HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, March 28, 2009

Haramkan PMRAM ? Budak UMNO Biadab

Kebetulan lewat jam 2 am di Ipoh , saya sempat menonton berita di TV sementara menunggu waktu bersahur .

Terkejut seketika apabila saya mendengar ucapan seorang wakil Kelab UMNO Luar Negara berucap di Perhimpunan Agung UMNO dengan nada angkuh dan biadab malah menampakkan kebodohan terlampaunya apabila menggesa UMNO supaya haramkan PMRAM .

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan di Perhimpunan Agung UMNO kelmarin menggesa supaya PMRAM diharamkan dan biasiswa anggota Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang. "Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.

Satu gesaan yang bukan sahaja tidak masuk aqal tetapi memperlihatkan niat dan sikap yang jahat Kelab UMNO Luar Negara terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [ PMRAM ] yang cukup berkaliber malah besar jasanya kepada mahasiswa/i Malaysia , Indonesia , Singapura dan Brunei di Mesir bahkan kepada negara tercinta .

Saya kira Wan Md Hazlin sangat dangkal pengetahuannya mengenai PMRAM atau beliau hanya budak suruhan UMNO yang tidak sudah - sudah menyimpan dendam kepada PMRAM sejak 1991 lagi .

Sebaik sahaja saya tiba di Mesir pada tahun 1992 , saya telah mendengar suara - suara jahat yang mendesak kerajaan Malaysia mengharamkan PMRAM . Sedang PMRAM sangat besar dan tinggi nilai jasa baktinya kepada Mahasiswa/i bahkan rakyat Malaysia di Mesir . Malah PMRAM telah wujud lebih awal dari wujudnya kedutaan Malaysia ke Mesir .

Jasa bakti PMRAM tidak siapa mampu menafikannya termasuklah sebahagian pemimpin UMNO sendiri yang dulunya pernah menjadi Yang diPertua PMRAM atau anggota Badan Pengurus PMRAM .

Saya masih ingat bagaimana langkah jahat pihak tertentu , bagi tercapai cita - cita mahu mengharamkan PMRAM telah menubuhkan sebuah pertubuhan tanpa cop halal iaitu PPMM . Walhal PMRAM telah wujud sejak 1930 menabur khidmat dan menyatukan mahasiswa di atas satu wadah iaitu PMRAM .

PPMM yang dianggotai oleh ahli - ahli UMNO di Mesir bertanggungjawab memecahbelahkan solidariti mahasiswa/i sekelagus membibitkan benih perbalahan dikalangan mahasiswa/i . Kesan pecah retaknya terasa hingga ke hari ini .

Terbaru kenyataan Wan Hazlin yang cukup menjadi asas bahawa dendam UMNO dan hasad pemimimpin mereka terhadap PMRAM masih belum selesai . Lebih terserlah ialah kebodohannya sendiri apabila mendesak UMNO agar mengharamkan PMRAM .

Apa hak UMNO dan di mana bidang kuasa UMNO untuk mengharamkan PMRAM ? PMRAM adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar dengan kerajaan Mesir bukan berdaftar dengan UMNO !!

Sepatutnya Wan Hazlin sebagai seorang yang terpelajar , kena fokus ucapannya untuk membersihkan UMNO dari imej buruk terpalit moral yang rendah dengan krisis integriti pada tahap parah dan kritikal dikalangan pimpinan UMNO . Malangnya beliau melihat PMRAM menjadi ancaman kepada UMNO , lantas penuh emosi mendesak supaya UMNO mengharamkan PMRAM dan menarik balik biasiswa ahli PMRAM . Standard ucapan Wan Hazlin dari Kelab UMNO Luar Negara bagai ucapan JKKK , dibakar oleh api permusuhan yang dinyalakan sendiri oleh mereka .

Kalau ahli Kelab UMNO luar Negara yang rata - rata anggotanya adalah dikalangan pelajar di luar negara mempunyai tahap pemikiran kelas ke 3 , bagaimanalah UMNO mahu melakukan transformasi bagi melahirkan UMNO berwajah baru kononnya . Ya , mungkin wajah baru tetapi perut pedalnya masih lama .

Wan Hazlin sepatutnya merujuk dulu kepada tokoh - tokoh negara bahkan tokoh - tokoh UMNO sendiri yang seketika dulu pernah memimpin PMRAM dan bakat kepimpinan mereka dibentuk oleh PMRAM .

Kaji juga peranan dan jasa bakti yang dicurahkan oleh PMRAM kepada pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir . Jangan bertindak melulu berasaskan tohmahan dan mempercayai fitnah liar yang dilempar .

Saya cabar agar Wan Hazlin buktikan atas kesalahan dan jenayah apa sehingga PMRAM yang jauh lebih tua usianya berbanding Wan Hazlin itu mahu diharamkan ?

Kalau hanya tuduhan kononnya PMRAM menyebarkan ideologi pembangkang , sila buktikan ! dan bagaimana pula dengan Kelab UMNO , secara jelas membawa ideologi parti politik . So apa bezanya ? Inikah sikap double standard UMNO yang akan mewarnai transformasi mereka kelak .

16 comments:

Anonymous said...

Sebelum aku datang uk, ada la aku mintak bantuan kelab umno uk ni pasal penempatan kami sekeluarga.Apa kelab umno uk buat? Langsung takde tindakan. Terkontang-kanteng aku cari rumah untuk sewa, duduk merempat bersama bini dan anak2 aku. Nak harapkan diorang? Mungkin diorang sibuk menjilat punggung pemimpin UMNO. Sepatutnya tubuhkan Kelab PMRAM kat uk ni, senang student malaysia yang nak ke sini. Kesimpulannya, Kelab Umno UK ni memang tak guna, hampeh..

pendokong PMRAM said...

kelab PMRAM UK??..erm..buleh dipertimbangkan...time kasih kpd UMNO yg berjaya mem'femes'kan PMRAM..hehe..

Budak Bijak said...

Jangan dilayan ustaz. Bodoh betul dia tu. tengok ucapan pun rasa nak hempuk kepala dia

Pendita Padi said...

salam ustaz nasrudin,
ustaz ooo ustaz..
saya nk menegur ustaz..
dimanakah nilai2 tinggi agama islam yg ada pada ustaz??
melabel org dangkal, bodoh, biadab??entah2 dia lagi pandai dari ustaz..sekurang2nya didalam ucapan beliau tiada kata2 kesat.
saya amatlah menyesal kata2 itu keluar dari org yang memakai serban putih yg berimejkan islam dikepalanya.
harap ustaz dapat memperbetul artikel2 di masa hadapan. adalah lebih enak kalau tiada unsur2 berbaur pepecahan.btol tak ustaz??

segala pandangan ustaz mengenai perkara tersebut adalah hak peribadi dan kebebasan bersuara.saya tiada hak untuk pertikaikannya.

kepada pemberi komen2, saya ingin berkongsi sedikit sepotong dua kata-kata saidina ali iaitu "Sifat pemarah adalah musuh utama akal." dan "Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil."
renung2kanlah...

"pemimpin yang teguh apabila berani menerima teguran"
sekian terima kasih.

Pelajar Mesir said...

Kepada Pendita Padi...
Betullah ape yang dikata oleh saudara...
Tak patut melabelkan orang lain seperti itu...
Bukanlah salah ust yang berkata sedemikian tetapi adalah perbuatan Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan sendiri yang menunjukkn dia seorang yang dangkal lagi dungu dan B***H...
Kenapa dia dia sendiri yang menyertai kelab yang berunsurkan politik kalau tak mahu orang lain berpolotik?...

Dicanang-canang seluruh pemimpin UMNO bahawa negara ini negara demokrasi...

Tapi kenapa perlu disekat, diharamkan dan bermacam2 lagi halangan kepada rakyat untuk memilih kepimpinan?...

Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan sendiri bukan pelajar Mesir, kenapa perlu dia sibuk2 pasal PMRAM?..

Apakah aura PMRAM dah sampai kat UK sampai dia bertindak semacam cacing kepanasan @ dia hanyalah boneka yang tak berakal yg blh dimain2kan?...

Saya ni student Mesir...
PMRAM ni mmg dah lama "dibanned" kan oleh kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia kaherah...
Dan blh saya katakan bahawa kesemua exco2 dan pemimpin tertinggi PMRAM tak menerima langsung biasiswa...
Sdgkan pelajar2 Nadi UMNO di sini bersenang lenang dengan duit rakyat kat sini dgn benda2 yg tak berfaedah langsung keada umat...

Tak perlu lah saya huraikan ape lagi sumbangan PMRAM kepada student2 kat sini...
Ape yang nadi UMNO buat?...
hanya habiskan duit kerajaan gajikan SB2 untuk hancurkan kesatuan pelajar kat sini...
Habeskan duit rakyat berseronok2 di tempat2 percutian...


Ape motif dia berkata sedemikian?...
Wallahua'lam

Pendita Padi said...

salam semua,
mengikut sepanjang pengetahuan saya berikutan perhimpunan agung UMNO tahun 2009, ini adalah kali pertama pelajar di luar negara (kelab umno) diberi ruang untuk menyampaikan suara mereka ke pihak atasan. saudara Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan telah dipilih menjadi speaker pelajar luar negara setelah kursus kepimpinan dijalankan untuk membentangkan semua usul dari semua kelab UMNO di luar negara.

Apa yang dibacanya itu adalah usul dari pelajar mesir sendiri dan bukanlah dari beliau. beliau sekadar menyampaikan dan saya rasa tak perlulah kita memberi tekanan yg sedemikian kepada beliau.

jadi, untuk isu tersebut saya cadangkan pihak dibahagian mesir PMRAM sila rujuk kepada kelab UMNO disana utk mencapai solusi berkesan. itu lebih elok daripada kita disini memburuk2an individu.takut2 cetusan minda yang kurang tepat boleh membawa kepada fitnah jikalau tersebar. biarlah segala infomasi yang diterima diteliti kesahihannya dan dirujuk sumber2 yang dipercayai.

Allah berfirman yang bermaksud:"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya."(Surah al-Baqarah, ayat 191)

Apabila fitnah tersebar secara berleluasa, ia bermakna nilai agama sudah musnah dalam diri seseorang atau masyarakat. Islam bertegas tidak membenarkan sebarang bentuk fitnah biarpun untuk tujuan apa sekalipun.

marilah atasi masalah bersama kerana ini bukanlah masa untuk menyalahkan sesama sendiri jikalau kita mahukan perubahan secara realistik. apa salahnya kita memberi masa berfikir menyelesaikan masalah dan keluar dengan solusi memperbetul keadaan drp masa itu dibazirkan untuk tuduh-menuduh.

"kurangkan percakaran, harmonikan persaudaraan,tingkatkan keimanan, pasti peroleh kejayaan"

sekian terima kasih.

Pelajar Mesir said...

Memang cantik sekali resolusi yang saudara Pendita Padi usulkan...
Kenapakah ditimbulkan fitnah yang sebegitu dahsyat kepada persatuan yang menjaga kebajikan pelajar di sini...

Persatuan yang sudah lama dipandang sepi oleh kerajaan Malaysia..

Persatuan yang lebih lama umurnya dari kedutaan Malaysia di sini...
Persatuan yang bertujuan menjaga maslahat pelajar2 disini...
Pelajar yang menanaungi semua jenis pelajar tak kira latar belakang, dan tidak pernah langsung diperjuangkan dakyah2 pembangkang seperti yang DIFITNAHKAN...

Kalaulah semua pemimpin UMNO mampu mengeluarkan resolusi spt saudara maka aman dan tenanglah negara ini...

Anonymous said...

yang pendita padi hangin pasaipa ?...memang betol la mamat tu menunjukkan kebodohan sendiri dalam ucapannya,,,abis nak kata apa lagi ? cuba baca betol-betol tulisan ustaz.....ustaz tak kata budak tu BODOH.....tapi ustaz highlighkan sikap budak tu yang bodoh...kalau nak dikira cerdik la tu dapat pi obersi, tapi kurang waras dalam penilaian...haaa, tu la sikap yg bodoh..

Anonymous said...

pendita padi said:

salam semua,
mengikut sepanjang pengetahuan saya berikutan perhimpunan agung UMNO tahun 2009, ini adalah kali pertama pelajar di luar negara (kelab umno) diberi ruang untuk menyampaikan suara mereka ke pihak atasan.

i say:

salam... saya pernah berada dalam kelab umno.. sekadar nak betulkan fakta pendita padi... sebenarnya, wakil Kelab UMNO Luar Negara (KULN) diberi peluang dan ruang SETIAP tahun dalam perhimpunan agung UMNO untuk menyampaikan 'suara mereka ke atas pihak atasan'.

jadi 2009 bukanlah kali pertama ya.. harap maklum.

Pendita Padi said...

salam,
terima kasih atas pembetulan itu, saya telah rujuk sumber2 yang dipercayai yang menyatakan perwakilan bermula tahun 2003.

teguran tersebut saya terima secara positif.saya hanya menegur cara penyampaian ustaz sahaja selembut mungkin untuk kebaikan semua pihak. itu sahaja niat ikhlas saya.

PMMRAM mmg sudah lama, tetapi adakah itu bermaksud tidak boleh disentuh, ditegur, diusik atau dikritik??sehingga orang ramai tiada hak untuk bersuara??
adalah tidak wajar jika kita ambil ini sebagai suatu pemahaman.

apa yang saya harapkan, pihak UMNO mesir dan PMMRAM haruslah duduk semeja bagi menyelesaikan masalah secara terbuka dan berlapang dada.

sekian terima kasih

Anonymous said...

usul meminta biasiswa anggota PMRAM ditarik adalah seperti tindakan seorang budak yang dengki terhadap rakannya yang lebih berjaya dalam peperiksaan, maka dipukulnya rakan itu. sepatutnya budak itu belajar dengan lebih rajin untuk memajukan diri, bukannya meminta yang buruk-buruk terhadap kawannya.

tetapi UMNO sifatnya begitu. suka mengambil langkah mudah dengan menekan pihak yang tidak bersama dengan ideologi mereka. mungkin UMNO tak kaji sejarah dunia, bahawa gerakan mana yang lebih ditekan dengan harapan untuk melemahkannya, gerakan itulah yang makin kuat.

Anonymous said...

Pendita Padi tak paham2 yg pendirian PMRAM secara persatuannya ialah tidak mengiktiraf badan pelajar berbentuk kepartian seperti KELAB UMNO selaras dgn pendirian kerajaan. PMRAM takkan buat apa2 resolusi dgn KELAB Pelajar PAS (Kalau ada) maupun KELAB UMNO (yg mmg ada pun). So toksah la ko sibuk2 nak suh cari resolusi ke mende. kawan tu hentam PMRAM gile2 babi tetiba kita nak cari resolusi dgn dia sedangkan dasar kerajaan pun kata xmau pelajar politik kepartian..dahtu Kelab UMNO tu apa?

Tuhan pun bagi kata celaka kat Abu Lahab yg tak reti2 bahasa, ko tgk hadith and quran berapa banyak ayat yg tempelak puak2 munafiq tak reti bahasa..ada tuhan guna bahasa2 lembut untuk mereka yg bodoh buat2 tak paham ni?

Tak perlu la nak tegakkan benang basah. Dulu Adik aku di Mesir tak dapat zakat selangor sbb taknak join program UMNO atas alasan nak imtihan qabul. Yg bestnya dlm imtihan qabul tu 2 org je yg lulus termasuk adik aku dan kedua2nya tak join prog umno tu. yg join prog umno tu suma failed but still dapat zakat selangor. adik aku n kawan dia ni hanya dapat zakat tu slps p.raya mac 2009 lps sgor bertukar tampuk pemerintahan.. apa punya mentaliti ni? takkan org camni tak layak kena tempelak lagi? bukan adik aku join PAS pun, adik aku taknak join kelab umno je..

ko tak kena padi ko jgn bising la.. ko tak tau cmna UMNO tindas org yg tak sokong dia walaupun org tu Melayu mcm aku.. Aku tak lulus loan perniagaan sbb tak nak jd ahli UMNO bahagian..aku MELAYU tau padi..bukan mamak..Bullshit la ko nak suh aku lembut2 dgn puak ni..Nabi pun pegi perang tau..

Anonymous said...

Pendita Padi

Ko nak tegur PMRAM ko tegur la, ni aku nak tanya, mamat kelab UMNO tu nak tegur PMRAM ke? tegur mende kalu gi cadang haramkan PMRAM..besor gile kuasa dia..

Aku tak kata pun PMRAM maksum, aku pun taknak nafi PMRAM bukan ada tak betul dari aspek pelaksanaan atau sikap2 pemimpin dia..so tegur la aspek tu yg dok cadang haram tu pe jadahnya? Pastu nak haramkan PMRAM ganti dengan Kelab UMNO? Hancuss..

Anonymous said...

assalamualaikum semua..
apa yg ko nk kitai pendita padi...
lek2 la..klu iapun nk jadi pembangkang tak pyhlah la fanatik sangat sampai camnie..nie mcm kene picit telur je..tu pn klu ade la nk dipicit...hahahaha!!!

jangan nak tau bangkang, lawan sana sini jerit terlolong tapi kerja tak jalan..pe cer??
klu pas wat sume btol laa..haramkan itu ini..siap ade pemimpin korang ckp haram hukumnya masuk umno...haishh!!
ustaz tu...

udahlah..malas aku nk ckp ngn org camnie..takde pekdah.sampai bile2 pn tak abis.
dahla salam pun tak kasi...mane ciri2 keislaman yg ade pade korang..
basic tu...klu tu pn tak bleh..takpyh la sokong pas..gi sokong DAP ke pasti orang iban ke afrika ke..
HAHAHAHAHA!!!
best siut kitai orang camnie....sape nk balas..balas la..yg penting korang bace komen aku pn aku dh puas...
amacam, bengang ke??aku saje komen camnie supaya org yg bodoh cam korang nie bace..saje test2 power skit..keh3!
sorry la klu terase..

Anonymous said...

to pendita padi
baik stop ar
silap blog ko nak bagi pendapat ni. aku yang baca ni pun dah naik kesian plop..kuang3

Pelajar UK said...

Kepada Pendita Padi, anda nampak seperti seorang yg mahu berlagak seperti neutral,w/pon nampak macam defensive terhadap wakil kelab umno luar negara ni --> secara jujurnya, pendita padi, seems like u don't really know the reality of this life and u have a lot to learn about which i hope u'll give the chance to urself to learn about it.
Kalau ikutkan, sepatutnya Kelab Umno UK yg kena diharamkan. kalau kat tempat saya, kelab umno slalu jek buat program2,pastu campur laki pompuan gaul bebas, siap ada nyanyi2 band lagi,pompaun pakai seksi2 fuihh..bukankah haram di sisi Islam benda2 tu, tapi x haram la di sisi UMNO!!tapi Pmram yg dok tolong budak2 tu nak haram pulak. sudah terbalikkah dunia ni?lu pikir la sendiri!!

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive