HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Wednesday, November 25, 2009

Perkukuhkan Parti ....


Perkukuhkan Parti
Perkasakan Tarbiyyah

1. Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam [ Harakah Islamiyyah ] yang mengambil pendekatan menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang berdaftar .

2. Politik adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangan Islam yang wajib dilunas sebaik mungkin . Ianya menjadi alat atau wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan syariat Islam sebagai satu perundangan atau peraturan yang adil , telus , saksama dan bestari .

3. Namun begitu menang dan kuasa hanyalah wasilah perjuangan bagi mencapai matlamatnya iaitu redha Allah swt . [ الله غايتنا ] . Mutaakhir ini saya lihat ada beberapa perkara yang memerlukan allignment dan balancing di dalam PAS agar perjalanan atau pergerakkan PAS menuju destinasi [ matlamat ] tidak makan sebelah dan bergegar sepanjang jalan .

4. Ucapan dasar Presiden PAS telah menegaskan bahawa PAS mesti bergerak seimbang [ tidak makan sebelah ] dan tenang [ tidak bergegar ] dengan 3 fungsi utamanya iaitu :

a] Harakatut Tarbiyyah ,
b] Harakatud Dakwah dan
c] Harakatus Siyasiah .

5. Pada pengamatan saya , kini ramai [ sebahagian ] pimpinan dan anggota PAS agak berlebihan dalam menumpukan gerakkerja politik [ harakatus siyasiah ] sementara sangat tidak mengambil berat terhadap gerakkerja tarbiyyah . Mereka sanggup bersengkang mata untuk memastikan kemenangan kerusi mereka bahkan sanggup jua bertegang leher sesama sendiri demi sebuah strategi politik . Terlalu ghairah untuk menang besar dan menang cepat dalam pilihanraya sehingga mengorbankan sahabat seperjuangan dalam PAS .

6. Amal tarbawi seperti tiada lagi tempat dan ruang . Ukhuwwah sesama pimpinan dan anggota parti dilihat sinis . Mudah bertengkar dan bermasam muka . Sering dipengaruhi rasa curiga antara satu sama lain . Memandang sahabat seperjuangan seperti musuh yang dilapah dan disiat seluruh maruah dan aibnya di dada akhbar dan blog . Sukar bertolak ansur sebaliknya mudah bersengketa . Berbicara sesama sendiri seperti bicara dengan musuh .

7. Bukan sahaja parti bergerak secara tidak seimbang [ makan sebelah ] tetapi juga tidak tenang [ bergegar ] sepanjang jalan . Suara luar boleh masuk dan mempengaruhi sebahagian pimpinan PAS dengan mudah . Tahap thiqah [ kepercayaan ] kepada pucuk pimpinan parti semakin berkurangan . Budaya menghentam pimpinan secara terbuka semakin menjadi trend . Rahsia parti dan minit mesyuarat dibongkar tanpa rasa bersalah . Mereka berpolitik bukan hanya dengan musuh tetapi lebih hebat sesama sendiri .

8. Saya lihat perlunya kedudukan dan perjalanan parti kita ditimbang dan dibetulkan semula . Semua pihak sewajarnya ambil peranan ini dengan penuh insaf dan sedar . Kembalikan izzah berjamaah dengan semarak amal tarbawi . Bina semula wehdatul fikri dan wehdatul amal . Jaga kerahsiaan jamaah dengan mengenal pasti apa yang patut rahsia dan apa yang patut dedah . Fikrah Islam mesti jelas ! jangan biarkan ia kabur disebalik jerebu kemenangan .

9. Semua pihak mesti merendahkan sayap . Kembalikan suasana lazat dan seronok bekerja dalam jamaah . Pastikan berjuang untuk menambah pahala bukan berjuang untuk memperbanyakkan dosa dek kerana fitnah dan pertelingkahan sesama sendiri . Berlapang dada dan bersedia untuk dinasihati dan ditegur . Hidupkan semula amal tarbawi biarpun dengan gaya moden atau paling tidak , kekalkan warisan tradisi yang soleh seperti usrah , tamrin qiadi , mukhayyam tarbawi , liqa fikri , ijtima' tarbawi dan lain - lain .

10. Perkukuhkan parti kita [ PAS ] sebelum kita nak perkukuhkan parti orang lain . Fokus pada potfolio yang diamanahkan kepada kita . Usahlah kita ambil kerja orang lain atau dalam bahasa lain menggali tanah kebun orang lain . Menuding dan menilai kerja orang lain bagaikan nak rak tetapi malang kerja sendiri entah kemana failnya . Pada masa yang sama , perkasakan amal tarbawi . Jangan culas untuk hadhir program yang membina diri , aqidah dan fikrah . Usah berlagak pandai dan bijak . Rendahkan sayap demi amal jamaei . Kurangkan alasan atau jangan banyak sangat bermain alasan untuk tidak melibatkan diri dengan program amal tarbawi , kerana kelak menjadikan kita tidak seimbang [ makan sebelah ] .

28 comments:

MemaLI said...

back to basic.... Ahli PAS...jom kita fahami 10 rukun baiah...Allahuakbar !!!

MemaLI said...

Ahli PAS..JOM fahami 10 RUKUN BAIAH... back to basic...Allahuakbar !!!

MemaLI said...

10 rukun baiah... back to basic...jom ahli PAS...fahami rukun baiah

Anonymous said...

Betul tu Ust.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 said...

Salam...

Seruan agar diperkukuhkan parti dan jemaah merupakan satu seruan yang mulia.

Sebelum parti diperkukuhkan, dan jemaah diperteguhkan, kita kena perteguhkan dulu hasrat dan cita-cita perjuangan, kena mendasari dulu perjuangan parti dan jemaah.

Oleh sebab itu, apa2 idea karut seperti IDEA KERAJAAN PERPADUAN perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh, termasuk dari saudara sendiri. Kami lihat saudara pun bukan main lagi kecenderungan ke arah itu..

Kalau kita nak wala', Mursyidul AM adalah pemimpin yang paling perlu kita wala', selepas itu baru boleh wala' kepada pimpinan lain. Beliau nakhoda kapal ini (PAS), bukannya penumpang.

http://www.pemudakemehe1.blogspot.com

Anonymous said...

Terima kasih ustaz kerana entry ini sedikit sebanyak menjernihkan konflik dalaman saya sekaligus memantapkan fikrah.. memg betul apa yg berlaku ini sedikit sebanyak menggoyahkan keyakinan pada PAS.. istiqamah atau tidak bergantung pada kekuatan kita dan kepercayaan kita kepada pimpinan dan parti..

memang benar, wujudnya ahli yg tidak ikhlas dalam menegur pimpinan dan memberi kritikan kepada parti, seolah-olah tiadanya adab2 dalam berjemaah...

Anonymous said...

MUdah aje nak perkukuhkan jemaah. Singkirkan mereka yang bermasalah Nasaruddin Mat isa, Mustahapa ALi dan hasan Ali, barulah boleh kukuhkan jamaah. Hj.Hadi pun wajar berundur. Lagikan menantu Tok Guru sanggup berundur

syed said...

PEMUDA PAS KEMAHANG 1:
"kita nak wala', Mursyidul AM adalah pemimpin yang paling perlu kita wala', selepas itu baru boleh wala' kepada pimpinan lain"

sedihnyer, nme pemuda PAS tp xphm2 ssmtem tanzim PAS, mcm mne ni nk sembg pasal PAS?

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 ni xphm sstem tanzim PAS ni,duk sembang kemas pasal PAS tp turutan tanzim PAS pun xphm..mlgnye dpt pemuda cmni..

Wala' yg pling utama dlm PAS adalah kepada presiden, bukan mursyidul am,bhya statement enta ni,bt celaru dlm jemaah..

cube cek blik sjrh cmmne blh trtubuh mursyidul am dn majlis syura ulama',dn jobskop die..enta p baca dlu, pastu mai sembg sini,nk sembang kemas sni pun ana xkesah..

abumam said...

alhamdulillah,memang lega atas keperihatian pimpinan atasan tentang apa yang berlaku.harap dikembalikan perjuangan sebenar pas iaitu enakmen islam.

Anonymous said...

kepada pemuda pas kemahang, hang ni klau tak komen apa2 orang tak tau hang bodoh. wala' biar mengikut tanzim, bukan ikut orang. nak tanya kt pemuda kemahang kalau lepas ni tok guru meninggal hang nak wala' kt siapa. Wala' pada jemaah la wei... dan pimpinannya. hang belajaq apa itu organisasi, belajaq apa itu harakah islam, belajaq wala' kepada kepimpinan dalam islam, baru hang nampaknak wala' kt siapa sebenarnya.

Anonymous said...

kepada pemuda pas kemahang. mati biar kerana islam bukan kerana manusia. jihad biar tegak islam bukan jihad pertahan manusia. berjuang demi islam bukan demi manusia.. setiap orang ada peranan, mursyidul am ada peranan, kepimpinan dalam parti pun ada peranan. Fahami konsep wala' dalam kepimpinan islam.

amalperlis said...

kepada pemuda pas kemahang. hang ni lah yang memecahbelahkan ahli jemaah. bukankah isu UG tak dibangkitkan lagi, bahkan telah diputuskan dalam muktamar supaya kes UG ni di senyapkan dan waktu seminar haritu pun dah diberitahu. bagi sesiapa yang membangkitkan lagi isu UG ini dia adalah pengkhianat dalam jemaah macam hang...

pemuda perlis said...

kepada pemuda pas kemahang, aku rasa hang pun xpaham apa maksud kerajaan perpaduan... elok hang pikir apa yang hang perlu buat untuk tingkatkan kefahaman islam masyarakat kat sekeliling hang dan pikir mcm mana nak menangkan islam kt tempat hang daripada hang dok kacau kerja orang..

Anonymous said...

Salam Eidul Adha Sdr At-Tantawi,

Harap dapatlah dipastikan sumber tauhid yang sohih dijadikan paksi kepada segala-galanya. Pemerhatian saya hal ini tidak menjadi penekanan oleh banyak harakah. Mungkin kerana risau dengan keadaan. Tauhid Ahl Sunnah Wal Jama'ah yang mengikuti warisan yang haq adalah satu-satunya dinding yang paling kebal dan boleh menjadikan mutu keikhlasan setiap kita meningkat sebaik-baiknya, insyaAllah. Berdasarkan pemerhatian hamba, mereka yang mantap tauhidnya dan penghuraian tauhidnya mengikut ASWJ boleh berfungsi dengan paling effektif dalam mana-mana keadaan dan cabaran.

Salam,
TokPakir

Anonymous said...

asm,

Artikel yg cukup baik dan sepatutnya diawalkan lagi. Ramai org2 luar yg nampak ini masalah utama PAS tetapi pelik kerana pimpinan PAS masih kabur tentang masalah utama ini.
Sebab itu, beberapa gerakan Islam yg tidak selari dgn PAS kerana masalah asasi ini belum selesai..
Duduk, fikir, bertindak dan perbaikilah.. jika tidak, rasa kita adalah yg terbaik akan menghancurkan kita.
Masih belum terlambat utk berubah. PAS bukan segala-galanya,.. Islam dan kebenaran adalah segala-galanya. Jangan sampai kemenangan menjadi ghoyah. Wsm

Mohd Azlan said...

salam, alhamdulillah, semangat memperkasakan jamaah terus berkobar setiap selingan waktu..
mohon jika tak keberatan pada alfadhil ustaz yg ana hormati, mintak link blog ana pada ustaz punyer blog, mudahan ana selaku anak muda dapat sama2 mencari anak2 muda.... http://umarfarouq.blogspot.com/

syukran jika sudi..

Anonymous said...

Memperkukuh tidak semudah yg dicakap, selagi cakap tidak serupa bikin,tak kan ianya menjadi.

sembang haroki said...

maaf ye pemudapaskemahang, anda tersasul. UG merupakan satu ijtihad, tahaluf melalui PR pun satu ijtihad. ijtihad tidak terbatal dengan ijtihad. bahkan kemungkinan jika diteliti hujah secara syar'i,syumuli, manhaji, waqi'i dan wasoti UG lebih kuat. tapi pimpinan dah tutup UG, kita terima, walaupun dua2 pendekatan boleh diguna serentak dalam konteks strategi.
satu hal yang mesti kita faham, kita tidak boleh menghina atau perlekeh ijtihad orang lain terutama dalam satu jamaah.ini menyalahi adab ikhtilaf. cukuplah tulisan anda itu merupakan tulisan terakhir mencemuh ijtihad ulama lain dalam jamaah kita. bukankah orang2 mukmin itu bersaudaramara?

Anonymous said...

Rasullalah adalah ikutan kita, sejarah telah memperlihatkan keindahan budi pekerti rasulallah ini dan tiada pertikaian kepada nya.
PAS terlibat dalam kemelut kepimpinan bukan kerana pihak lain tetapi adalah kegagalan kepimpinan tersebut dalam membuktikan kemampuan nya memimpin. Tidak timbul soal keterbukaan, demokrasi atau selain nya. Sedangkan di kalangan 4 khalifah Islam di jamin syurga pun dibunuh inikan pula kepimpinan PAS.
Selagi kelakuan baik, perbuatan ikhlas serta bijaksana dalam perlaksanaan kerja nya akan dapat dilihat dikalangan manusia. Orang tidak marah pada sesiapa kecuali perkara yang menyusahkan dirinya. Kepentingan diri merupakan agenda utama yang perlu di fikirkan bersama supaya cepat sedar diri sendiri

Kebebasan Rakyat said...

assalamualaikum.

Bagi saya wala' adalah kepada pemimpin yang adil dan saksama dan yang bertakwa kepada Allah. Takguna serban diatas tapi kalau melanggar suruhanNya. Kalau dilihat fenomena skang bermacam-macam ustaz kita ada tetapi adakah semua ustaz tersebut boleh pakai. Sedangkan yang ada dalam PAS ni pun bukan semuanya elok. Terus terang saya katakan saya bukan la ustaz atau alim ulamak. Saya sama seperti anak muda yang lain yang masih berpeleseran. Kalau x xkan ada Presiden yang menipu. mula-mula kate nk saman akhbar arus perdana sebab fitnah kate pemimpin tersebut terlibat dalam UG last2 mengaku jugak mmg dorg ada UG ngan UMNO pas Mac 08. Ini penipuan terang-terangan. Pada pandangan saya KPP Pusat masih gagal lagi buat masa sekarang selaku pemimpin golongan muda. No refreshing isu but only continue what another person say. banyak ulasan yang diulas oleh KPP pusat dah lapuk bilamana isu tersebut dah 3-4 hari berlalu selain xde surprising isu.

Ini hanyalah pandangan saya selaku seorang yang berada dibelakang saf kepimpinan pemuda yang ada. Jika ada salah silap atau tersinggung saya memohon maaf.

Anonymous said...

suatu hari semasa ana di sekolah dulu, spt biasa semua pelajar senior dan junior berhimpun dalam surau untuk kuliah maghrib. Kemudian ada sekumpulan pelajar senior buat masalah di surau. Pelajar2 senior ni tadi memekak dan akhirnya bergaduh sesama sendiri dalam surau. Dipendekkan cerita, mereka ni semua blah keluar dari surau lepas tu.

Tiba tiba ketua BADAR ke depan amik mic dan start marah marah kat pelajar junior yang terpinga pinga dalam surau. Jangan biadap dalam surau katanya. Mukanya jelas mengadap kami yang ketakutan. Kami pun jadi blur tak pasal pasal kena maki pulak dengan ketua BADAR.

Yang kami paham, ketua BADAR tu jenis pengecut. Bila batch dia (senior) buat hal, dia diam tak reti bertindak tapi bila keadaan dah kelam kabut, budak budak junior pulak yang disalahkan tak tentu pasal. Dari hari tu ana hilang respect kepada Ketua BADAR tersebut.

Anonymous said...

Hidupkan Amal Tarbawi...
wala' hanya pada Allah sahaja yang perlu dikekalkan...yang lain akan turut serta setelah dimurnikan dengan ilmu dan amal yang sahih..

FIKRAH ISLAM MESTI JELAS !!!

hilbert said...

Salam sejahtera Tuan Ustaz,

dahulu saya tak kisah sangat siapa nak jadi tunjang pemerintahan dalam negara ini samada PAS ke ataupun UMNO, tetapi pendirian saya terhadap PAS tiba-tiba mejadi berubah tak ubah seperti semasa kita membawa kereta lalu buat pusingan 'U', sebab apa?

sebabnya ialah apabila saya dapati PAS telah bekerjasama dengan DAP. Semua orang tahu dasar perjuangan DAP itu apa...

Anonymous said...

salam ziarah
ug dan takmau ug ke,sudah diputuskan sebagai tak wujud ug.terima kasih

sembang haroki said...

apakah kpp yang berjaya dalam memimpin golongan muda? apakah kita ditentukan oleh kehendak golongan muda atau kita mencorakkan golongan dengan sibghatullah? apakah kejayaan kita ditentukan kejayaan kita mencipta isu? salahkah UG dari segi syarak? saya amat yakin pakatan telah sampai ke peringkat HARAM kerana telah memecah belahkan sof islami. menurut Islam, ukhuwwah imaniyyah adakah wajib, tahaluf adalah harus. menurut ghotban apabila tahaluf membawa perpecahan dikalangan ahli jamaah, tahaluf menjadi HARAM.
bagi saya kejayaan KPP diukur dari segi membina golongan muda yang menjadi asas pembinaan masyarakat dan negara dimasa depan. siapa yang menguasai pemuda hari ini, menguasai negara di masa depan.
saya doakan kebebasan rakyat tidak membawa kepada memilh kekufuran?

Anonymous said...

Terima Kasih kepada sembang haroki.

Mmg tidak dinafikan bahawa kejayaan KPP diukur dari segi membina golongan muda yang menjadi teras masyarakat. Namun saudara jangan lupakan bagaimana PR memenangi kemenangan yg banyak dalam PRU baru-baru ini. Saluran manakah yang paling banyak dimenangi oleh PR? Mmg benar pemimpn yg mencorak pemuda tetapi kita tidak boleh menafikan kehendak pemuda. bukan semua pemuda yg menyokong PR istiqamah dalam perjuangan ini. Ramai yang hidup diatas pagar dan perlu diprovokkan sedikit dengan isu-isu semasa. Bukan semua pemuda itu ahli PAS. Tapi bagaimana mereka ini boleh mengundi PR? Jawapannya adalah disebabkan oleh isu-isu semasa yang dibawa oleh pimpinan la yang menjadi tarikan kepada pemuda untuk mencuba satu saf kepimpinan baru. Jangan kita merasa gah dengan mengatakan kemenangan PAS hari ini adalah disebbkan kekuatan ahli-ahlinya. Statement ini seolah-olah menafikan suara pemuda dari pakatan rakyat lain. Ini adalah satu sifat yang bongkak. Isu itu penting. Dari isu kita dapat mempengaruhi orang dan bila berkuasa barulah kita dapat mentarbiyahkan dengan lebih berkesan. Bukankah agama dan politik itu perlu bergerak seiring. Kita berpolitik adalah atas isu. Agama adlah panduan kita berpolitik. Kita bukan seperti UMNO yg memisahkan agama dalam politik. Politik seperti yg diamalkan UMNO inilah yang patut kita tentang habis-habisan. Sebab itulah bila timbul isu UG ni saya menentang keras. Apa prlu kita bersekongkol dengan munafik sehingga organisasi kita sendiri berpecah. Lebih baik kita bersahabat dengan org kafir yang terang-terang kita tahu mereka ini kafir dan mudah untuk kita berhati-hati daripada bersahabat dengan orang Islam tapi mengamalkan sifat-sifat munafik. Munafik inilah yang merbahaya kepada perpaduan Islam.

Saya memohon maaf kalau kata-kata saya ada menyinggung sesiapa. Saya mengharapkan jawapan dari sembang haroki. Terima kasih.

sembang haroki said...

akhi laki2 yang tak bernama,
assalaamualikum!
saya berpendirian bahawa memang kemenangan PAS adalah disebbkan kekuatan ahli-ahlinya apabila dikehendaki oleh Allah. Kekuatan ini ialah kekuatan iman dan amal, ukhuwwah dan mahabbah, dan kekuatan tanzim. kemenangan yang saya maksudkan ialah tertegaknya kembali khilafah islamiyyah. kemenangan pakatan dalam pru12 bukan menjadi neraca saya. walaubagaimanapun ia menggugat BN dan Insyak Allah akan mengurangkan kejahatan BN.
kita berpolitik memang berdasarkan isu. Isu yang terbesar kita ialah haq hakimiyyah Allah. justeru politik kita ialah politik syar'i ie siasah syar'iyyah, siasah beradsarkan syarak, siasah untuk menegakkan syarak. semua pertimbanagan kita samada bertahaluf, bermuzakarah, undi tak percaya, agenda katak lompat dsb, mesti berdasarkan syarak.
Justeru soal UG pun mesti berdasarkan syarak.
UMNO parti kafir, tak dipertikaikan lagi. Tulisan nakhaei "umno dari kacamata gerakan islam" cukup menjelaskannya. Begitu juga PKR dan DAP juga parti kafir. soalnya dalam keadaan sekarang, apakah pemerintahan PR lebih kurang mudhoratnya berbanding UG yang terdiri dari semua parti yang tidak terikat dari segi ideologi?. yang pasti PR mengurangkan majoriti MP parti pemerintah dari kalangan muslim. atau apakah kita sanggup mentakfirkan semua mp umno?
Noktah penangguhan saya ialah, mesti diingat bahawa pas mesti berperanan sebagai penjaga semua kepentingan semua ummah islamiyyah di malaysia selama tidak wujudnya daulah. sekiranya pas tidak menerima tanggungjawab ini, wala' dan iltizam dengan pas bukanlah kemestian.

Anonymous said...

Tarbiah (rasanya ini ejaan yang tepat kerana kalau dieja begini, ‘tarbiyyah’, bermakna di atas huruf ya’ ada sabdu yang menunjukkan ia adalah ya’ nisbah, sedangkan ya’ dalam ungkapan tarbiah bukan ya’ nisbah, tarbiah adalah kata terbitan kepada ‘rabba’ – mohon perhatian KPP) tidak semestinya mukhayyam, qiamullail dan seumpamanya. Benar itu adalah program tarbiah, tetapi bukan maksud tarbiah yang sebenar.

Tarbiah bermaksud pendidikan. Pendidikan menghasilkan kebijaksanaan. Kalau tarbiah menghasilkan kejumudan, itu bukan tarbiah. Itu ‘tasjin’, mengurung atau memenjarakan orang dengan program yang dinamakan dengan program tarbiah.

Qiyamullail bukan melahirkan orang ‘mengantuk politik’ tetapi melahirkan orang ‘bijak politik’. Mukhayyam tarbawi bukan melahirkan ‘pekerja lingkungan sendiri’ tetapi ‘pekerja umat’.

http://adukataruna.blogspot.com/2009/12/encik-tantawi-terlebih-politik-dengan.html

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Follow by Email

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive