HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Friday, November 6, 2009

Dr. Aziz Bari Keterlaluan

1. Dr. Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama malaysiakini .
2. Semakin lantang dan celupar kenyataannya . Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab [ tiada adab ] menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok .

3. Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau . Biarpun pedas dan keras , namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya , Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok .

4. Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya . Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi , apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS .

5. Sebagai tokoh akademi , beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan . Bukan sewenang - wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh . PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik [ dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS ] , tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai .

6. Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO .

7. Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli - ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan ? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok ? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum ?

8. Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang agen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak . Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan .

9. Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan - kenyataan beliau . Saya berlapang dada . Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan . Alhamdulillah , perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan - tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik . Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS , pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah .

10. Tetapi beliau masih tidak berpuas hati . Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah . Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma . Ramai orang tertanya - tanya , apa sebenarnya yang beliau mahu ?

11. Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti , mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak . Akhirnya beliau [ Dr. Aziz Bari ] dan puak - puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya .

12. Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak - puaknya .

13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .

14. Saya menyesal kerana hampir - hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau . Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka . Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadhir berseminar nanti . Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS , beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum ?

15. Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS . Realiti itu tiada masaalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut . Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan , beliau mestilah tampil dengan hujjah dan bukti yang kukuh . Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah .

16. Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok , Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti - bukti kukuh beliau . PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau .

17. Kelak , jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak - puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu , pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh agen - agen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah .

18. Sebaliknya , jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan , PAS janganlah teragak - agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti .

19. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak . Kerana apabila PAS teguh dan bersatu , maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda - agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini .

20. Marilah kita cantumkan semula pecahan - pecahan hati dan rasa dikalangan kita , agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah . Biarlah orang lain bercakap , mengkritik , menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan . Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh agen musuh .


33 comments:

abu said...

bkn aper bro.dr sorang nie dah besaq kepala dan rase hebat ,apebila tok guru bagi respon dia punye kritik dan pas bekocak.

denaihati said...

Aziz Bari sangat JELAS adalah agen luar yang sedang MEROSAKan PAS dengan menggunakan status Profesor. SEtelah agen luar GAGAL menggunakan orang dalam PAS sekarang mereka semakin agresif menyerang PAS. MEREKA yang lebih mementingkan kuasa DUNIA daripada KUASA kerana ALLAH swt. Mereka menjadi semakin gelojoh dan rakus untuk melihat PAS dikuasai oleh mereka dan yang lebih penting melihat PAS lemah dan mengikut telunjuk. Rakyat yang bukan Ahli pas tapi setia dengan PAS sendang melihat dari jauh. Jangan jadikan mereka semakin JAUH.

http://1-malaysia.blogspot.com

Amri Mat Saaid said...

salam

Rilek lah Ustaz

Anonymous said...

ana rasa begitu juga tghh jauh lebih baik dari 1000 pemimpin umno

Kiko said...

Pengajaran buat semua pimpinan PAS khususnya PAS Pusat dan Perhubungan Negeri agar tidak menyerang dan memburukkan pimpinan PAS melalui blog atau media.
Berhati-hatilah ketika menjawap soalan2 provokasi dr wartawan media. Jgn kerana ingin mengejar populariti, maka dijawap semua soalan dr wartawan walaupun ia akan memecah-belahkan pimpinan & ahli2 PAS. Ada waktunya kita perlu diam demi kebaikan parti. Manusia tidak sempurna. Andai ada yg tak berpuashati terhadap pimpinan, buatlah laporan kepada J/kuasa displin parti. Itu lebih baik dan musuh juga tidak mengetahui akan kelemahan kita.

Kasturi said...

Dr. Aziz memangnya dah naik tocang kerana pandapatnya mendapat respon terutamanya oleh mursyidul am pas sendiri. Riuh rendah dan haru biru pas dibuatnya. Kukuhkah dan kuatkah pas, cuma dengan pandangan oleh orang luar yang entah apa agendanya dapat memporak perandakan pas. Malang sekali ada sesetengah orang pas sendiri begitu memandang tingi pemimpin pakatan lain berbanding pemimpin parti sendiri.
Saya berharap pimpinan atasan meskipun dalam usaha menjaga perpaduan dalam pas patut bersikap agresif menentang pihak-pihak yang menyerang. Jangan dibiarkan pihak tersebut membentuk persepsi bahawa pemimpin atasan lemah dan tidak berdaya. "Speak Softly and carry a big stick; you will go far."

Anonymous said...

salam... sesungguhnya saya amat bersetuju dengan tulisan ustaz ini.. semoga Allah Swt memperkukuhkan jemaah ini dan menghancurkan perancangan musuh dari dalm dan luar.....

Anonymous said...

Dr Aziz Bari tu keterlaluan..Pemuda PAS di bawah Din Tantawi pulak terlalu slow dan lembab..suka tonjol diri..Din,jgn hentem sgt org yg dh terbukti negative dgn perjuangan Pas..Pemuda di bawah enta dah jauh ketinggalan kebelakang.enta mungkin tak nampak tapi kami di bawah jelas je tgk enta suka berlagak, pakaian pun menunjuk2..leadership?setaraf hishamuddin husin je..

Anonymous said...

saya telah lama mengesyaki bahawa aziz adalah agen dan jurucakap individu tertentu.kini telah terbukti.

Anonymous said...

kalau tidak pahit bukanlah ubat namanya.

kalau PAS tidak mahu berubah tunggulah rakyat yang akan berubah dari PAS

ANAFAKIR said...

Salam perjuangan..."siapa yang menulis dan siapa yang membaca"..Siapapun antara kita, pasti telah digerakkan olehNya untuk melakukannya.Ada hikmah di situ, tersembunyi walaupun terang bersuluh.Berfikir sesat itu lebih baik dari beramal tanpa ilmu.Jangan antara kita membiarkan emosi menguasai tindakan.Muhasabah diri kita.Kekadang kita terlepas pandang kesilapan kita sendiri, kesilapan kelompok kita, kesilapan perjuangan kita.Selalunya memang begitu..jadi kita beri peluang pihak luar yang sudi [ patut dialu-alukan ] untuk menegur dan mengingatkan kita.Tidak ada salahnya.Samada terlalu kasar dan biadap itu kita lupakan dahulu kerana orang lain tidak akan sama dengan diri kita.Kita tidak mampu untuk menjadikan orang lain seperti kita..selama-lamanya tidak boleh.Justeru kritikan dan lemparan tuduhan pihak luar lingkungan, kita dengar dahulu kerana pemimpin kita tidak maksum seperti NABI BESAR kita Muhamammad SAW.Sedangkan Nabi kita pun ada pihak yang tidak setuju, apalah sangat untuk dibandingkan dengan TGHH dan yang lain-lain tu.Tidak hangus mulut berkata api, tidak pekak telinga dek caci maki...kita berlapang dada dan redha dengan kritikan orang lain.Mungkin ada petunjuk untuk kita di situ yang ingin diberikan Allah kepada kita.Jangan ada unsur taksub kepada pemimpin kerana itu juga dilarang kecuali taksub kepada Nabi Besar kita kerana Baginda adalah maksum orangnya.Cakap Baginda melalui wahyu, cara hidup baginda menjadi sunnah buat kita.Oleh yang demikian andai kritikan Aziz Bari tidak benar, batil dan bersfiat jahil kita abaikan sahaja, andai tersirat kebenaran dan terbukti dakwaanya benar maka kita juga perlu berlapang dada untuk bertindak demi Islam tidak kira siapa pun mereka.TGHH dan pimpinan tertinggi boleh berlapang dada, kenapa kita melenting terlalu awal?.Darah muda tidak semestinya kita perlu membuktikan darah muda kita dengan tindakan kita mendahului batang tubuh yang dikaitkan.Darah muda merujuk kepada semangat dan idealisma yang mantap, tidak gerun dengan ujian dan dugaan, bersifat positif.Darah muda bukan merujuk kepada sikap melulu, panas baran, sukar untuk berunding, menafikan teguran orang lain hatta kita tidak pasti apakah teguran itu palsu atau benar?..maka kita dengar dulu.Munajat padaNya kemudian mohon petunjuk.itu lebih mulia dan luhur.Sekali kita berjuang dengan lebal Islam selamanya kita perlu istiqamah dengan ciri-ciri Islam- lemah lembut, diplomasi, berlapang dada,berjiwa besar, hormati semua orang,bertindak dengan hikmah, membimbing, mentarbiah, mempunyai kebijaksaan yang tinggi, bersikap benar, sentiasa menyampaikan yang benar, jujur dan husnul zhan...tidak guna kita berpakaian bagai ulamak, berilmu, fasih membaca quran, bijak berhujah tetapi dalam waktu yang sama kita juga memiliki sifat-sifat mazmumah yang lain seperti musuh-musuh kita.Saya berkeyakinan, ada sesatu yang baik boleh diambil iktibar dari teguran Aziz Bari dan Dr Hassan Hasbullah esok..kita hayati dan kita selami secara ilmiah untuk membuktikan PAS adalah sebuah parti yang sentiasa dekat di hati rakyat, boleh dikritik, boleh ditegur dan boleh diajak berunding.Tanpa sokongan rakyat...kita tidak mampu untuk memimpin.Rakyat mungkin lebih cerdik dari pemimpin tetapi peluang untuk bergelar pemimpin tidak ditentukan oleh Allah untuk mereka jadi beri ruang untuk mereka menyampaikan idea, mungkin pendapat terbaik untuk PAS...

Ahmad Hazwan said...

salam.maafkan saya ustaz...saya langsung tidak bersetuju dengan apa yang ustaz tulis..ustaz menulis dengan perasaan marah sehingga melihat prof dr Aziz mahu menjatuhkan PAS...Ustz tlah besangke buruk dn mungkin memfitnah beliau...Ustaz selaku org di atas tidak patut bertindak begini..pandangan ustaz harus lebih matang dan baik dari ini..

Reformis Jalanan said...

Ustaz tu yang keterlaluan sebenarnya, beginikah perangai pemimpin dan orang PAS, jika kenyataan menyebelahi mereka dipuji melangit, bila kritikan diberi, dihina sehina-hinanya. Prof Aziz ada hak nak nyatakan pendapat, biar dia lah. Saya pun bukan orang PAS, tapi sayalah yang kuat sekali mengkritik dan mendesak sesetengah pemimpin PAS supaya berundur.


Bersih sangatkah PAS ini sampaikan tidak boleh dikritik, orang PAS memang macam ini, ingat diri merekalah yang terbaik. Semua yang ada pada mereka itu betul. poorah. Ustaz tak sedar ke yang PAS bakal lingkup? Atau ustaz masih lagi syok sendiri kerana keempukan kerusi Ketua Pemuda?? Jangan bila PRU yang akan datang baru PAS nak menyesal. Sekarang ramai yang bagi teguran, buat-buat keras kepala.


Inilah masalahnya, dah menang sikit berlagak. Lupa diri. Ustaz sendiri sebagai Ketua Pemuda gagal untuk mengeluarkan pandangan yang boleh menyelamatkan PAS. Semacam tukang angguk pula. Pemuda seharusnya bersuara apabila parti dilanda masalah yang diciptakan oleh pemimpin parti itu sendiri. Mana dia suara Pemuda? Ustaz selama ini hanya tahu buat bantahan itu ini, mencabar, bla bla bla tapi bila berhadapan dengan pemimpin dalam parti dah jadi macam tikus.


Selamatkanlah parti ini ustaz. Jangan biarkan keputusan 2004 berulang kepada PAS. Kalau nak dakwah, pengundi itulah targetnya. Bukannya membuatkan pengundi semakin menjauhi parti.


Saya harap saya pun dilabel sebagai kurang ajar/biadap kerana mengkritik PAS walaupun saya bukan ahli. Terima kasih.

MS said...

Kulihat ombak makin bergelora. biarlah bahtera terus berlayar. nakhoda lebih mengerti
bicara laut, angin dan langit
dari aku di seberang benua
mencatat setiap bintang
yang beredar,
sejarah mengajar
kita jua yang jarang belajar.

Kita selalu berbangga dengan
monyet di hutan
biarpun kera itu comel, jinak
dan menghiburkan

Jangan bergantung pada ekor
monyet
berdirilah pada kaki sendiri.

Anonymous said...

Tahniah Ust, orang menjual kita membeli ...macamni la pemuda.

Anonymous said...

salam, secara jujur lagi ikhlas saya telah menghidu bau-bau yg skrg ini Al Fadhil Ust telah dapat rasakan skrg. Olehitu saya harap ahli dan penyokong PAS tidak terkecuali pimpinan pusat tidak terperangkap dengan permainan musuh Gerakan Islam di negara kita. Allahuakhbar3

Anonymous said...

aku kata doh, aziz bari buleh pitih bakali. dia tidok kenal ayah chik.

Anonymous said...

Alhamdulillah, sekarang baru kita kenal siapa dia Aziz Bari. Dia sendiri telah menunjukkan belanganya yang sebenar.

Mentang-mentang selama ini kita hormat dan hargai segala pandangannya, tetapi penghormatan dan penghargaan itu digunakan untuk memalukan PAS balik.

Sayang, saorang yang berilmu bersikap macam itu.

Anonymous said...

Hidup Kepimpinan PAS. Jangan ikut telunjuk orang luar!
Kami pemuda PAS di serata malaysia memberi kepercayaan dan kesetiaan kepada pimpinan PAS yang berpresidenkan Tuan Gruru Hj Hadi.
Biar tak popular di mata manusai asalakan kita berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam dalam berjuang.

Kalau ada yang mahukan dunia dengan shorcutnya...biarkan mereka. PAS perlu tetap dengan hikmahnya berdakwah dan berpolitik walaupun tak dapat kuasa memerintah. Yang perlu difikirkan untung adalah UMAT ISLAM.

Anonymous said...

ape ni ustaz, ape bukti aziz bari agen umno...dulu ustaz kata jangan fitnah , bagi bukti dsb...ape dah jadi sekarang...ambil teguran aziz bari secara positif....die dah lama backing kita dulu....lagipun sebelum dia sebut haji hadi turun, tok guru nik dah berkali kali tegur malah surun undur khususnya pada mustapaha ali dan nasya...jangan lepas ni ustaz panggil tok guru nik agen umno sudah la.......

anakzaman said...

Assalamualaikum...
Harap saudara jgn cepat melenting, pemimpin yg baik mesti cool dan sedia dikritik oleh sesiapapun hatta dr musuh sekalipun...aziz bari bukan ahli pas, hanya pemerhati politik...so, dia sampaikan apa yg dia perhati dan persepsi pihak luar ttg kepimpinan pas kini..nak anggap dia apa pun dia peduli apa...tp apapun tujuan dia...kita sbg yg dikritik kena perhati sbg TGNA perhati...kalau betul kita perbetulkanlah kelemahan kita...kalau x betul x perlu kita melenting sampai nak ambil tindakan, sedangkan dia bukan ahli kita pun...dan pandangan peribadi saya sbg ahli biasa yg kerdil ini...TGHH kita kagumi dr segi ilmunya dan kawarakannya tp agak lemah dr segi kepimpinan dan politik semasa...dan saudara sendiri juga telah menunjukkan kelemahan dgn melenting x tentu pasal...
Wallahua'lam.

zakwan said...

Who r u 2 kid?
Malaysiakini interview 2day
PAS seminar 2morrow?
1 day difference n u'r blowin ur top already, Nasruddin?
Pathetic

As bad as it sounds, there is truth in what Prof Aziz Bari said
Uztaz Hadi's recent silence on many key issues(Teoh Beng Hock's murder,the never ending PKFZ fiasco,Shah Alam temple issue,Hassan Ali' crusade against beer n Selcat) kinda made him the Pak Lah of PAS
Sad but reality nonetheless

With his mouth shut, who was the voice of PAS
The Tok Guru Nik Aziz of course
Aziz Bari was right when he said Nik Aziz is the face of PAS,not Haji Hadi

Uztaz Hadi Awang n his conservative faction must make clear of their stand on whether they will stick wit Pakatan or get in bed wit UMNO or pull out n become a lone wolf heading into GE 13

PAS for All or Islamic State
Your call
I for one certainly do not wish 2 see a repeat of the 2004 massacre at the polls

PS
Just because I write in English does not make me kafir
I'm a Malay Muslim residing in Selangor who happens 2 be a successful product of the PPSMI policy

Anonymous said...

Dr Aziz memang batu penghalang kepada projek PAS dapat menyertai BN. Dr Aziz menentang UG. Memang wajar Ustaz merasa sangsi terhadap Dr Aziz. Malah Ustaz Nasruddin melakukan satu tindakan yang sangat bertepatan dengan waktunya dengan menghentam Dr Aziz.

Anonymous said...

Ala ustaz, ini kritikan membina, tak ada hal punya la. yang ustaz pergi sangka buruk tu buat apa.

Anonymous said...

salam .. saya ingin menegur beberapa cara pimpinan dan media pas menimbang dan mengeluarkan beberapa kenyataan... kalau beberapa tokoh akademik memberi respon yang menguntungkan pas , tokoh itu seperti dijulang tapi apabila sebaliknya terus dihentam. Saya khuatir ini akan menyebabkan pas semakin jauh dengan para ilmuan dan tidak dapat melakukan engagement yang baik dengan mereka dengan masa depan politik islam.Seolah-olah pas masih belum mempersiapkan diri menjadi sebuah kerajaan.. Saya terus mendoakan ustaz berjaya memperkasakan tarbiyah ahli dengan pendakatan yang wasilah yang efektif dan pelbagai..

Shamsul said...

Buat Reformis Jalanan,

Kalau dah bukan PAS, buat cara bukan PAS. Menegur dan mngkritik tidak salah tapi sampai nk suruh TG Presiden kami berundur, ini dah melampau.

Kalau betul PAS mundur, jgn tgk pd pemimpin saje. tgk juga ahlinya. Kalau TGHH je hebat, tp ahli x hebat, x guna juga.

Saidina Ali ra pernah ditnaya "Kenapa Islam zaman Abu Bakar hebat tapi Islam zaman engkau lemah?" Jawab Saidina Ali, "Islam zaman Abu Bakar hebat sbb Umar, Usman dan aku adalah pengikutnya sedangkan Islam zaman aku dilihat lemah sbb engkaulah pengikutnya"

PAS zaman Ust Fadhil hebat sbb TGHH , Ust Nasa dll pembantunya tetapi PAS zaman TGHH, husam musa, Dr Zul dan pimpinan yg suke2 buat kenyataan media tu pengikutnya"

Nasib baiklah Reformis Jalanan bukan pengikut PAS, hancus. Wallahua'lam.

Anonymous said...

ustaz2,,nampak gaya nya..kalau PAS memerintah nanti, ahli akedemik yg mengkritik pas pasti semuanya akan dibicarakan, dibelenggu,di ISA, di AUKU kan..sama je perangai enko ustad dengan UMNOO yg konon kononya korang jijikan tu...

sayuti said...

owh pandai cakap org akademik agen umno..

sapa puak2 aziz bari yg hg sebut tu??

habaq maii..

ak nk tnye hg skit..

ada org akademik lain ke yg berani cm dia??

lps ni org2 akademik xpyh r nk ambk tau psl pas..buang masa je

ckp pedas skit kena kritik..

HAMPEH!!!!

Muhammad Syahmi said...

salam...saya rasa ustaz dh keterlaluan melenting hanya kerana kritikan pedas yg dilontarkan dr. bari...

ustz mengatakan bahawa kemukakan bukti sebelum bercakap, klu begitu kemukakan bukti yg dr bari adalah agen UMNO... skirany ustaz gagal, nampakny ustaz juga telah memfitnah org lain...sudah hilanglah thiqah ustaz sebagai seorng yg berilmu tinggi...

dr aziz bari berkata sebagai seorang penganalisis dan pemerhati politik, jd apa sahaja yg melintas dihadapannya akan diterjemahkan mengikut tahap ilmunya... pihak pas terutamanya ust sendiri selaku ketua pemuda menerima dengan hati terbuka sesuai dengan motto pas "PAS for all" (walaupun mengikut kefahaman saya, ia ditujukan buat non-muslim)... jgn kerana ada yg mengkritik pas, ust dengan senang2 menuduh mereka sebagai agen UMNO, musuh2, xikhlas, dan sebagainya...

pemerhatian saya, sekiranya inilah pendirian dan sikap seorang pemimpin pemuda sebuah gerakan ISLAM yg hanya mahu pujian sedangkn dihamun balik segala kritikan, saya yakin, Tuhan pasti akan tarik balik kemenangan yang Dia hadiahkan. Ingatlah, kemenangan yang PAS kecapi ini adalah ujian, sama ada anda semua megah dan 'memaksa' semua menurut kata2 atau terus-menerus merendahkan diri kepada Allah.

Hanya nasihat daripada hamba Tuhan agar pergerakan Islam dapat berdiri menyuburkan syiar Islam di bumi Malaysia ini...

nuruddin said...

agen ker egen ker tak egen ker... yang peting pokok takkan bergoyang kalau tak der angin...

kalau dia agen lantak dia lah bukan ahli PAS pon...

tapi yang penting biar semua kepimpinan dan ahli2 pas tahu bahawa penyokong2 PAS macam aku nie rasa pada saf2 kepimpinan PAS sekarang.


kalau nak kira bab tuduh menuduh nie... hmmm semua pon pakat dapat dosa... aku skang nie pon org duk tuduh agen UMNO sedih rasa... bukan aku tak perasan kalau aku komen ape2 selalu jer tak kuar penat jer aku taip panjang2 nak kata aku mencarut takader pon malah ader yang lagi teruk komen dia dari aku...


tapi tak per demi Islam aku masih lagi bertahan... tak tau lah kalau PAS tak berubah2 jugak... biarlah masa yang akan tentukan...

lain kali jgn la buat buat tak nampak masalah yang sedang berlaku... asal tanya jer ribut dalam cawan kopi... tapi dah melimpah ruah dah dah banjir terus satu restoran... baru nak terhegeh2 mengaku ada masalah...

kita bukan duk zaman pak kaduk lagi tak tau aper2 sekarang dah zaman IT macam2 ada...

Anonymous said...

http://www.eramuslim.com/berita/dunia/sumpah-setia-aleg-pas-akan-ceraikan-istri-jika-berhenti-dari-partai.htm

Anonymous said...

maaf menyampuk... mungkin agak terlewat saya membacanya... komen saya... orang umno yang masih jahil dgn keterbukaan pas jagan dok pandai2 nak menyanpuk. pas bersikap terbuka dari dulu kini dan selamanya... kita perlu bezakan antara kritikan membina, kritikan menghina, dakwaan, tuduhan tanpa bukti, fitnah, bersangka dll... maka dengan itu pas berpegang dgn dalil al quran " kul hatuu burhanakum inkuntum shodikin" katakanlah : datangkan hujah/ bukti kamu sekiranya kamu rasa kamu org2 yg benar.. "yang betul kita terima yang salah kita jawap"TGH hadi said..

Anonymous said...

salam, seribu kali Dr Aziz Bari memberi komen positive tenang PAS.huh dia dijulang ,sekali je kritik..melenting sampai kepucuk atap..menuduh tanpa bukti..inikah yang yang layak dipanggil pemimpin jemaah Islam,enta kena banyak muhasabah diri,kalu berterusan mentelaliti macam ni,rosak jemaah,pemuda yang ada ni mungkin lari..sikap ujub dah nampak ada pada diri enta....ex urduni...

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive