Syirik : Satu Lagi Produk 1 Malaysia
1. Isnin ini Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke Stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang sungguh mengelirukan . Iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur Krismas , Hindu dan Buddha . [ beca terbang , teratai dan pelita ]
2. Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak - kanak menjadi syirik. Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam.
3. Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut. Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam .
4. Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .
5. Ummat Islam diseru agar memboikot iklan sedemikian dan menegah anak - anak mereka menontonnya kerana iklan seperti itu jelas boleh memberi kesan negatif kepada aqidah khususnya kepada kanak - kanak Islam . Dewan Pemuda PAS Pusat turut mengharapkan agar Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [ JAKIM ] memantau iklan , filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam. Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak FINAS jika perkara - perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita .
12 comments:
Assalamualaikum. Ok entri berkaitan di sini: http://buanadunia.blogspot.com/2010/09/iklan-hari-raya-aidilfitri-atau-krismas.html
TV3 memang bahalol.
Melayu bangang yg bekerja kat TV3 patut di humban dengan taik...hahahahah malaysia sebuah negara Islam. What a shit
Mereka ni jahil...yb teoh masuk surau kata hina Islam...ni ternyata mensamakan Islam dengan agama lain...bodoh TV3...
salam ustaz...benar ana nampak ini pun salah satu proses kristianisasi yang berlaku dalam masyarakat malaysia...
moga ALLAH terus memelihara akidah kita....
Assalamualaikum Tuan,
Saya yakin majoriti umat Islam di Malaysia malah di seluruh dunia menilai iklan raya tv3 2010 sebagai iklan yang mencemarkan akidah muslim. Teruskan usaha Tuan dan pohon pembaca-pembaca laman ini menghantar bantahan melalui email ke TV3 atau terbitkan nota bantahan di laman-laman peribadi.
Terima Kasih,
Kamarul
Ish...
melampau sungguh.... iklan raya pon nak satu malaysia
salam..saya setuju pihak PAS ingin memaklumkn hal bkenaan kpd TV3. Namun kita sebagai umat Islam, xperlu rasanya memaki hamun..apa kata kita berdoa agr mereka2 yg buat iklan ni mndpt hidayah drp ALLAH. Bknaan iklan ini..saya pn tgk lg ikln kt tv3 namun stlh mlihatnya drp blog kwn..saya akui..kita terutamanya knk2 akn t'pengaruh dgn ikln trsebut..lbh2 lg bkenaan beca yg terbang itu seolah-olah spt perayaan Krismas. Wallahua'lam
join kami di facebook...
http://www.facebook.com/group.php?gid=105392399522424&v=wall&story_fbid=105915256136805&ref=notif¬if_t=like#!/group.php?gid=105392399522424&v=wall
apa sebenarnya yg tv3 mahukan drpd iklan ini??mahu menguji sensitiviti umt ISLAM??atau mahu mewar2kan keunggulan '1malaysia' yg secara automatik mnjd '1agama'??
1 AGAMA= ISLAM..(^_^)
dengan ISLAM segalanya akn jd baik,
bergembiralah muslim@non-muslim,kerana ISLAM lah satu-satunya penyelamat kamu..
Di dalam laman web rasmi Kementerian Dalam Negeri terdapat garis panduan penerbitan. Pada perkara 4.3 iaitu penerbitan iklan dibahagian 4.3.9 ada menyatakan bahawa larangan untuk menerbitkan iklan yang menyentuh sensitiviti keagamaan, mempersendakan kebudayaan atau pegangan hidup pelbagai kaum dan mengancam nilai-nilai murni serta norma kehidupan masyarakat Malaysia..
Bulan ramadhan ni saya ingin mencadangkan agar dewan pemuda pas mengedarkan risalah balik kampung yang dikeluarkan lujnah penerangan pas disertai sekali dengan risalah protes harga barang naik dan isu felda.
Boleh dimulakan esok dan risalah boleh diedarkan di tol-tol,bazar ramadhan,pasaraya dan masjid atau surau.
apco punya idea la ni... ikut cara yahudi...
Post a Comment