HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, November 17, 2009

Pemuda UMNO Salah Teropong

Pemuda UMNO
Hanya Meneropong
Kuman di Seberang Laut

1. Kesungguhan Pemuda UMNO mendesak supaya Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletakkan jawatan ekoran isu penajaan Ibadah haji baru - baru ini adalah usaha mereka untuk melihat kuman di seberang laut sementara gajah dihadapan mata mereka sengaja mereka lindungkan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat sendiri sudah hampir naik bosan dan jemu dalam membuat laporan dan mendedahkan penyalahgunaan kuasa juga rasuah para pemimpin UMNO dan BN sejak sekian lama , tetapi malang bukan sahaja mereka yang dilaporkan ini tidak disiasat atau diambil tindakan , bahkan selama ini Pemuda UMNO dan BN hanya memejamkan mata serta memekakkan telinga .

3. Tidak pernah kelihatan Pemuda UMNO dan BN sebelum ini peka dengan rasuah . Setiap kali kita bercakap soal rasuah dan integriti , entah dimana pemuda UMNO dan BN ini berada . Malah setiap kali isu rasuah muncul dan diperbahaskan kepada umum nyata jelas kelihatan pemuda UMNO dan BN seperti kebimbangan untuk turut menyatakan pendirian .

4. Lebih malang , ketika mana Ketua mereka disabitkan bersalah kerana terlibat dengan rasuah oleh jawatankuasa disiplin UMNO sendiri , tidak pula kedengaran suara pemuda UMNO khasnya pemuda UMNO Kelantan untuk mendesak supaya khairy meletakkan jawatan .

5. Saya melihat pemuda UMNO hanyalah bersikap opurtunis . Tindakan mereka bukan lahir dari peribadi yang konsisten mempertahankan nilai integriti berbanding individu atau tokoh yang mereka serang hari ini [ YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz ] sebagai tokoh yang telah berjaya mempertahankan nilai integriti dalam kepimpinan jua dirinya selama 19 tahun mentadbir negeri Kelantan . Bahkan akan terus dipertahankan sampai bila - bila justeru beliau adalah seorang tokoh yang sangat arif mengenai dosa dan pahala serta tekun menghayatinya berbanding UMNO dan BN yang sering lupa aspek dosa dan pahala .

6. Saya tidaklah memaksumkan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Aam PAS tetapi apa yang jelas Tuan Guru jauh lebih baik dan mulia dari sikap pemuda UMNO yang hipokrit .

7. Kenapa tidak pemuda UMNO dan BN bangkit secara konsisten menentang amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terutama yang melibatkan pemimpin UMNO dan BN sendiri . Sementara apa yang berlaku kepada Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sangat mudah isunya . YAB Tuan Guru telah bersedia untuk disiasat oleh SPRM jika benar ada dakwaan rasuah . [ Saya percaya SPRM akan terjun tidak bertangga untuk mengambil kes yang melibatkan pemimpin PAS setelah mereka terlalu berat punggung untuk bangun bertindak dalam kes yang melibatkan pemimpin besar UMNO dan BN . ]

8. Malah suka saya ulang buat kesekian kalinya kenyataan Tuan guru bahawa beliau senantiasa membuka pintu rumah dan pejabatnya 25 jam sehari untuk disiasat oleh SPRM . Cuma saya harap , janganlah nanti Tuan Guru masuk kamar SPRM untuk menjalani siasatan dalam keadaan hidup dan sihat tiba - tiba keluar mayat ! waliyazubillah .

9. Apakah pemuda UMNO sudah kehabisan idea dan peranan untuk menyelesaikan masaalah dalaman mereka yang semakin parah , kini mereka cuba beralih pula untuk mencampuri urusan PAS . Serahkan kepada pihak yang berwajib . Buat laporan jika ada kes dan jangan ganggu proses pengadilan dengan desakan atau tindakan yang berbau [ hamis ] politik kotor .

10. Apakah pemuda UMNO juga telah tidak mempercayai keupayaan dan kemampuan SPRM dalam menangani kes rasuah ? atau sengaja mereka mahu mengambil kesempatan politik bagi menjatuhkan kepimpinan YAB Tuan Guru ? atau mereka telah tidak sabar menunggu pilihanraya untuk mengambil alih kerajaan negeri kelantan ? atau paling mudah untuk difahami tindakan mereka ialah untuk melindungi kelemahan mereka sendiri yang sering dipertikai selama ini ?

10 comments:

gagasan_warisan said...

Sama-sama lah muhasabah diri..baik pas mahupun umno....
"jangan lah jadi serupa tapi tak sama"

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saudara ustaz. Jika kita lihat sebelum ini parti-parti PR lantang menuntut siasatan rasuah ke atas pemimpin-pemimpin kerajaan yang dikatakan rasuah, tidakkah saudara fikir tindakan yang sama akan dilakukan UMNO jika perkara yang sama berlaku ke atas pemimpin PR.

Ini adalah tindakan timbal balik.

Bagi saya tidak perlu saudara meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku pada pemimpin saudara ke atas UMNO.

Kesilapan sudah berlaku dan jika disabitkan bersalah terimalah dengan seadilnya. Jika kita setuju rasuah itu salah maka kita kena tetap dengan pendirian itu dan bukannya bersikap memilih hanya kerana orang yang bersalah itu kita ketahui dan kenali budi perketinya.

OrangMuda

abumam said...

bandingkan pemimpin pas yang di kelantan dan pemimpin umno semua orang tahu umno lah amalkan rasuah.pemuda umno itu seperti meminta sprm siasat mb2 umno yang lain je.

Anonymous said...

askum..

maaf jika hamba kasar berbicara , cuma disini kelihatan persamaan iaitu "Penyamun dan Penyangak"maksudnya umno penyamun dan PR penyanggak ..UMNO islam Melayu mencuri duit rakyat , bilamana diambil alih kepada PR maka anwar ibrahim dan DAP mahupun PAS akan berubah ke Penyamun .

maaf ye, saya x maksudkan Tuan Guru , cuma saya maksudkan umumnya begitu

Anonymous said...

amno.. tiap2 tahun taja orang pi haji dgn syarat ahli amno... rasuah tuuuuu...... berdosa tuuu..... sumo kena letak jawatan tuuuu..... mampus la amno tuuuu......

Anonymous said...

kalau dah namanya umNO...

gitulah pe'e nyer..

raunaza

akuumnobangang said...

umno is shit..pi mampos umno amin

Anonymous said...

Saya alu - alukan perbedaan pendapat tetapi saya kecewa dengan kebiadaban dan keceluparan . Saudara/i semua sahabat saya .Namun maafkan saya jika saya tidak menyiarkan komentar yang tiada nilai etika . Selamat membaca dan berjuang !

I copy and paste ayat di atas:

comment UMNO SHIT tu bukan ke biadap, celupar dan tiada nilai etika?

ye la kalau benci sekalipun comment itu tak sepatutnya disiarkan?

UNLESS saudara nasa merasakan ianya beretika, tidak celupar dan tidak biadap?

hmmmmmmmmmmmmmmmmm ... wonder wonder...

Anonymous said...

assalamualaikum..
ustaz..

pd hemah sy,kalau kita imbas balik,isu menantu nik aziz ini telah disbarkn oleh syed azili yang dikenali sbg org kuat husam musa...so,ini merupakan masalah dalaman pas. tak timbul isu umno sbg dalang... jd sy pkir kolonel mat yg dimaksudkan oleh nik aziz sudah kita dpt jwpnnya....

haziq zamri said...

assalamualaikum ustaz...
kalau kita perhatikan sbelum ini umno dikatakan kronisme dan rasuah...

tp sekarang isu nik aziz dan menantu hangat diperkatakan ibarat meludah ke langit jatuh ats kpoiah sndiri...cmne ini ustaz??

ini stu perkara yg memalukan shiar islam sbg lambg parti..lbih2 lg isu tersebut dilakukn oleh ulama...

pd hemah sy, dwan pemuda pas perlu memejamkan mata seketika terhadp isu umno sbaliknya buka lh mata seluas luasnya dalm menyelesaikan masalah dalaman pas yang agak memalukan lebh2 lg isu tersebut di lakukan oleh ulama yg unggul kononnya...

sy pkir tak timbul isu umno sbg dalang.ini kerana, isu nik aziz dn menantu telah didedahkan oleh syed azili yg merupakan org kuat husam musa..so, ini menjurumus kpd masalh dalaman.so mgkin isu kolenel mat sudah kita dpt jwpannya.....

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive