HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Saturday, August 29, 2009

Paling tidak ... Hormati Ramadhan

1. Islam tidak datang untuk mengharamkan hiburan , justeru itu tidaklah pula DPPP mengharamkan hiburan . Cuma Islam datang membawa risalah pemulihan dan penyempurnaan . Maka DPPP mengambil langkah yang telah ditetapkan oleh syara' dalam membentuk sikap terhadap hiburan .

2. Hiburan yang mendamaikan hati malah menyuburkannya tanpa sebarang elemen yang leka dan lagha sehingga mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan mencetus suasana yang tidak islamik adalah hiburan yang dibenarkan .

3. Sementara hiburan yang diiringi dengan muzik yang hingar bingar , pula mengarah kepada pergaulan bebas lelaki dan perempuan dengan penampilan yang menjolok mata adalah hiburan yang jelas diharamkan oleh agama .

4. Hiburan yang mematikan jiwa dengan memuja nafsu dan mengeksploitasi suara manja penyanyi wanita , ditambah pula dengan pakaian dan lenggok tari yang menggiurkan juga merupakan hiburan yang diharamkan oleh agama .

5. Apabila Islam mengharamkan perkara ini , bukan bermakna Islam hanya tahu menghukum tetapi disebalik hukum tersebut tersimpan sejuta hikmah untuk membentuk jiwa dan peribadi yang hebat dan tidak hanyut dibuai fantasi

6. Berhibur pula ada batas . Contoh mudah dalam bulan Ramadhan . Ramadhan adalah bulan mulia . Bulan ibadah dan bulan taqwa . Tentu sahaja hiburan yang keterlaluan amat tidak sesuai. Sebagai contoh program hiburan Sehati Berdansa adalah sangat bercanggah dengan amalan murni Islam . Tambah pula diulang tayang dalam bulan Ramadhan .

7. Hiburan yang menampilkan tarian dan pakaian seperti itu sebenarnya di bulan apa pun tetap salah dari sisi agama . Cuma maksud saya , paling tidak hormatilah Ramadhan . Jangan rosakkan mood Ramadhan untuk ummatnya beribadah dengan hiburan sedemikian .

8. Puasa tak sampai seminggu , TV sudah riuh rendah dengan hiburan kononnya persiapan nak sambut Aidil Fitri . Penuh dan sarat dengan nyayian dan tarian yang diselang seli dengan tazkirah dan tilawah al Quran . Saya lihat seperti ianya sedang mempersenda agama Islam .

9. Manalah pergi pengarah JAKIM dan Pengerusi IKIM . Menteri yang jaga agama buat apa ? Justeru itu saya desak supaya kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti hiburan melampau khasnya di bulan Ramadhan . Begitu juga sambutan 31 ogos kelak yang kebetulannya jatuh di bulan Ramadhan , jangan anjurkan konsert dan pesta hiburan . Hormatilah kemuliaan Ramadhan .

10. Ingatlah syurga neraka dan dosa pahala . Jangan hanya kerana mahu berhibur kita lalaikan hati dari mengingati Allah swt. Jika di bulan Ramadhan pula ummah dalam keadaan lalai dan alpa saya tidak nampak dibulan lain keadaan menjadi lebih baik .

7 comments:

MaMa MoDeN said...

salam ustaz,
susah ustaz nak cakap ngan puak2 UMNO BN ni...

depa rasa apa yg depa buat betul dah, saya pun dah tlanjur bkomentar dgn puak2 UMNO ni.

kalau ustaz sudi tlg jengok blog saya, tlg p ke blog Pemuda UMNO Permatang Pauh.

tlg komen sat kat blog depa apa yg saya komen tu. dah blarutan plak, saya takut tsilap cakap. saya tak arif, tak slayaknya nak cakap hal2 agama ni... takut tsilap.

Unknown said...

Sokong 200%

abu muaz said...

Salam ustaz. Semua yang jaga halehwal agama dah lama mati pucuk...

Kita tunggu bos baru IKIM !!!!!

aku dr amin said...

ana cukup setuju dengan pandngan ustaz.
mungkin inilah yang terpaksa kita cakap
paling tidak hormatilah bulan ramadhan yang mulia ini. bukan bermakna kita menghalalkan maksiat tapi cubalah bayangkan andaikata dibulan yang mulia inipun sekiranya masyarakat tidak mampu untuk mengerti dan menghormati islam apatah lagi.
dengarlah wahai mereka yang cintakan dan mengaku bergelar seoran muslim

Anonymous said...

salam. Komen yg bagus dan menarik. Cuma rasa tertanya2, knp DPP tidak cepat memberi respon kepada isu arak kepala lembu di shah alam.

Anonymous said...

saya harap ustaz & the gang pergi berterawikh rather than buat demo bantah MLTR.

dan lagi satu, sungguhpun internet ni tidak ber'undang-undang', penggunaan gambar artis ini pada saya tidak elok (kecuali dengan izin artis itu sendiri), ianya mengaitkan article ini kpd artis tersebut seperti apatah lagi ustaz seorang yang dilihat sebagai pemimpin.

pada saya, penerimaan orang ramai pelbagai, cara untuk kita mengajar orang pun mengikut kemampuan orang yg menerima. Saya sangat berharap PAS lebih lembut, jangan memaksa secara 'sudden'. lagi memaksa, lagi menyampah, lagi berganda tanggapan buruk terhadap Islam. saya yakin orang akan lebih menerima dan berubah dengan cara yang lebih 'relax'.

saya tidaklah setaraf dengan ustaz, mungkin tidak layak bersoal agama tapi saya berharap ustaz menerima kata-kata saya dengan minda yang terbuka.

jika seorang pencuri berkata mencuri itu salah, salahkah dia?

~anon11.55

Anonymous said...

Salam Ustaz,
apa kata Pas cuba anjur konsert Yusuf islam...muzik yg dia bawa pun ok..dalam masa yg sama kutip derma untuk orang2 palestine...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive