HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, November 9, 2009

Mengurus Persepsi . vol 1

1. Akhir - akhir ini selalu kedengaran orang bercakap soal politik itu adalah persepsi . Baru - baru ini isu persepsi jua menjadi perbahasan penting dalam Seminar Pemerkasaan Parti [ PAS ] di Taman Melewar . [ 7 Nov 2009 ]

2. Paling ekstrim apabila Dr Abu Hassan menegaskan bahawa , barangsiapa menolak persepsi maka ia adalah primitif . Justeru persepsi pada abad ini mesti diterima sebagai informasi .

3. Ramai juga sahabat bertanya saya mengenainya sekaligus meminta saya komen berkait Seminar Pemerkasaan Parti [ PAS ] baru - baru ini .

4. Terus terang saya nyatakan , bahawa saya sangat berpuas hati dengan seminar tersebut dan mengharapkan agar segala kemelut yang berlaku juga telah berakhir dengan berakhirnya seminar itu . Perbahasan telah dilakukan , luahan perasaan juga telah dihamburkan , jawab balas juga telah diterima , emosi turut dilepaskan , majlis telah digulung dan resolusi telah diwarta , maka apa lagi yang tertinggal ? saya secara peribadi benar - benar puas hati biarpun agak teruk juga menjadi sasaran kritik . Entah dari mana datangnya rasa seronok di kritik sedemikian . Mungkin kerana ini pengalaman pertama dikrtitik secara terbuka untuk seluruh dunia menyaksikannya .

5. Selepas ini bergantung kepada sikap kita semua . Kita mahu buat perubahan atau tidak ? Pada saya , seminar ini menjadi titik nokhtah untuk kita [ pemimpin dan anggota ] muhasabah diri dan sekaligus menjadi motivasi guna meningkatkan prestasi daya juang dan menjadi lebih pro aktif menyahut cabaran .

6. Lemah kita perteguhkan , silap kita baiki dan kurang kita tambah . Malah kita belajar dari pengalaman semalam untuk menyusun strategi pada hari ini demi mencapai matlamat di hari esok . Insyaallah inilah yang saya dan rakan - rakan exco DPPP akan lakukan secepat mungkin . Kita ambil langkah positif demi memastikan segala misi dan visi perjuangan kita dapat dicapai . Setidak - tidaknya kita meneruskan langkah menyambung nafas perjuangan suci ini .

7. Terlebih dahulu mewakili DPPP , saya rakam setinggi - tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah mengkritik dan memberi in put bermakna buat DPPP . Usah risau mengenai sikap kami . Kami kejap berpegang kepada apa yang diajar oleh Allah swt bahawa , sebagai seorang mukmin sewajarnya kami mendengar semua kritikan , semua persepsi , semua informasi serta semua cadangan dan kemudiannya kami nilai , teliti serta halusi lalu kami akan ambil , terima , kutip dan pakai apa yang terbaik daripadanya .

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنة

8. Sebahagian dari pengurusan persepsi ialah tabaiyyun [ nilai , teliti , halusi dan siasat kebenarannya ] justeru persepsi tidaklah bersifat mutlak atau mesti terima . Malah selain tabaiyyun , pengurusan persepsi jua mesti melihat kepada bagaimana persepsi dihasilkan dan apakah kesan langsung berkait persepsi tersebut . Lantaran persepsi itu mungkin salah tetapi jika diabaikan membawa mudharat demikian juga sebaliknya persepsi itu mungkin benar tetapi jika diterima , ia akan memberi pulangan yang negatif .

9. Bahkan sebahagian daripada persepsi itu memang salah dan berdosa sementara sebahagian yang lain itu benar . Firman Allah swt : [ al Hujurat : 12 ]

يا يها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم
و لا تجسسوا و لا يغتب بعضكم بعضا
أيحب أحدكم أن يأكل لحم أخيه ميتا فكرهتموه و اتقوا الله إن الله تواب رحيم

Wahai orang - orang yang beriman , jauhilah akan kebanyakan dari sangkaan [ persepsi ] sesungguhnya sebahagian sangkaan [ persepsi ] itu adalah dosa [ salah ] . Janganlah kamu mencari kesalahan orang dan jangan kamu mengumpat sebahagian kamu akan sebahagian yang lain . Apakah kamu suka memakan daging saudara kamu yang telah mati ? tentunya kamu enggan [ jijik ] melakukannya ! justeru itu takutlah [ taqwa ] kepada Allah swt , sesungguhnya Allah swt Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang .

10. Ayat diatas menunjukkan sebahagian besar dari persepsi itu adalah salah dan dosa kecuali pada keadaan - keadaan tertentu yang umum dan mudah dilihat kebenarannya , maka persepsi itu diambil kira . Ini adalah kerana Islam sangat mementingkan ketepatan , kebenaran , bukti , suatu yang nyata dan jelas sekaligus menolak kesamaran , andaian , agak - agak dan sangkaan bimbang tersalah langkah dan tersasar dalam bertindak .

Sebelum kita bercakap soal persepsi atau politik persepsi pada hari ini , al Quran terlebih awal telah mendedahkan perkara ini dan meletakkan kaedah bagaimana mahu mengurus persepsi . Insyaallah , saya akan sambung selepas ini perbicaraan berkait pengurusan persepsi ...

to be continue

10 comments:

Anonymous said...

Persepsi itu bukan semestinya pandangan serong, tetapi ia adalah tanggapan yang berdasarkan kepada maklumat yang sedia ada, first impression, mainan akhbar dll.

Mengelaknya tidak mungkin, tetapi memastikan orang lain mempunyai tanggapan yang baik pada kita itu perlu.

Anonymous said...

Memang benar apa yang diperkatakan oleh ust. Mengurus persepsi mestilah merangkumi persepsi Allah dan persepsi manusia. Apa nilainya kalau sekadar kita melihat persepsi manusia sahaja tanpa merujuk kepada persepsi manusia melalui wahyu yang diturunkan.

sketsa sebuah perjuangan said...

Masalah persepsi ini sebenarnya luas skopnya untuk diperbincangkan ustaz..

apa yang saya belajar dalam bidang komunikasi massa, persepsi kita terhadap seseorang manusia itu bermula setelah kita melihatnya menerusi tanggapan kita yg pertama(first impression).

di sini, kita boleh menilai dia itu berdasarkan kepada beberapa perkara pokok seperti

a. prototaip individu- kita kenali dan tentukan karektor berdasarkan pada bentuk fizikal dan stailnya dengan berpandukan ciri2 yg sedia ada pada org lain.. contohnya kita kenal pasti rupa bentuk seseorang guru macam mana, artis macam mana, ulama macam mana. apa yg kita lakukan ini adalah merangka satu skema prototaip di dalam minda dan semuanya ini membantu kita untuk membentuk satu komunikasi yg sesuai dengan orang berkenaan.

Tapi, skema ini juga mempunyai kelemahan. Kelemahannya adalah kita mungkin terlepas pandang perkara yg unik dan istimewa tentang seseorang itu.

macam contoh beginilah ustaz..

Orang menganggap bahawa TGHH ini lemah dan bersifat seumpama Pak Lah versi PAS. itu tanggapan mereka setelah melihat kepada karektor, tabiat komunikasi, skrip dan sebagainya lagi yg ada pada TGHH tetapi pada masa yg sama mereka langsung tidak mengetahui akan keunikan TGHH ini.

Mereka tidak tahu bhw TGHH ini mempunyai kelebihan/keunikann yang banyak di dalam kerjayanya sebagai seorang ulama besar seantero dunia yg mungkin akan memberi juga kelebihan/kredit yg tersembunyi kepada perjuangan islam ini. Ini yg jadi masalahnya ustaz..

persepsi itu salah kerana yg unik itu mereka tidak ketahui.. jadi bagaimana ustaz?

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Salam tuan..

dulu tuan menjadi idola kami, mungkin sb terlampau seronok dgn penampilan dan gaya tuan. Tapi rupanya apa yg kami harapkan, lain yang tuan persembahkan.

Mungkin itu lah sebabnya orang tua-tua berpesan, pandangan mata jangan dijadikan ikatan, pandangan nafsu jangan pula jadi ikutan. pandangan hati dan iman juga laksana panduan.

Tuan mahu org lain mengurus persepsi, tetapi tuan sedar atau tidak cara tuan berpolitik sekarang ini juga adalah berpandukan persepsi. Kami sesekali tidak akan maafkan kedangkalan dan tindakan bodoh tuan dalam berpolitik khususnya pada PRK Bagan Pinang lepas.

Kami dengan air mata yg mengalir melihat sendiri bagaimana puak2 Umno menggunakan SMS Seruan Jihad Tuan itu utk menakut-nakutkan Bukan Islam, dan yang lebih memedihkan.... tuan sendiri tau kan...

bukankah itu semua persepsi.?

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam Ustaz,
Apa yang saya fahami, persepsi bukanlah الظن
Justeru, ayat 12, al-hujurat, tidak berkenaan untuk istilah persepsi.
Wallahu a'lam!

Muhammad Syahmi said...

salam...

pada saya, segala tindak tanduk kita yang boleh mendatangkan persepsi negatif dari pihak lawan sewajarnya dihindari...kita sendiri tahu yg musuh sentiasa menggunakan kelemahan dan kelalaian kita sebagai senjata yg mampu menikam semula tuannya...

hindari segala yg boleh membawa kepada persepsi buruk terhadap PAS...

kentutbesut said...

Memang ketua pemuda PAS pusat tak sesuai lagi.Jika dibandingkan dengan Salahuddin Ayob masa jadi Ketua pemuda dulu lebih bagus.Tengoklah jika benar Dr.Md Asri menyertai PAS,terkenjor2 dan terjeling2 cemburu dengan DR.Md Asri pula.

wan said...

Ustaz mesti belajaruntuk terima pandangan dan kritikan.

Diharap ustaz dapat menerima semuanya tanpa emosi. InsyaAllah ustaz pasti boleh.

Pemuda Kemahang ni seperti cerita kaum Cina dengar kempen UMNO yang Pas nak potong tangan semua bukan Islam.

Koman Pas ada pemuda kualiti rendah macam ni.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Untuk Wan..

Memang kami ni ahli koman saja, kuli bawahan dan tak sebijak tuan-tuan apatah lagi Ketua Pemuda PAS Pusat kita nie.

Tetapi kalau Wan hadir bertugas di Bagan Pinang baru-baru ni, Wan akan dapat lihat bagaimana Umno mempergunakan sepenuhnya SMS Seruan Jihad Fisabilillah yang Tok Ketua Pemuda Pas Pusat hantar itu untuk menakut-nakutkan pengundi2 bukan Melayu. Takkan Wan tak sedar benda tu? melainkan Wan hanya goyang kaki kat rumah sambil menonton celoteh Suhaimi Sulaiman Sudut Pandang di Astro Awani yang yang memperkatakan tentang Bagan Pinang.

Belajar menerima kritikan la PAS wey kalu nak maju.

wan said...

Saya hadir bagan pinang dan saya juga terima SMS tu dan saya tahu UMNO menggunakannya untuk memfitnah Pas.

Sudahlah Pemuda Kemahang, pandai-pandai anda sukat kempen UMNO tu berjaya atau tak.

Kalau dah tak nak husnuzzon dengan pimpinan memang macam-macamlah dituduh.

Suruh ustaz terima teguran tapi bila orang lain tegur dia, dia melenting pulak.

Tak payah turun padanglah kalau setakat panas telinga sikit dah pandang serong pada seruan berjihad oleh pimpinan.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive