HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, July 18, 2009

SAIF Terbakar

1. Sekolah Integrasi Faizin (SAIF) Guar Chempedak telah terbakar kira jam 10.00 pagi 17 Julai kelmarin dan menyebabkan kerugian yang sangat teruk . Anggaran pihak bomba sebanyak RM550,000.

2. Pengerusi Lembaga Tadbir SAIF, Ustaz Mussodak Haji Ahmad menjelaskan bahawa kebakaran itu telah mengakibatkan pejabat pentadbiran sekolah, bilik lembaga tadbir, bilik mudir , bilik guru , perpustakaan dan dua buah bilik darjah musnah.

3. Turut terlibat adalah 11 unit komputer termasuk dua unit komputer pentadbiran sekolah dan guru, 1 unit mesin fotostat yang baru dibeli, peralatan perabot antaranya meja mudir, meja kerani dan kaunter serta beberapa buah almari, 65 unit meja dan kerusi murid.

4. SAIF adalah di bawah pentadbiran Muassah Darul Ulum dan diuruskan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah yang memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2006. Sekolah ini ditubuhkan hasil daripada penggembelingan tenaga pemuda, masyarakat setempat, intelektual yang inginkan penggabungan atau kesepaduan pendidikan agama, sains, tahfiz dan teknik pembelajaran dan pengajaran terarah.

5. Kini mempunyai 217 pelajar terdiri dari 145 putera dan 72 puteri dari tahun satu hingga empat sementara bilangan guru pula seramai 17 orang dan 8 staf. Musoddak berkata, bagi mereka yang ingin menyumbang boleh salurkan melalui akaun Bank Islam : Tabung Pembangunan SAIF no. akaun 02084010028830. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi beliau di talian 012-4827563 atau Setiausaha Lembaga Tadbir sekolah, Ustaz Mohamad Ismail (019- 4227323).

6. Dewan Pemuda PAS Pusat juga sememangnya sangat prihatin di atas musibah yang menimpa justeru SAIF sendiri sangat dekat dengan Dewan Pemuda PAS Pusat malah Dewan Pemuda PAS Pusat pernah mengadakan muktamar tahunannya di sekolah tersebut . Sementara Pengerusi Lembaga Tadbirnya pula adalah mantan EXCO DPP Pusat .

7. Dewan Pemuda PAS Pusat turut melancarkan derma kebajikan dan bencana bagi membantu SAIF kembali pulih seperti biasa . Kepada siapa jua yang ingin menyumbang melalui Dewan Pemuda PAS Pusat boleh terus ke akaun Bank Islam No : 14069010014143 atas nama Dewan Pemuda PAS Pusat .

8. Saya harap seluruh exco DPPP dan ustaz - ustaz kita dapat berbuat sesuatu bagi mengisi tabung ini . Semoga Allah memudahkan segala urusan kita dan memberikan kesabaran jua ketabahan menghadapi kesukaran kepada seluruh warga SAIF .

3 comments:

Anonymous said...

Kalau kita perati, kalau terbakar nih sering pondok dikedah dan dikelantan. Bukan saja derma mesti dibuat dan dicari....ilmu dan cara hidup utk mengurangkan kes kebakaran ini juga perlu dipertingkatkan. saya pernah menulis ttg ini lama dulu, dari hal 3 segi api dan sebagainya...tapi malang nya tabiat kita sering memandang sepi pekara ini....bila dah berlaku dan makan korban spt satu masa dulu...

Anonymous said...

Itulah punca pengurusan yang lemah.Sering terjadi pondok atau sekolah agama yang berlaku sebegini.Akhirnya pulang kepada Allah.. dengan menyebut "taqdir" atau ujian daripada Allah.maka senanghati, sekali lagi memohon doa dan derma.

Muslimat Serdang said...

Salam. RM750 dari Muslimat Serdang, Selangor telah di bank in ke akaun BIMB DPPP untuk sumbangan Sekolah FAIZ

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive