HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, May 3, 2009

Dato' Husam Wajar Tanding Presiden

Dato' Paduka Husam Musa
Sewajarnya Bertanding di jawatan Presiden
Demi Arah Tuju PAS yang Terang

Dato' Paduka Husam bin Musa Naib Presiden PAS telah menegaskan bahawa beliau bersedia untuk dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS menjelang pemilihan di muktamar kelak .

Saya mengikuti beberapa alasan yang dikemukakan oleh beliau bagi mewajarkan tindakannya mencabar penyandang Timbalan Presiden PAS hari ini .

Alasan beliau terhenti diatas tiga faktor :


1. Meneliti harapan dari PAS kawasan yang mencalonkan beliau .

2. Menimbang faktor arah tuju parti .

3. Memperkukuhkan pencapaian PAS dalam PRU ke 13

Saya tertarik kepada alasan ke dua yang dikemukakan dan ia berkait dengan hala tuju PAS . Dato' Husam menyatakan : " saya harus mempertimbangkan faktor arah tuju parti, iaitu arah tuju PAS sendiri. Adakah PAS memerlukan satu sumbangan saya untuk pengukuhan arah tujunya. Jika arah tuju PAS sudah jelas dan nyata saya tidak fikir perlu di ganggu. Tetapi sekiranya ahli-ahli parti merasakan satu pengarahan masa depan parti yang lebih terang dan tidak ada satu keraguan terhadap parti, mungkin saya akan pertimbangkan penyertaan saya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden, insya Allah. "

Meneliti kenyataan Dato' Paduka Husam Musa , dapat difahami dengan jelas bahawa beliau kini merasakan arah tuju PAS tidak terang atau tidak jelas malah meragukan , lantaran itu beliau kini bersedia untuk bertanding ke jawatan Timbalan Presiden PAS bagi memastikan selepas ini arah tuju PAS lebih terang dan tidak ada keraguan terhadap parti .

Andai arah tuju PAS telah jelas dan nyata , nescaya beliau tidak akan mengganggu malah tidak akan berfikir untuk mengganggunya .

Jika benar Dato' Paduka Husam Musa merasakan arah tuju parti tidak jelas dan nyata , sehingga mendorong beliau bertanding ke jawatan Timbalan Presiden di musim pemilihan parti akan datang , saya merasakan tindakan Dato' Paduka salah dan tidak tepat .

Saya tidak ragu terhadap telahan Dato' Paduka kerana sebelum ini saya sangat mengenali beliau sebagai seorang yang objektif dan strategis . Tentunya telahan beliau bahawa arah tuju parti tidak terang dan meragukan itu ada benarnya .

Tetapi saya tidak bersetuju beliau bertanding ke jawatan Timbalan Presiden . Kerana jawatan Timbalan Presiden tidak akan banyak membantu beliau untuk membetulkan kembali arah tuju parti yang kini telah kabur dan pudar malah meragukan ahli parti .

Jawatan yang sepatutnya ditandingi oleh seorang yang hebat dan berwibawa seperti Dato' Paduka Husam Musa ialah jawatan Presiden PAS itu sendiri . Kekuatan untuk merubah arah tuju dan memastikan ianya terang lagi jelas tanpa sedikitpun keraguan dikalangan anggota parti mestilah bermula dari kerusi Presiden parti .

Tambahan pula , hari ini pelbagai pihak menimbulkan keraguan terhadap Al Fadhil Tuan Guru Hj Abdul Hadi sebagai Presiden parti dan menganggap idea - idea pelik yang di bawa oleh Tok Guru Presiden seperti muzakarah dan unity government , sangat meragukan ahli parti . Barangkali inilah juga asas kenapa Dato' Paduka Husam Musa menganggap arah tuju parti kini mengelirukan dan memaksa beliau bertanding ke jawatan Timbalan Presiden .

Sekali lagi saya tegaskan di sini bahawa jawatan yang layak dan paling sesuai untuk misi dan visi Dato Paduka Husam Musa ialah Presiden bukan Timbalan Presiden .

Kawasan - kawasan yang masih belum selesai bermesyuarat agung atau belum menyerahkan kertas pencalonan kepimpinan parti boleh turut sama memikirkan kewajaran ini dan saya sarankan agar ada kawasan mencalonkan Dato' Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS dan saya sangat berharap agar Dato' Paduka tidaklah pula selepas ini menarik diri daripada pencalonan yang diberikan oleh kawasan kerana itu juga sebahagian dari harapan PAS kawasan dan ia menepati faktor pertama yang mendorong Dato' Paduka bertanding ke jawatan tertinggi parti .

Harapan saya selepas ini , PAS akan kembali mempunyai arah tuju yang terang lagi nyata dan tidak meragukan ahli parti setelah Presiden PAS sekarang banyak menimbulkan keraguan kepada ahli parti . Atas alasan serupa demi masa depan parti sekali lagi saya nyatakan sokongan saya agar Dato' Paduka Husam Musa diberi peluang untuk merebut jawatan Presiden parti . Justeru itu PAS kawasan mestilah mencalonkan beliau dan saya merayu sungguh - sungguh agar beliau benar - benar diberi peluang demi masa depan parti .

Dato' Seri Tuan Guru Presiden juga telah berulang kali menyebut bahawa beliau bersedia dicabar jika perwakilan merasa kepimpinan beliau tidak lagi berkesan malah meragukan , pula menyebabkan arah tuju parti menjadi tidak terang dan tidak nyata .

66 comments:

Anonymous said...

kah kah kah... nampaknya provokasi terawal sudah bermula... kah kah kah kah...

kah kah kah...jangan sampai termakan provokasi sendiri sudah la...kah kah kah kah

kah kah kah kah...

Anonymous said...

kah kah kah....bukan idea muzakarah dan unity gomen je.. kah kah.. tp hadi tak tetap pendirian...kah kah kah...

kah kah... macam unity gomen kah kah.. kejap tarik balik.. kah kah kah.. kejap nafikan... kah kah kah...

tak baca surat khabar ker?? kah kah kah.. ha ha ha...

http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/04/presiden-pas-nafi-tarik-balik-kerajaan.html

ha.. ha....

hadi dalam dilema... haha.. nak dengar cakap orang keliling ke.. kah kah kah.. nak dengar cakap menantu.. kah kah kah....

malay dilema.. kah kah.. hadi delema... kah kah.. haha,.haha

kah kah kah kah kah

Anonymous said...

tahniah.. tulisan anta dah 'berjaya' masuk muka dpn utusan.. mmg syok tp yang hancurnya perpaduan dlm pas.. malu laaa

Anonymous said...

Tahniah Ust Din..enta punya logikal mantiq tu tak terlalu dalam malahan jauh dari tohor..harap2 Husam & sesapa yg pro Husam faham...
Cuma saya nak ulas sikit (maaf deh)..betul sbgmana yg disebut oleh Ust Din...Wajar Tanding Presiden..sb nanti kalu hanya jadi org No. 2, pe yg Husam leh wat?nak rasuk TGHH supa ikut jalan dia demi halatuju PAS yg sebenar? ko lagumana?? saya pun setuju 100% Husam Anak Lelaki Hj Musa bertanding Presiden demi halatuju PAS...Takbir !!! 3x

Anonymous said...

hihi..janganlah macam tu ustaz. Macam kecewa je bunyinya. Tak pe lah ust sape2 je lah presiden PAS. Anggaplah ini satu ujian untuk menilai sejauhmana PAS benar2 berjuang untuk agama. Kalau PAS benar berjuang di jalan Allah pasti Allah akan menjaga PAS dari tangan2 org yang tidak sepatutnya. Tak payah gaduh2 pasal pemilihan ni. Baik tumpukan pada kerja2 dakwah

dr.mahathir mohamad said...

nik abduh 2 :)

Anonymous said...

Mat Ali

Nik Abduh 2 apanyer , kan ostad sokong husam tu . Abduh lawan husam :(

Anonymous said...

ape hala tuju yg dibawa husam?
adakah selama ini Ust Din x yakin
dgn pemimpin skrg dulu yg bawa PAS sampai ke arah ni

zaman tok guru Yusuf Rawa,
dato` Fazhil Nor,
tok guru Hadi Awang
mereka ini semua ulamak

jgn pisahkan ulamak dgn presdien
ibarat Islam N politik
xleh pisah begitu mudah

ulamak jgk yg mengasaskan PAS
kalo kite mudah termkn dgn kenyataan tanpa ade hujah yg kuat..
usahkan Husam,bahkan Mad Sabu pon leh tanding presiden

betul la kate ketua dewan Ulamak PAS,Ust Mohammad Daud Iraqi:presiden & tim Presdien mesti ulamak

faham islam said...

us din..kita tak yah tanding2 lah,kita bagi terus,,,,,pak khalid pre,husam musa tim pre..'settle' masalah

MS said...

Maaf, saya membaca pada lapis kedua atau ketiga. Sedang sang penakut dan sang musang berbulu ayam membaca pada laras muka. Sesuai dengan paras akalnya.

TAAVEEKUN PERAK said...

Pemimpin PAS sanggup melihat Islam dan Melayu berpecah kerana mereka sangat yakin bahawa PAS boleh menjadi parti alternatif kepada orang-orang Melayu. Pemimpin PAS semakin yakin bahawa kaum Cina dan India mulai menyokong calon PAS. Mengapa mereka perlu bersatu dengan UMNO? Mereka beranggapan UMNO mulai menuju kehancuran atau lubang kubur.
Pandangan yang terlalu awal. Dalam politik pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Ada masa naik dan ada masa turun. Ada masa air pasang dan ada masa air surut. Bergantunglah kepada keadaan dan masanya. UMNO mulai membuat beberapa perubahan bagi mengembalikan keyakinan rakyat. Pemimpin-pemimpin MT UMNO yang dipilih melalui Persidangan Agung UMNO kebanyakan pemimpin yang berani bercakap, berpendirian tegas, berwibawa dan bersih. PM, DS Najib telah melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan pemimpin UMNO yang bersih dan berkemampuan memberi sumbangan kepada rakyat dan negara. Beberapa dasar telah mengalami perubahan dan pembaharuan. Majlis perasmian yang bakal dihadiri oleh pemimpin kerajaan diringkaskan kerana lebih masa ditumpukan kepada perkhidmatan kepada rakyat. Sesuai dengan cogan kata di bawah pentadbiran DS Najib iaitu "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan". Jika UMNO dan BN mendapat restu rakyat pada masa akan datang bermakna Melayu terus berpecah.
Oleh itu pemimpin PAS mahu pun UMNO tidak perlu mendabik dada mengatakan parti masing-masing kuat. Sebenarnya NGOs dan orang Melayu tidak rela melihat bangsa Melayu semakin menuju kehancuran. Apakah Islam boleh terus berkembang maju jika bangsa Melayu hancur? Perjuangan Islam PAS sebenarnya samalah jua dengan perjuangan UMNO. Cuma pendekatan PAS dan UMNO mungkin sedikit berbeda dan apakah perbedaan itu tidak memungkinkan UMNO dan PAS bersatu kerana Allah. Jika PAS boleh menerima DAP sebagai rakan dalam pakatan, mengapa PAS tidak boleh menerima UMNO sebagai pakatan dalam perjuangan membela nasib bangsa Melayu dan Islam?

kapt_shiqaqi said...

hehehe go husam go tanding presiden tuh kan angan2 demo tuh, setakat timb presiden xleh over rule presiden utk bwk arah tuju yg terangkan? :-)

Anonymous said...

assalamualaikum ! Ukhwah yg di rahmati Allah ! Pada telahan saya, untuk merungkaikan isu ini, pihak Syura seharusnya diberi ruang dan peluang serta kuasa untuk menentukan siapa yang bakal menjadi saf kepimpinan yg penting dalam Pas. Konsep wala" dah wahdatul fikri perlu disampaikan kepada pendokong dan penyokong Pas. Harap2 perkara ini tidak terlepas pandang.

abufateh said...

Pedas dan berbisa telahan ustaz kali ni, alhamdulillah membantu ana memahami keadaan yang sedang berlaku sekarang ini. Terima kasih atas post ustaz ini.

'Besama kepimpinan ulama' selamanya'.

Anonymous said...

ustaz Din tembak juga. Jangan sampai ustaz Din dan Ustaz Nik Abduh disembelih oleh puak 'pembantu sesat'.

Kalau diberi pilihan, saya akan sokong golongan yang pro presiden PAS daripada pro Anwar. Ini jelas.

Baru-baru Husam 'erdogan' cakap, dia berwala' ustaz hadi dan tidak bertuankan Anwar. Saya pegang ucapan Husam 'erdogan'(beliau menyukai nama ini). Kalau ini benar, saya sokong beliaulah.. jangan koner2 Husam erdogan

Walau bagaimanapun, jika teliti penyataan akhbar Husam Erdogan(kenyataan akhbar ini akan memakan diri beliau, kenyataan ini boleh dijadikan nas semasa ustaz nik abduh bersemuka dgn TG Nik Aziz nanti. Begitu juga kenyataan kickdefella yang mula menyerang TG Presiden), Saya bersetuju ucapan Ustaz Nik Amar, PAS sekarang berada dalam posisi terbaik, tiada alasan untuk mengubah posisi sekarang.

Keadaan sekarang semakin celaru. Memang blog boleh membiolkan otak. serang menyerang dalam kandang sendiri. Terkepung dalam kandang, akhirnya mati tertanduk rakan sendiri.

'otak2 UMNO' bermaharaja lela sekarang

wan ziarahsufi
Ya Allah, selamatkanlah jemaah ini..

Anonymous said...

kerusi timbalan presiden mesti srasi dengan presiden.

Tak nak Dato Asri bertimbalan TG Fadzil Nor kerana idealisme lain. Jika Husam Erdogan duk timbalan presiden, mudah husam erdogan jolok TG Presiden sampai jatuh.

harap persepsi saya salah laaaa

Geram apabila lihat kickdefella cadang TG Nik Aziz supaya ke Pusat. ada udang sebalik ke sheih(ada kawan hang cakap, hang UMNO dulu masa kat kampus, no komen la).

wan ziarahsufi

Dr Yunus said...

Islam menitik beratkan kepimpinan yang layak

1. Lihatlah kepimpinan berdasarkan merit dan pengorbanan masing-masing. Lihat semasa kita kalah teruk pada 2004 dahulu. Sampai 2008 siapa yang berada di barisan hadapan untuk mempertahankan PAS apabila diserang bertubi-tubi oleh UMNO; Orangnya Husam
2. Melawan kepimpinan Ulamak? Bukan soal ulamak atau tidak tapi soal boleh buat kerja atau tidak boleh buat kerja. Kalau ada degree Pengajian Islam pun, tidak reti memimpin, hancur jamaah.
3. Kepimpinan Ulama' = Kepimpinan Degree FPI. Mana ada riwayat yang mewajibkan untuk menjadi pimpinan mesti ada degree FPI
4. Melawan kepimpinan Ulamak? Orang tak lawan kepimpinan Ulamak tapi orang takut ada agenda hendak membawa PAS masuk ke dalam BN macam dalam akhbar banyak komen pasal kerajaan perpaduan. Kebetulan, engineer pada kerajaan perpaduan adalah orang yang bertitle ulamak.
5.Kepimpinan PAS harus dilihat kepada siapa yang biasa merakyat, turun demonstrasi, siapa yang tidak turun demonstrasi, tidak boleh jadi pemimpin parti politik.
6. Husam Musa seorang yang boleh berbahasa Arab (bersepah-sepah Ustaz yang tidak boleh berbahasa Arab walaupun ada degree, tapi menunutut jawatan atas alasan diri mereka ulamak), dan boleh membaca kitab Arab, dan beliau dipandu oleh ulamak di sekelilingnya seperti TG Nik Aziz serta ramai lagi Tok Guru Pondok di Pasir Tumbuh yang berkebetulan tempat beliau memimpin. Inilah contoh kepimpinan Islam terdahulu, khalifah, berpaksikan ulamak di sekelilingnya.
7. Ikhwanul Muslimin, Hamas, Iran dll tidak dipimpin oleh orang yang ada degree FPI tetapi soleh dan memahami Islam dengan baik. Gerakan ini digeruni oleh Amerika Syarikat.
8. Perkataan bahawa kepimpinan Degree FPI melukakan hati banyak penggerak PAS yang tidak mempunyai degree FPI walaupun mereka telah bekorban lama dalam PAS.


Kesimpulan: Husam Musa Calon Terbaik untuk Timbalan Presiden

Yang Benar

Dr Yunus
UPM

Dr Yunus said...

Lagi satu, komen Ust Tantawi sangat bersikap prejudis dan berpotensi melebarkan lagi jurang perpecahan di dalam PAS. Ia satu komen yang tidak jujur, dipenuhi sindiran dan tidak sepatutnya lahir dari seorang bakal Ketua Pemuda yang sepatutnya bersikap menyatukan.

Komen sebegitu tidak perlu pun sepatutnya dan seharusnya Ust Tantawi berhujah dengan matang dan kemas sebagaimana di dalam program Hujah TV3. Tidak perlu sindir, menyindir.

Adapun komen Husam hendak bertanding Timb Pres, itu hak dia untuk bertanding kerana ia memang dibenarkan oleh Parti. Oleh itu, raikan perkara ini. Pandanglah secara positif bahawa ia satu daripada kematangan yang ada di dalam PAS. Ia adalah tanda PAS adalah parti yang demokratik dan seterusnya akan dihormati oleh parti lawan dan kawan.

Sama ada macamana metod Husam hendak bawa isu halatuju parti dengan jawatna dia sebagai Timb Pres, itu adalah atas kebijaksanaan dia. Tidak semestinya harus menjadi ketua, baru perubahan dapat dibuat, Tun Perak tidak menjadi Sultan tetapi zaman beliau adalah zaman keemasan kerajaan Melaka.

Dr Yunus
UPM

Anonymous said...

Tahniah Ustaz atas hujah sdr.

Saya bersetuju Husam terus mencabar TGHH bagi jawatan Presiden. Timbalan Presiden bukan ada apa-apa.Bagi merangka hala tuju yang jelas, Jawatan Presiden yang layak di tawan, bukan jawatan TP yang ditawarkan untuk dicalonkan.

Bukankah Idea TGHH nak bentuk Unity Goverment dan muzakarah???. Bukan Ust Nasaruddin. Lawan terus TGHH. Sebagaimana jelasnya kenyataan YB Nik Amar.

Dato' Husam adalah pemimpin muda yang berwawasan dan cita-cita politik yang jauh.

Anonymous said...

Kepada Dr. Yunus UPM.

Sekarang ini dan sebelum ini. Dato' Husam dah 2 sessi menjadi Naib Presiden (NP). Jawatan NP juga adalah kanan.

Apa kerja Dato' Husam semasa menjawat jawatan NP selama 2 sessi. Apakah masih gagal bersama-sama merangka hala tuju perjuangan PAS selama ini??

Jika semasa tempoh tersebut Dato' Husam masih gagal. Kalau berjaya menawan jawatan Presiden lagi lah gagal merangka hala tuju PAS.

Nampak hebat sekarang Dat' Husam, kerana hala tuju PAS dirangka dari luar jalur PAS.

Antara budaya dato' Husam apabila beliau menghadiri mesyuarat (Yang bukan dia jadi pengerusi) tak sempat baca Al-Fatihah dan Surah Al-Asr dan tasbeh kafarah. Itulah habitat Husam sejak menjawat jawatan AJK Pemuda PAS Kelantan awal 90'an

Dr. Pok KOB

Unknown said...

Mudah-mudahan permasalahan umat ini akan terlerai dgn baiknya.amin

Membangun Bersama ISLAM. ~

cinta kebenaran said...

kecewa betul bila baca artikel ni..ust din ni mcm tak paham je kepimpinan ulama ni mcmana...ust din ni mcm tak faham konsep syura dalam jemaah...kepimpinan PAS bukan kepimpinan individu,sebaliknya adalah kepimpinan jamaieyah..tak usah la nak laga2kan antara husam dengan TGHH..ni la rupaya "wajah sebenar" ust din tantawi..sebelum ni tulis dalam blog, marah org yg laga2kan pemimpin, skang ni ust din jilat ludah sendiri la nampaknya ya..

Ust din tak layak bertanding ketua pemuda..memalukan pemuda PAS je..jauh beza dgn YB Salahuddin Ayub..

Budak darjah 2 pun boleh tau artikel ni bertujuan nak laga2kan husam dengan TGHH..

Dr Yunuws said...

Dr Pak Kob

Berkenaan dengan baca Fatihah dan Tasbih Kaffarah tu, jangan main tuduh-tuduh, sebab tak ada siapa yang boleh sahkan apa yang Saudara cakap. Susah nak tentukan benar salah benda tu. Berlaku adillah. Saya pun boleh kata Ust Nasha amik duit rasuah sebab boleh bina rumah RM 1 juta. Dari mana dapat duit tu. Tapi tak elok lah buat macam tu. Jangan bangkitkan benda yang tidak boleh dinilai dengan objektif. Mungkin masa tu Husam baca perlahan dan sebagainya.

Husam Musa menjadi sangsi dengan perilaku Ust Nasha beberapa ketika ini. Kemudian berlindung atas nama kepimpinan ulamak. Kemudian, golongan pimpinan yang menamakan diri mereka kepimpinan ulamak pula mempunyai jentera kempen daripada utusan Malaysia. Tak ke pelik tu. Seolah-olah pimpinan yang menggelarkan diri mereka ulamak telah mula berkomplot dengan UMNO, itu isunya. Isu kerajaan perpaduan juga mendapat dokongan UMNO. Orang yang sayangkan PAS tidak boleh bersetuju pada perkara ini yang telah semakin jelas. Bahawa sebahagian pimpinan memang ada agenda untuk membawa masuk parti ke dalam BN atas nama kerajaan perpaduan.

Husam Musa berada di barisan Hadapan di dalam pelbagai isu. Berani berdebat dan berdepan. Tuduhan dia sebagai agen Anwar adalah tidak betul. Tuduhan itu tidak adil hanya kerana beliau menyokong semangat pakatan rakayt, maka beliau dituduh pro anwar. Adakah kita perlu menyokong UMNO untuk tidak dituduh pro anwar?

Hujah golongan Muzakarah memang sebijik sama dengan hujah UMNO dan Utusan Malaysia.

Anonymous said...

dr yunus

sy x sokong 200%
husam lawan tim presiden
mahupon presiden PAS

sy cabar husam pertahan naib presiden PAS muktamar thn ni

sy percaya husam mesti tergugat
sbb ramai yg nk bertanding
org2 yg mmg layak bertanding naib presiden cam nizar,ust ahmad awang n tuan ibrahim

husan tersepit
bgi menyelamat sevival politik
tidak dpt tidak husam kene pertaruh jawatan tim presiden

jawatan ini adalah melihat sejauh mana pengaruh dia dlm PAS
tp jgn lupe antara yg hebat nk bertanding tim presiden adalah dato hasan ali,dato azizan mb kedah

ni membuatkan lgi husam rase tertekan

sy percaya dato azizan mamupu meraih tim presiden PAS sbb dia ulamak anak buah dato fadzhil nor

wan said...

Kepada orang yang menyokong Professional sebagai pimpinan utama kerana sebab pimpinan ikhwanul muslimin atau jemaah lain tak syaratkan pun ulama memimpin............. Mereka haruslah bandingkan pemimpin professional mereka dengan ulama dari sejarah proses tarbiyyah yang telah dialami oleh individu-individu ini.

Saya yakin, ramai pimpinan ulama dalam pimpinan Pas pusat telah lebih mendalami tarbiyyah dari ikhwanul muslimin ketika mereka belajar di mesir dan jordan.

Cukup ker kalau idea bernas, tapi tarbiyyah dan disiplin jemaah tak pernah ikut silibus gerakan?

Macam mana nak tunjuk contoh pada ahli kebanyakan?

muslimat said...

salam ustaz,

apakah mungkin dalam pas sekarang dah ada golongan yang terpesona dgn ghanimah ?...kerap sangat menang pilihanraya macam ada yang dah 'laju 'lain macam jer....sombong dan merasakan semuanya 'hasil' kebijaksanaan dan strategi yg profesional....lupa pada tangan Allah yang sangat berkuasa. Sahabat yang ditarbiyyah nabi pun ada yg terpesona dgn ghanimah apatah lagi orang biasa yg ditarbiyyah pas...tak mustahil tarikan keduniaan menjadi mereka hilang ingatan.Sehingga lupa langsung yang kita 'kerja' bukan setakat untuk menang pilihanraya, tapi kita kerja untuk masa depan kita ketika dihadap kepada Allah yang esa.

Semoga ahli yang ikhlas terhadap agama Allah ini, walau sesiapa pun akan banyak beristighfar dan mengharap keteguhan dari Allah.
Bak kat presiden, kita sanggup kalah utk mempertahankan agama. Biar kita nampak kalah di dunia utk menang dihadapan Allah.

Anonymous said...

Anonymous Said

"sy x sokong 200%
husam lawan tim presiden
mahupon presiden PAS

sy cabar husam pertahan naib presiden PAS muktamar thn ni

sy percaya husam mesti tergugat
sbb ramai yg nk bertanding
org2 yg mmg layak bertanding naib presiden cam nizar,ust ahmad awang n tuan ibrahim"


Saya Menjawab: MasyaALLAH, tak bolehkan kita bersangka pimpinan. Inilah point dalam usrah selama ini. Yang sentiasa mengajarkan kebencian dan bukan kasih sayang. Semua pimpinan mulia. Mereka bertanding dalam rangka fastibiqul khairat. Tidak ada yang tidak baik, melainkan seseorang lebih baik daripada yang baik. Itulah pertandingan dalam PAS

Anonymous said...

Perlu gabungan antara ulama serta profesional dalam PAS untuk memimpin negara (berbilang bangsa,agama, budaya)bukan setakat pimpin ahli PAS.
Cadangan saya:
Presiden : TGHH
T/Pres: Dato Husam
Naib 3: Dato Tuan Iberahim, Ir Nizar & Mat Sabu
Amacam??

utz din perlu berfikiran jauh.....jangan gelabah dgn kemampuan pimpinan PAS lain.....

Anonymous said...

nk bersangka baik bagaimana?
sedangkan org tu cube melagakan pimpinan ulamak
sering pertikai ulamak

Anonymous said...

Baca hok ni pulok

http://kisahbenar.wordpress.com/


Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
May 3, 2009

Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

Kenapa ya?

Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.

Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.

Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.

Siapa dari geng Balak yang nak Husam menang Timbalan Presiden? Kalau Husam menang Timbalan Presiden, TGNA akan serahkan pada Husam jawatan MB Kelantan. Dah lebih enam tahun geng balak dok ikat perut tak cukup pitih balak, Husam jadi MB, habislah. Bukan ikat perut mati kebulur teruih.

Yang sedihnya, Nik Abduh bukan anak jantan, dia belasah Husam sambil selindung belakang jubah ayahandanya. Akibatnya, Husam tak kena, tapi ayahandanya yang teruk menanggung.

Inilah kisah benar hari ni. Nik Abduh cuba buruk Husam tapi conteng arang kat muka ayahandanya. Nik Abduh dak pandai. Dia makan jolokan pembantu Presiden di Selangor, takda fikir panjang langsung.

Nik Abduh ingat dia memukul Husam tapi buah yang digarap pembantu TG Haji Hadi sebenarnya nak jatuh maruah Nik Aziz. Jangan salah faham, TGHH langsung tidak dok dalam hal ini. Namanya kena lelong dek kepentingan orang lain.

Ini balas dendam terhadap TGNA sebab pembantu TGHH dak puas hati dengan TGNA dak menerima saranan Muzakarah dan lepas Kerajaan Perpaduan yang di lahir hasil hubungan sulit Timbalan Presiden PAS Ust. Nasha dengan UMNO.

achok said...

ostat...benar kah ostat menulis artikel ini dengan jujur???

mengapa ucapan husam yg mengatakan mahu membawaHALATUJU YG LEBIH JELAS pun nak dipertikaikan????kalau dia kata LEBIH JELAS bukan bermaksud kepimpinan sebelum ni TIDAK JELAS halatujunya..

sama la seperti org yg berkata aku mahu menjadi lebih baik utk esk hari,bukanya bermaksud dia sudah melakukan kesalahan besar hari ini..adalah lumrah utk seseorang berharap menjadi lebih baik di masa hadapan....

ustat2,nik abduh yg menuduh org membabi buta anta sokong,pandai la ustat kita ni..

kecewa said...

ni la tulisan dari seorang ulama mee celup...ust din berminda kelas ketiga...pemikiran sempit,panas baran,pengurusan kelam kabut,emosi,gopoh...ust mmg tak layak btanding ketua pemuda

Hakim Mohd Nor said...

sudah tiba masanya kita melazimi perintah tuhan untuk tidak takut kepada celaan orang yang mencela.

ustaz din, mabruk alaik. moga Allah perteguhkan hati ustaz.


Teruskan perjuangan. Takbir~

bukan ulama said...

saya setuju dengan pandangan muhaimin sulam..org yg bijak,tidak membaca menggunakan layer pertama,mereka akan membaca mengikut layer yg kedua..

ustat pernah kata,ustat menangis bila tok guru kita di laga-lagakan..tapi ustat ada tak menangis sebelum menulis artikel ni????

sekadar peringatan dari ahli biasa yg hina dina ini..

permata yg bakal hilang... said...

PAS bakal kehilangan sebutir permata sikit hari lagi...
lantak la.. moga Allah redha la dengan perjuangan ini..
jika kita dah benar2 merasa kehilangan permata tersebut nanti, janganlah nak menyesal di kemudian hari..

Anonymous said...

Kepada Mohd Hakim

Takut celaan orang mencela apa benda nya? Settlekan dulu isu Nik Abduh fitnah orang tak tentu pasal. Itu isunya sekarang. Hukum kitab Injil ke kita pakai sampaikan bila Nik Abduh tuduh orang, kita halalkan??

Muttaqin_165 said...

salam, sy mcm x prcaya ustaz tantawi yg sy hormati tulis artikel ni, prcayalh ini hanya merugikn pas, jgn trlalu tafsirkn kenyataan seseorg smpai ketahap melampau, ini samalah tafsirkan ayat quran psl poligami dgn campur semua 2,3,4, dan 1 jadi 10.jd laki blh kawin 10.blog ustaz jd tatapn ramai,jgnla ia mnjadi asbab jamaah islam jatuh

achok sabah said...

saya setuju dengan pendapat muhaimin sulam dan bukan ulama..

org yg berfikir akan membaca artikel ini dari layer kedua dan ketiga..

AMIN AL-KALANTANI said...

Salam Muktamar,

Ustaz, rasanya terlalu kerdil untuk ana menulis komentar di blog ustaz ini.

Apapun ana cuba menulis barang 2 atau 3 ayat yang ringkas.

Setelah membaca tulisan ustaz ini, ana merasa sedikit kelainan.

Sejak akhir-akhir ini blog yang telah berjaya menaikkan kita, blog juga boleh meruntuhkan kita.

Ana tidak ingin mengulas sesiapa yang layak bertanding ataupun tidak kerana ana sendiri tidak layak membuat ulasan.

Ana mencadangkan semua kawasan dan cawangan membuat solat hajat agar kepimpinan PAS yang terpilih akan datang adalah yang terbaik untuk ISLAM.

Itulah cara yang paling aman bagi pandangan ana.

Amin Al-Kalantani

Mee Sanggul said...

Lepas aku baca artikel ni, terus hilang semua respek aku kat pemilik blog nie. begini rupanya perangai orang yang faham tarbiah.

Satu kepala sahaja kamu dengan nik abduh dan roslan sms. Nak sangat masuk UMNO.

Anonymous said...

Ust Tantawi. Jangan biarkan respect ana pada Ustaz hilang. Jangan Ustaz belajar dengan Razak Abbas selak kain tepi jalan. Jangan ustaz. Jangan.

Anonymous said...

tahniah ustaz, tektik menaikkan hits blog yg ustz gunakan ni menjadi.

dulu x peghonah org komen blog ustz seramai nih. skarang melambak dh oghang komen.

setakat yang saya baca, blog yg plg ramai org komen ialah blog nik abduh.

skarang npk gayanya ustz pn dh hampir sama ngan blog nik abduh tuh.

Anonymous said...

Ust Din,
Tulisan serta pandangan ust mencerminkan tahap pemikiran serta emosi ust. Hati2 dalam menulis, bukan setakat ahli PAS totok saja baca blog ust, puak umno,non-muslim dan majoriti 90% anak2 muda berkecimpung dlm dunia blog and IT.

Ust kena profesional dlm ulas sesuatu, bernas mengeluarkan idea serta jitu dalam analisa.Ust akan jadi perhatian setiap apa yang ust hujahkan.

berubahlah ust, supaya Pemuda PAS disegani oleh kawan dan lawan.

Pro Khairy said...

Salam..oh 'Ust' Din bakal Ketua Pemua PAS? bagus2 lps lantik nanti kita cdg berdebat dengan Khairy ttgisu politik tanahair. boleh??

kalau macam ni pemikiran bakal pemuda, saya rasa Pemua PAS akan lingkup dan hancur...masalah atau tidak puas hati dengan pemimpin sekali pun jangan la tulis dalam blog..lucu..kata pemimpin jemaah Islam ada adab dan tidak menyindir pemimpin parti secara terbuka...

setahu saya, ramai juga ahli jemaah yang ditarbiyah di Jordan dan Mesir tidak sertai dalam PAS...pemikiran terlalu tertutup..kalau ulama' calon untuk tertinggi parti, siapa yang layak?? saya tidak boleh 'Ust' Din ulama' sbb tak cukup ciri2 yg diperlukan....

aku harap 'Ust Din' tidak terpilih jadi ketua Pemuda PAS..sbb PAS boleh bungkus..tidak ada sikap yang menyatukan pemimpin, apatah lagi ahli PAS..sangat jauh berbeza berbanding YB Solahudin...tidak mesra remaja..nampak ekstrem dengan kata2..

cuba bandingkan 'Ust' Din dengan Khairy..Khairy tidak hentam secara terbuka pemimpin UMNO..ok, itu saje..fikir2 kan 'Ust' Din yer??

Anonymous said...

hentam sama2 pemimpin PAS..bgus2..hentam secara terbuka..bgus2..sindir pimpinan PAS secara terbuka..bgus2...

ini lah baru dikatakan adab BERJEMAAH..KEPIMPINAN SALING MENASIHATI..Cara MENEGUR yg TERBAIK..buka ruang MUSUH serang...Lu Fikir la sendiri :)

oghe kito said...

Kesian Husam..kena hentam dlm sindiran..inilah perangai ust yang kita nak..Ust tak nak hentam ke yg lain??

ramai lagi ust kena hentam...Khalid Samad, Kamarudin Jaafar, Dr Hatta, Takiyudin Hasan, Mad Sabu dll..sbb mrk ni bukan ulama'..bukan lepasan pengajian Islam..betul tak???

PAS untuk SEMUA?? betul ke?? ko PAS untuk orang lepasan pengajian Islam Timur Tengah sahaja??

Dengar kata PAS nak bagi orang bukan Islam bertanding tiket PAS dlm pilihan raya nanti betul ko?? saya rasa Ust Din tak leh terima...sbb bukan lepasan pengajian Islam..betul tak??

* Saya tidak menghentam ulama atau lepasan pengajian yang bagus, tapi saya MARAH kepada lepasan pengajian Islam Timur Tengah yang terlalu sombong dan angkuh...hanya pengajian Islam yang boleh memimpin...

* ada nas ko orang lepasan pengajian Islam hanya boleh jadi pemimpin???

* saya cadang untuk menghukum orang bersifat memperkecilkan lepasan selain pengajian Islam, tapi tahu agama supaya tidak serta PAS..

Hakim Mohd Nor said...

bersatulah kamu dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah.

[ali imran :103]

ulama mee rebus said...

ust din bodoh,jumud,bongkak!!!!

PERLEMBAGAAN PAS said...

LEPAS NI BUBAR PERLEMBAGAAN PAS. HANYA UNTUK YANG ADA DEGREE PENGAJIAN ISLAM DAN LULUSAN TIMU TENGAH SAHAJA.

HANYA KERANA ARTIKEL BODOH NIK ABDUH DAN PENYOKONG-PENYOKONGNYA YG BANGANG MENJADIKAN PAS SEMAKIN KELAM KELIBUT.

Syed said...

ulama mee rebus said...

ust din bodoh,jumud,bongkak!!!!

Aku Jawab: Jangan kata bodoh kat orang. Jangan ikut perangai Nik Abduh yang kata kat orang lain bodoh. Kita ahli gerakan Islam, berhujah secara sihat. Ust Din lebih profesional berbanding Ust Nasa Mat Isa sebab tidak blog langsung untuk bertukar fikiran.

Anonymous said...

Tahniah Ustaz Nasaruddin, anda bakal menjadi ahli politik berjaya seperti mereka yang dalam UMNO.

posting ini sudah cukup memburukkan imej pertandingan jawatan dalam PAS dan dengan mudah terpampang di Utusan.

provokasi the politician, "ustaz" Din semata-mata....

tahniah tahniah sekali lagi.

bukan ulama said...

saya menangis apabila melihat tok guru kita dilaga-lagakan..

ini adalah kata-kata al ustaz din..

tapi, adakah beliau gembira melihat pimpinan dilaga-lagakan???

tahniah al ustaz..anda sudah kuasai ilmu machivili.

Anonymous said...

Kenapa Husam tak Layak jadi Timb.Presiden atau Presiden:

1. Beliau tidak suka bermesyuarat dalam membuat keputusan. Hujah yang selalu diberikan ialah, mesyuarat saja tapi tindakan takde. Beliau seorang yang memag tak suka bermeyuarat. Tahun ini, berapa kali Husam datang mesyuarat D.Harian?

2. Beliau seorang yang tidak boleh berada di bawah arahan orang lain. Katanya beliau hanya boleh berada di bawah arahan TGNA sahaja. Dengan orang lain, beliau tak boleh. Orang macam ni kalo jadi Timb. Presiden akan merosakkan parti.

3. Beliau hanya tukang umum sahaja mengenai pembaharuan yang kerajaan negeri buat. Tapi apa hasilnya? tengok Kambing Jamnapari, Depu? Ke mana pergi itu semua? Lepas tu mengaku idea dia.

4. Husam kuat main duit. Beliau baru sahaja kaya selepas jadi exco kerajaan negeri. Dari mana dapat duit? Kuat tabur duit. Banyak pembaziran.

5. Tak layak jadi pimpinan kerana anak dia pun tak tahu apa.

Syed said...

Kepada Anonymous

Kenapa Husam tak Layak jadi Timb.Presiden atau Presiden:

1. Beliau tidak suka bermesyuarat dalam membuat keputusan. Hujah yang selalu diberikan ialah, mesyuarat saja tapi tindakan takde. Beliau seorang yang memag tak suka bermeyuarat. Tahun ini, berapa kali Husam datang mesyuarat D.Harian?

Aku Jawab: Untuk pengetahuan anonymous, tahun 2008, Husam Musa hadir lebih daripada 3/4 daripada mesyuarat dewan harian, tak datang sekali-sekali tu biasa la. Bertembung dengan benda lain. Mohon jangan buat tuduhan melulu.

2. Beliau seorang yang tidak boleh berada di bawah arahan orang lain. Katanya beliau hanya boleh berada di bawah arahan TGNA sahaja. Dengan orang lain, beliau tak boleh. Orang macam ni kalo jadi Timb. Presiden akan merosakkan parti.

Aku Jawab: Betul, sejauh yang kita semua kenal, seorang aje yang boleh bagi arahan secara direct pada Husam, iaitu TG Nik Aziz. Sebab itu, orang yang kenal dengan Husam pelik apabila Husam Musa dikaitkan dengan menjadi balachi kepada Anwar Ibrahim. Sebab Husam Musa, sejauh yang dikenali, "obey to nobody", except TG Nik Aziz. Statement tuan di atas membuktikan bahawa tuduhan Husam merupakan alat Anwar Ibrahim adalah tidak berasas sebab Husam memang tidak boleh disuruh oleh sesiapa. Tetapi, walaubagaimanapun, beliau seorang yang sangat profesional, walaupun beliau sukar tunduk kepada arahan individu tetapi beliau juga sangat patuh kepada arahan dan keputusan mesyuarat yang dibuat bersama. Bukankah itu ciri-ciri pimpinan yang kita hendak. Ada Quwwah wal Amanah. Keras, bijaksana, alim dan tidak mudah tunduk pada orang lain kerana prinsip.

3. Beliau hanya tukang umum sahaja mengenai pembaharuan yang kerajaan negeri buat. Tapi apa hasilnya? tengok Kambing Jamnapari, Depu? Ke mana pergi itu semua? Lepas tu mengaku idea dia.

Aku Jawab: Dalam PAS, orang yang paling selamat adalah orang yang tidak membuat apa-apa inisiatif dan program. Dia paling selamat. Sebab apabila tiada program baru, takkan adalah istilah berjaya dan istilah gagal. Memang betul ada projek Husam yang kurang berjaya tetapi banyak juga projek beliau yang berjaya. Ini kerana beliau seorang yang berani, membuat inisiatif baru bagi kepentinga rakyat Kelantan. Ini pemimpin yang kita hendak. Berani membuat keputusan yang sukar.

4. Husam kuat main duit. Beliau baru sahaja kaya selepas jadi exco kerajaan negeri. Dari mana dapat duit? Kuat tabur duit. Banyak pembaziran.

Aku Jawab: Ini datang dari mana fakta ni. Jahat tuduhan ni. Kaya apa kebendanya kalau dok main mercedes buruk tahun 80-an dia. Cuba tengok rumah Ust Nasharuddin Mat Isa kat Bandar Seri Putra. Harga RM 1 juta. Tanya dia, dari mana dia dapat duit.

5. Tak layak jadi pimpinan kerana anak dia pun tak tahu apa.

Aku Jawab: Aku pun tidak tahu apa benda yang anak dia tidak tahu apa. Setahu aku anak dia semuanya mendapat pendidikan dan berjaya. Mungkin tidak sehebat bapanya, tetapi alhamdulillah, ok.

Muslimah said...

Lambang Ulama tidak profesional menangani kemelut...

Hilang thiqah hamba...

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

MasyaAllah begitu sekali hebatnya tentangan kepada datuk husam...

kenapa kepada sesiapa yang menentangnya tak bersemuka dgn beliau sendiri? saya juga kecewa anak Tuan guru Nik Aziz juga semcam membuat tuduhan hanya melalui sumber beliau... malah ustz sendiri pon tidak bersemuka dgn datuk husam.
saya bimbang perkara ini akan menjadi fitnah kepada datuk husam... terus terang saya katakan saya bukan pro datuk husam atau mana2 individu tetapi saya sayangkan PAS. apa yang saya nampak ketika ini penyakit UMNO telah berjangkit kepada PAS. Fitnah,ampu,bertelagah sesama sendiri,rebut kuasa dll semuanya penyakit UMNO yang kin telah menjadi barah kepada pati keramat kaum melayu itu. adakah PAS juga ingin menyuburkan penyakit-peyakit itu semua sehingga menjadi barah?
cadangan saya... bersemuka lah wahai pemimpin dan ahli PAS yang tidak setuju dgn sesuatu perkara... kita org Islam dan kita tak sepatutnya membenci sesama kita...

wmm said...

politik telah dikotori...
adu domba..fitnah..khianat..
ulama' sanggup dicaci, profesional sanggup dianaktirikn dlm parti....

PAS akan jd lemah bukan kerana faktor kekuatan lawan...tetapi kerana kelemahan dalaman!!!

Anonymous said...

Begini lah... pada pandangan saya... kita tak boleh kata Nik Abduh itu jahat... dari apa yang di terangkan oleh beliau sememangnya ada kebenarannya... takkan lah TGNA yang begitu beria-ria marah dan tak setuju dgn sesuatu perkara tiba-tiba sejuk apabila dapat penerangan...

yea saya juga rasakan ada pembantu-pembantu TGNA yang tidak ikhlas... tapi yang menyebabkan saya kecewa Nik Abduh tidak menyatakan secara tepat siapakah org itu... tak kira la husam ker siapa sekali pon sila nyatakan supaya benda nih tak jadi fitnah...
cubalah katakan bahawa yang nik abduh kata tuh bukan husam tapi org lain, yang kita duk kutuk dan tuduh husam dgn macam2 nih dapat apa? dosa free jer la malah dosa yang lebih besar dari membunuh... nauzubillah... kalau betul husam tak aper jugak, biar semua org tahu ada sesuatu dgn husam... tapi ini tidak cakap tak specific.. keliru jadinya...

saya nak tanya pada semua husam tuh siapa? cina ker? india ker? ahli DAP ker? PKR ker? atau UMNO ker? beliau ahli PAS malah Naib presiden PAS. kenapa beliau di hentam seteruk ini baik kita hentam PM yang takut bini lagi bagus...

achoksabah said...

kpd nuruddin..org tak kata nik abduh tu jahat..cuma org kasihan dengan dia kerana membuat tuduhan yg melulu..itu je..

semua org pas ni baik2, cuma kdg2 terlalu baik sampai senang diperdaya oleh musuh seperti umno...

umno jentik sedikit je semangat melayu, mula lah ustat pas yg baik2 ni kelam kabut..

Gundrohiker said...

Saya bukan ahli PAS. Tapi pada pemerhatian saya, yang penting bagi sesebuah organisasi ialah pemimpinya.

Tidak boleh dinafikan, dari awal 80 an PAS telan di pimpin oleh seorang yang berwibawa Utz Fadzil Noor.

Kalau tak percaya, Lim Kit Siang sendiri pun mengaku dalam blognya tidak lama dahulu.

So yang penting, pertama sekali kena cari pemimpin yang paling berwibawa.

Secara logiknya seperti kata Tok Guru, UMNO dah sakit, nak bagi ambulance buat apa. Bila dia dah sihat dan kuat, dia tendang keluar PAS.

Najah Farahin said...

Media massa berjaya memainkan peranannya dengan baik.

Pimpinan PAS reaktif terhadap adu-domba yang dimainkan media.

Lalu imej PAS nampak seolah macam imej dalam parti pemerintah, berebut-rebutkan jawatan walau ianya tak la salah. Tapi nampak tercalar.

Fia_rindui said...

Salam..posting yang ini menampakkan kelemahan ust,sebagai sahabat yang pernah mengenali ust,ana rasa sedih juga untuk diri anta.

Repotasi diri anta akan jatuh selepas ini,boleh diperlekehkan dan kurang kehormatan,sayang setelah anta sampai sebegini jauh dalam perjuangan.

Apapun kesilapan masih boleh diperbaiki,anta dan teman anta Nik Abduh,kadang kadang kita terleka dalam bab akhlak 'membuatkan mereka boleh berpaling dari sisi kita'..

budok jengka said...

kadang-kadang menongkah arus tu baik dalam mencapai matlamat. tapi..kalu sampai satu kapal karam, apa pekdohnye? nak karam, karam sorang2 dahla. tak sayang jamaah ka anta ni? pikir bior jauh dan panjang. kecewa teman mengalih sokongan pada PAS. Ingatkan orang cerdik pandai PAS ni semua ok.. tapi ada jugak yang lembab pemikiran dan daya ketajaman siasah jamahnya. hampeh...

Nizam Mahmud said...

Macam ini la nak jadi Ketua Pemuda PAS.

Aku geleng kepala saja la.

raibachiba said...

Bagi saya masalah dalam PAS disebabkan oleh golongan2 seperti Husam, Ir Khalid. Bukankah mereka ini yang mula membuat komen secara terbuka tentang tindakan tuan guru presiden?
Apa lagi yang tidak jelas dengan hala tuju PAS?..yang menampakkan tak jelas adalah kerana tak semua pemimpin PAS mengikut kehendak kumpulan erdogan ini..

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive