HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, November 2, 2009

JAIS Tidak Profesional

1. Ketenangan dan kedamaian malam benar - benar terganggu apabila saya yang baru sahaja merebah badan untuk isterehat setelah 4 hari travel dihujani panggilan telefon berkait tangkapan JAIS ke atas Dr Mohd Asri Zainal Abidin bekas Mufti Perlis .

2. Saya ke Terengganu untuk merasmikan Himpunan Pemuda Islam Terengganu [ HIMPIT 2009 ] , ke Kelantan untuk menghadhiri perasmian penutup Sambutan Jubli Perak PASTI Malaysia dan kemudiannya ke Sabak Bernam untuk meraikan perasmian penutup Jambori AMAL Kebangsaan bagi kali ke 17 .

3. Saya difahamkan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin [ Dr Maza ] ditangkap kerana menyampaikan kuliah tanpa memiliki tauliah .

4. Alasan yang sama membuatkan saya juga hampir tertangkap ketika menyampaikan kuliah dhuha di Surau Ar Raafiq Kota Damansara pada satu ketika dahulu .

5. Saya sangat kesal dengan tindakan JAIS yang menggunakan kuasa sewenang - wenangnya untuk menangkap penceramah agama dan alim ulama' semata - mata kerana mereka tidak memiliki tauliah sewaktu menyampaikan kuliah agama di negeri Selangor , sedang JAIS boleh menumpukan operasi membenteras aktiviti maksiat dan mungkar yang masih berleluasa di negeri Selangor .

6. Tambah malang apabila mereka turut mensasarkan penceramah agama yang sememangnya memiliki ijazah dalam bidang agama , pula diiktiraf kesarjanaan mereka oleh universiti yang menganugerahkan sijil pengiktirafan ilmu seperti BA , MA dan Phd .

7. Pihak JAIS boleh memanggil para penceramah agama ini untuk sessi temuduga bagi menganugerahkan tauliah jika itu merupakan satu prosuder yang mesti diambil , bukannya dengan menggunakan kuasa menghalang dan menangkap sedang penceramah - penceramah ini berbakti kepada agama dan masyarakat untuk membasmi kejahilan .

8. Terbaru Dr Mohd Asri menjadi mangsa tangkapan JAIS atas alasan beliau tidak memiliki tauliah . Dr. Mohd Asri adalah merupakan bekas Mufti dan kini beliau mengendalikan sebuah rancangan agama di Astro . Selain university , masyarakat juga mengiktiraf ilmu yang dimiliki oleh beliau . Tindakan JAIS merupaka satu lagi episod malang bagi perkembangan agama di negara ini .

9. Sebelum ini beliau selalu dikaitkan dengan wahabi biarpun beribu kali beliau menafikan bahawa beliau bukan penganut faham wahabi . Saya faham terkadang kenyataan dan pendekatan Dr. Mohd Asri sering mencetus kontraversi dalam negara kita . Tetapi saya lihat kontraversi itu masih dalam lingkaran perbahasan agama yang boleh ditangani secara ilmiah . Malah saya sendiri mempunyai banyak perbezaan pendekatan dengan beliau dalam isu - isu tertentu sebelum ini , namun itu tidak bermakna peranan beliau dalam memberi ilmu kepada masyarakat tidak disokong .

10. Jika terdapat ajaran salah atau sesat yang dibawa oleh Dr Mohd Asri , pihak JAIS wajar bertindak . Tetapi jika hanya kerana tidak memiliki tauliah atau sekadar tuduhan beliau menyebarkan fahaman wahabi sedang beliau bukanlah seorang wahabi bahkan pernah menafikannya berulang kali , maka saya kira JAIS telah bertindak keterlaluan dalam perkara ini .

11. Penyampaian kuliah di masjid surau sering dikekang oleh penguatkuasa yang memantau tauliah bukannya kesahihan ilmu yang disampaikan . Sementara maksiat dan mungkar berleluasa di sekitar masjid dan surau tanpa pemantauan berkesan dari pihak berkuasa agama .

12. Kini Selangor berada dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat . Secara umumnya , keadaan di Selangor banyak berubah terutama kebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah berbanding di zaman pemerintahan UMNO dulu .
13. Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor , rasanya inilah kes pertama tangkapan kerana isu tauliah yang mendapat liputan media .

14. Dewan Pemuda PAS Pusat turut melahirkan rasa kesal atas tindakan JAIS dengan menganggap isu seperti ini boleh diselesaikan secara lebih hikmah tanpa perlu membuat sebarang tangkapan yang boleh mencetus polemik dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap JAIS .

15. Dewan Pemuda PAS Pusat juga bersedia untuk mengadakan dialog dengan pihak mufti negeri Selangor atau Pengarah JAIS bagi menangani isu seperti ini [ pentauliahan ] demi masa depan dakwah Islamiyyah di negeri Selangor . Insyaallah , DPPP akan membuat temujanji dengan Pengarah JAIS dalam masa terdekat untuk tujuan tersebut .

40 comments:

Toksara said...

Adakala bagus juga golongan yang tahu ilmu agama menggelar diri "Pejuang" disumbat dalam jail/lokap supaya tahu betapa peritnya dalam kesusahan seperti yang dirasai oleh DSAI dll.Itupun ujian juga datang daripada Allah....agar tahu selok-belok dan pahit maung berjuang.

Mohd. Ikram said...

Macam tu la berjuang ustaz. Dalam menegakkan kebenaran, mmg ade yg tak setuju. Sebab tu yang pneting kebenaran perlu disukat hanya dengan neraca al-Quran dan As-Sunnah tanpa sebarang pengaruh sentimen kepuakan. Dan pada saya ustaz sendiri saya anggap seorang tokoh yang bg saya mampu melakukan agenda tajdid pada PAS sendiri. Saya yakin ustaz sedar akan hal tu berdasarkan penulisan2 ustaz dlm blog ni. Dan saya yakin ustaz ade kaedah yang ustaz rasa berhikmah.

wallahu'alam

Anonymous said...

Ana ahli PAS seumur hidup menyokong sepenuhnya tindakan JAIS tersebut. Tokey Wahabi Malaysia ini telah, sedang dan akan terus mengelirukan ummat Islam Malaysia dengan fahamannya tersbut. sila rujuk abu-syafiq.blogspot.com.
Ini pandangan peribadi ana..yg berasaskan ilmu yg ada
Wallahualam

Abu Uwais said...

Assalamualaikum,
Ana rasa JAIS dan kena dengan Pak Cik Kahar ni...

Eumora World said...

Ustaz..saya rasa ini adalah tindakan sabotaj kpd Dato' Hassan Ali. JAIS bawah beliau...bila ini berlaku, segala jari akan menuding kpd beliau dan beliau akan dipaksa undur dari kerajaan dan PAS Selengor!! Itu saja!

Abu Ghaziy said...

tahniah kepada ustaz kerana propesional.....

Huzaifi - Sabah said...

Salam...

Sepatutnya JAIS melihat dahulu siapa yang dia perlu serbu..dalam kes ini,saya lihat seolah JAIS tidak mengiktiraf sijil Phd dari UIA yang dimiliki oleh Dr. Asri sekaligus tidak mengiktiraf UIA..hanya kerana pentauliahan...
tindakan JAIS ini dilihat memalukan agama kita dan tidak menghormati ulama dan peranannya menyebarkan dakwah Islam.
...siapakah 'jarum' disebalik kes ini??

Anonymous said...

Saya rasa, mungkin ini ada kaitan dengan usaha menjatuhkan Hasan Ali.

myhasma@gmail.com

YANG GAMBI said...

Salam, ada blog yang mendakwa seolah-olah kerajaan UMNO-BN yang menaja penangkapan Mohd Asri.

Tidakkah mereka tahu, Selangor dibawah kerajaan pakatan rakyat yang mana Dr Hasan Ali adalah Exconya, sepatutnya pihak JAIS lebih peka dengan isu ini kerana kerajaan pakatan yang menentukan arahan penangkapan.

Mengapa mesti timbul perkataan isu politik dalam penangkapan tersebut...

JomFikir said...

Assalamu'alaikum ustaz,

saya amat mengkagumi usaha ustaz sebagai pendokong jemaah Islam. Malahan pula berusaha menyebarkan syiar Islam itu sendiri.

Walaubagaimanapun dalam hal Dr Asri, saya tidak bersetuju dengan pandangan ustaz. Mungkin ustaz tidak didedahkan apa yang dibawa Dr Asri selama ini.

saya berikan contoh dalam isu selawat syifa'. Beliau menghukum SELAWAT SYIFA' sebagai bercanggah dengan aqidah.

Padahal kita tahu bahawa isu ini adalah isu furuk dan tidak perlu diperbesarkan. Saya yakin yang mengamalkan selawat syifa adalah sekian ramai umat Islam di Malaysia ini, termasuklah juga pimpinan PAS seperti Dr Haron Din dan Tok Guru Nik Aziz dan Datul Ismail Kamus.

Bukti beliau menghukum selawat syifa' itu bercanggah dengan aqidah - bagi saya beliau menghukum kafir/syirik. Ustaz boleh ikuti di video klip ini :

http://www.youtube.com/watch?v=J0Qu0d76cp8

Banyak lagi perkara beliau memperlekehkan ulamak dan mufti di negara ini (yang kita tahu mufti adalah antara tonggak sebagai tempat rujukan dalam permasalahan agama).

Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan. - Al Islam April 2009, m/s 28-29. Juga di laman web DrMaza:

Ustaz yang membaca mungkin pendapatnya lain. Bagaimana pula dengan orang awam yang membaca, orang bukan Islam yang membacanya ?

WaLlahua'lam.

Unknown said...

Biasanya penangkapan Ulamak akan menjuruskan kejatuhan sesebuah kerajaan yang menghina lidah Rasul.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

JAIS tidak profesional? Kami pun tidak faham sampai bila la Pimpinan PAS asyik nak salahkan pihak lain saja di atas ketidak mampuan sendiri. JASI tu dari negeri mana? Selangor bukan? Selangor tu siapa yang memerintah? Pakatan Rakyat bukan?

Kalau JAIS tidak profesional, bermakna parti yang memerintah Kerajaan Negeri Selangor juga tidak profesional. Dan Exco Agama (Hassan Ali Perpaduan) juga tidak profesional.

Sudah tahu tidak profesional, kenapa tidak dibuat penambahbaikan. Kalau dulu ye la susah sb JAIS bawah BN yang memerintah negeri, tetapi sekarang Pakatan Rakyat yang memerintah.

Kalau perkara yang sekecil ini pun PEMUDA PAS TAK MAMPU nak desak, apatah lagi perkara-perkara yang lebih besar.

Bila pikir-pikir balik, teringat kembali zaman Mahfuz memimpin pemuda dulu. Masa itu Pemuda PAS banyak buat kerja tetapi kurang cakap. Tetapi zaman kepimpinan pemuda sekarang, cakap banyak buat tarak. Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

Akhirnya Pemuda PAS Pusat jadi pak turut, jadi pemerhati dan bukannya pelaksana.

http://www.pemudakemehe1.blogspot.com

Anonymous said...

Ustaz boleh bertanya pada Dr Asri, sama ada pada masa beliau menjadi mufti, boleh x menyampaikan kuliah tanpa tauliah di Perlis..saya bersolat di masjid Perlis, mmg ada suatu papan tanda besar dalam masjid yg merujuk pada keperluan adanya pentauliahan..takkan itu pun dia x faham..

dinbangi said...

"Secara umumnya , keadaan di Selangor banyak berubah terutama k ebebasan para penceramah agama untuk menyampaikan kuliah dan tazkirah bagi membasmi kejahilan ummah berbanding di zaman pemerintahan UMNO dulu ."..

Sempat saudara mengata UMNO dalam hal JAIS. Sebenarnya isu penceramah 'gelandangan dan anti UMNO & Kerajaan Pusat dalam masjid dan surau di Selangor memang teruk sehingga Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertitah supaya ceramah seumpama itu dihentikan dan pentauliahan penceramah dipantau. JAIS tak boleh tangkap sebab penceramah tu kebanyakannya politikus PAS dan mendapat 'perlindungan'. Berkata biar benar. Jangan sembunyi belakang lalang.

Anonymous said...

Sy setuju sangat-sangat. Kenapalah JAIS asyik sibuk menahan penceramah agama sedangkan banyak benda lagi boleh dibuat untuk mencegah kemungkaran. Ustaz Asri hanya berdakwah dan menyampaikan ajaran Islam, beliau memiliki kepakaran dan memegang PhD.Apa lagi yg diperlukan? Sbg bekas Mufti beliau memang dikenali, takkanlah JAIS x kenal siapa itu dr.Asri itu. Mcmnana Islam mahu maju jika asyik tahan penceramah, mcamlah negara kita ini negara komunis atau negara yahudi. Ingatkan zaman Umno dulu penceramah agama tdk boleh beri ceramah tanpa tauliah, nampaknya sama je zaman pakatanpun.

razi70 said...

Salam, salah seorang yang menduduki majlis tauliah JAIS ialah Ust. Mahfuz Muhammad (al-subki).Beliau sering melebelkan seseorang sebagai Wahabi seperti Dr. Asri,TG Nik Aziz,TG Hadi Awang,Ust Zahazan dan lain-lain.Beliau jugalah yang mengarahkan JAIS menukar AJK di Surau Muhajirin Taman Sri Ukay kerana Dr Asri mengajar di sana.

Anonymous said...

Jais memang melampau. Itu tidak menghairankan sebab sebelum ini Jais turut mengharam bekas mufti Selangor, Allahyarham Ustaz Ishak Baharom drp menyampaikan kuliah kt Selangor. Dr haron Din pun pernah diharamkan. Banggang betul si Jais ni. Maksiat kat selangor berlambak lagi tapi tak dipantau, uklama jugak yg hendak ditentang.

Iskandar al-Bachoki.

Anonymous said...

salam.ustaz,betul ke YADIM ada kaitan dengan gerakan Al-Ahbasy? Ana pernah dengar kaitan antara YADIM dan Al-Ahbasy. Adakah ini punca serangan habis-habisan terhadap Dr. Maza yg dituduh sbg wahabi? Al-Ahbasy v/s Wahabi???

Keyman said...

Assalamualaikum......

Anta yakin ke Dato Hassan Ali tidak terlibat?

Anonymous said...

salam

saya mempunyai pandangan yang berbeza terhadap isu ini. cuba kita lihat dari sudut yang lain pula.

tidak dinafikan bahawa seseorang itu diiktiraf keilmuan mereka secara umum samada oleh individu atau masyarakat, TETAPI di sana masih terdapat keperluan untuk seseorang itu mendapatkan pengiktirafan yang TIDAK DIPERTIKAI oleh mana2 pihak.

katakan dia memang berilmu dan memegang pelbagai ijazah, serta ramai penyokong, TETAPI dlam masa yang sama dia juga mempunya lawan atau orang yang tidak menyokong, yang mungkin juga tidak berpuas hati dengannya.

JUSTERU, dengan mengambil pengiktirafan berupa tauliah dari satu2 jabatan yang sah, isu tersebut tidak akan timbul. sekali lagi, kita tidak mempertikai keilmuan orang seperti dr.asri, tetapi kita mempertikai tindakannya yang tidak menghormati JAIS dengan membelakangkan peraturan ( perlu tauliah ).

saya lihat saudara cuma mempertikai JAIS secara moral, cuba lah saudara pertikai dari sudut undang2 dan kepentingan umum dalam konteks yang lebih besar. tidak mustahil jika perkara sebegini tidak dibendung, maka semakin ramai lah mereka yang berani menyampaikan cemarah / membelakangkan JAIS tanpa perlu memohon tauliah/ pengiktirafan.

akhirnya, saya hairan dengan kenyataan saudara. adakah seorang ustaz yang melakukan kesalahan, maka JAIS yang perlu menjemput dia untuk 'dipelawa' tauliah? kiranya, dia lebih berautoriti dari JAIS la ek..

wslm

Anonymous said...

janganlah jadi bodoh.....dah peraturan JAIS macam tuh...kenalah they all jalankan tanggungjawab.

Anonymous said...

Assalamualaikum,ustaz,tolong bersikap realistik lah sedikit!!!mana ada orang gila mengaku dia gila!! Dr.asri tidak mengaku wahhabi,tetapi dengarlah kuliah2nya,nota2 dan statementnya,sah2 wahhabi!!!,ustaz lulusan tonto pun tak tahu ke ttg wahhabi!!?
UNTUK MAKLUMAN USTAZ,DR.ASRI INI DITAJA OLEH ARAB SAUDI UTK MENYEBARKAN FAHAMAN ITU DI SINI..DIA JUGA PERNAH MEMBENTANGKAN KERTAS KERJA BERTAJUK "PAS SEBUAH PARTI BUGHAH!!!" RUJUKAN INI BOLEH USTAZ DAPATKAN SENDIRI DRPD UST.IDRIS HJ.AHMAD KETUA PENERANGAN PAS...PERKARA INI BERLAKU SEWAKTU BELIAU MENJADI MUFTI PERLIS DALAM USAHA MENGUATKAN PENGARUH SHAHIDAN DI PERLIS!!! nama saya Mohd.nazmi salleh 0192312039

Nasrudin said...

Prosuder biasa bg penceramah mesti memiliki tauliah itu adalah perkara yang mesti dipatuhi oleh setiap penceramah dan ini saya tidak pertikaikan .

Persoalannya , bagaimanakah makenisme untuk menanganinya ... perlukah tangkapan ala Menangkap penjenayah besar perlu dilakukan ...?

Tiadakah tolak ansur dalam perkara ini ....apa yg saya bimbang nasib penjenayah jauh lebih baik dari nasib penceramah .

Lebih malang apa yang menimpa Dr Asri ialah tangkap dulu baru siasat ......

Sepatutnya siasat dulu dan setelah ada kes barulah uruskan pendakwaan...

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Ana bersetuju dengan tindakan JAIS. Untuk pengetahuan Ustaz, Golongan wahabi ni bukan sahaja mengelirukan orang ramai, bahkan memecah belahkan sesama jemaah dalam parti.

Sepatutnya ustaz melihat perkara ini dari sudut kesan kepada ummah keseluruhannya dan kepada parti amnya.

Mengenai kaedah tangkapan, bagi ana adalah wajar. Ini kerana fahaman yang dibawa oleh sdr. asri itu memang sepatutnya dilihat sebagai jenayah ilmiah. Dengan fahaman mujassimah, dan wahabinya itu boleh merosakkan keamanan ummah bahkan boleh menggugat akhidah Ahli Sunnah wal Jamaah sepertimana lazimnya diamalkan di malaysia.

Sepatutnya, ustaz terlebih dahulu mengkaji mengenai sdr. asri, mengenai apa yang disampaikan kepada masyarakat dan kesan kepada ummah. barulah ustaz mengulas apa yang telah dilakukan oleh JAIS.

Sungguh malang rasanya, seorang ketua pemuda membuat kenyataan yang tanpa soal selidik bahkan menghentam kembali kepimpinan yang diterajui oleh pakatan rakyat sendiri di selangor.

Ia seolah-olah ustaz telah termakan dengan hasutan dan mainan media.

Sekian,

Sekadar pandangan,
Abu Haziq, UM

Huzaifi said...

Orang yang menuduh seseorang dengan WAHABI sebenarnya jahil ttg apa itu fahaman Wahabi.Dia hanya sprt burung kakak tua yang menyebut dari mulut org lain (yg juga kakak tua)tanpa mengetahui apa-apa...

Jika yg dibawa itu ada dalilnya dari hadis sahih,ttp bertentangan dgn apa yg kita dari zaman-berzaman amalkan..adakah 'berpahala' jika kita katakan dia wahabi/sesat???

"eh aku tak pernah dgr pendapat ini...mesti dia Wahabi!"
kata2 sprt ini lahir dari org yang tidak berilmu dan tidak mahu berilmu.

JIka tidak bersependapat dgn pandangannya (yg berdalil)maka itu adalah biasa kerana masing-masing berhujah dgn dalil...ttp jika directly mengatakan dia sesat,wahabi dsbg...maka kita sengaja membuka lubang perpecahan dalam umat Islam.

wallahua'lam

Kuden said...

,Ustaz.ana ingat tak payah lah bersusah payah memikir cara membantu Dr Asri ni,tanyalah apa yang dia tak kata dan maki orang yang berfahaman Shafie seperti kita,bagi orang jauh,,fikir macamni dah cukup, kalau orang ugama macam dia ni menjadikan mahafiraun tempat rujukan utama...ana tak tau nak fikir..anta akan tertipu akhirnya.dia ni adalah orang umno totok.biarlah Shahidan,marina mahadhir & sister in Islam bantu dia,banyak keje lain yang Pas perlu buat,

Anonymous said...

Assalamu'alaikum.. Saya Just nak maklumkan kepada penjenguk blog ini yang blog abu-syafiq.blogspot.com adalah dari dakyah golongan ahbash yang telah difatwakan sesat oleh Dr Wahbah Az-Zuhaili dan Jab. Agama Islam pahang.hati-hati dengan golongan ini,di atas nama serangan ke atas wahabi,mereka menyusup masuk dengan ajaran sesat mereka,antaranya terlalu mudah mengkafirkan seseorang.Rujuk sini http://www.youtube.com/watch?v=pmeyDnccQAg ni dari blog dr buti http://www.bouti.net/fatawas.php?lvl=2&PHPSESSID=56e6ce3889aaea9fa90a49d08a8a9f64&id=459

Anonymous said...

Ingin tahu lebih lanjut tentang ahbash http://soaljawab.wordpress.com/category/aliran-sesat/

Golongan yang melaga-lagakan umat Islam...

Toksara said...

Lama kelamaan Dr.Md Asri akan menjadi 'ayam cabuk' dia tu UMNO tidak dan PAS pun tidak. Serba serbi tak kena.Aku rasa dia tu tak betul perjalanan.

sayuti said...

salam ustaz,saya rasa pngkapan itu btul..

1)em xkn seorg bekas mufti xtahu pekeliling tntang tauliah mngajar???

klau cmtu ayah pin pn boleh r ek mngajar kt mana2 banglo tnpa ada tauliah??

2)em ustaz prnh dgr x asri mghina ulama??confirm xprnh kot..hehe

salehudin said...

Assalammualaikum,

Selamat berjuang - pejuang lslam yang sejati... ini bukan kali pertama Selangor pecah rekod tetapi kali-2 bekas mufti dinafikan hak ...,

Nabi paling adalah orang munafik (istilah moden gunting dalam lipatan) di kalangan orang lslam sendiri menjadi dalang. JAIS tidak ada kuasa jika tidak ada tekanan ataupun arahan jelas daripada pihak yang paling (kerajaan negeri no.power)JAIS terlebih power... Jika saya tersilap betulkan ustaz..

Anonymous said...

Aku pun confuse juga psl tauliah2 ni.kalau kata kena ada tauliah, nak kena ada 14tauliah ke untuk ceramah di seluruh Malaysia. satu lagi bercakap agama dalam rumah pun kena tangkap sebab takde tauliah. setau aku, ramai pensyarah universiti dan kolej kat selangor yang takde tauliah. nape tak tangkap diorang ketika mengajar di universiti masing-masing? orang tabligh juga wajar ditangkap bila pegi rumah ke rumah wat bayan sebab takde tauliah.
lagi satu, korang yang ustaz-ustaz ni, tak boleh la kumpul anak isteri time berjemaah kat rumah, pastu wat tazkirah untuk anak isteri. sebab mengajar agama dalam rumah pun kena ada tauliah da.....

Anonymous said...

jomfikir, awak telah secara terang-terangan menfitnah Dr Asri. Kata-kata Dr Asri yang awak 'cut and paste' tu memang taken out of context- ini memang memberikan gambaran yang buruk pada Dr Asri.

Para pembaca, jika anda betul2 ingin tahu soalan apa yang Dr Asri sedang jawab, di mana jawapan di bawah diberi- sila lihat rakaman ini di link di bawah.

jomfikir, saya tersangat kesal dengan apa yang anda telah tulis. Saya hampir percaya selepas membaca komen anda yang telah mengatakan Dr Asri memberikan jawapan demikian. Secara kebetulan, saya terlihat video ini hari ni dan teringat pada komen anda. Nampak sgt 'you are trying to mislead the readers to doubt Dr Asri by just copy pasting something which is totally taken out of context! You should be ashamed of yourself!! BOO!!'

Para pembaca, mari bandingkan kedua-dua ini:

Jawapan Dr Asri yang 'jomfikir' copy paste:

Saya berhenti menjadi Mufti, bukan saya serik. Jadi mufti apa nak serik. Boleh duduk diam-diam dan enjoy dengan jawatan. Jangan banyak cakap atau bangkang. Boleh pergi mesyuarat hotel sana, dan hotel sini. Lawatan sana, lawatan sini. Masuk ke tempat mahal-mahal. Ada kereta rasmi, terbang sana, terbang sini dan cukup bulan ambil gaji. Diam dan jangan peduli sangat apa yang sedang berlaku, maka jawatan itu satu nikmat yang 'sukar hendak dilepaskan.

Bunyinya macam Dr Asri ini angkuh dan macam bagus kan? Tapi apa kata pembaca dengar dulu context di mana Dr Asri telah memberikan jawapan sebegini. Sila lihat rakaman ini! (dan jgn percaya bulat-bulat semua benda yang anda baca dalam blog-blog!)

http://www.youtube.com/watch?v=J-3yQzg4O-w

kp cht ibol said...

kenapa ulas @ kacau urusan pentadbiran . pegawai - pegawai kerajaan bukannya suka orang politik kacau urusan mereka . kita kata kalau kita memerintah semua pentadbiran kerajaan selesa buat kerja kerana orang politik macam kita tak kacau urusan mereka , ni apa cerita !!! nak menangguk di air yang keruh ka?

ketua pengarah JPJ pun nak bawa kereta kena ada lesen juga Ustaz kan ?

apa kata kalau kita perintah malaysia nanti , orang akan ungkit balik bab ini apabila depa ceramah agama hentam kita...

Anonymous said...

Assalamualaikum..

saya SETUJU, pnangkapan Dr Asri kurang molek,msyarakat akan terkejut n huru hara sbb beliau bekas mufti..

saya TIDAK SETUJU, jika mengatakan tidak perlu tauliah atas alasan nabi s.a.w tidak buat, jika demikian,org akan trfikir,daftar nikah xperlu,masuk U xperlukan SPM or kelulusan ,jadi tok kadi nikah kahwin xperlu tauliah dll sbb nabi s.a.w xbuat..bg saya tauliah ni penting utk maslahat, cuma prlu pengurusan yg lebih molek ja...

saya SETUJU, bebas berpendapat sama ada mazhab mana pun

tapi saya TIDAK SETUJU, jika bila ada je tak baca qunut, org tu dituduh wahabi, begitu juga,bl ada je buat tahlil,dituduh bid'ah...sedangkan ia prkara khilafiyyah..

jadi,jika ada hujah yg xcanggah usul akidah,buatlah...jgn label pndangan lain salah,sesat,khurafat,bid'ah dll

SAMA2LAH BERLAPANG DADA

mat said...

cakap pasal wahabi ni memang takkan habis.sebab benda tu tak jelas.jadi tak perlu bergaduh soal wahabi.yang lebih penting kita berbincang soal yang jelas dan kompem haram.contoh soal tak tutup aurat,arak,rasuah,zina,sekular dan sebagainya.saya sendiri kurang bersetuju dengan pendekatan dr asri yang lebih suka meberi komen kepada golongan agama,tapi saya juga tidak bersetuju dengan tindakan jais.caranya memang nampak keterlaluan.soal tauliah rasanya tak timbul,sebab memang dr asri di ban dari memdapatkan tauliah di selangor.jadi memang takkan dapat tauliah.seterusnya setahu saya jais bukan dibawah kerajaan negeri,tapi dibawah kerajan pusat.kalau tidak takkan mungkin ada polis yang begitu ramai bersama jais.kerajaan negeri tak mampu mengarah polis.di kelantan pun polis boleh cakap takkan bekerjasama menangkap pesalah hudud,sebab bos dia bukan negeri,tapi pusat.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Komen Ustaz;
"Tiadakah tolak ansur dalam perkara ini ....apa yg saya bimbang nasib penjenayah jauh lebih baik dari nasib penceramah" - Ya,memang tidak boleh tolak ansur kerana PENJENAYAH AQIDAH LEBIH MERBAHAYA! Dalam hal aqidah Dr Asri ada menggunakan tamthil yg tidak dibolehkan walaupun mengikut pandangan ATHARI apatah lagi Asha'irah-Maturidiyyah (khusus dalam mengibaratkan jihah). Lapangkan dadamu ustaz.Telusuri dengan mendengar dan mengkaji sedalam-dalamnya.Bandingkan dengan pemahaman Tok-tok guru pondok di Kelantan seperti pandangan dan pemahaman Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah dan ramai lagi.Rasa-rasa macam mana? Setuju tak diorang dengan Dr Asri ini? Mungkin dalam beberapa hal ada kata sepakat,tapi kalaulah mereka (Tok-tok guru pondok) DAPAT KESEMPATAN mendengar kesemua ceramah Dr Asri sebelum ini terutamanya dalam soal aqidah,bagaimana agaknya ya? FIKIRKAN USTAZ ! Biarkanlah JAIS buat tugas mereka wahai Ustaz Nasrudin. Masih banyak lagi kerja perlu dibuat untuk jama'ah.Jangan campuri perkara yg diluar skop ustaz. Sudah-sudahlah tu!

Wahai Ustaz,lembutkan hatimu itu.TELITI BETUL-BETUL.DENGAR HABIS-HABIS CERAMAH-CERAMAH Dr Asri sebelum ini.Ingatlah HAL AGAMA jangan dibuat main-main.Perlu PENELITIAN demi menyelamatkan ummah.

Wallahu'alam

Anonymous said...

Memang ada pendapat Dr Asri dalam BEBERAPA (bukan kesemua) hal boleh dipersetujui.Tapi berhati-hatilah dalam soal aqidah (khusus mengenai ayat-ayat Shifatiyyah).Menggerak-gerakkan tangan (menggunakan tamthil yakni perumpamaan) untuk menerangkan sesuatu yang bersangkut paut dengan esensi zat bagi saya bukanlah juga seperti cara salafus soleh dahulu.Cara salafus soleh dahulu ialah "Stopping at the textual/scriptures without explaining it further" dan beriman dengannya, kerana salafus soleh dahulu tidak suka bermain dengan ilmu kalam.Salafus soleh juga ada mengatakan bahawa "Barang siapa menggerakkan tangannya ketika membaca ayat:

خلقتُ بِيَدَى

Atau mengisyaratkan dengan dua jari-jarinya ketika menyampaikan riwayat:

قلبُ المؤمنِ بين إصبعين من أصابع الرحمن

maka wajib tangannya untuk dipotong dan kedua jarinya dilepas.

Mereka berkata, ‘Kami menghindar dari menafsirkan dan menakwilkannya (ayat-ayat/khabar-khabar shifatiyah) karena dua alasan:

Pertama, adanya larangan dalam Al Qur’an dalam firman Allah:

“…. Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata:” Kami beriman kepada ayat- ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” Dan tidak dapat mengambil pelajaran(daripadanya) melainkan orang- orang yang berakal. ( QS. Âli ‘Imrân/7)

UNTUK PENERANGAN LEBIH LANJUT SILA KE SUMBER PENGAMBILAN DARI BLOG ASAL : http://salafytobat.wordpress.com/2008/06/20/ibnu-taymiah-memalsu-madzhab-salaf/

Carilah dalam youtube kalau masih ada mengenai pentamthilan menggunakan gerakan tangan ini mengenai ayat Shifatiyyah yg digunakan untuk menerangkan jihah (yakni arah).Maaf saya lupa sumber url youtube tersebut. Saya akan cuba mendapatkannya.

Saya bukan nak mengajar kerana saya YAKIN bahawa ustaz lebih pakar dalam hal-hal ini.Tetapi zaman sekarang inilah kita perlu saling ingat-mengingatkan kerana kita hambaNYA yg lemah dan tidak berdaya, jadi perlunya ada peringatan sesama Muslim.

Juga banyak pandangan yang sangat baik dan berguna berupa kitab-kitab (dan hasyiahnya) yg diterangkan oleh Ibn Taimiyyah (Rahimahullahu Ta'ala), tetapi bukan kesemua pendapat beliau kita terima. This is the essence/intipati Ahli Sunnah Wal Jamaah.Mana yg sesuai dengan jumhur diambil,mana yg agak melampaui batas dinasihatkan supaya berhati-hati.

Marilah kita berdoa supaya kita semua dikurniakan pemahaman yang betul mengenai ilmu-ilmu yg diterangkan (setelah analisis mendalam mengikut ijtihad mereka,yakni salaf dan khalaf) kepada kita oleh Imam-imam terdahulu.

Maafkan saya jika ada kesalahan dan terkasar bahasa. InsyaAllah ikhlas, cuma kengkadang disulami dgn kesalahan penyampaian dek kerana gagalnya saya dlm mengawal geram (kerana nafsu amarah).Moga-moga Allah SWT memberi saya dan kita semua kekuatan untuk mengubah mana-mana yg buruk dalam diri kita semua. InsyaAllah jika bersungguh-sungguh dan diuliti keikhlasan yg memerlukan mujahadah.

Wallahu'alam

Indera Pura said...

Saudara Nasrudin,
Komen saya tentang Dr. Asri dan dialog ilmiah boleh dilihat di sini.
Terima kasih.

Anonymous said...

Mmg betul!
JOMFIKIR buat fitnah!
ayat tu diambil 'out of context'.
Dr Asri cuma bg contoh, contoh mufti yg tidak berfungsi. Dan beliau berkata beliau TAK MAHU jadi begitu!

Taubatlah JOMFIKIR!
Sekalipun anda tak suka seseorg, berlaku adillah terhadapnya!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive