HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 11, 2009

Mengurus Persepsi . vol 3

Politik Persepsi
VS
Politik Islami


1. Sebagaimana perbahasan terdahulu [ dalam Mengurus Persepsi vol 1 dan 2 ] telah ditegaskan bahawa persepsi terbahagi kepada 2 .

Pertama : Persepsi Positif
Kedua : Persepsi Negatif

2. Menerima atau menolak kedua - dua kategori persepsi ini banyak bergantung kepada implikasi atau kesan langsung dari menerima atau menolak persepsi tersebut .

3. Pun begitu , telah saya tegaskan sebelum ini [ vol 1 & 2 ] bahawa persepsi bukanlah suatu yang besifat mutlak kerana ia dinilai melalui " bagaimana persepsi itu dihasilkan " , " persepsi itu dari mana" dan sebagainya .

4. Sebagai contoh mudah 1 : seorang insan yang baik budi pekertinya tetapi mendapat persepsi buruk dari masyarakat ekoran fitnah yang lemparkan oleh seseorang yang lain kerana hasad dan seumpamanya . Tentunya persepsi ini tidak boleh diterima [ atau mesti diabaikan ] sebab ianya dihasilkan atau terhasil melalui cara yang salah .

Sebagai contoh mudah 2 : seorang insan yang sememangnya nakal atau jahat tetapi ia mendapat persepsi yang baik dari masyarakat ekoran kelicikannya menyembunyikan kejahatan yang dilaku dan keupayaannya mempengaruhi pemikiran masyarakat [ etc ; melalui penguasaan media ] . Tentunya persepsi ini tidak boleh diterima [ atau mesti diabaikan ] sebab ianya dihasilkan atau terhasil melalui cara yang salah .

Sebagai contoh mudah 3 : seorang insan yang baik budi pekertinya lalu mendapat persepsi yang baik dan positif dari masyarakat . Tentunya persepsi ini mesti diterima kerana ia berasas dan terhasil secara benar .

Sebagai contoh mudah 4 : seorang insan yang sememangnya nakal atau jahat lalu ia menerima persepsi buruk dari masyarakat akibat perlakuannya . Tentunya persepsi ini mesti diterima kerana ia berasas dan terhasil secara benar .

5. Begitu juga dengan politik dan tindakan - tindakannya terdedah kepada persepsi dan bagaimana persepsi itu terhasil . PAS adalah sebuah gerkan Islam yang memperjuangkan cita - cita Islam agar ianya tertegak di atas tanahair ini . Kerana Islam yang diperjuangkannya lah saya dan orang lain menyertai PAS . Usaha memperjuangkan Islam meletakkan PAS berdepan dengan musuh sementara musuh pula bertindak menyerang dari luar termasuklah menyusup masuk ke dalam saff perjuangan Islam ini untuk melancarkan serangan dan fitnah dari dalam pula .

6. Justeru itu PAS juga tidak terlepas dari pengaruh persepsi bahkan bukan sekarang sebaliknya sejak awal penubuhannya , PAS telah berdepan dengan persepsi yang berbagai . Karenah persepsi ini sebahagiannya dilayan bahkan mesti diambil kira sementaranya sebahagiannya tidak mampu dilayan bahkan mesti diabaikan begitu sahaja .

7. Biasanya persepsi ini terbentuk melalui apa yang dilihat dan apa yang orang kata . Sesekali persepsi dibentuk melalui satu hasil penelitian dan kajian mendalam . Justeru itu persepsi juga ada asasnya untuk diterima dan di tolak . Namun begitu , perjuangan mesti diteruskan dan jangan izinkan perjuangan suci untuk menegakkan agama Allah swt ini terganggu hanya kerana kesibukkan kita melayan persepsi . Saya menegaskan demikian kerana musuh tidak akan berhenti untuk mecipta persepsi buruk ke atas perjuangan yang kita dokong sementelah mereka menguasai media dan jentera kerajaan .

[ selalu di ceritakan oleh Tok Guru saya [ Allahyarham Tuan guru Atiqullah ] semasa belajar di Pondok Pasir Tumboh dulu sewaktu menegaskan bahawa kita mesti yakin dan berani hadapi cabaran untuk menjadi pelajar pondok yang pada waktu sangat dipandang hina oleh masyarakat [ yang jahil ] . Tok Guru kata : " Kamu jangan peduli apa orang nak kata ! Orang nak kata lekeh , miskin , ketinggalan zaman , serebeh , lebai malang dan apa - apa lagi lah ... peduli giii lah ! - yang penting kamu ikhlas dan lakukan kerana Allah swt dan agamaNya " ]

Lalu Tok Guru kisahkan cerita dua beranak [ ayah dan anak ] naik seekor kaldai . Lalu orang kata alangkah zalimnya mereka berdua kerana membebankan seekor kaldai , maka si anak turun meninggalkan ayahnya di atas kaldai , lalu orang berkata pula alangkah tergamaknya si ayah , dia rileks berada di atas kaldai sedang anaknya yang masih kecil berpeluh berjalan kaki .

Mereka tukar posisi , si anak naik kaldai dan ayahnya pula berjalan kaki demi memastikan persepsi orang ramai tidak negatif terhadap mereka , lalu orang berkata alangkah zalimnya si anak yang masih muda tergamak membiarkan si ayah yang telah tua berpeluh berjalan kaki .

Mereka ambil keputusan dua - dua turun jalan kaki dan mereka mengheret kaldai mereka . yang penting tiada lagi persepsi yang negatif terhadap mereka . Ternyata mereka silap kerana masih ada orang kata , alangkah bodohnya mereka berdua , ada kaldai tetapi tidak menggunakannya sebagai kenderaan .

Akhirnya mereka berdua [ ayah dan anak ] mengatakan , kita tidak ada pilihan lain untuk mengelak persepsi negatif orang terhadap kita , melainkan satu cara lagi iaitu mereka ikat kaldai
lalu mereka pikul kaldai menuju destinasi mereka . malangnya orang berkata : " apakah mereka berdua ini gila ? ada kaldai , sudahlah tidak menaikinya tetapi mereka yang memikul kaldai . Mereka ini lebih bodoh dari kaldai yang bodoh itu " .


Tok Guru buat kesimpulan : " kamu jangan peduli apa orang nak kata , tapi yang penting kamu mesti benar dan ikhlas . "


8. Saya melihat sewaktu kita berpolitik untuk menegakkan Islam , kita sering berdepan dengan situasi serupa . Apa yang kita buat serba tak kena . Kalau kita kata kita nak tegakkan negara Islam , mereka kata tidak boleh sebab perlembagaan tidak membenarkan , kelak orang non muslim tidak sokong kita , orang masih belum faham lagi fasal negara Islam , kita kena hikmah so jangan cakap negara Islam dulu dan sebagainya .......

Tetapi , apabila kita tidak bercakap negara Islam sebaliknya kita bercakap pasal negara kebajikan , negara bangsa dan lainnya , mereka kata kita telah menggadaikan prinsip perjuangan , kita sudah lari dari perjuangan sebenar dan macam - macam lagi .... sedang ini semua persepsi .

9. Situasi ini meletakkan kita serba tidak kena dan sememangnya itulah strategi musuh untuk meletakkan kita dalam dilema dan serba - serbi salah . Sebab itu saya sebut persepsi juga menjadi senjata musuh untuk melemahkan perjuangan kita terutama apabila kita terperangkap dalam politik persepsi ini . Justeru itu pandangan saya , kita teliti terlebih dahulu apa bentuk persepsi masyarakat terhadap kita dan kita juga kena nilai dan kaji , apakah persepsi itu perlu dilayan atau tidak . Apa yang penting ialah perjuangan kita tidak lari dari manhajnya yang asal berasaskan prinsip dan dasarnya yang tulen .

10. Saya ada seorang kawan yang selalu diperlekeh kerana pakaiannya yang agak kekampungan. Beliau selalu di tuding sebagai selekeh , tak ada class , serebeh , kolot , primitif dan sebagainya . Akhirnya beliau tukar imej dengan memakai pakaian moden dan agak kebandaran sedikit . Malang beliau akhirnya di katakan mengada - ngada , sombong , berlagak , tak sedar diri dan macam - macam lagi .....dia mengadu kepada saya , macam mana ni ? saya kata : " peduli apa orang nak kata [ persepsi ] tetapi pastikan awak menutup aurat dan tidak langgar etika berpakaian . Susah kalau awak nak cari redha manusia nih ! tapi ... awak kena pastikan awak dapat redha Allah , walaupun susah !"

Sabda Rasulullah saw :


من التمس رضى الله بسخط الناس رضى الله عنه و أرضى عنه الناس
و من التمس رضى الناس بسخط الله سخط الله عليه و أسخط عليه الناس

Sesiapa yang mendapatkan redha Allah swt sementara manusia membencinya , nescaya Allah swt meredhainya dan dan menjadikan manusia juga meredhainya . sebaliknya sesiapa yang mencari keredhaan manusia sedang Allah swt membencinya , nescaya Allah swt memurkainya dan menjadikan manusia juga memurkainya .

Riwayat Ibnu Hibban di dalam shohihnya .

Hadis ini menunjukkan keredhaan Allah swt adalah segala - galanya . Akhirnya marilah kita renungi kata - kata Syeikh Ibnu A'toillah as Sakandari :

من علامات النجح في النهايات
الرجوع إلى الله في البدايات

Sebahagian tanda kejayaan yang bakal dicapai pada akhir sesuatu pekerjaan ialah kembali kepada Allah pada mula pekerjaannya .


22 comments:

abumam said...

salam, ana sebenar tertanya-tanya apa kandungan perjanjian antara parti dalam pakatan rakyat hingga kedah yang telah mb nya pemimpin pas masih belum dapat menggubal enakmen syariah islam sebagaimana kelantan dan terengganu. walaupun memang kerajaan pusat belum meluluskan, sekurang-kurangnya enakmen itu telah diluluskan di peringkat negeri. ini adalah dalam kategori hak orang islam, dap dan keadilan kene terima hakikat ini. pas juga tidak meminggirkan hak orang islam jika ternakan babi itu hak mereka. ana harap perkara ini dijelaskan kerana umno pun telah jelaskan mengapa mereka tidak menggubal enakmen syariah iktu islam sepenuhnya cuma penjelasan mereka tidak dapat diterima allah dan orang beriman yang garis panduannya seperti didalam alquran dan hadith.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Tok Guru buat kesimpulan : " kamu jangan peduli apa orang nak kata , tapi yang penting kamu mesti benar dan ikhlas . "

anda yakinkah tindak tanduk anda selaras dengan kesimpulan yang Tok Guru Atiqullah buat?

Anda pun sebenarnya hanya berpersepsi, masakan dapat anda menguruskan persepsi.

Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

http://www.pemudakemehe1.blogspot.com

Anti ulamak keldai said...

Persepsi yang dikemukakan oleh Dr.Aziz Bari dan Dr. Hasan Hasbullah adalah persepsi positif yang membina. Yang perlu diberi perhatian. Apa yang boleh dibaiki kenalah dibaiki dan apa yang tidak boleh dibaiki perlulah ditukar baru.

serikandisyurga said...

Salamuallahi'alaik...
Setuju dengan ustaz.
Lain orang, lain persepsi.
Jangan jadikan persepsi sebagai penghalang dalam perjuangan.
Selagi di jalan yang benar berpandukan Al-Quran dan As-sunnah, teruskan usaha membangun ummah dan negara islam.
Utamakan pandangan Allah swt , bukan pandangan manusia.
Jazakallahu khairan khatira...
Waallahu'alam

Anonymous said...

Media membentuk persepsi.

Bukan sekadar menulis "mengurus persepsi" tapi bagaimana cara membentuk persepsi.

Tulisan berkenaan strategi ini, mengundang positif dan negatif. Ia akan menunjukkan sejauhmanakah KP faham tentang persepsi.

myhasma

www.tajamkannuraniku.blogspot.com said...

Salam perjuangan..alhamdulillah posting Ustaz tentang "persepsi" kali ini jauh lebih jelas , fokus dan bermakna..tahniah sekali lagi..sebagai seorang muslim,petugas parti, pejuang Islam kita semestinya menjaga kata2, tindakan , penampilan, pendekatan dan semua yang berkenaannya agar masyarakat tidak berpersepsi negatif pada kita..kalau boleh jangan buka ruang untuk mereka berpersepsi yang negatif..selain daripada itu kita juga berperanan untuk mendidik masyarat agar tidak mudah berpersepsi negatif pada sesiapa..cuba memahami dan letakkan diri kita di sisi/kedudukan orang yang kita berpersepsi , sebaik-baiknya sebelum kita berpersepsi kita bertanya dan dapatkan maklumat daripadanya terlebih dahulu...ini bermakna sebagai manusia yang matang, bertanggungjawab kita sepatutnya bertanya dan dapatkan maklumat yang jelas dahulu..bukannya terus berpersepsi yang akhirnya persepsi itu menjadi informasi yang palsu...yang pastinya kita perlu mendidik masyarakat agar jangan mudah berpersepsi pada seseorang takut2 kita berlaku zalim padanya...apapun yang kita persepsikan pasti akan ditanya dan dipertanggungjawabkan oleh Allah bila kita pulang kepada NYA nanti...
wallahualam....

amal kerana Allah said...

salam...kepada pemuda pas kemahang, ikhlas dan benar tu mcm mana? nak nampak ikhlas dan benar tu mcm mana?

Anonymous said...

kepada pemuda pas kemahang...
1) ikhlas dan benar tu mcm mana?
2) mcm mana nak nampak ikhlas dan
benar

Anonymous said...

kepada Abu Umam....

anda dari kedah ke? kalau dari kedah teringat hadis tok guru sebut...kita ibarat dalam sebuah kapal yang diatas dan dibawah, janganlah yang dibawah tidak pushati dengan yang diatas akhirnya mengambil kapak dan menebuk lubang pada dasar kapal, destinasi tidak akan sampai dan akhirnya kapal akan tenggelam, bersabarlah kamu akan pimpinan kamu, insyaAllah kamu akan selamat sampai ke destinasi yang dituju.....mafhum hadis yang sebenar tanya ust.din..

Anonymous said...

salam..ust, mungkinkah persepsi yang ditunjukkan baru-baru ini kepada pas dan pimpinan pas merupakan satu agenda musuh-musuh politik dan musuh-musuh islam yang ingin menjatuhkan political mileage para pendukung jemaah islam dalam lapangan politik.

..........Islam itu syumul..........

Anonymous said...

kepada pemuda pas kemahang,

anda ingin menjadi ahli parti yang menggunakan nama islam atau ahli jemaah islam yang menggunakan politik untuk islam. Seandainya anda mengaku menjadi ahli pas anda seharusnya tidak mengkritik terhadap perkara remeh temeh dalam perjuangan sepertimana posting anda di dalam blog anda...

Anonymous said...

sekali lagi kepada pemuda pas kemahang,

"teringat sirah, saidina Ali pernah ditanya dan dibeza-bezakan waktu pemerintahannya dengan pemerintahan khalifah sebelumnya....jawapan yang amat tepat untuk saya tujukan kepada anda wahai pemuda pas kemahang. Sepertimana jawapan saidina Ali..sewaktu khalifah terdahulu menjadi pemimpin aku menjadi pengikut, tetapi waktu aku menjadi pemimpin orang macam kamu yang menjadi pengikut.

sketsa sebuah perjuangan said...

tahniah ustaz di atas ulasan yg begitu menarik perhatian serta membuka paradigma baru serta sebuah penilaian yg membekas terhadap apa yang dikatakan persepsi

suka untuk saya beritahu bhw persepsi yg saya belajar selama ini tiada hubung kait dr segi pendekatan agama sptmana yg dijelaskan di sini

setelah ketiga-tiga siri mengikuti huraian ustaz, jelas apa yg saya dapat simpulkan di sini adalah persepsi itulah yg senantiasa mencetuskan segala permasalahan kepada dunia hari ini lantaran fitnah yg berlaku itu adalah kebanyakkannya bermula dari sebuah persepsi yg buruk.

oleh kerana itulah, KUASA DUNIA yg ada di tangan MEDIA tika ini seringkali memanipulasi sesuatu cerita/berita demi untuk mewujudkan satu persepsi yg buruk di kalangan manusia terhadap perjuangan Islam yg dibawa oleh mana mana gerakan islam

setuju dalm huraian 2 :
"Persepsi telah menjadi senjata yang paling tajam untuk membunuh . Membunuh sebuah perjuangan "

semoga ALlah melindungi kita semua daripada belenggu persepsi yg salah dan fitnah yg menimpa.

Anonymous said...

Kadang-kadang(atau selalunya) kita menganggap kita terlalu bagus (atau memang bagus pun),disebabkan itulah kita bebas menghamburkan apa shj dari mulut kita melalui jari-jemari menghentam org lain.

pabila sudah ada dikalangan "kita" melontarkan apa shj keburukan pd ulama' yg diwarisi Baginda,nescaya sahihnya wujud kepincangan tarbiyah dlm diri kita.

hebat sangatkah kita di Kemahang tu,ataupun kamu sama shj sperti pembocor rahsia2 jemaah ataupun munafik di belakang Baginda. ataupun kamu musuh dlm selimut.

PAS sedang dihebatkan Allah melalui pelbagai ujian dan dalam masa yg sama ia sedang dibersihkan oleh unsur2 kotor yg kononnya berjuang tetapi bukan utk mendpt REDHA Allah.waalaualam

aaa said...

Salam ustaz!Saya baru-baru ni pergi lah ke pasar borong Kuala Lumpur.Terkejut saya dibuatnya apabila terserempak pemimpin PAS cawangan MEMBELI NOMBOR EKOR di Kedai Nombor Ekor.Jadi daripada persepsi saya apakah yang sebenarnya yang terjadi adakah mereka ini kurang daripada penghayatan tentang agama atau sebaliknya.Bagi pendapat saya pemimpin-pemipin PAS di Bahagian Haruslah mentarbiah penghayatan Islam ke atas pemimpim-pemimpin cawangan supaya faham hala tuju PAS.Saya takut jika kelak diizinkan Allah PAS memerintah Malaysia Isu seperti Rasuah,perjudian dan perzinaan tetap berlaku seperti yang berlaku ke atas pemimpim-pemimpin BN....

Anonymous said...

Pandangan DrAziz Bari dan DrHasan Abdullah hanyalah satu kajian biasa jangan terlalu teruja dengan pandangan tersebut.PAS adalah parti yang memperjuangkan syariat Islam bukan menegak syiar Islam itu asas parti PAS tetapi dalam negera demokrasi ini perjuangan menegak syariat Islam terpaksa melalui ranjau dan kesulitan.Percayalah kemenangan PAS diKelantan dan Kedah adalah Anugerah dari Allah.Pada syariat kita berusaha pada hakikat Allah yang menentukan.Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama rapatkan saf bersama pemimpin teruskan perjuangan seperti biasa jangan dihiraukan segala fitnah dan pandangan yang mengatakan sokongan semakin merosot.Selagi PAS berpegang pada Alquran dan Hadis serta istiqamah dalam perjuangan.Teruskan usaha tarbiyah dan memyebarkan ilmu.InsyaAllah tuhan akan bersama kita untuk memperoleh kemenanagan.Sesungguhnys Allah berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu.

musdeng said...

Pelatihan Solat Khusyuk

Membuka cakrawala dan melatih anda secara langsung tahap-tahap menerima khusyu' dalam solat, menjernihkan jiwa anda, meraih ketenangan sempurna (thuma'ninah) dan pengalaman puncak (peak experience) yang mampu menghalau segala rasa cemas dan nervous.

Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat khusyuk itu mudah.

Sebagaimana terdapat dlm Al-Qur’an, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk. Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran

Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Abu Sangkan, penulis buku best seller PELATIHAN SHALAT KHUSYU’, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat.

Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian
Daftar Segera – Tempat Terhad

Tarikh: 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)
Yuran: RM250
HUBUNGI: SOLAT CENTER MALAYSIA:
019 267 9294, 019 624 1965, 019 262 7304, kualalumpur@shalatcenter.com

10 November 2009 06:18

din jugok said...

Ust. Din, mari sini kejap:

1)paling penting adalah macamana kita respon kepada persepsi tersebut. persepsi buruk kepada parti tidak boleh dibiarkan begitu saja atas alasan persepsi tersebut tidak benar. Ianya mesti dilawan habis-habisan. umpama dia guna pistol, tak bolehlah kita lawan dengan gunakan pistol juga, kena lawan pakai M16 atau kereta kebal, barulah persepsi itu hilang.jangan sekali-kali marah persepsi buruk orang terhadap kita, kerana kita tidak berusaha menghilangkan persepsi tersebut. kalau ada pun lawan, sekadar melepaskan batuk ditangga.

kepada serikandisyurga: betul, utamakan pandangan Allah. tapi pandangan manusia jangan dikesampingkan. PAS ni parti politik yang menyertai pilihanraya, bukannya NGOs

abumam said...

salam anony..,memang kita kene walak pada pemimpin ulamak kita,tapi kita boleh beri pendapat juga,sbb ana takmahu kita melepaskan peluang dan tanggungjawab kita yg sebenar ini,iaitu mengislamkan enakmen negeri kita,spt yg ana sebutkan,jika ternak babi itu hak bukan islam kita boleh redakan,kenapa dap dan keadilan tak dpt nak terima hak kita.pilihanraya yang akan datang belum jamin kita menang.tgok trg,alhamdulillah sempat kita islamkan enakmennya.tindakan tok guru kita yang tahu tanggungjawabnya.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum. Mabrouk ya ustaz! Ulasan yang benar dan tepat. PAS berada di atas landasan yang benar selagi kita tidak menyimpang dari dasar kita yang benar. Luar dari tajuk..ustaz ada sebut PAS cadang untuk kembangkan sistem pendidikan Islam semasa berucap di Kota Bharu. Ana sokong 100% kerana Pasti saja tidak cukup. Dalilnya, ramai anak2 Pasti yg turut terjebak ke lembah maksiat setelah meningkat remaja. Harap ustaz dapat perincikan cadangan ini. JazakAllah. - ASH, Kertih.

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum Sdr Nasruddin,

(Saya berpersepsi kemungkinan besar komen saya ini tak akan sdr siarkan. Jika dzon saya ini salah, minta maaf).

'Ad-dinnu nasihah'- Alangkah benarnya sabda Nabi saw - Rasul yg setiap sunahnya - termasuk jalan berpolitiknya - wajib kita contoh-teladani dengan sebenar-benarnya.

Selesai saya baca ketiga-tiga vol, kalau-kalau dapat memperbetulkan persepsi saya yang selamanya SALAH (bukan sekadart negatif) tentang fikrah & tariqah PAS berpolitik.(Nota: Saya pun tak pernah bersetuju dengan amno). Rupa-rupayanga persepsi salah saya itu belum juga jadi betul. Kalau sahaja sdr dapat menasihati saya bagaimana cara meluruskan persepsi yang salah itu melalui penjelasan tentang hal-hal yg berikut:

1 Fikrah politik Nabi 100% bersumberkan wahyu (Rujuk ayat 3-4 Surah an-Najm). PAS sebaliknya memgambil jalan sekular; ikut mendukung demokrasi yg dilahirkan oleh sekularisme-demokrasi. Semak pengakuan THHA (Presiden enta).

2 Tentang pengakuan Predisen PAS bahawa demokrasi dibolehkan oleh Islam, tolong tunjukkan nash syaraknya/sanadnya.

3 Dari mana boleh didapatkan dalil syari'i bahawa Islam seganding/ sejalan dgn demokrasi berparlimen sebagaimana PAS akui/iktiraf?

4 Hadis Nabi saw: 'Ya bapa saudaraku, sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku ...... atau aku mati (kerananya)" - yang sdr quote -adalah pernyataan politik; bukti jelas Rasulullah tegas tidak pernah berkompromi walau seurat benangpun dengan sebarang virus kekufuran di dalam mempertahankan kesucian Islam di segi akidah maupun syari'atnya, termasuk dlm politik. Kini PAS bersekutu dlm PR. Karpal sanggup mayatnya dilangkahi (atau dipijak?) kalau PAS menegakkan syari'at. Tolong sdr tunjukkan dalil tariqah politik PAS dalam hal ini benar, kerana masuknya PAS ke dlm PR merupakan tindakan yang sungguh amat berani menentang larangan Allah. Rujuk ayat 28 Surah Ali Imran, ayat 51 Surah al-Ma'idah ayat 55 Surah al-Maidah.

5 Kalau pilihanraya sekarang - yg PAS ikut serta - (mengguna hukum wakalah?) memilih wakil rakyat (MP & ADUN) untuk membuat undag-undang sivil/ legislatif di parlimen atau DUN, bagaimana PAS mentafsir ayat 57 Surah al-An'am, ayat 59 Surah an-Nisa', ayat 10 Surah asy-Syura'?

Okey, itu dulu untuk kali ini & saya masih TETAP memasuki politik Islam melalui pintu realiti, bukan melalui celah lubang persepsi. Kalau persepsi saya ini salah, tolong betulkan. Kalau betul, ikut saya!

I'll keep in touch!

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum, sdr Nasruddin,

(Yang ini pun mungkin sama seperti yang sebelumnya - tak muncul di skrin monitor).

Belum ada kawan-kawan ana di dalam PAS yang boleh menjelaskan:

i mengapa PAS kata dia tak sama dengan UMNO, walhal sama-sama menjunjung perlembagaan Lord Reid?

ii Bukankah yang membawa kepada keharaman juga haram? Di dalam pilihan raya yang mengusung MP/ADUN ke majlis legislatif untuk membuat hukum (undang-undang) bagi melontar syari'at jauh-jauh dari pemerintahan, parti Islam enta pun ikut serta.

Ini 2 dulu. Mahu lihat persepsi enta tentangnya. Salam.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive