HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Sunday, May 16, 2010

Jazaakumullah Buat Guru - Guruku

1. Sempena hari guru atau hari pendidik , saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Jazaakumullah Khairan Jaza' atas segala khidmat bakti guru - guru mendidik diri ini untuk menjadi seorang muslim yang memperjuangkan agamanya .

2. Tentu sahaja khidmat bakti mereka tiada ternilai taranya melainkan hanya Allah swt jua yang layak membalas segala jasa mereka .

3. Pertama ucapan tahniah dan Jazakumullah kepada mereka yang pernah mendidik saya iaitu : Allahyarham Tuan Guru Hj Abdul Rahman Pondok Sungai Durian Kuala Krai , Tuan Guru Hj Hashim [ Ayah Shim ] Pondok Pasir Tumbuh , al Marhum Tuan Guru Hj Atiqullah , Al fadhil Ust Abu Bakar , Ust Rahim [ Abg Haji ] , Al Marhum Ust Daud dan semua warga pendidik Pondok Pasir Tumbuh Kelantan .

4. Tidak ketinggalan kepada Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Alhamdulillah saya sempat mengambil puluhan bab dari kitab Feqh As Sunnah dalam pengajian secara talaqqi , begitu juga Tafsir al Quran dan Seerah Ibnu Hisyam dari Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz . Sementara Tafsir Al Quran , Maa'lim Fit Toriq , Riadhus Solehin dan Muqaddimah Aqidah Muslimin saya bertalaqqi dengan Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang . Kedua - duanya berlangsung sekitar tahun akhir 80an .

5. Tentunya ilmu - ilmu politik secara praktikal terus saya pelajari dari kedua - dua Tuan Guru yang hebat ini kerana mereka masih istiqamah memimpih jamaah yang memperjuangkan Islam ini walau jasad mereka sedang dimamah usia dan keuzuran . Namun semangat juang dan kecekalan jiwa mereka berdua dalam mendepani cabaran jahiliyah moden memimpin gerakan Islam cukup menjadi kitab berharga buat saya terus mempelajarinya secara talaqqi littanfiz.

6. Sementara gerakkerja kepemudaan dalam menterjemahkan amal Islami pasti sahaja saya banyak mempelajarinya dari al Fadhil Ust Abu Bakar Chik , Yb. Dato' Mahfuz Omar dan Yb. Salehuddin Ayub . Sungguh tiada kitab yang dibuka dan dibentang kepada saya sebagai anak murid mereka tetapi bimbingan dan pimpinan mereka membekalkan cukup banyak ilmu yang merangkumi banyak perkara seperti ilmu pengurusan organisasi , gerakkerja kepemudaan , kepimpinan dan sebagainya .

7. Saya tidak tahu apakah mereka semua mengakui bahawa saya adalah anak murid tegar mereka , namun tanpa malu dan segan , saya tetap meletakkan mereka semua sebagai masyaayikh atau guru - guru yang telah membekalkan ilmu kepada saya . Semoga Allah swt merestui dan memberkati mereka dan seluruh ahli keluarga mereka .

Tidak ketinggalan ucapan dan doa saya buat guru - guru saya di Syria asy Syeikh Abd Razak Al Halabi, Syeikh Kuraim , Syeikh Dr Musthafa al Bugha , Dr Said Ramadhan al Buti , Dr Wahbah Az Zuhaili dan seluruh warga pendidik Maahad Fathul Islami di Damascus Syria .

Tidak lupa juga buat guru saya ketika bertalaqqi kitab Riadhus Solehin di Masjidil Haram iaitu Syeikh Abd Karim al Marhum . Syeikh Ahmad Laasyin di Masjid Syuhada' di Tanta , Syeikh Ahmad Basiuni Imam Masjid ar Ridhwan Kaherah , Al Marhum Asy Syeikh Saiyid Sabiq di Haiyyu Saabie' dan seluruh pensyarah saya di Universiti Al Azhar Tanta . Semoga semuanya dirahmati Allah swt.

8. Sahabat handai dan rakan - rakan seperjuangan juga secara tidak langsung berperanan sebagai guru saya dalam mengharungi cabaran susah sukar berjuang . Nasihat dan tunjuk ajar bahkan kritikan - kritikan mereka menjadi panduan dan pedoman buat saya terus melangkah menunai amanah dan melunaskan tanggungjawab yang sedang dipikul kini . Biar pedas kritikan mereka , biar panas teguran mereka akhirnya mencetus keinsafan dan kesedaran dalam diri saya untuk lebih dewasa dan matang dalam memimpin .

9. Teristemewa ucapan Jazakumullah Khairan Jaza' saya kalungkan buat guru besar saya yang bertanggungjawab penuh menjadikan saya insan paling bertuah kerana memilikinya iaitu Ibu dan ayah tersayang [ Siti Mariah Derani dan Hassan Mohammad ] . Saya juga mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan Jazakillah Khairan Jaza' buat guru kepada anak - anak saya iaitu isteri tercinta Wan Hamidah Wan Daud semoga terus sabar mendidik dan membimbing anak - anak agar kelak menjadi pejuang yang hebat dan terbilang .

10. Selamat hari guru atau hari pendidik buat semua insan yang pernah mendidik diri ini walau hanya untuk mengenal huruf Alif dengan ucapan semoga Allah merahmati usaha serta jasa kalian dalam mendidik diri yang lemah lagi faqir dan jahil ini . Demi Allah , saya berjanji untuk terus belajar dan belajar untuk menjadikan diri ini terus memiliki ilmu samaada secara formal atau secara tidak formal .

6 comments:

Anonymous said...

terkesan dengan segala ucapan penghargaan saudara.

saudara seorang yang begitu 'detail' dalam melaksanakan sesuatu pada pengamatan saya.

dapat ingat segala nama guru,pas tu siap bg ucapan pada guru anak2x dan isteri.

tahniah!!

salam dari mansurah,mesir

doktor F.

Anonymous said...

jangan duk kuat sangat mujamalah tuh. Nama guru- guru aje yang hebat tapi hang tuh hamprak !!! Hang tuh hamprak Kerajaan Perpaduang!!!

Anonymous said...

membela kezaliman kerajaan perpaduang pun berdosa besar!! Pergi jahanam group perpaduang. Hang nih memang menantu Wan Daud pengkhianat PAS. Lebih kurang sama lah dengan Wan Ismail Wan Jusoh tuh

Anonymous said...

Ustaz biarlah apa orang nak kata...Biarlah org membenci kita asalkan ALLAH yang memiliki kunci syurga menyayangi dan meredhai kita..

Kami sayang Ustaz!

Anonymous said...

Ustaz biarlah apa orang nak kata...Biarlah org membenci kita asalkan ALLAH yang memiliki kunci syurga menyayangi dan meredhai kita..

Kami sayang Ustaz!

Anonymous said...

Salam saudara, dalam menyusun nama2 guru2, jangan lupa dengan Ustaz Hashim Ghani yang saudara telah merasai budinya membenarkan saudara menumpang di Ma'had Ittiba As Sunnah. Jangan letak nama2 gah sahaja, nanti disangka orang hendak menunjuk hebat kerana belajar dengan orang hebat.

Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive