HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Tuesday, November 3, 2009

Tangani Isu dengan Solat & Munajat

1. Selangor terus dihimpit pelbagai isu dan kontraversi yang mencetus rasa resah dan gelisah dikalangan rakyat khasnya muslim .

2. Keadaan terus bergolak dan panas dengan pelbagai isu termasuk Arak , kepala lembu , selcat , kuil dan terkini Dr Asri . Sedikit sebanyak meletakkan kerajaan negeri Selangor dalam keadaan tertekan .

3. Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang bertekad ingin mengambil semula Kerajaan Selangor dari Pakatan Rakyat , sekali - kali tidak boleh dipandang ringan .

4. Sebelum ini Kerajaan Kelantan di bawah Kepimpinan YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat telah di dera dan dibuli oleh kerajaan pusat [ UMNO dan BN ] . Seluruh penumpuan dan tekanan di jurus kepada kerajaan Kelantan yang bersendirian berdepan karenah kerajaan persekutuan .

5. Namun apa yang menarik ialah cara Kelantan menangani tekanan dan melayan gangguan musuh tidak sahaja bergantung kepada kelicikan politik dan kemahiran berunding tetapi sangat bergantung kepada Allah Azza wa Jalla melalui siri solat hajat dan munajat yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan .

6. Solat hajat dan munajat ini sangat tinggi nilai dan sungguh dalam kesannya kepada kerajaan dan rakyat negeri Kelantan . Paling minima kesan segera yang boleh dirasai melalui kaedah ini [ solat dan munajat ] ialah ketenangan kerajaan dan rakyat dalam menangani sebarang kemelut yang berlaku .

7. Ketenangan itu pula menghasilkan aqal yang bestari dan jiwa yang budiman . Ianya adalah antara nusrah [ pertolongan Allah ] yang dianugerahkan oleh Allah swt buat hambaNya yang senantiasa mengharapkan pertolongan dariNya .

8. Saya lihat , apa yang berlaku di Selangor mutaakhir ini juga perlu kepada seluruh pemimpin dan rakyat Selangor kembali kepada Allah swt . Sujud dan bermunajat mengharapkan kekuatan , petunjuk dan pertolongan Allah swt .

9. Bukan sahaja di Selangor tetapi sangat wajar bagi semua pendokong dan aktivis PAS di seluruh negara menganjurkan himpunan solat dan munajat memohon pertolongan dari Allah swt agar kerajaan rakyat ini dapat dipertahankan sekaligus melumpuhkan segala perancangan musuh untuk menggagalkan hasrat kita menegakkan syari'at , keadilan dan sekaligus melahirkan sebuah kerajaan yang telus dan amanah .

10. Saya cadangkan kepada Dewan pemuda PAS di semua negeri dapat menganjurkan satu himpunan besar di peringkat negeri masing - masing untuk solat dan munajat agar Allah swt memberi petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah rakyat bukan sahaja di Selangor tetapi juga seluruh negeri yang diterajui oleh Pakatan Rakyat termasuk Kedah dan Kelantan .

6 comments:

Ku ingat Taqwa said...

salam. sangat setuju dengan pandangan ustaz. apapun kelakuan dan tingkah kita samada 'laku' atau 'tidak laku' perlu kepada petunjuk dan pedoman daripada Allah s.w.t. Semoga kita terus diberi petunjuk dan hidayahnya dalam menghadapi mehnah dan tribulasi.

dinbangi said...

Kerenah PAS-PKR-DAP memang memporak-porandakan Selangor.

Kedudukan orang Melayu/ Islam (Islam/ Melayu) Selangor 'diinjak-injak' kerana YB-YB Melayu/Islam PAS-PKR-DAP (DUN & Parlime) tidak berjaya menunai amanah bila mendapat kuasa.

Selangor memang telah mempunyai struktur pendidikan Islam yang bagus (terbagus di Malaysia) dari sekolah rendah hingga ke universiti. Tanya Dr.Shafie (ADUN Bangi) yang mengakui hakikat ini dalam pertemuan dengan guru-guru sebuah sekolah agama selepas menang dan ditugas 'mengendali' JAIS. Buktinya, KUIS yang dibangunkan oleh UMNO dan golongan Professional Agama & Teknikal kini telah melahirkan lebih 30 ribu siswazah. Namun ramai diantara mereka kini hilang ingatan, lupa jasa UMNO dengan menyokong dan menjadi alat PAS.

Ramai rakyat Selangor mengalu-alukan keseriusan UMNO untuk mengambil balik Selangor dari PAS-PKR-DAP ataupun lebih tepat (DAP-PKR-PAS).

Sebenarnya PAS, bukan hanya Hasan Ali tetapi termasuk juga Khalid Samad dan kepimpinan memang telah gagal mentadbir Selangor dan meningkatkan syiar serta perpaduan Islam di Selangor. Jadi jangan salahkan JAIS sahaja...

Anonymous said...

nak buat solat hajat macam mana dah asri kata bid'ah!!!jatuh pi lah...shaari sungib,khalid samad,termasuk ust kpemuda sendiri pun membela asri...kami tak berani buat la takut jadi ahli neraka pulak sebab asri kata benda tu bid'ah bila buat secara jemaah...

Anonymous said...

tolak ansur bagaimana dgn penangkapan asri?setakat jemput dan undang pergi ke balai beri keterangan,kasar sangat ke?

kena siasat dulu la apa la...sedar atau tidak ust nasrudin,sejak sblm mufti semasa dan selepas,dah banyak laporan terhadap asri ini sudah dibuat!!!

ust mai la di pegheleh(perlis)ni,tanya sendiri area sempadan kedah,sebelah sanglang,simpang empat perlis,tanya adun sanglang PESURUHJAYA PAS PERLIS YB.UST HASHIM JASIN sendiri,apa yang dibuat dr.asri ini di sini.

tanya sendiri pada ust.hashim!!!rujuk terus bila baca komen ini!!!

kalau segan dgn ust.hashim,contact ust.yusaini,tanya dia siapa yg buat komen ini,"ceramah dan kuliah anjuran sebuah parti politik yg kononnya mengaku islam,lebih hina dari menghadiri sure heboh,lebaih baik dengar siti nurhaliza menyanyi drpd menghadiri kuliah2 yg memaki hamun kerajaan,mencerca dan memaki hamun" tanya PADA USTAZ YUSAINI YAHYA,SIAPA YG BUAT KENYATAAN INI!!!klu bukan asri!!!

tu tak masuk yg menghina pegangan dan amalan org islam di kedah perlis,masalah furu'iyyat yg sengaja dibesar-besarkan beliau...

tidakkah cukup untuk jais ambil tindakan bila pegawainya pun menghadiri kuliah beliau sejak beberapa tahun?

cd berlungguk ada,youtube pun ada,dlm blog dia(asri) pun ada,tak cukup nak siasat lagi ka? tu la ada orang komen suruh ust jadi realistik sikit,praktikal la nak bela pun... al-bayyinah 'alal mudda'i wal yamin 'ala man ankara, ini tangkapan utk siasatan setelah ada laporan,sedikit sebanyak bukti yg telah dikumpul,

barulah org bawak pi mahkamah bila lengkap segala pertuduhan dan pembuktian,tak pernah dengaq ka cerita sayyidina umar cukur kepala seorang lelaki yg menjadi fitnah kpd perempuan2 yg tertarik kpdnya? tak pernah kah ustaz belajar ttg prosedur jinayah syar'iyyah?jgn main bantai saja...

Toksara said...

Benarlah di Palestin sudah puluhan tahun mereka dok doa solat hajat...InsyaAllah suatu hari bukan Arab tetapi Islam yang menang !

kentut Besut said...

Benar seperti yang dikatakan oleh Dr.Md Asri bahawa solat hajat berjamaah itu bidaah.Dia juga berkelulusan tinggi bukan lulusan drp 'pondok kerapu'pendapat dia boleh diterima pakai.Para ustaz lulusan pondok kerapu ramai yang dengki dengannya.Malah ijazah palsu Al-Azhar pun ramai cemburu dengan kemasyhorannya.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive