. ALLAHUAKBAR

panah hijau said...

salam perjjuangan..
moga tuan guru sihat selalu..semoga terus menjadi aspirasi kepada saya dan semua pendokong,penyokong dan umat islam hari ini.

MOHD ADHAM said...

Salam perjuangan moga ayahanda TGURU sihat selalu, doakan kami semua al-azhariyyun mendapat kejayaan di dunia mahupun di akhirat. Teruskan perjuangan ayahanda TGURU demi menegakkan kalimah Allah SWT.

Unknown said...

Assalamualaikum wrh
Selamat ulangtahun ke 62 utk TG H Hadi yang sangat saya hormati & sanjungi.
Semoga terus diberikan kesihatan dan rahmat yg berpanjangan buat TG dan keluarga. Peranan yg dimainkan TG utk umat islam seluruh dunia sentiasa menjadi inspirasi kami...

Abah Along said...

Assalamualaikum,

Semoga Tuan Guru sentiasa bersama panduan Ilahi bagi memimpin jemaah yang dicintai Kerana Allah swt

Zul @ IbnuQalil said...

Saat membaca info Ayah Chik, air mata mengalir tiba-tiba. Benarlah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kita ahli bawahan terasa tekanan hebat melwan musuh Islam, Ayah Chik lebih-lebih lagi rasakannya. Apatah lagi ada duri dalam daging atau gunting dalam lipatan.

Selamat Hari Lahir Ayah Chik. Smg dikurniakan Allah KESIHATAN YANG BERPANJANGAN dan KETABAHAN DALAM KENIKMATAN.

Ustaz, akan lahir setiap seratus tahun mujaddid yang akan memperbaharui urusan agama. Tp untuk tunggu seribu tahun sekalipun, susah nk kata akan lahir insan seperti Ayah Chik di dalam PAS walaupun ia bukan mustahil untuk Allah lakukan atas kehendakNya.

Smg mereka yang ingin menjatuhkan Ayah Chik tersungkur dengan perancngan keji mereka.

pemuda pas perak said...

Salam perjuangan buat TGHH

Semoga TGHH terus tabah dlm mengharungi hidup sbg pejuang Islam yg sejati krn mempunyai musuh dalaman dan luaran yg kuat tp TGHH masih mampu mengukir senyuman.masih mampu menabur bakti.

Semoga TGHH memimpin kita di bawah payung iman dan taqwa yg tinggi kp Allah

KamAlinFaris said...

darul quran di masjid rusila,
umah ayoh chik dekat sekali,
jasa dan pengorbanan tidak terkira,
selamat ulangtahun ambe nok rai.

Ayoh chik tetap dekat dihati...

Anonymous said...

Salam, ana nak minta izin copy n bg kat kawan2 ana. Tq atas ulasan ini. Ana ucapkan selamat maju jaya TG Haji Hadi Awang atas kesabaran mengharungi dugaan serta cabaran dari luaran dan dalaman parti ISLAM .

Anonymous said...

pegi pasar beli cili....
cili dibeli pedas sekali.....
terukan perjuangan islam yg suci....
smoga dikurniakan syahid yg dinanti.....

slamat ari jadi tok guru......

Pengikut setia T.Guru said...

Semoga Allah memberkati usia Tuan Guru Ayah Chik.

Semoga Allah memberi keinsafan dan mensucikan hati orang2 yg memandang sinis kepada beliau.

Rasulullah saw bersabda: “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain. Ia tidak akan menzalimi atau menghina atau merendah-rendahkannya atau menyerahkannya ke tangan musuh... Dan siapa yang menutupi aib saudaranya, Allah akan menutupi aibnya di Hari Qiyamat”

Sabda baginda s.a.w. yg lain: “Jangan kamu saling mengintai, jangan saling mencari kesalahan, jangan saling irihati, jangan saling berdengki, jangan saling membenci, dan jangan kalian mengecewakan yang lain...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive