HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, April 26, 2009

Ada 2 Team dalam PAS ? - vol 2

Jauh saya meneliti ragam dan karenah dalaman organisasi , segera saya mengesan betapa wujudnya satu lagi team yang menjadi liabiliti kepada parti .

Agak lama team ini bertapak dalam parti yang memperjuangkan Islam biarpun pelbagai mekasnime untuk menangani mahupun membasminya telah dilakukan .

Team inilah yang sering membawa masaalah kepada perjuangan malah melemahkan parti dalam mendepani cabaran . Mereka bukan sahaja tidak membantu parti sebaliknya sering mengundang sengketa sehingga banyak aktiviti parti tergendala angkara mereka .

Saya secara terus terang sangat terguris hati dengan golongan atau team ini . Allah swt telah menegaskan di dalam al quran mengenai kemunculan golongan ini . Firman Allah swt di dalam surah an Nisa' ayat 95' :

Tidaklah sama antara mukmin yang duduk [ Qaai'dun ] (yang tidak ikut berjuang) tanpa mempunyai ke'uzuran dengan orang-orang yang berjihad [ mujaahidun ] di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk [ qaai'dun ] satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar .

Team Al Qaai'dun

Kumpulan yang saya maksudkan kali ini kumpulan Al Qaai'dun iaitu kumpulan yang hanya berpeluk tubuh dan berat papan punggung mereka untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka .

1001 alasan dikemuka untuk tidak menunaikan amanah . Pandai cakap pulak tu ! Ada - ada sahaja alasan yang dikemukakan melalui lidah mereka yang tidak bertulang . Seringkali hujjahnya berjaya menarik simpati orang untuk memaafkan mereka .

Kerja yang diamanahkan mereka tidak pernah selesai . Malangnya team ini cukup pandai menyembunyikan kelemahan mereka . Mereka suka mempersoal hasil kerja orang lain dan mengkritik tindakan orang . Secara umumnya seolah - olah ia seorang yang hebat kerana bijak menganalisa mutu kerja orang lain , padahal mereka sedang menyembunyikan kelemahan dan kegagalan mereka menyiapkan tugasan mereka sendiri .

Kalau dia kritik memang pedas dan berbisa sehingga terkadang hilang rasa hormatnya kepada orang yang mereka kritik sekalipun orang itu adalah pemimpin mereka sendiri . Mereka kritik layaknya hanya mereka yang tahu segala , hanya mereka yang benar dan hanya mereka yang boleh melakukan . Kasar bahasanya dan kesat lidahnya dalam menutur kalimah ketika mengkritik .

Kononnya mereka yang paling sayang kepada parti , maka sedikit langkah orang lain yang menimbulkan kekeliruan bagi dirinya segera ditanggap sebagai khianat kepada parti walhal orang yang dituduh khianat itu terlebih dahulu merentas perit jerih perjuangan dan melalui proses jatuh bangun bersama perkembangan serta kemajuan parti sejak awal , sementara pengkritiknya pada waktu masih budak hingusan yang belum mengerti erti perjuangan .

Sementara pemimpin atau siapa sahaja yang menjadi mangsa kritikan pedas dan geram golongan Qaai'dun ini berhempas pulas berdepan cabaran dan halangan perjuangan pula bersabung nyawa di medan , [ Jika tidak pun mengorbankan masa , tenaga dan harta , ] mereka [ al Qaai'dun ] hanya bergoyang kaki sambil menulis dengan emosi , mengutip maklumat yang diperolehi melalui meeting kedai kopi mereka untuk pendedahan sensasi yang bakal meletupkan suasana panas berpolitik .

Begitulah keadaan atau fenomena biasa bagi team al Qaai'dun ini . Mereka hanya berpeluk tubuh dan duduk bersahaja . Puas dan bosan dalam keadaan demikian mereka mencari pasal dengan sesiapa sahaja termasuk rakan sejamaah untuk wujudkan pertembungan .

Mereka suka cari salah dan silap jamaah dan rakan - rakan sejamaah . Mereka gembira kalau berjaya mendedahkannya kepada umum malah mereka jadikan kesilapan ini sebagai turning point untuk jatuhkan sesama sendiri . Golongan ini tidak kerja dalam parti . Bukan kerja tidak ada ! bahkan kerja terlalu banyak , tetapi dasar golongan qaai'dun suka berpeleseran dan menganggur dalam parti . Akhirnya pengangguran ini membawa gejala yang tidak harmoni dalam parti iaitu suka kritik orang sedang mereka ljupa akan diri mereka sendiri yang cukup banyak kelemahan .

Saya ingatkan mereka ini dengan firman Allah swt dari surah at Taubah ayat : 38 -39 yang bermaksud :

Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya bila dikatakan kepadamu: "Berangkatlah (untuk berjuang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) diakhirat hanyalah sedikit.

Jika kamu tidak berangkat untuk berjuang, niscaya Allah menyiksa kamu dengan siksa yang pedih dan digantinya (kamu) dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat memberi kemudharatan kepada-Nya sedikitpun. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ayat ini menjanjikan azab atau murka Allah swt kepada golongan al Qaai'dun atau golongan yang hanya suka berpeluk tubuh enggan untuk berjuang tetapi hanya pandai mengkritik dari luar gelanggang .

Selamat berjuang agar kita tidak termasuk dalam team al Qaai'dun [ berpeluk tubuh / duduk bersahaja dalam parti ] sebalik kita masuk team al Mujaahidun [ golongan yang aktif berjuang ] .

10 comments:

MS said...

Salam. Semoga Allah melindungi kita dari kelompok `goyang kaki' dan `goncang parti'. Ingatan pada aku sendiri.

Cikli said...

salam,

ulasan yang baik dan kena pada waktu.

semoga kita yang kononnya berada di luar kotak tidak menjadikan kerja menyelongkar isi kotak sebagai hobi.

Anonymous said...

Dng mudah katanya, puak2 blogger yg melampau! Berjihad dng tulisan konon! mengaku pejuang Islam konon! komen membina konon! Insaflah dng tulisan yg dipertanggungjawabkan nanti.

muryadi said...

Memang ramai golongan tersebut tak kiralah dalam kumpulan mana sekali pun.

Pandai komplain, malas bekerja dan susah turun padang.

Maklumlah lidah tak bertulang dan sekarang ni cuma dgn menekan keyboard je pun boleh komplain, malah internet tanpa sempadan.

Perlulah sama2 guna akal dan pertimbangan kita yg mana yg perlu dilayan dan yg mana perlu dibakul-sampahkan saje.

wan said...

Salam ustaz, saya mempunyai pandangan yang bersetuju dan hampir selari dengan pemikiran ustaz terhadap bagaimana kita menjalankan tanggunggjawab sebagai ahli dan sahabat dalam jemaah.

Mungkin kelebihannya adalah di pihak ustaz yang banyak memberi ilmu yang bermanfaat lagi tenang untuk saya fahami dan memberi acuan kepada pemikiran yang waras. Jangan terlemas dengan pujian ini, hanyalah sebagai adab.

Tapi saya cuba berfikir untuk memahami mungkin ada sebab tertentu pihak yang agak kontra dengan pihak yang berhati-hati soal tahalluf siasi ini.

Maksud saya pihak yang berhati-hati dan memahami dengan soal tahalluf siasi ini adalah mereka yang bersangka baik disaat pertama sekali mendengar cadangan "negara Perpaduan" ilham presiden kita, hasil dari thiqah dan kepercayaan yang tinggi pada Tuan Guru.

Seharusnya mereka yang agak terburu-buru menentang lontaran Presiden itu mempunyai sebab yang tersendiri, yang saya yakini mereka juga ikhlas dalam perjuangan ini. NAMUN ADAB DAN TERTIBNYA AGAK TERBURU-BURU, bagaikan anak kapal diperut kapal yang menebuk dinding kerana tak sabar nak meneguk air.

Tapi saya bersetuju kali ini dengan fasa terbaru ustaz Din dengan sahabat yang faham untuk melakukan tindakan menegur ini. Adalah salah untuk membiarkan kemungkaran itu melampaui had berlaku tanpa di tegur.

Cuma ahli-ahli perlu faham, jangan kita terikut perangai mereka yang boleh bersangka buruk sampaikan tergamak menuduh 2 pimpinan tertinggi tanpa berlapik. Mereka lebih bersikap memaafkan dan berlapang dada terhadap pimpinan parti lain daripada bersangka baik terhadap 2 pimpinan tertinggi kita.

Saya yakin, sahabat sejemaah kita ini mempunyai niat yang baik, tapi disebabkan adabnya tidak di letak kehadapan, khilaf yang rahmat itu nampak seperti pertembungan antara haq dan batil.

hasanhusaini said...

maaf us, bukan tak stuju dgn tguran us...cm ana bmbg, klau2 tguran maslaah kelambu ini ditegur secara terang-terangan, ia akan merosakkan jemaah sendiri..pndangan ana, masalah ahli, kita tegur secara berdepan, mendedahkan aib kita kepada umum seolah-olah kita sedang mengumumkan kepincangan sdg menimpa kita..sgkn sblum ini, PAS sdg meraih kepercayaan ramai rakyat lantara track record yg begitu baik.
maaf, teguran dari ana secara peribadi selaku org baru.

muslimat said...

okeylah teguran ustaz ni....ia dibuat secara umum tanpa menyebut mana-mana pribadi...saya tak nampak ustaz nak selongkar aib dalam kelambu tapi peringatan ustaz ni untuk kita lebih berwaspada.

Pokok kepada segalanya adalah tarbiyyah ....

ko sebuk nak tau nama aku pasal??? said...

aduii...
rasa nak gelak pun ada bila baca entry ust din dua tiga menjak ni..
macam2 ada dalam pas ni..
kekadang tu macam bdk2 la pulak, org tu nyalahkan orag ni, org ni nyalahkan org tu..
lantak la..
kalau korang rasa nak jadi bangau, terus la jadi bangau dan nyanyi la lagu bangau tu selalu..
tapi kalau nak jadi orag yg berjaya dunia akhirat, SENDIRI MAU INGAT LA BEB!!!!
arghhh.... bosan la!!!

Unknown said...

salam.

Ustaz kadang-kadang tak buat apa jugak. Jangan kerah orang lain aje..jangan marah.

salam

Anonymous said...

sedapnya si admia bercakap.. hang tolong habaq mai bila masa yg us din tak buat apa.. aku beberapa hari duduk ddgn dia hari tu, aku tengok us din ni memang orang yg tak reti dok diam.. ada saja kerja jamaah yg dibuat. siang malam.. balik ke kuantan pun sekali sekala. anak isteri selalu ditinggalkan.. benar2 seorang pejuang.. aku rasa admia ni macam golongan yg betul2 us din maksudkan di atas..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive