HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, October 23, 2009

Pemuda Mesti Ada "umph"

1. Sejak sekian lama , kini perjuangan kita seperti ketiadaan "umph" . Bertugas dan bekerja dengan hambar . Terkadang dihambat rasa letih dan bosan .

2. Dulu perjuangan ini segar dengan ruh amal Islami dan diperkaya pula dengan pelbagai istilah dan gerakkerja amal jamaei , amal fardi dan amal ijtimaei .

3. Masih saya ingat , selain usrah saban minggu , jamaah kita hebat dengan tamrin di penghujung bulan dan 2 atau 3 kali dalam setahun akan ada aktiviti rehlah dan mukhaiyyam , namun segalanya kini hanyalah menjadi kenangan manis . Tiada lagi qiamulail dan muhasabah perjuangan di waktu dinihari bimbingan sang murabbi yang diberikan thiqah dan wala' tidak berbelah bahagi .

4. Ukhuwwah cukup erat dan intim . Sering sahabat seperjuangan menyapa kita dengan " Ana Uhibbuka fillah Ya akhi " sebaik memberi salam dan berpelukan menemukan pipi - pipi merah yang menahan getir perjuangan ini . Ziarah dan bertanya khabar menjadi rutin yang cukup halus kesannya kepada kita sesama jamaah . Menangis kita apabila mendapat khabar sahabat seperjuangan sakit atau ditimpa musibah .

5. Cepat kita menolak segala tohmahan yang cuba dilemparkan kepada sahabat seperjuangan . Nilai ukhuwwah antara kita sungguh mantap . Tak siapa mampu merobeknya dan tak mungkin lahir perasaan cemburu antara kita . Manakan tidak ..... Makan setalam , tidur sebantal dan musafir sekenderaan , bersulam doa rabitah yang diaminkan bersama sejurus selesai melazimi wirid al ma'thurat saban pagi dan petang .

6. Buku - buku haraki senantiasa di tangan , sementara bibir pula rajin melazimi usul isyrin agar lancar di lidah sesudah dihafal untuk menjadi kaedah dalam berjuang menyelesaikan kekusutan berfikrah . Tugasan dakwah dilaksana penuh dedikasi sebaik sahaja menghabisi kertas kerja dan amanat pimpinan dalam pertemuan - pertemuan bulanan seperti Liqa' Fikri atau seminar penerangan .

7. Semangat jihad berkobar - kobar , merasakan setiap gerakkerja jamaah biarpun di medan siasah adalah ibadah yang menghasilkan pahala . Ceramah para pimpinan banyak berkisar erti perjuangan atau pemantapan aqidah dan akhirnya barulah disudahi dengan perkembangan isu semasa . Audien menerima secara seimbang antara kesedaran isu semasa dengan fikrah dan aqidah perjuangan .

8. Timbul masaalah , segera kita cari naqib atau terus kepada pimpinan untuk mengatasinya. Masing - masing menutup masaalah dan aib saudara masing - masing kerana mengutamakan kekuatan jamaah dan tugas perjuangan yang lebih besar . Cepat melupakannya serta segera memaafkan . Masaalah tidak menjadi kudis gatal kepada pejuang kerana ukhuwwah islamiyyah yang tebal segera merawatnya .

9. Mesyuarat dengan penuh mesra . Menghargai pandangan sahabat seperjuangan malah sering mendahulukan pandangan sahabat dan pimpinan sekalipun kita mempunyai pandangan yang berbeza . Rasa bangga apabila pandangan sahabatlah yang diterima dan fikrah perjuangan menjadi seia sekata . Walau berbeza dan berselisih pandangan sesama sendiri , tidaklah meninggi suara jauh sekali untuk memperbodohkan sahabat dan pimpinan sendiri . Mesyuarat menjadi pertemuan yang cukup menyeronokkan malah dinanti - nanti . Sebulan dirasakan setahun untuk bertemu kembali dengan sahabat seperjuangan .

10. Semua itu menjadi "umph" dalam perjuangan ini . Ia adalah nostalgia indah disemi pula oleh alunan nasyid jihad dan perjuangan . Sekali sekala asma'ul husna memecah kesunyian dan menjadi muqaddimah kepada setiap pertemuan dan mesyuarat .

11. Sedihnya hari ini rasa "umph" itu telah hilang . Zaman semakin canggih malangnya ukhuwwah semakin dhoif . Berjuang seharian terasa bagai berjalan di atas bara api . Nak bercakap rasa tak kena , tak bercakap rasa salah . Jumpa sahabat hanya mengangguk kepala , kalau sempat pun sekadar bersalam tangan . Rasa sukar untuk mendekap pipi , sebab masing - masing sibuk memburu waktu entah nak kemana .... kalau peluk semua ahli mesyuarat , terpaksa mengambil masa yang agak lama . Ada yang rasa janggal dan geli geleman .....

12. Makan secara layan diri kemudian berasingan melayan perasaan . Memandang sahabat seperti musuh . Ya ... musuh dan saingan politik kerana kita tidak lagi berjamaah tetapi berpolitik . Menyertai PAS bukan lagi menyertai Gerakan Islam tetapi menyertai parti politik yang berjuang atas nama Islam .

13. Hadhir mesyuarat seperti menghadhiri parlimen untuk berdebat dengan musuh . Pantang keluar pandangan berbeza ditingkah segera agar ditarik balik kenyataan layaknya seperti diparlimen bukan dalam mesyuarat yang penuh kasih dan sayang . Tidak lagi bermula dengan al mathurat dan doa rabitah . Asmaul Husna tidak kedengaran langsung. Jiwa menjadi kasar dan keras . Mudah terasa dan sangat sensitif yang menghela ke arah sengketa .

14. Adab bermesyuarat dan mengemuka serta berbeza pandangan telah hilang entah di dalam buku haraki mana yang tidak lagi dibaca kini . Nak baca macam mana , usrah pun sudah 5 tahun tidak hadhir . Terma - terma jamaah yang selalu disebut dalam usrah dulunya kini UMNO pula yang pakai kerana kita telah tidak lagi menggunakannya seperti wehdatul fikri , wehdatul amal dan sebagainya .

15. Mesyuarat sebelum mesyuarat , mesyuarat dalam mesyuarat dan mesyuarat lepas mesyuarat sudah jadi rutin . Akhirnya tidak tahu keputusan mesyuarat mana sebenarnya yang original dan valid untuk dilaksanakan sebagai kata putus . Sebab , sebelum masuk mesyuarat , perkara yang nak dibincangkan sesama kita sahabat seperjuangan sudah dibincang oleh entah komiti mana lalu masuk membawa keputusan yang telah direncanakan . Jika putus sesuatu pula dalam mesyuarat itu , ia seperti boleh dirombak oleh mesyuarat yang bakal menyusul selepas mesyuarat tersebut biar pun hanya di kedai kopi .

16. Memang aneh cara kita berjamaah di zaman moden ini . Hilang "umph" dan yang timbul ialah rasa curiga mencurigai antara satu sama lain . Suasana senantiasa tegang dan panas . Bila - bila masa boleh mencetus perbalahan . Masing - masing dok tunggu tuning point sebagai masa nak bertindak .

17. Hati kita menjadi jauh walau kita sepejabat . Sorotan mata bila memandang sesama kita kering kontang tanpa nilai ukhuwwah dan kasih mesra . Seperti merenung musuh , kalau tidak pun seperti menaruh rasa jengkel dan benci sesama kita . Ada sahaja yang tidak kena dan hati senantiasa tidak puas .

18. Rasa hormat sesama kita sahabat seperjuangan semakin pudar semangat khidmat kepada jamaah juga semakin luntur . Bertindak dalam paksa jangan sampai orang kata kita tidak buat kerja . Kemanisan dalam melakukan kerja dan tugas jamaah tidak terasa , kalau pun masih terasa hanya sekadar manis - manis buah jambu separuh masak atau sekadar manis gula Melaka .

19. Terma - terma asas perjuangan Islam seperti jihad , negara Islam , hudud , mukhayyam tarbawi , usrah , harakah Islamiyyah , naqib , ukhuwwah fillah dan lain - lain kini sukar untuk dilafaz kepada umum . Kalau menyebutnya juga akan dikatakan tidak bijak , tidak kena timing , keterlaluan , non muslim tidak akan mengundi kita , kolot dan macam - macam lagi sms akan masuk menempelak .

20. Kini "umph" dalam berjamaah dan berjuang tidak terasa lagi . Seperti menghirup Tom Yam yang tawar tanpa garam dan rencah . Habis semangkuk , perut boleh kenyang tetapi umphnya tiada . Bagaimanalah kita nak mengembalikan semula umph dalam perjuangan ini ?

Harapan saya , agar pemuda dapat menikmati semula umph tersebut . Untuk itu , pemuda mesti ada "umph" iaitu Usrah Mantap Pemuda Hebat [ UMPH ] .

27 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum,
ustaz masukkan saya dalam senarai usrah tu,atau mana2 halaqah yang ingin dibentuk nanti,saya nak sertai...Mohd.Nazmi bin Salleh (0192312039),saya dah daftar jadi ahli sudah setahun,tapi tiada sebarang usrah pun yg saya hadiri sebab status sebagai ahli pun saya tak tahu lagi...entah kenapa pagi ni tak boleh lelapkan mata lepas baca komen tok guru nik aziz yg tak patut ditulis begitu...hmm...entahlah...apa yg tak kena puntak tau lah...baru 1 pilihan raya kecik kalah,terus nak hukum org tu org ni...sedangkan ibrahim ali tu senang2 ja bleh pulak jadi calon...tak tau sapa salah...penin2...tapi yang pasti bg saya nama2 yg disenaraihitamkan dlm blog tok guru tu tak salah...apa salahnya kalau saya katakan dia tersalah...mungkin saya salah sebab tu kena ambik saya jd rekrut ustaz...tlg la ya..tak dengaq pun di kedah ni sapa2 yg nak rekrut ahli baru mcm saya...status pin taktau ni no ic 840430025665

Anonymous said...

TIBA MASANYA KEMBALI KEPADA RE-TARBIYYAH

WAN ZIARAHSUFI

Ust Halim Nasir said...

Setuju 150%! Wajib segera bangun dari lena yg panjang.......

Unknown said...

Salam ya ustadz...
Ini nama program ke? Atau ust memberi kami satu cogan kata agar kami faham apa yang kami perlu buat? Sekadar bertanya.

PondokDungunTerengganu said...

Salaam Syeikh at-Tantawi hfz'ullah,

Sekarang ning orang sibuk dengang usroh Islam liberal. Dakwoh kene berhikmoh care liberal sebab amoi-amoi cine kapir & mek-mek hindu pung join same. Jadi malu mate doh.

Panda pulok puok-puok tu pelage kite-kite ning. Hok nok kene beruboh kite saje. Diorang pakai cawat sapa bile-bile pung tak pe. Mende gini.

Le ning puok ning masuk fasa ke 2 serangang. Pedih hati dan ulat tahik doh keluo doh. Tengoh-tengoh jalang banyok doh troper. Dendang mabuk arok doh tok leh nok tahang doh.

Jage-jage, kene istiqomoh.

PondokDungunTerengganu

zacharias said...

Assalamualaikum,

ana setuju 100% dengan pandangan ustaz. Kita sekarang terlalu sibuk berpolitik. Yang berpendidikan akademik diminta ke hadapan, dan yg ditarbiyah diminta menyorok. semua atas nama professionalism dan mendapatkan undi bukan islam.

kl-kk-ptrjaya said...

askum ust,
nak umph mcm mane kalau serabut dgn isu pelbagai yg menyesakkan hati..
ust sbg ketua pemuda kena la tunjukkan umph dulu..baru anak buah terasa nak ber'umph".
cukup la sembang bab wala' n thiqah..alergik la kalau ianya setakat nak ikat org jgn bantah arahan tanpa rasional yg betul!
thiqah dan wala terhasil drpd ape yg anak buah tgk ketua buat..tunjukkan qudwah , akhlak dan kematangan strategi politik yg baik ..bru la thiqah dan wala' tu dtg..tak kan la ade silap masih nk wala dan thiqah lg..memori zaman dulu tu nampak real sbb semua ikhlas lagi..skrg bila dh jd ketua ade lgi ke keikhlasan tu?nilai kemanisan ukhwah tak boleh dipaksa..ianya dtg melalui allah swt..kurangkan retorik sbb kita bkn umno!tunjukkn kerja di padang baru boleh menang....

Anonymous said...

Kalau enta sebagai Ketua Pemuda PAS pun dah tak hebat, susah lah nak jadikan ahli-ahli pemuda PAS hebat lebih daripada enta...Cubalah muhasabah diri sikit...

czackPY said...

Bro, jangan banyak menulis, kita mhu paktikal. Apa jadi pemuda di Bagan Pinang. Kita sibuk berjuang ketuanya sibuk dengar ceramah.

Layari czackPY@blogspot.com

ahazeman said...

apabila tok guru Nik Aziz merujuk MCA & MIC dan UMNO dalam menangani perbezaan pendapat.. tidak lagi mencontohi Rasullullah dalam menangani perbezaan pendapat di kalangan sahabat atau golongan munafiq.

Anonymous said...

Assalammualaikum w.b.t

Ustaz, soal ada ummph atau tidak ummph jamaah tidak boleh dipersalahkan kepada pimpinan bawahan serta ahli-ahli mahupun penyokongnya.

Pemimpin yg memimpin itu yg sepatutnya mencermin diri sendiri.

Zaman bercakap dan berceramah semata-mata sudah berlalu, pengisian dan gerak kerja yg sepatutnya diperbanyakkan.

Rakyat berkehendakkan jamaah yg mampu membantu meringankan beban kehidupan mereka, bukannya dipeningkan lagi dengan isu-isu politik semata-mata.

Salam Ukhwah:
Zamrul Ismail

young reformist said...

assalamualaikum ustaz,

saya terasa sagt sayu ble bce entry ustaz ni. perjuangan kalau tidak disulami dengan sifat ikhlas n sentiasa bersangka baek mmg boleh menghilgkan "umph" sesuatu perjuangan itu.....

Anonymous said...

kita semua bersaudara.

abuammar said...

Benar seperti yang dicatatkan oleh enta. Ana pernah ikuti dan turut serta dalam aktiviti jamaah seperti yang enta sebutkan.Lama kelamaan naik bosan kerana modulnya tak berubah, ia bergerak dalam ruang lingkup yang begitu statik sekali.Ana rasa perlu ada kumpulan yang boleh mencipta modul-modul sesuai dengan perjuangan dan tentu sekali boleh menggerakkan semula golongan pemuda kita.

k u f a i z said...

pentingnya tarbiyah yang istiqamah...
core bagi sesebuah gerakan islam adalah tarbiyah
dan core bagi tarbiyah adalah usrah... insyaALlah

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Usrahlah tunjang PAS tapi sayang kini seperti ada sesuatu yang menghalang menyebabkan banyak cawangan tak ada usrah. Ukhuwwah semakin jauh, pemimpin pun kadang-kadang seperti "bercakaran". sedihnya menyebabkan ana menumpukan diri dalam dunia pencarian ilmu dan mengurangkan keterlibatan dalam jamaah. Semoga Allah mengampunkan kita semua kerana meninggalkan perkara asas dalam gerakan Islam.

nabila said...

assalamualikaum,
saya setuju dg ustaz, kalu ustaz dan 5 tahun tak ada usrah, saya danh tujuh tahun, nakib entah kemana, bila tel sebuk , bila tya bila nak buat x ada masa, bila dah jadi YB lagi cibuk, dapt beli kete besar lagi x kenal ahli usrah... saya ni beranak dlm bulan...pemuda la ni x mcam zaman ana dulu... minta perubahan segera. ...

musafirtibbi said...

Back to basic, kembali ke pangkal jalan, itu solusi paling utama skrg :) UMPH!

sketsa sebuah perjuangan said...

mr anonimous 1407,

habis kalau ustaz hebat, takkanlah ustaz nak 'yo-ya' gitau semua orang yang dia(ustz din) ni hebat.

kalu hebat sekalipun, ustaz takkan tunjuk dan mengatakan yg aku nie hebat. diam itu lebih baik dan ia adalah sifat tawadduk yang bisa menundukkan hati drp bersikap sombong dan angkuh.

jangan suka sgt untuk menilai orang itu ini-itu ini.

cubalah berperasangka baik sikit sesama kita...

*sigh*

kl-kk-ptrjaya said...

to nik hafizul...
kehebatan umph tu bukan dinilai dari kata2 tapi dri perlakuan dan keberanian seseorang.....

Abu Faqihah 74 said...

Nilai dahulu peribadi dan akhlak diri masing2..Insya Allah..

Anonymous said...

Bila orang beri nasihat, bukannye nak muhasabah diri,
dihisabnya pula orang itu...

Ustaz bagi nasihat, sama-samalah kita perbaiki diri

dahla tidak mahu berfikir, tidak mahu beri nasihat, tak mahu dengar nasihat pulak, dah tu di komen pula orang yang bagi nasihat

Anonymous said...

Asam gara perjuangan...

mungkinkah ianya kerana kita sudah beroleh sedikit 'kuasa'. ghanimah ini menjadikan ramai yang gelap mata. Moga peristiwa uhud menjadi pengajaran kepada kita.

Kembali kepda quran sunnah...

parti bukan milik individu, tetapi siapalah kita jika ingin di bandingkan dgn tokoh2 tersebut. mereka lebih bertaqwa dan berilmu...
Moga Allah mempertautkan hati tokoh2 yang disayangi itu...

wallahu 'alam

diperjalanan said...

Salam ust..
Usrah di pandang sepi,Usrah sesuatu yang pelik dlm jemaah kita,saya minta ust push habis-habisan supaya utamakan dan aktifkan usrah.
(pemuda kuala krau)

Anonymous said...

mengisi kemenangan lagi sukar dari mendapat kemenangan...mari kita mengisi kemenangan...(hati yg gundah gulana)

Anonymous said...

assalmualaikum........

cane nak join usrah kalu pejabat PAS daerah cam x wujud je...saye baru 15 thn tp tringin nak join usrah2 PAS..ade ke orang yg jage pejabat PAS x pegi semayang kat masjid tp smayang kat pejabat PAS..patutnye orang gerakan islam kena bergaul dengan smua orang...ade jugak yg kate kalu dia jumpe Dato'najib(PM) dia nak tetak ngan parang...saye rase nila yg jadi kalu usrah tntg syiasah islamiyyah x dhidupkan...harap komen ni mmbina dan memberi hidayah kepada saya dan yg membaca....insyallah..

Anonymous said...

tumpanglalu :

artikel yang baik.

sekarang saya baru tahu kenapa bn mampu memerintah negara selama 50tahun.

Saya singkatkan, dalam tempoh itu PAS mengumpul jemaah , dan iltizam politik mungkin menjadi agenda pinggiran/sampingan.(mungkin sbg penegur shj)

Keadaan dan masa telah bertukar.

Pemerintahan pd masa itu berlaku dari atas ke bawah.

Sekarang temponya sudah terbalik dan mula bergerak dari bawah ke atas.

tempiasnya akan di terima semua , baik umno / pas / pkr /dap mahupun obama.

suara-suara dari bawah ini adalah suara2 'chaos'. Ada yg ikhlas dan ada yg tidak.

Apa yg pemimpin perlu lakukan adalah menapis dan mengharmonikannya.

dan,itu memerlukan kebijaksanaan.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive