HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, November 1, 2009

Perteguh Pakatan Rakyat

Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5 K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo .

11 comments:

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Salam...

Kalau tuan mahu dihormati dan disegani samada oleh kawan mahupun lawan, tuan perlu belajar sepak terajang politik, belajar hormati pimpinan tertinggi, dan belajar taktik2 politik. kami lihat tuan amat kurang bijak dalam tindakan.

Contoh paling kukuh, SMS seruan jihad tuan pada PRK Bagan Pinang lepas. Apa perlu msg sedemikian? Dgn msg tuan itulah Umno gunakan untuk menakut-nakutkan Bukan Islam.

Tuan kena belajar dari TGNA, macam mana untuk bilhikmah dalam berdakwah. Rasulullah S.A.W sendiri tidak menggunakan cara yang akan merugikan Islam dalam berdakwah.


http://www.pemudakemehe1.blogspot.com

Admin said...

assalamualaikum...
saya ni blogger muda..
umur baru 16 tahun....
kalau boleh, senaraikanlah blog saya di senarai pautan blog ini supaya blog ini lebih dikenali...
saya tidak memaksa..

takbirr..

ORANG MUDA GENG KITA

Madrasah Tahfiz Al-Quran said...

Assalamualaikum,

Saya Penyokong PAS sejak umur 8 tahun dengan perasaan berbesar hati menyokong resolusi ini.

Anonymous said...

bila sebut kami blogger pejuang rakyat, ertinya nasib rakyat lah yang perlu diperjuangkan . Bukan populariti pemimpin mana-mana parti politik! Untuk memperjuangkan nasib rakyat, perangai pemimpin yang teruk juga perlu dikutuk dan dikecam macam kita kecam perangai Yahudi!!! itupun kalau perangai mereka memang macam Yahudi...

Ibnu Ali said...

Assalamulaikum.

Saya tak sokong yang akhir sekali. pada saya, Pakatan Rakyat memadai dengan keadaan sekarang. Tak perlu didaftarkan dan tak perlu kepada satu logo.

hafizzuddin said...

Dengan rasa penuh kesyukuran dipanjatkan kehadrat ALLAH yang masih memberi kesempatan kepada saya menziarahi blog ustaz.

Masa semakin suntuk, PR perlu perbaiki kelemahan segera, BN tidak akan berdiam sahaja melihat sokongan rakyat kepada PR yang semakin meningkat, usaha2 jahat telah dirancang bagi menggugat kesepakatan PR.

Himpunkan Kekuatan Kita, selesaikan masalah dalaman parti masing2 dengan segera. Dalam apa perkara sekalipun PR mestilah dilihat mendahului BN supaya rakyat berasa yakin dengan perjuangan kita.

PAS, PKR dan DAP harus bangkit sekarang, hentikanlah sebarang tindakan yang boleh menggugat kesepaduan dalam PR.

Harapan Rakyat kepada PR janganlah dipersiakan.

Bersamalah kita berdoa semoga impian Menggapai Putrajaya akan menjadi kenyataan.

Anonymous said...

salam ustaz..mabruk atas kesepakatan yang dicapai,mudah-mudahan PR terus maju,istiqomah memperjuangkan hak-hak rakyat,,semoga jemaah kita,PAS makin mantap dan menjadi regu terbaik dalam PR,,tiada kekhilafan yang merosakkan,wujud percambahan idea ke arah kecemerlangan..

Anonymous said...

Buat apa lagi nak tunggu dalam parti yang kita dah tak percaya dengan presidennya, kita dah tak mempercayai timbalan presidennya, kita tak yakin dengan setiausahanya, dah hilang penghormatan pada ketua Penerangan, dah tak tahan perangai Ketua Dewan Ulamaknya, dah berbulu dengan Ketua Pemudanya...organisasi tertinggi parti dah hancur, kita dah tak percaya.Kalau aku lah ada sikap sedemikian, sah aku dah cabut, aku tak tunggu lagi dah....tiada lagi Parti @ jemaah lagi dah kalau dah gitu....

toksara said...

Kesepakatan camna,beberapa pemimpin PAS yang berada dalam paradigma Klasik sukar memahami keperluan semasa.Bolehkah anda bertandang dirumah orang bukan Islam yang memakan babi dan memelihara anjing....? Perkara yang kecil beginipun sukar untuk disesuaikan.Orang Islam amat jijik dengan kedua jenis makhlok itu, lebih daripada syaitan yang berada dalam dirinya..! Jalan yang baik ajak Dr.Md.Asri (bekas Mufti)masuk PAS.

wan_jtk said...

Pemuda Pas Kemahang ni pemuda Pas ke aktivis sekular?

Sebelum buat tuduhan, ceklah dulu menjadi ker atau berkesan ker tuduhan "Dgn msg tuan itulah Umno gunakan untuk menakut-nakutkan Bukan Islam." tu.

Kalau menjadipun, sampai bila kita nak sukat cara kita berjuang ikut fitnah musuh?

Ambillah pelajaran dari sejarah bagaimana kita boleh berjaya dengan bersatupadu dan menyokong isu mencarut dan tuhan samseng.

pemuda pas perak said...

salam,

cadangan yg akhir sekali tu.tiada seorang pun dr pembentang atau pembahas menyebut ttg itu, ia hanya lah cadangan pembuat resolusi.

harap maklum

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive