HIDUP BIAR BERMARUAH. MATI BIAR SYAHID

Monday, August 23, 2010

Nikah Khitbah Satu Alternatif

1
Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan
Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas (zina) serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini, Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu "Taysir az-Ziwaj" dilaksanakan, khasnya oleh pihak berwajib.

2
Taysir az-Ziwaj
Taysir az-Ziwaj ialah "Permudahkan Proses Perkahwinan" terutama kepada anak-anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan.

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan (nafsu) syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul, benar dan baik.

Gejala seks bebas (zina) dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul, tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain. Sedang Islam menggalakkan perkahwinan (aqad nikah) agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal. Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia. Firman Allah swt:
 وَأَنكِحُوا الأَيَامَى مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاء يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." (an-Nuur: Ayat 32)

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas (zina). Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib (kerajaan) seperti (sekadar menyebut beberapa contoh);
  1. Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  2. Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  3. Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  4. Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  5. Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan
  6. Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  7. Merendahkan hantaran perkahwinan
Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu:
  1. Suami
  2. Isteri
  3. Wali
  4. Saksi
  5. Aqad (Ijab Qabul)
Cuma bezanya ialah pasangan pengantin (suami isteri) tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti (sekadar menyebut beberapa contoh);
  1. Masih menuntut di kolej atau unviersiti
  2. Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  3. Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
Justeru itu, buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan (atas persetujuan bersama kedua-dua pihak) dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar-benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

3
Kelebihan Nikah Gantung
Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara. Andai dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, dating, study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram. Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan). Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah.

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama. Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara.

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab. Menurut amalan tersebut, sewaktu majlis pertunangan, ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah (halflun nikah) tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali (serumah) sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan (haflul Qiran). Terkadang tempoh itu (antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau beberapa tahun lamanya).

Dalam masyarakat Melayu, amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung. Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz, Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara. Malah menurut Abdul Jalil Borhan, perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 (dalam bahagian 5) enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.
4
Perbahasan Hukum
Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun. Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah, maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin (nikah gantung) bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi, maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin (jima'\ bersetubuh). Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir (material). Berkait perkara ini, kita mempunyai beberapa pandangan:-
  • Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hazm iaitu nafkah ini (nafkah zahir) wajib dengan berlakunya aqad, maka selepas sahaja aqad nikah, suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya.
  • Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat-syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami (berpindah ke tempat suami), boleh melakukan istimta' (mengambil keseronokan), jima' (bersetubuh), isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya.
5
Kesimpulan
Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya. Tegasnya saya sebutkan disini, terutama kepada pihak berkuasa agama, ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak-anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam. Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak, tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak-anak gadis dan teruna kita berpeleseran, bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan. Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

37 comments:

fitri said...

salam ustt.. sy nk mnta izin disebarkan artikel ni.. sy rasa elok disebarkan dengan cepat lebih-lebih lagi kepada ibu bapa.. mereka mesti kena tahu tentang ni..

محمد حذوان بن حميدان said...

ahsanta..satu perkongsian yg mumtaz!
mgkn rmai drpd kita trutme dari klngan ibu bpe yg msh x mlht nikah khitbah sbagai slh satu alternatif yg trbaek dlm mgurgkn gjala sosial..

syukran ya ust.. (^_^)

PALESTINHOOD said...

Cadangan yang bijak... Mohon untuk copy & paste di blog...

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,

artikel yang menarik dan tetapi cuma yang dibimbangkan perkahwinan yang dilakukan kerana hawa nafsu dan takut akan berlakunya lebih banyak penceraian pada masa akan datang..tambahan yang berkahwin majoritinya dalam usia muda. Usaha hendak mengelakkan berlakunya kes pembuangan bayi insya-Allah mungkin berjaya tetapi takut ia akan memberikan impak kepada kes penceraian....

Apa2 pun ISLAM sahajalah sebagai penyelesaian..

salam ukhwah ustaz

Mohd. Ikram said...

Alhamdulillah..sangat ilmiah.. ni yang kita nak lebih.. jazakallahu khairan..

Masyarakat memerlukan ramai ilmuan2 Islam yg tampil di khalayak ramai dengan idea2 yang praktikel...

Mohd. Ikram said...

..dan mungkin pemuda PAS boleh bekerjasama dengan Dato Ali Rustam yang sekarang ade idea untuk memudahkan proses perkahwinan, dengan Dr Asri yang telah lama mengkritik sistem perkahwinan di negara kita.. insyaAllah

firdaus said...

subhanallah..sesungguhnya Islam itu amat indah.zaman blaja di campus dulu,ana dh cube nak applykan khitbah ni,tp atas keluarga yg xdpt menerima khitbah ni(mgkin x memahami ngan jelas konsep), niat tu akhrnya terbantut.skang ni ana dh abis blaja n tnggu konvo,akhirnya family dpt terima konsep khitbah ni..harap ust doakan agar proses ni berjalan lancar.khitbah ni perlu diperluaskan kefahaman kpd org ramai, supaya dpt dielakkan seks bebas etc.subhanaAllah..islam itu dh ada guideline utk penganutnya

joe penang said...

Dah nikah kenapa ada lg istilah terlanjur? Istilah bahasa?
Boleh saja2 berjauhan? sekali imbas cam kawin kontrak/mutaah je..
Ada sesiapa boleh jelaskan lagi kawin ni...

Unknown said...

Perkara sebegini seharusnya diambil berat oleh pihak berwajib agar ia dapat diterjemahkan dengan lebih awal utk mengelakkan lebih banyak perkara tidak diingini berlaku...wallahualam

kautharjiwa said...

Salam,saya pernah berbincang dengan syaikh saya disni(Mesir)
Masyarakat disni masih ramai lagi menggunakan cara ini.Sahabiah2 saya pun di Azhar ramai yang bernikah khitbah.
Memang nak ketengahkan benda ni pada masyrakat kt memandangkan gejala couple,dating dan berzina semakin berleluasa.Syaikh saya pun setuju dengan pandangan ni bila saya utarakan walaupun kebanyakan cara ini bagi mereka yang bermazhab hanafi..,
tapi entri dari ust tentulah tak sehebat tulisan saya.
Saya post entri ust dalam blog ye.k
Syukran

Anonymous said...

Salam.. mmg praktikal. Elok jika diadakan poll, apa pandangan para belia mengenai idea ini. InsyaAllah keprihatinan pihak yang berwajib dalm perkara ini,mudah2an akan lebih serius untuk menangani kegemparan isu pasangan pemuda-pemudi di Malaysia.

HijabRockers said...

ustaz, nk repost this blog entry, can? sbb sy stuju. sbnrnya sy pun da lama cakap benda ni ngan kawan2. cuma x reti tulis mcm ustaz =)

Nasrudin said...

Sila tidak mengapa . Apa yg baik dikongsi , yg buruk dinasihati .

Mengenai sidang meja bulat DPPP baru - baru ini solusinya ialah :

1. Mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Sosial Negara [SSN] bg menangani bencana sosial yg semakin parah dalam negara kita .

2. Satu Konyensyen Sosial Nasional [KSN] akan diadakan pd bulan 11 ini untuk membincangkan penyelesaian yg lebih terperinci kelak .

3. Memohon agar kerajaan persekutuan atau negeri termasuk kerajaan PR memberikan ruang dan peruntukan sewajarnya kpd NGO - Ngo yg berpengalaman dan sebagainya utk menangani bencana sosial ini secara lebih berkesan .

4. Permudahkan perkahwinan [ Taysir Az Ziwaj ]

5. Kempen Anti zina diperluaskan

Anonymous said...

salam ustaz, saya bersama kekasih saya berhasrat utk bernikah tetapi disebabkan masih belajar, kami beranggap yang ibu bapa kami x membenarkan walaupun hubungan kami sekarang telah mendapat persetujuan kedua belah pihak. Demi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, saya amat berharap dapat menikah dengannya kerana saya dan pasangan dalam 1 universiti dah sentiasa bertemu. Kami pernah terfikir utk menikah secara senyap2 tanpa pengetahuan keluarga tetapi memandangkan amat sukar, kami melupakan hasrat itu. Sekarang sy terbaca mengenai Nikah Gantung ini. Tetapi nampaknya segala keputusan keatas orang tua kami. Seandainya mereka x membenarkan kami bernikah, kami bimbang akan terus membuat perkara yg tidak baik memandangkan kami sering bertemu. Mintapandangan ustaz. Terima kasih.

Anonymous said...

Asslmualaikum ustaz

biasanya ibu bapa xakan bagi..
adakh ini bleh dkatakan mslh dr segi adat?bagaimana nak atasi dengan msyrakat sebegini?

Unknown said...

Aslkm.Ustaz..Saya amat tertarik hal Nikah kahwin ..Apa yang dipersoalkan pada artikel ustaz iaitu zina ,arak & judi pemuda/pemudi bagaimana pula halnya lelaki berstatus berkahwin?Cuba tengok di Nite Club,ke DangDut ke atau sarang pelacur kebayakannya golongan berkahwin.Contoh nya saya komen disini ada beberapa orang kawan saya ada yg memang milionaire ada pula yg pendptn sederhana ,mereka nak kahwin bukan dasar hawa nafsu atau kerana jodoh namun nak selamatkan andartu serta janda2 .Apa yg menyedihkan saya mereka terpaksa kahwin di SIAM DAN INDONESIA.Soalannya disini saya cetek agama ustaz..Adakah didalam Alquran menyatakan wajib atau harus meminta izin dari isteri pertama? Boleh kah Ustaz jelaskan apakah cara penyelesaian hal ini di Pejabat Agama Islam dinegara kita..Islam itu mudah bukan nya menyusahkan.....

.Terima kasih.
Wasallam.

Anonymous said...

salam ustaz. ana dzul khairi ni. idea ustaz ni bagus, cuma sebagaimana kegusaran sahabat kita, dikhuatiri kawen atas dasar nafsu dan menimbulkan implikasi perceraian pula. maka perlu bahi ustaz menyediakan mekanisme dan syarat utk nikah khitbah sbg cth, yg boleh nikah khitbah adlh yg berumur 22 tahun ke atas. kdg2 diorang bukan nak nikah sangat, saje je nak main2. maka bimbang sangat nak elak satu masalah datang masalah lain

muslihah said...

Dalam soal perkawinan ini saya amat mengkagumi amalan nikah atur yang masih diamalkan oleh bangsa India juga Pakistan .

Masa mula2 bersembang dengan kenalan dari India saya mulanya rasa terkejut kerana diera Milinium disana ibubapa masih menentukan jodoh mereka.

Sebenarnya apa yang dipapar dalam film2 India tidak sama dengan kehidupan. Nasyarakat diIndia mereka tidak bergaul bebas macam kita di Malaysia . Ini mengikut cerita dari kawan di India.

Juga ada seorang teman yang masih bujang dari India dia akan berkawin secara atur oleh keluarga.Apa yang dia kata pendapat 20 orang lebih baik dari hanya 2 orang .

Mana adalah lago anak2 kita di Malaysia ingin perkahwinan mereka di atur oleh ibubapa.

Sistem pendidikan kita di Malaysia hanya memetingkan kerjaya dari kehidupan berumatangga.Bila waktu kita belajar untuk menjadi suami dan isteri juga ibubapa.

Anonymous said...

salam ustaz...trime kasih d atas ilmu yg dikongsikan.saya mintak izin nak copypaste artikel ini ye??

Anonymous said...

assalamualaikum.. jutaan terima kasih buat ustaz yang meneragkan nikah khitbah.. cuma satu masalah yang mungkin berlaku jika nikah khitbah dikalangan pelajar2 IPT, dibimbangi apabila tamat pembelajaran di IPT, pasangan yang bernikah khitbah ini tidak dapat peluang pekerjaan atas alasan sudah bernikah.. soalan saya,, adakah nikah khitbah ini perlu didaftarkan atau tidak?

aman said...

assalamualaikum,saya nak bertanya..kenapa nikah khitbah ni x pernah di sebarkan secara meluas?

mengapa tiada fatwa atau notis(dll) dikeluarkan?

-Abdul Rahman-

xaviersire said...

salam ustaz,saya sudah sampaian cerita saya di satu blog lain,yang mengambil notanya dari sini.harapan saya,kalaulah betul bantuan ini wujud.saya berharap ada sokongan dari sesiapa yang berhati mulia untuk tolong saya berkhitbah dan pujuk kedua ibubapa pihak perempuan untuk terima cara ini.

link ke blog tersebut:http://perwadah.blogspot.com/2011/04/nikah-khitbah.html#comment-form

Mohd Shazwan said...

Salam. ustaz, mnta izin nak copy erk.

A to Z said...

assalamualaikum... izinkan saya berkongsi artikel ini dalam blog saya ya ustaz..

Anonymous said...

salam ustaz...saya dan pasangan sudah bstuju untuk nikah khitbah ini..tapi malangnya ibu-bapa kami kurang bsetuju dan tidak mbenarkan kami untuk bnikah...saya ingin meminta pandangan ustaz, apa perkara tbaik yang boleh kami lakukan untuk pujuk ibu-bapa kami?

takut buat dosa said...

salam ustaz, saya pernah dengar pasal nikah khitbah ni. kawan saya cakap , dalam tempoh tu memang xboleh terlanjur. adakah betul? dan katakanlah dalam tempoh nikah tu.. suami isteri bersama, adakah si suami wajib memberi nafkah zahir kepada isteri?
mohon minta jawapan supaya saya dan kekasih tidak keliru

Hakimin Muslim said...

Salamun 'Alaik ..
ust, ana nak tanya ;

1. kalau dalam tempoh khitbah tu si isteri duduk di rumah ayah mertua dia, adakah sama dengan duduk di rumah suami, adakah wajib bagi nafkah ?

2. saya tinggal di KL dan ada berkenan dekat seorang muslimah yang tinggal di kedah, tapi dia belajar di KL. Soalan saya, adakah saya wajib beri nafkah kepada si isteri sekiranya saya membawa dia balik ke rumah ayah saya (tempat saya tinggal skrg) ?

3. adakah si suami terlepas daripada kewajipan nafkah sekiranya pihak si isteri kata "tak payah bagi nafkah lagi pun tak apa" ?

4. adakah sama keadaan membawa kawan ke rumah saya (rumah ayah) dengan membawa isteri yang nikah khitbah ?

minta tlong ust goreng eh .. (",)
syukran !

Anonymous said...

SALAM ya ustaz...sy mohon utk copy paste d blog sy...

perantau selanjuri said...

mabruk ustaz..mhon copy dan share..

Bumi serta isinya said...

Assalamualaikum, saya minta izin untuk menyebarkan artikel ini di blog saya. Semoga ia memberi manfaat pada semua dalam usaha menjauhi zina.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,saya disni ingin menanyakan soalan .jika dahulunya dia seorang yang suka bersosial,kurang pegangan agama,dan akhirnya dia terjebak dengan zina.dalam tempoh 3 tahun itu,dia mula menyedari kesalahan yang dia lakukan.dia dah bertaubat nasuha.persoalannya ustaz,adakah wajib bagi seseorang perempuan itu memberitahu kepada bakal suaminya tentang kisahnya dahulu.?? apakah kesannya ustaz? jika perempuan itu merahsiakan hal itu daripada bakal suami/suami demi menjaga maruah dirinya,adakah itu satu dosa? apa yang seseorang perempuan itu patut lakukan.seseorang perempuan mmg ada niat hendak berkahwin tetapi niat baiknya itu terhalang akibat persoalan-persoalan seperti diatas.saya berharap ustaz dapat memberi respon dengan secepat yang mungkin. saya akan sentiasa mengikuti perkembangan blog ustaz ini dari semasa ke semasa.Terima kasih Ustaz,Wasallam..

Alpha canis said...

salam ustaz. sy sedang membuat kajian dalam perbahsan fikh munakahat. sy ingin bertanya, apakah perbezaan khitbah dgn pertunangan?
yaya_stylolyta91@yahoo.com

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz..
saya ingin nikah khitbah namun sekarang ini kluarga saya menghadapi masalh kewangan kerana perniagaan ayah saya merosot. jadi semua simpanan saya saya gunakan untuk membantu keluarga saya. adakah saya masih boleh untuk meneruskan hasrat saya?.

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, sy mohon izin nak copy n share di blog sy.. terima kasih :)

Unknown said...

Salam..boleh x saya tahu hukum nikah kitbah ni ambil dri kitb mna?..sbb sya nk buat bahas..

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz, saya inginkan pandangan dan jawapan ustaz, saya mula berkenalan dengan seorang gadis, saya tak pernah berjumpa dengan dia, tetapi saya mula kenali dia melalui facebook. saya dapat tahu yang dia juga duduk berdekatan dengan kawasan tempat tinggal saya. hari demi hari, saya berkawan dan kenali tentang diri dia dan keluarga dia. sampai pada suatu hari, dia mengejutkan saya dengan berita yang saya tak sangka, dia mengaku yang dia pernah terlanjur bersama sepupu dia pada masa dulu, tetapi dia ingin berubah. saya bertekad untuk selamatkan dia dari berlakunya perkara itu pada diri dia lagi. saya berhajat untuk menikahinya secara nikah khitbah, tetapi adakah tindakan saya itu adalah jalan yang terbaik untuk saya selamatkan maruah diri dia?

Unknown said...

salam ustaz :) saya nak tanya kepada ustaz macam mana nak yakinkan ibu bapa zaman sekarang?kalau cakap pasal kahwin mesti nak tunggu habis belajar semua. saya celaru fikir masalah itu , harap ustaz dapat membantu . Salam ukhwah





Personal Info

"Seorang insan yang mahu berjuang menegakkan Islam dengan mengerahkan seluruh keupayaan diri. Perjuangan tidak akan berakhir hari ini sebagaimana ia tidak bermula hari ini."
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi


Parliament: Temerloh (P.88)
Location: Pusat Komuniti, No 8 Tingkat 1, Jalan Chengal Baru 2, Pusat Perniagaan Chengal,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.

Phone: 019 980 8181
Fax:
019 916 8182
Email: tantawy08@yahoo.com

Popular Posts

Recent Posts

    Esei Dakwah

    Esei Tarbiyah

    Total Pageviews

    Blog Archive