HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, November 29, 2009

Takutlah Doa Mangsa Kezaliman

1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

2. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب

[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]

ibnu Hibban

3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]

7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq


9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .

10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

36 comments:

Telik Intan said...

Ini respon paling bernas tepat drpd KPP. Tak mcm sebelum ini...

shamshul anuar said...

Saudara Nasaruddin,

Saudara mahu samakan Nabi Muhammad dengan Nik aziz ke?

Adakah nabi Muhammad berperangai seperti Nik aziz. nik aziz yang saya tahu sangat membenci saudara seagama dari UMNO tetapi sanggup pula jadi kuli DAP, satu musuh islam yang nyata.

Nik aziz adalah manusia biasa . Dia pun boleh buat silap. Dia pun ada cakap mengarut seperti boleh berkawan dengan syaitan dan sebut Allah mencarut.

Apa punya jenis ulama macam ini. Kalau PAS perjuangkan Islam, PAS tak akan biarkan Harakah fitnah UMNO tak tentu hala.

Lupakah saudara yang Mohd Sabu suatu masa dulu cabar Dr mahathir pecat Anwar kerana Anwar adalah "Aljuburi". Kenapa PAS sanggup pula bersahabat baik dengan makhluk macam itu.

Kenapa ucapan Dr mahathir ditunjuk sekerat saja. Ini untuk apa . Untuk tunjukkan seolah-olah Dr mahathir mengaku zalimi anwar walhal ucapan separuhb lagi tidak ditunjukkan.

Jubah dan serban bukan ukuran keimanan. Begitu juga bahasa yang indah saeperti "ba'iah, muhabalah, walak" mungkin dapat mengabui manusia. Setakat manusia saja.

Jujurlah dengan diri sendiri. Ya UMNO pun ada salah. Tapi saya rasa ia tak sehipokrit PAS . Sekurang-kurangnya UMNO tak guna ugama untuk kepentingan politik.
.
Sebelum En berhujah, cuba tanya Mohd Sabu akan gelaran yang dia bagi pada anwar. Soalan ini saya tanya pada semua orang PAS yang saya jumpa. Semua mereka terdiam dan merah muka.

Satu kelemahan pada ahjli PAS( yang mereka tak sedari) ialah ramai dari mereka Riak. Mereka rasa kerana mereka dari PAS, mereka lebih beriman dari ahliu UMNO.

Anonymous said...

Biasalah Abu Lahab sekarang nak membela Abu Lahab yang silam.

Semoga Allah memakbulkan doa Tok Guru membinasakan mereka jika pemimpin UMNO/BN tidak melakukan keadilan dan menyerahkan hak kepada yang berhak. Amin, Amin, Amin Ya Rabbal Alamin.

Ryaz said...

Kali ni, KPP dah cerdik dari seni penulisannya. Pls continue.....

fajridil adha said...

Amin Ya Robbal Alamin.. Moga2 selepas ini kerajaan zalim dapat digantikan dengan kerajaan Islam pimpinan PAS.. InsyaAllah.. [my blog]

Selangor said...

Amin, ya Rabbal Alamin

Anonymous said...

salah sheikh , sbb ayat itu untuk kaum kafir manakala doa laknat kepada muslim adalah ittifaq haram, wallahulam

Nasrudin said...

Sdr ... Laknat Allah ke atas org sembahyang yg lalai , yg riya' dlm amalan dan org yang sekat rezeki org tu adalah laknat Allah kpd yg mengaku muslim tapi jahat .

Nabi tidak doa laknat semata mata krn mereka kafir ...sbb ramai lagi kafir yg lawan Islam nabi tak sebut nama mereka , tetapi nabi sebut nama - nama seperti abu jahal , umaiyyah khalaf , uqbah bin abi muit krn mrk ni zalim dan menyakitkan hati nabi .

sketsa sebuah perjuangan said...

sokong ustaz tapi buke kerano sayo oghe kelate sokong isu royalti nie tapi sebab kito telah dianiayoi sejak dulu kala lagi.. disekat itu disekat ini dan bukankah ini suatu kezaliman pado rakyat kelate. dok cayo tra tanyo dato pa hok ngaku dale dewan rakyat sebelum ini.

menumpang tuah di bumi kelantan ada barokah namun para penzalim cari pemusnah untuk mengkhianat.. awaslah..

amin doa tok guru...

Anonymous said...

askum , ust ada kenal ke tuan punya blog penarik beca , harapkan ust menegurnya supaya jgn terpengaruh dgn syiah , didalm blognya sudah mempunyai link ke website syiah iaitu islam muhammadi

Abu Faiq said...

Asalaamu 'alaikum, Sdr Nasruddin & Muslimin-Muslimat yg melayari blog ini,

Kalaulah sahaja Datuk Nik Aziz berdiri di atas premis politik sistem ekonomi Islam di dalam isu minyak Kelantan ini, pasti tidak muncul daripada beliau idea menuntut 'royalti', kerena di dalam Islam sebenarnya TIDAK ADA ada [dan TIDAK AKAN PERNAH AKAN ADA] idea/konsep 'royalti' berhubung minyak/petroleum. Jadi,
bagaimana BOLEH meminta barang yang TIDAK BOLEH diminta? [Termasuklah doa itu!]

Kalau barangkali YB Datuk MB telh terlepas pandang akan hukum berkenaan pengurusan hak-hak yang menjadi asas pengagihan kekayaan mengikut sistem ekonomi Islam iaitu; HAK KEPEMILIKAN UMUM, HAK KEPEMILIKAN NEGARA dan HAK KEPEMILIKAN INDIVIDU, bolehlah Sdr ingtkan kembali beliau bahawa: MINYAK/PETROLEUM DAN SEGALA BAHAN/ KEKAYAAN GALIAN PERUT BUMI [termasuk gas, uranium, segala jenis garam galian dan emas, besi, berlian dsb] masuk kategori HAK KEPEMILIKAN UMUM. Bahawa manfaat daripaga semuanya itu, WAJIB DIHAKKAN KEPADA PEMILIK HAK MUTLAKNYA - RAKYAT. Ertinya, TIDAK BOLEH mana-mana pihak lain, sama ada kerajaan [pusat/negeri] atau swasta [spt Petronas, Shell, Exxon-Mobil dsb] memilikinya secara hakiki [sama ada untuk dibunag atau untuk dijual]. SYARAK TELAH MENGHARAMKAN perilaku 'merompak' sebegitu, kecuali mengambil balik kos [modal] dan upah kerja sekiranya pihak-pihak tersebut terlibat di dalam proses memproduksinya berdasarkan syarat/ perjanjian/kontrak yang dibolehkan oleh syarak.

Apa yang sewajarnya Datuk MB lakukan adalah: memuhasabah Najib bagaimana 'menjejaki' Islam dengan sebenar-benar jejakan, BUKAN sebaliknya beliau mengikuti pula jejak sekular Najib itu.

Sangat disayangi, apabila kita telah sedarah-sedaging dengan sistem ekonomi kapitalis-sekular, kita jadi lalai akan 'jalan yang lurus' itu.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Sekiranya di izinkan berkongsi pendapat. Saya bukan ahli PAS atau UMNO tetapi saya sentiasa berdoa agar dapat menilai perbuatan manakah yang baik dan benar serta sebaliknya.

Saya bersetuju sebagai orang Islam, doa adalah senjata kita.

Tidak salah untuk TG Nik Aziz berdoa kerana pada pandangan beliau, rakyat Kelantan (bukan rakyat PAS sahaja) di nafikan hak mereka sebagaimana termaktub dalam perjanjian.

Soal tidak Islamik mendoakan kecelakaan kepada orang yang berlaku zalim tidak timbul.

Jika benar PM Najib tidak berlaku zalim, menafikan hak rakyat Kelantan kenapa beliau harus bimbang dan gusar?

Sebagai orang Islam, kita perlu bersatu doakan dilaknat SEMUA pemimpin yang berlaku zalim dan tidak menyampaikan hak kepada yang layak. Biarpun dia mengaku Islam atau tidak.

Doa orang yang dizalimi akan di makbulkan ALLAH S.W.T. Saya sebagai rakyat biasa turut sama memanjatkan doa supaya semua pemimpin zalim di Malaysia di laknat tak kira parti atau agama.

Amin ya Rabbal Alamin..

Nur Azam, Selangor

Asif said...

saya rasa ust dah tersalah konteks dalam persoalan ini.

"dizalimi" jika hak rakyat kelantan dinafikan sepenuhnya.

tetapi dalam hal royalti minyak, kerajaan pusat tidak menafikan hak rakyat kelantan. wang hasil drp minyak diberikan kepada rakyat kelantan, cuma kerajaan pusat yang kontrol pengagihannya...yg diberi nama wang ihsan.

ust bertindak tidak adil jika dikatakan kerjaan pusat menzalimi rakyat kelantan dan merampas hak mereka.

kenapa kerjaan kelantan tidak menggunakan langkah yg lebih diplomasi seperti mencadangkan penubuhan jawatankuasa bersama untuk memantau pembahagian wang ihsan tersebut??.....daripada bertindak nak berdoa laknat atau turunkan bala kepada saudara seagama???

wajarkah tindakan yang tidak berlandaskan ilmu dan iman tersebut daripada pimpinan parti ISLAM???

kalau najib yg tiada ilmu dan iman itu taklah kisah sangat sebab memang dia jahil.

berdakwahlah wahai pimpinan/da'i/mas'ul/qa'id parti Islam!!!!

Marzuki said...

ust din,

nak tanya sikit....yg ust sebut semua nama kena doa laknat dari nabi tu... org Islam ka bukan Islam ka?

apaiiii said...

Assalamualaikum saudara....
Saya akui dengan hujah saudara mengenai doa tersebut,...
tapi masalahnya saudara tidak menunjukkan kecerdikan saudara dalam isu royalti minyak ini. Penilaian saudara terhadap isu ini lebih dipengaruhi faktor2 politik dan kebencian saudara terhadap saudara seagama daripada UMNO. Saya cukup kecewa dengan tulisan saudara yang pada hemat saya tidak melakukan 'research' terlebih dahulu mengenai isu minyak ini. Saudara, tok guru dan rakan2 yang lain tidak diberikan maklumat yang betul mengenai royalti minyak ini. Hanya menerima bulat2 fakta perjanjian yang dibuat oleh Bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dengan Allahyarham Dato’ Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan dari Barisan Nasional. Dalam perjanjian tersebut telah dipersetujui bahawa Kerajaan Kelantan layak mendapat royalti sebanyak 5% setiap 6 bulan daripada hasil penjualan minyak Petronas.... tapi pernahkah saudara terfikir apakah yang berlaku selepas itu. tidak pernahkah saudara pernah mendengar mengenai Joint Develoment Area (JDA) di antara Malaysia – Thailand dan Malaysia... saya tidak mahu mengulas mengenai JDA ini dengan lebih panjang, cukuplah saudara mencari kebenaran fakta itu sendiri. Kebenarannya kerajaan Kelantan sewajarnya berterima kasih terhadap kerajaan persekutuan pimpinan Najib yang masih mengambil kira kerajaan Kelantan hasil daripada sumber minyak ini.... sekiranya saudara masih lagi menyokong doa yang disebutkan oleh tok guru tanpa meneliti fakta sebenar, sesungguhnya saudara juga tergolong dalam kalangan pemimpin yang jumud dan meltakkan pemimpin Islam pada tahap serendah-rendahnya..

Selangor said...

Penulis, tlg sampaikan pendirian kami kpd Tuan Guru yg kami sayangi.

Saya anak Kelantan yg sudah menetap hampir 20 thn di Selangor dan kini saya berumur berumur 34 thn. Ketika umur saya 13 tahun, saya telah dibawa oleh ayah saya ke kuliah agama Tuan Guru pada setiap mlm Jumaat di pondok Pulau Melaka. Saya berusaha utk berada bersebelahan mimbar kecil tempat duduk Tuan Guru krn ingin mempelajari ilmu2 agama dan ingin mencium pipi Tuan Guru selepas setiap kali kuliahnya. Keesokan harinya pula menghadiri kuliah subuh juga di masjid usang (keadaan pd ketika itu) Pulau Melaka tersebut. Sejurus selepas itu,kami bergegas menghadiri ceramah agama Tuan Guru di markas tarbiah PAS di KB. Begitulah rutin saya selama 5 tahun. Walaupun berada di perantauan, keempat-empat cahaya mata saya telah dibawa kpd Tuan Guru utk upacara 'belah mulut'. Alhamdulillah,kesemuanya cahaya mata saya mendapat berkat seorang ulama.

Sepanjang saya 'mengikuti' Tuan Guru,tidak pernah saya terdengar Tuan Guru menyebut nama seseorang ahli politik lain dan 'membelasah' ahli politik itu cuma Tuan Guru menyebut amalan orang itu sahaja yg bercanggah dgn hukum dan kehendak2 Al-Quran & Sunnah.

Sehingga kini saya,isteri dan kawan2 saya tidak menukar daftar pemilih ke Selangor tetapi setiap kali pilihanraya kami sanggup pulang utk mengundi di Kelantan demi utk mempertahankan Tuan Guru sebagai MB Kelantan.

Kami ingin menyatakan pendirian bahawa kami berdiri teguh di belakang TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT!

serupasekala said...

wahai saudara saudara semua .

jika anda ingin bercakap bab agama belajar dulu ilmu agama biar jadi 'alim.Jika anda ingin berhujah dengan ALQURAAN Fahami dulu ALQURAAN biar mahir ilmu tafsir. ALQURAAN dari dulu sampai sekarang sama ayatnya tidak berubah.TETAPI kenapa fahaman terhadap ALQURAAN berubah.ADAKAH SESAORANG BELUM ALIM DALAM AGAMA. atau APAKAH SESAORANG BELUM ALIM DALAM ILMU TAFSIR . Hanya anda sahaja yang tahu jawapannya setakat mana kebolehan diri anda dalam ilmu tersebut. kekadang ada juga sesaorang amat rakus bercakap bab agama seolah olah semua dia tahu bab agama sedangkan baca Fatehah pun tak betul.
Ketahui lah saudara saudara ku salah satu syarat bala tuhan akan turun apabila ulama tidak lagi disegani dan tidak lagi dicontohi bahkan dipersendakannya.

Adakah anda yakin diri anda berada dijalan yang diredai oleh ALLAH.sedangkan 72 lagi jalan semuanya islam tetapi dimurkai oleh ALLAH.

TEPUK DADA TANYA IMAN.

Anonymous said...

kata syamsul anuar : Adakah nabi Muhammad berperangai seperti Nik aziz. nik aziz yang saya tahu sangat membenci saudara seagama dari UMNO tetapi sanggup pula jadi kuli DAP, satu musuh islam yang nyata.

komen saya : encik syamsul anuar kena mengerti apa perbezaan kafir zimmi dan kafir harbi dulu, baru leh cakap pasal kafir..

Nabi hanya memerangi kafir harbi yang melawan dan menentang Islam, adapun kafir zimmi yang tidak melawan dan berbaik dengan Islam Nabi lindung dan pelihara selagi mana dia tidak datang mudharat dalam Islam.

Adapun munafiq, Nabi memerangi golongan ini kerana golongan ini hanya menjadi Islam pada zahir tetapi menghancurkan Islam pada batinnya. Hatta keadaan mereka lebih teruk berbanding orang kafir di akhirat kelak. Mereka ditempatkan di neraka yang paling bawah.Neraka Jahannam!

Anonymous said...

Salam syeikh. Menurut tuduhan shamsul anuar, PAS menggunakan Islam sebagai kepentingan politik. Ape jawapan syeikh kepada tuduhan ini?

Mohd. Ikram said...

ustaz.. betul ke ayat-ayat tu difahami oleh generasi salaf macam tu? Imam Ahmad dizalimi oleh pemerintah, ade ke dia doa kemusnahan pemerintah? Imam Shafie, malah masa generasi sahabat, ade gabenor bernama Hajjaj Bin Yusuf As-Saqafi. Zalim pemerintahannya.. tapi ade ke sahabat doa kan kemusnahan dia?

Ustaz lagi tau.. saya harap dapat penerangan drpd ustaz. Saya tak mengaji mana..

wallahu'alam

anti ug.. said...

juga celakalah juga mereka yang pergi jumpa dgn pemuda umno diparlimen tidak lama dulu..

Anonymous said...

Lidah Nik Aziz Bercabang 10
1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

_fbi said...

Amin Ya Robbal 'Alamin!

Anonymous said...

Salam ust,
Nape tak beri ceramah terus pasal isu ni pada puak2 yang berdemo tempoh hari kat Bangunan Kerajaan Negeri Kelantan. Kan bagus kalau diberi penerangan terus. Dapat lah bagi kuliah agama sikit kat diorang...takde lah gelap hati sangat...betul tak?mungkin boleh dibuat pada masa akan datang

Anonymous said...

assalamualaikum, macam2 yg perkatakan tentang doa TGNA kpd PM. Ambo rasa mereka yg bukaan rakyat kelantan tak rasa dah dekat 20 thn kelantan macam bukan sebahagian dari msia.banyak perkara yg rakyat kelantan dipinggirkan hanya atas alasan diperintah oleh parti lain.dan dekat 20 thnm juga saya tidak dapat tengok satu pun hasil kerajaan msia melainkan dengan kata projek BN. apa salah guna kerajaan msia,sepatutnya begitu bkn projek BN. juga dah dekat 20 thn TGNA bersaabar dengan dugaan yg dibawa oleh BN dikelantan,silih berganti pemimpim......mcm tu jugalah jadinya. cerita doa ni mmg saya berpendapat memang patut TGNA berdoa begitu untuk menuntuk hak rakyat bukan haknya,sedangkan dari 2004 lagi hasil diambil dan dinafikan hak rakyt,bila dituntut hak kata wang ehsan pulak,dulu TGAH kena kat ganu tp skrg jd royalti balik, bila TGNA berkeras sikit smua gusar,yg dia buat 20 thn kelantan tak gusarke? semestinya dah bermacam ikhtiar dan rundingan untuk mendapatkan hak ini,doa itu jln akhir..pemahaman sayalah dari kenyataan TGNA .Apa nak bising,takut,kalau takut kembalilah hak org.setahu saya TGNA pun minta para ulama untuk berjumpa dengannya untuk penjelasan kenapa dia buat begitu,ini kena dengan tempatnya bukan org main bedalje. amin atas doa TGNA.

Anonymous said...

amik dalil 'utusan meloya'...xdak apala weh...

Zul Gopeng said...

Salam.
siapayg faham bahasa arab boleh dengar soal jawab ttg doa dgn syeikh al-qardhawi :http://www.islamonline.net/Arabic/Multimedia/Library/LivingShariah/2009/11/02.shtml
Ada cerita ttg doakan kecelakaan org lain yg pernah dilakukan oleh sahabat.
Cerita pertama ttg sahabat nabi SAW yg bernama sa`ad bin abi waqqas.Dia minta kat nabi supaya jd org yg mustajab doa. lalu nabi kata baiki makanan kamu nescaya kamu akan jd org yg mustajab doa.waktu dia menjadi wali kufah setelah disuruh oleh khalifah Umar r.a. ada khabar yg tidak elok ttg Sa`ad sampai kpd Umar. Lalu Umar menghantar org utk ... See Moremenyiasat. ... See MoreDalam siasatan tersebut semua org mengatakan perkara yg baik ttg sa`ad kecuali seorang lelaki dari bani `abbas.lalu apabila sampai kepada pengetahuan sa`ad lalu dia pun berdoa : Jika lelaki tersebut berbohong,..panjang kanlah umurnya, panjangkanlah kefakirannya dan berikan fitnah2(ujian) dalam hidupnya. Ternyata lelaki itu d panjangkan usianya,berada dalam kefakiran dan masih miang hgga akhir hayat.
Cerita kedua ttg sahabat yg bernama Sa`id bin Zubair r.a. salah seorang drpd 10 sahabat yg dijanjikan syurga.Alkisahnya ada seorang perempuam mengadu kpd Marwan bin Hakam bahawa Sa`id telah mengambil tanahnya tanpa hak. Lalu Sa`id berdoa : Ya Tuhan, jika perempuan ini berdusta, engkau butakanlah matanya dan matikanya di tanahnya. Setelah beberapa lama,mata perempuan itu menjadi buta. Dan dia mati kerana terjatuh ke dalam lubang di tanahnya(lkawasannya) dan tidak boleh keluar. Mayatnya turut dikebumikan di tmpt tersebut.

Selangor said...

Ye la Nik Hafizul,

Asal dengar nama Kelantan je mcm2 tak boleh, "ini tak boleh, itu nak sekat", banyak sgt double standard kat rakyat yg mempunyai no I/C 03 ni. Hinggakan hak sendiri pun dinafikan, inilah yg dikatakan zalim.

Kalau itu disekat, ini ditekan...mcm mana kerajaan negeri Kelantan nak dpt dana utk menjaga kebajikan rakyatnya dan memajukan negerinya utk pertumbuhan sosio-ekonominya? Bila Tok Guru sebagai kepala rakyat terus berusaha utk kepentingan rakyat yg menjadi tanggungjawabnya, ramai pulak yg terasa panas punggung.

Ingatlah, kalau kita ni selalu ditekan sehingga nak cari makan pun tak boleh (darurat), benda yg haram boleh jadi halal...ingat tu.

Bukan Tok Guru je yg marah tu, seluruh rakyat Kelantan di seluruh Malaysia pun marah....kami berdiri di belakangmu wahai Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz...jangan mengalah!

Selangor said...

Parti Islam Se-Malaysia,
Jgn ghairah utk mencari pengganti Tuan Guru sbg ketua tertinggi di negeri Kelantan. Percayalah ramai pengundi dari rakyat Kelantan yg menetap di luar Kelantan yg sanggup pulang ke Kelantan pada setiap pilihanraya mengundi PAS krn ketokohan Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz itu sendiri. Kami undi tokoh, bukan undi parti krn parti boleh diseleweng bila2 masa utk kepentingan peribadi seseorang.

Saya berkata begini bukan krn taksub kpd seorang pemimpin shj tapi bolehkah PAS kemukakan nama calon MB yg layak menggantikan Tuan Guru yg disukai semua rakyat pada pelbagai peringkat seperti Tuan Guru ini? Begitau kami, siapakah orangnya yg sanggup tidak mengambil elaun dan gajinya sebagai MB Kelantan utk dimasukkan ke dalam tabung utk kemajuan negeri seperti yg Tuan Guru lakukan? Siapakah calon MB yg tidak mementingkan kekayaan dgn tidak menghuni kediaman rasmi MB tetapi tinggal bersama seluruh keluarganya di rumah kayu usang bersebelahan masjid? Rumah Tuan Guru pula tidak mempunyai sebarang perabot canggih kecuali kitab2 lama yg memenuhi almari2nya. Siapakan MB yg sanggup mengangkat sendiri air minuman kpd tetamunya? Tuan Guru MB sekarang cukup dalam ilmunya dan boleh berbahasa dalam 9 bahasa, adakah tokoh lain yg mampu menyamai ketokohan Tuan Guru?

Sedarlah wahai kepimpinan PAS, kalau Tuan Guru melepaskan jawatan MB Kelantan, kami tidak akan mengundi PAS lagi.

NiMa said...

apa2 jer la..tp pemimpin kita org merupakan muslim.
jgn la emo sgt bab politik.
doa yg nabi tuju tu utk org2 kafir yg byk mndtgkn masalah pada org islam zaman dulu.
jgnla nak samakan ngan pemimpin kita.
lgpon apa kezaliman pemimpin kita terhadap rakyat kelantan?
xder air,elektrik?catuan makanan?
pelajar dari kelantan x dpt tajaan dr petronas?jpa,mara,msc,tnb?
saya rasa ramai jer yg dapat tajaan dr petronas.sbb ramai kwn sy belajar kat universiti teknologi petronas datang dr kedah n kelantan.
luaskan pemikiran,pandang dr sudut lain.jgn ikutkan nafsu jer.

tabuan said...

Paul Kiong menunjukkan Pingat Bintang Seri Pahlawan Gagah Perkasa yang dimilikinya di Kelana Jaya, semalam.




"Chin Peng tidak perlu pulang ke negara ini kerana dia bukan rakyat Malaysia. "Malah dia hanya dilahirkan di Sitiawan, Perak tetapi tidak pernah memohon sebagai rakyat Malaysia seperti mana yang perlu dilakukan selepas negara ini mencapai kemerdekaan,".

Begitu tegas seorang pesara polis, Paul Kiong, 65, yang pernah berkhidmat di Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika menentang Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1969 hingga 1989. Beliau yang bersara dengan pangkat Supritendan berkata, rakyat hari ini perlu memahami dendam para pejuang negara menentang kekejaman PKM suatu ketika dahulu.

"Dulu, kami terpaksa berada di dalam hutan untuk tempoh yang lama bagi menghapuskan kumpulan pengkhianat itu (PKM). "Malah ada di antara anggota polis dan tentera menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan ngeri akibat kezaliman PKM," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelasnya, detik kesusahan dan keperitan menentang PKM dan Chin Peng yang dilalui itu bukan begitu mudah untuk dilupakan pejuang sepertinya. Katanya, perkara itu terbukti apabila Chin Peng mengaku bertanggungjawab terhadap kekejaman yang berlaku sebelum ini menerusi akhbar The Star.

"Pengakuan Chin Peng mungkin dapat meraih simpati orang muda, tetapi kami yang pernah melalui detik tersebut masih menyimpan dendam terhadapnya. "Ramai anggota keselamatan yang terkorban malah ramai juga di antara mereka yang cacat sehingga hari ini," ujarnya.
Paul Kiong memberitahu, tindakan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang tidak boleh dilihat sebagai isu perkauman tetapi bagi menghargai jasa pejuang yang cedera dan terkorban serta keluarga mereka.

"Saya yang berketurunan Cina juga tidak akan sekali-kali memaafkan kekejaman PKM.
"Biarpun luka di tubuh badan sudah menjadi parut tetapi luka di hati dan kesedihan akibat tindakan PKM masih belum terubat sampai sekarang," jelasnya.

Paul Kiong merupakan seorang daripada 27 penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong. Pingat itu dikurniakan bagi menghargai jasa beliau yang pernah menumpaskan komunis pada 1969 hingga 1989. - UM

Warna warni politik
Torashah

haziq zamri said...

sy pkir saudara selaku peminpin muda perlu sarankan nik aziz letak jawatn jela.

tndakn nik aziz da mlampau hnya mrosakn nme parti saja..segala ftwa yg dikeluarkn mengelirukn sgt.sbg cnth.bila kene pd pbgkang smua btul.tp kalo pd umno smuanya slh.

xknlh sratus peratus smuanya pbgkg btul. pelikkkkk pelikkkk..

sy nsihtkn kalo pas xnk hilg byk kerusi plhnraya 13,so,ubah lh skap pmimpin anda. jgn ingt kempen skadar nme parti islam sudah memadai utk meraih undi...

Selangor said...

Harian Metro 3/12/2009 : "Nik Aziz tidak hirau desakan letak jawatan berikutan doa kemusnahan"


Terima kasih dan syabas Tuan Guru!!! Inilah yg kami harapkan dari seorang pemimpin rakyat sejati. Perjuangan dan keazaman Tuan Guru memberi semangat kpd kami. Sebagai rakyat Kelantan di perantauan, sifat benci kami kpd kepimpinan 'thoghut' BN makin menebal....

Kami akan tetap berada di belakangmu wahai pejuang Islamku.

ALLAHUAKBAR!

Mohd Afiq Mohd Saleh said...

salam ustaz.

amin ya robbal alamin..
moga ALLAH perkenankan

anak bangsa said...

salam... inilah sikap bangsaku dan saudara seislamku... menuduh satu sama lain, bercakaran xkira masa, sedangkan bangsa yang menumpang di tanah melayu ini tersenyum sengih dengan situasi yang berlaku.... bila ada pihak yang ajak satu pihak lagi bersatu, sama2 beragama islam, pihak yang satu ini menolak dan lagi sanggup menunduk pada yang bukan islam. sebagai hamba Allah yang serba kekurangan, saya menghormati Nik Aziz sbg seorang ulamak tetapi malangnya bagi saya, namanya tercemar kerana politik yang ditadbirnya. contohnya, dengan megah mengangkat kota bharu sebgai bandaraya islam tetapi layakkah ia? dengan keadaan yang begitu kotor dan sampah sarap berada dimana2, begitukah keadaan bandaraya islam. tidakkah kebersihan itu tuntutan islam. Malangnya lagi, di kampung saya yang terletak di dalam kekuasaan pas, terdapat beberpa buah surau yang berdekatan dan dilabel sebagai "surau pas" dan "surau umno". Hmmm... tidak tahu la plak saya dalam islam, untuk beribdat pun kena ikut parti politik. n then, macam2 hukum plak yang ade kt klantan, haiwan sembelihan org umno itu haram, kawin dengan org umno xsah... apekah semua ini? inikah negeri yang ditadbir oleh ulamak????? masalah remeh seperti ini pun xdapat diselesaikan. tidak saya nafikan yang parti umno pun byk kekurangan tetapi tidaklah mempergunakan islam dan mengeluarkan hukum hakam sendiri. saya sebagai anak kelantan yang sentiasa merantau, berasa begitu sedih apabila saya pulang ke kelantan. Inilah negeri yang sudah berdekad2 ditadbir oleh ulamak dan dilabel sebagai negeri serambi mekah. kalo kerajaan bn pernah memperkenalkan islam hadhari, saya xtaula ape jenis fahaman islam yang telah diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat kelantan, yang nyata semakin hari semakin hancur rakyat kelantan. persoalan paling besar, mengapa kerajaan PAS menolak ajakan UMNO untuk menubuhkan kerajaan perpaduan????????? Jikalau PAS merasakan UMNO itu jahil dalam islam, tidakkan PAS berasa bertanggungjawab untk memperbetulkannya? sedangkan ansar dan muhajirin boleh bersatu, kenapa tidak UMNO dan PAS?????? Kalo betul niat PAS untuk menubuhkan kerajaan ISLAM, inilah cara terbaik. Wallahualam

Anonymous said...

INSERT

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive